Zaid merajuk, Anwar yang padah.........???

on Nov 11, 2010

zaid ibrahim pc 091110 supporters 02
Ketika bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan dalam blognya awal pagi Isnin bahawa beliau menarik diri daripada persaingan jawatan timbalan presiden, ia mengejutkan ramai pihak termasuk penyokong rapatnya sendiri.

Walaupun spekulasi telah tersebar luas yang Zaid akan menarik diri selepas mendakwa berlaku penyelewengan dalam proses pemilihan PKR, tetapi mereka hanya mengetahui mengenainya sama masa dengan orang lain.

Tetapi apa yang lebih mengejutkan ramai orang ialah serangan Zaid terhadap ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan 'anak emasnya' naib presiden Azmin Ali.

Dalam sidang akhbar pada hari Selasa di bungalo mewahnya - sehari selepas mengumum menarik diri dan melepaskan semua jawatan dalam parti - kekecewaan Zaid nampaknya sudah mencecah 'paras mendidih'.

Dalam sebuah parti di mana Anwar dianggap sebagai ikon dan raison d'etre parti, menuduhnya sebagai punca semua masalah dalam parti itu, dilihat oleh banyak orang sebagai sesuatu yang biadap.

Tempoh bertenang

NONEBekas ketua komunikasi PKR, Jonson Chong adalah antara mereka yang terperanjat dengan serangan terhadap supremo parti itu.

"Saya terkejut, tapi saya faham perasaannya, saya pernah bekerja 
dengan Anwar sebelum ini," katanya.

Chong (tengah), yang sebelumnya mengumumkan sokongan terbukanya kepada Zaid yang bersaing dengan Azmin dan seorang lagi naib presiden, Mustaffa Kamil Ayub untuk jawatan timbalan presiden, nampaknya berhati-hati ketika bercakap denganMalaysiakini, dan berkata: "Kita semua harus bertenang untuk sementara waktu."

Menurutnya, beliau telah bercakap dengan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kelmarin dan menyarankan kepadanya bahawa tidak ada gunanya menangisi susu yang telah tumpah, atau menuding jari kepada siapa yang menumpahkan susu.

"Susu telah tumpah dan apa yang penting adalah bagaimana hendak memperbaiki keadaannya," ujar Chong.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List