TIDAK WARAS MINTA ANWAR BERUNDUR........???

on Nov 11, 2010



Lu Fikir Lah Sendiri.....


Sesiapa jua yang meminta Anwar Ibrahim berundur dari PKR adalah tidak waras. Tak kiralah siapa pun,  sama ada Zaid Ibrahim, Zulkifli Nordin atau Zahrain Hashim. Tindakan ini bukan sahaja tidak patut dan tidak wajar tetapi tidak masuk akal sama sekali. Mana mungkin perkara ini terjadi kerana hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah bahawa Anwar itu PKR dan PKR itu Anwar. Tanpa PKR, Anwar mati. Tanpa Anwar, PKR pula yang mati.


Malah, PKR (dulunya PK) itu sendiri wujud kerana Anwar. Wujud atas nyalaan api kemarahan, dendam dan malu seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Wujud atas perjuangan menegak 'keadilan' untuk Anwar. Wujud atas keinginan untuk menghapuskan, bukan sekadar arang tetapi najis yang lebih berat dari najis mghallazah yang terpalit di muka Anwar.


Demi melaksanakan misi besar ini, Anwar tiada pilihan lain. Anwar perlu menguasai PKR - wadah tungangan untuk kepuncak kuasa di negara ini. Anwar perlu menjadi Perdana Menteri, kalau boleh secepat mungkin. Anwar tidak sanggup mati dan diingati sebagai seorang pemimpin Melayu yang suka meliwat - sesuatu yang terlalu aib dan tidak pernah dilakukan oleh pemimpin lain di negara ini. 


Anwar perlu bersihkan 'najis' itu dari wajahnya. Anwar perlu berkuasa. Bila berkuasa Anwar akan memaksa badan kehakiman untuk ubah atau  pinda segala  catatan dan hujahan penghakiman sebelum ini agar memihak kepadanya. Segala dakwaan, sabitan dan hukuman yang dia terima sebelum ini akan dibatalkan atas sebab-sebab teknikal. Kes meliwat saiful juga akan digugurkan atau Anwar akan didapati tidak bersalah.  Demi grand matlamat itu, sekali lagi - Anwar tiada pilihan melainkan memegang tampuk kuasa. Demi kuasa Anwar sanggup menghalalkan apa saja cara, dari membuat fitnah, penipuan, penyelewengan hinggalah kepada mengkhianati bangsa, negara dan agama.


Maka, adakah patut Anwar diminta berundur dari PKR? PKR itu bagaikan kereta milik Anwar untuk ke Putra Jaya. Yang lain dalam PKR hanyalah penumpang. Jika penumpang tidak menyukai Anwar, mereka harus keluar dari kereta itu. Bukan Anwar. Kerana PKR itu Anwar.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List