Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akhirnya layak bertanding jawatan timbalan presiden PKR setelah biro politik memutuskan menerima pencalonan dari Sempoerna yang lewat dihantar.
Setiausaha Agung Saifuddin Nasution berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat terbarunya malam tadi.
Sempoerna adalah antara enam cabang yang lewat menghantar senarai pencalonan selepas tarikh akhir 10 Oktober.
Yang lainnya termasuk Titiwangsa dan Setiawangsa.
Ditanya sama ada cabang yang membuat pencalonan bagi jawatan timbalan presiden, Saifuddin berkata, beliau perlu semak, tetapi mengesahkan Sampoerna mencalonkan Nurul Izzah untuk jawatan tersebut.
Dengan itu, Nurul Izzah kini layak bertanding jawatan tersebut sekiranya mengesah menerima pencalonan itu sebelum 16 Oktober depan.
Dengan itu, Nurul Izzah kini layak bertanding jawatan tersebut sekiranya mengesah menerima pencalonan itu sebelum 16 Oktober depan.
0 comments:
Post a Comment