ADAKAH INI PERMULAAN NYA...........???

on Nov 11, 2010

5 ahli PKR Sembrong keluar Parti




Gaduh-gaduh pasal pemilihan parti, akhirnya 5 ahli utama PKR Sembrong meletak jawatan kerana tak puas hati dengan kepimpinan parti. Kali ini Chua Jui Meng jadi masalah..

Tindakan ahli-ahli itu mirip tindakan Zaid yang baru-baru ini letak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan proses pengundian dijalankan. Nampaknya sistem demokrasi terpilih cara PKR kali ini benar-benar mengundang padah kepada ahli-ahli daripada peringkat akar umbi sehinggalah ke pucuk pimpinan parti. Itulah yang berlaku sampai bergaduh, letak jawatan dan keluar parti..

Masalah berat PKR ni. Belum lagi kata nak memerintah negara. Nak urus parti pun kelam-kabut sampai ahli sana sini habis memberontak, bangkit memprotes, jadi api dalam sekam dan sebagainya.. Macam ni ada hati nak ganti UMNO? 

Hancus.......


Sinar Harian - Lima ahli PKR letak jawatan

KLUANG: Lima ahli dari Cabang Parti Keadilan Rak yat (PKR) Sembrong bertindak meletak jawatan dalam parti kerana tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Pengerusi Pimpinan PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng dan pemilihan parti.

Mereka adalah Ketua Cabang, Saiman Marjuki; Naib Ketua, Abdul Aziz Abdul Kadir; Ketua Wanita, Noraini Abdul Kadir; dan dua ahli jawatankuasa iaitu Hussien dan Kamaruddin Ibrahim.

Abdul Aziz berkata, keputusan itu diambil kerana kecewa dengan kekusutan yang berlaku musim pemilihan di bawah peringkat Kepimpinan Pusat.

“Kami di peringkat dan kepimpinan akar umbi di peringkat negeri serta di seluruh negara begitu rasa tertekan dan kecewa kerana berlakunya ketidakadilan di dalam pemilihan yang telah berlangsung.

“Sehingga ke hari ini, kami kecewa kepimpinan pusat gagal untuk memperbaiki apa jua permasalahan yang telah wujud. Malah, sedia maklum calon bagi Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim telah pun meletak jawatan dan menarik diri daripada pemilihan,” katanya dalam sidang media yang di adakan di Kompleks Penghulu Mukim Batu 28, Kahang, di sini semalam.

Dakwanya, PKR tidak lagi mempertahankan per lembagaan parti dengan menolak hak-hak suara ahlinya di seluruh negara dan berasa kecewa slogan keadilan serta demokrasi tidak lagi wujud di dalam parti.

“Kami tidak mendapat keadilan yang sepatutnya. Bah kan, jawatan-jawatan begitu mudah dipecat oleh kepimpinan pusat dan sesiapa sahaja yang menentang dan dilihat menentang akan di ambil tindakan.

“Kepimpinan Pusat hari ini bertelagah sesama sendiri sehingga ahli di negeri-negeri terabai dan tidak tahu di mana hala tuju sebenar parti. Saya sebagai wakil dan kepimpinan di akar umbi ini ingin menjelaskan kepada Azmin Ali agar beliau juga harus dipertanggungjawabkan di dalam kemelut yang berlaku ini.

“Sebagai seorang yang berani, saya menyarankan bahawa beliau juga harus menarik dan mengundurkan diri daripada bertanding dan keluar daripada PKR,” katanya.

Sementara itu, Ketua Cabang PKR Sembrong, Saiman Marjuki yang juga Mantan Majlis Kepimpinan Negeri Johor (MKNJ) berkata, beliau merasakan kemelut yang ada di pucuk pimpinan pusat sudah sukar dibendung.

Menurutnya, hal ini berlaku kerana masing-masing berebut dengan jawatan, manakala tujuan dan matlamat parti ditinggalkan.

“Kalau dilihat PKR negeri Johor yang terdiri daripada 20 kaum Melayu yang memimpin daripada 26 cabang adalah pemimpin Melayu. Kami di dalam PKR juga memastikan bahawa dominan Melayu dalam PKR harus dikekalkan.

“Apa yang kita lihat pada hari ini PKR sudah berada dalam keadaan kucar kacir apabila Zaid meletakkan seluruh jawatan parti dan menarik diri dalam pertandingan kerana menunjukkan sudah ada tidak kena dalam parti tersebut,” katanya.

Beliau berkata, kepimpinan PKR perlu kembali ke akar umbi dan memikirkan semula apakah hala tuju perjuangan sebenar.

“Jadi saya melihat perkara ini sudah tiada hala tuju dan menjadi kucar kacir dan kembali pada yang asal. Jadi pada hari ini, kami semua melucutkan jawatan dalam PKR dengan serta merta,” katanya lagi.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List