PERCAYA LAGI KAT BOMOH.... KAN DAH KENA BALUN.......???

on Nov 11, 2010



Seorang bomoh menaruh perasaan terhadap sepupu isterinya, melakukan kaedah jampi pelik sebelum membogel dan merogol mangsa di atas sejadah di rumahnya di Taman Suria, Kluang, ketika wanita itu mendapatkan bantuan melariskan perniagaannya. Bomoh berusia awal 40-an turut menggunakan ilmu sihir terhadap mangsa, memberi pelbagai tangkal seperti minyak dagu, keris, batu cincin serta keris sebelum mendesak wanita itu menuntut cerai daripada suaminya kerana mahu bernikah dengan mangsa.

Shidah, 38,  ke rumah sepupunya berikutan perniagaannya mengalami masalah dan mahu mendapatkan bantuan bomoh bagi melariskan perniagaan. “Apabila tiba di rumah bomoh, saya ditemani anak berusia 18 tahun bertemu sepupu. Kemudian diminta sepupu berseorangan mengikut suaminya ke bilik di tingkat atas rumah teres dua tingkat.

“Pada mulanya saya bimbang, namun sepupu memberitahu ia perkara biasa kerana suaminya tidak mahu diganggu ketika mengubat orang". Percaya dengan kata-kata sepupunya, dengan berat hati dia mengikuti lelaki berkenaan memasuki bilik. Lelaki itu meminta dia minum air jampi sebelum diminta berbaring atas sejadah dan membuka semua pakaiannya.

“Selepas minum air itu, segala perasaan bimbang dan was-was hilang dan saya hanya mengikuti arahannya. Selepas membuka pakaian dan berbaring atas sejadah, dia menyapu seluruh badan termasuk kemaluan dengan sejenis minyak sebelum menutup badan dengan kain putih seperti dikafankan.  Tidak lama selepas itu, saya dapati dia menyelak kain dan cuba merogol menyebabkan saya cuba melawan, namun dia mengugut ‘upacara sudah mula, kau sudah dikafankan, jika kau tidak mahu teruskan kau boleh jadi gila’ menyebabkan saya lebih takut dan keliru".

“Saya tetap meronta, namun dia terus merogol saya. Apabila selesai, dia memberi amaran jangan memberitahu orang lain atau saya mungkin mati".  Sebelum pulang bomoh berkenaan memberinya minyak yang didakwa boleh melariskan perniagaan di mana dia perlu menyapu minyak itu di badan, bibir dan muka setiap hari. Sejak menggunakan minyak itu, hatinya teringatkan bomoh berkenaan seolah-olah dipukau dan pada masa sama hubungannya dengan suami renggang.

“Beberapa minggu kemudian, bomoh itu menelefon dan menyuruh saya datang ke rumah untuk memberi tangkal dan ketika itu turut merogol saya dengan cara sama. Saya tidak boleh berfikir dan apabila dia melarang saya bersama suami, saya hanya mengikut arahannya. Pada masa sama, hubungan dengan suami semakin dingin hingga lelaki itu menyuruh saya meminta cerai".

“Oktober lalu, saya keluar dari rumah kami di Kulaijaya dan tinggal bersama ibu bapa di Layang-layang bersama lima anak sebelum pergi ke Jabatan Agama Johor untuk memohon cerai dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 27 Oktober lalu".  Bagaimanapun  suami memujuk supaya mereka bertemu pada 26 Oktober lalu sebelum dia dipulihkan seorang rakan suami yang melakukan ikhtiar bagi membatalkan ilmu hitam dikenakan kepadanya.

***kak oii, nak berbomoh pun kena tengok jugak. bukan semua bomoh itu bomoh, ada yang jenis bohmau. kalau sudah disuruh ke bilik seorang diri, ditanggalkan pakaian, disapu minyak pada kemaluan.... nak melariskan apa ni??. kemudian bila dah kena, minta datang lagi. kenapa pergi? pergi maknanya sudi untuk memberi... tak apalah pengalaman kak menjadi pengajaran kepada yang lain, yang sikit-sikit bomoh, sikit-sikit bomoh***

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List