Sah! Proton Inspira, harga dari RM79K

on Oct 14, 2010

WarkahDaily – Penulis telah pun diketemukan satu ‘scan brochure’ Proton Inspira yang telah dibocorkan orang tertentu yang mungkin ada hubungan dengan penjualan proton (nak bagi gempak tu, lagi ramai orang tempah maa..ehe).

Dah jelas katt brochure tu terpapar nama Proton Inspira.

(Teman nak mintak maap kat arenakereta.com pasai teman ‘curi’ hangpa punya gambar brochure tu. Jangan marah ye..ehe)

Namun, sehingga hari ini, kerahsiaan model baru Proton itu tidak lagi enjadi tanda-tanya bagi peminat Proton kerana banyak laman web, blog dan forum duk taruk gambar beserta komen-komennya (dah tak jadi surprise lagi dah..).

Dari segi rupa paras kereta tu dah tak jadi masalah dah, memang memenuhi citarasa peminat Proton ala Mitsubishi Lancer tu. Sekarang orang duk tanya pasal harga pulak. Apakah betul-betul berbaloi dengan apa yang diharapkan?

Kalau lihat kepada harga kat brochure tu, harga bermula RM79,xxx tapi bergantung kepada variannya sebab proton pengganti bagi Proton Waja itu akan mengeluarkan varian 2.0.

Kalau ikut harga yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, Proton Inspira akan dijual pada harga di bawah RM80,000 seunit bagi enjin 1.8 liter dan bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter.


Proton Inspira RM79,888 dibuka untuk tempahan


Proton Holdings Bhd memperkenalkan Sedan baharu empat pintu bersaiz sederhana "Inspira", dengan harga permulaan pada RM79,888 dan ia bukan model pengganti bagi Waja.

"Waja sedang dihentikan. Ini bukan pengganti," kata Pengarah Urusannya Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir di pelancaran awal edisi terbaharu produk Proton itu di Subang.

Beliau berkata model baharu itu adalah hasil daripada perkongsian jangka panjang Proton dengan Mitsubishi Motors Corporation (MMC).

Kerjasama dengan MMC untuk menghasilkan Inspira membolehkan Proton menjimatkan banyak masa dan dana, katanya. 

"Daripada padangan syarikat ia lebih murah," katanya sambil menambah kos untuk membangunkan sebuah kereta yang benar-benar baharu ialah kira-kira RM700 juta.

"Ia kerjasama sama-sama menang bagi Proton dan MMC," katanya.

Tempahan bermula hari ini dengan minimum RM1,000. Mereka yang menempah kereta dari hari ini sehingga 15 Nov akan mendapat perkhidmatan servis dua tahun percuma atau 50,000km pertama.

Pakej servis itu termasuk caj buruh percuma dan alat-alat servis bernilai RM1,658 bagi kereta tersebut yang akan dilancarkan pada 10 November. 

Proton menawarkan penghantaran berubah berterusan (CVT) dengan sistem kawalan elektronik kenderaan pintar dan inovasi (INVECS-III) dalam varian Inspira.

Antara ciri-ciri praktikal yang boleh diharapkan pelanggan daripada model baharu ini termasuklah kruis auto, lampu automatik dan pengesan hujan, sistem penyaman udara automatik penuh dengan sistem kawalan cuaca bagi penumpang dihadapan dan belakang, dan beg udara keseluruhan bagi keselamatan penumpang. 

Proton menyasar menjual 1,600 unit Inspira sebulan.

"Pasaran bagi kereta Segmen-C ialah kira-kira 5,000-6,000 unit sebulan. Oleh itu kami menyasar 1,600 sebulan kerana ia bernilai bagi wang," kata Syed Zainal.

Beliau berkata syarikat itu juga menyasar mengeksport Inspira, "tetapi kami akan terlebih dahulu memastikan kestabilan pengeluaran." 

Inspira tampil dengan empat warna -- Putih, Hitam, Perak dan Merah.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List