PROTON INSPIRA BARU

on Nov 11, 2010

Proton Inspira baru telah pun dilancarkan pagi semalam di Proton Center of Excellence, Complex KM 33.8 Westbound Shah Alam Expressway, 47600, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Budiey rasa nak beli satu. Tapi bukan sekarang la sebab duit pun tak cukup lagi. Ahaha. Tak pelah, pakai MyVi pun okay, jugak. Hik.

Bukan apa, Proton Inspira ni rasanya sebijik macam Mitsubishi Lancer. Tak gitu?
Tapi yang penting sekali, memang ramai peminat Proton Inspira tunggu nak beli. Dengarnya, setakat ini Proton telah menerima 1,800 tempahan seluruh negara sejak pre-launching pada 14 Oktober lalu. Purata tempahan setiap hari dalam 100 buah kereta. Bayangkan, memang Proton Inspira ni memang menarik perhatian ramai. Sebab apa? Hahaaa… korang pun tak tahu sebab apa bila tengok gambar-gambar Proton Inspira yang menawan kat bawah ni. Gambar diambil dari Paultan. Sila kasi kredit.


Proton Inspira

Budiey dengar jugak, jimat la kalau beli Proton Inspira ni sebab security tint diorang akan kasi free.
Majlis pelancaran Inspira telah dilancarkan bersama Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. Majlis turut diserikan dengan kehadiran, Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menurut Datuk Syed Zainal, Proton sedang merancang mengeksport komponen Inspira tahun depan. Syed Zainal berkata Mitsubishi Motor Corporation telah komited untuk membeli komponen yang dihasilkan di Malaysia untuk tujuan dieksportkan ke negara-negara lain, terutamanya Thailand, untuk model-model Mitsubishinya.

Video masa sidang media:



Inspira, model terbaru Proton ialah model sedan bersaiz sederhana empat pintu yang diperkenalkan bagi mengukuhkan dan meningkatkan segmen atasan yang ditawarkan dalam rangkaian model-model Proton.

Proton telah mengurangkan harga model-model Inspira sambil mendakwa ia adalah hasil daripada penjimatan kos pengeluaran. Syarikat turut menegaskan yang kenderaan itu adalah hasil daripada kerjasama pengeluaran peralatan asli dengan Mitsubishi Motor, dan bukannya “rebadging”.

Model transmisi manual 1.8 pada mulanya berharga RM79,888 pada majlis pelancaran awal bulan lepas tetapi sekarang telah dikurangkan kepada RM78,999.
Model auto 1.8 liter pula bermula pada harga RM87,000 dan telah diturunkan kepada RM84,999 bersama-sama dengan model auto 2 liter yang menyaksikan penurunan kepada RM91,999 daripada RM94,000 sebelumnya.

Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata Proton menurunkan harga-harga ekoran penjimatan kos daripada model-model yang dihasilkan di kilang yang sama dengan Exora. Beliau turut mempertahankan kerjasama Proton dengan Mitsubishi Motor dalam menghasilkan Inspira sambil menyatakan ia merupakan amalan industri.

Proton telah mensasar untuk meningkatkan komponen tempatan dalam Inspira kepada 60 peratus dalam tempoh setahun daripada 40 peratus pada masa ini.
Sama ada Proton akan terus mengurangkan harga jualan Inspira jika kenderaan itu mencapai 60 peratus dalam komponen tempatan, menurutnya, masih terlalu awal untuk menyatakannya.
Ramai juga yang suka Proton Inspira ni sebab ada manual 1.8. Mana nak carik? Jadi kepada yang mengidam nak beli Lancer tapi takde duit macam Budiey, Proton Inspira adalah pilihan yang tepat.

Nah, kepada yang nak beli Proton Inspira. Ini dia senarai harga rasminya:

Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999


Proton Inspira


Proton Inspira


Proton Inspira


Proton Inspira


Proton Inspira


Proton Inspira




http://www.budiey.com/gambar-proton-inspira-terbaru/

1 comments:

Anonymous said...

I have read a scarcely any of the articles on your website trendy, and I definitely like your style of blogging. I added it to my favorites web stage list and resolve be checking back soon. Divert report register out of order my put as approvingly and leave to me conscious what you think. Thanks.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List