Nazri kesal polis tahan sukarela Majlis Peguam

on Oct 14, 2010

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kesal dengan tindakan polis menahan empat orang sukarelawan Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam yang mengedarkan risalah 'Buku Merah' pada Ahad lalu.
Risalah 'Buku Merah – Polis Dan Hak Asas Anda' itu merupakan peruntukan yang sememangnya merupakan hak seseorang anggota masyarakat apabila berdepan dengan penahanan oleh polis, seperti yang dilindungi perlembagaan.

Malah, risalah itu sendiri dilancarkan oleh Nazri dalam satu majlis anjuran Majlis Peguam pada Februari 2009 dan April 2006 lalu.

Pada masa itu, beliau mengharapkan supaya masyarakat mengetahui hak mereka dan juga supaya polis mengikut prosedur operasi standard (SOP) mereka.

“Jika mereka ditahan hanya kerana mengedarkan perlembagaan dan mereka tidak melanggar apa-apa undang-undang, saya tidak faham kenapa mereka ditahan,” kata Nazri dalam satu wawancara denganMalaysiakini.

Mengulas lanjut, beliau berkata penahanan itu jelas merupakan tindakan yang mengekang kebebasan bersuara dan kegiatan orang awam.

“(Media) perlu (laporkan) perkara ini kerana kita bukan Negara Polis. Pada saya tidak sepatutnya berlaku penahanan salah. Anda hanya boleh tahan seseorang jika mereka disyaki melanggar undang-undang atau seumpamanya,” katanya.

Katanya, penahanan itu mungkin disebabkan anggota polis yang terlibat itu sendiri – yang mungkin terlalu beria-ria atau fanatik dengan tugas mereka.

Ketika ditanya, beliau bagaimanapun menolak pandangan bahawa insiden itu berlaku disebabkan 'pertentangan' di antara pihak polis dan peguam.

“Ia tidak patut dianggap bahawa (polis) diarahkan untuk berbuat demikian. Saya tidak fikir begitu, saya tidak fikir ada arahan tetap bahawa polis perlu serang peguam,” katanya lagi.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List