Istana buat laporan komplot larikan bekas Sultan

on Oct 5, 2010

sultan kelantan

Istana Mahkota hari ini membuat satu laporan polis berhubung penerimaan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) mengatakan bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra akan dibawa lari ke negara Thailand.

Laporan itu dibuat Pegawai Tentera Istana Mahkota Zahari Bakri di Balai Polis Kubang Kerian kira-kira pukul 10.50 pagi tadi.

Zahari yang hadir bersama seorang kakitangan Istana Mahkota ketika ditemui pemberita berkata beliau menerima satu sms daripada individu yang tidak dikenali pada 9.21 pagi, 21 September lepas memaklumkan ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand.

Katanya sms itu berbunyi: "salam, mohon kawalan ketat dan rapi di sempadan (Kelantan-Thailand) ini kerana maklumat yang diperolehi ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand, minta dikeluarkan serta-merta arahan ini kepada semua yang bertugas di sempadan untuk bersiap sedia untuk menyekat niat jahat ini, marilah kita berdoa semoga Sultan
Ismail Petra selamat dari golongan yang zalim. Please take nec action. Apa yang mungkin berlaku mereka ini akan menjadikan kem tentera sebagai tempat untuk berlindung. Elakkan dari perkara ini berlaku atau dituduh bersubahat."

Selain sms itu katanya beliau turut membaca satu laporan di sebuah laman blog 'The Kelantan Insider' pada 4 Oktober lalu yang bertajuk 'Posting 45: Sultan Ismail Petra akan dibawa lari ke Thailand?'

"Dalam laporan di blog itu juga menyentuh perkara yang sama iaitu mengenai perancangan pihak tertentu untuk membawa keluar secara sembunyi Sultan Ismail Petra untuk bersemayam di Thailand.

"Selain itu turut ditulis kebimbangan pihak blog berkenaan sekiranya benar kejadian itu berlaku selain menyeru pihak berkuasa menjalankan tindakan agar perkara berkenaan tidak terlaksana," katanya.

Justeru katanya beliau membuat laporan polis agar pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut kerana ianya dikhuatiri boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan menjejaskan nama baik Institusi Diraja Kelantan.

Zahari berkata penulis blog Kelantan Insider juga perlu disiasat agar dapat mengetahui dari sumber mana yang diperolehi mereka ketika menulis laporan mengenai komplot membawa lari bekas Sultan itu.

--Bernama

Mustaffa Kamil persoal politik 'busuk' PERKASA

on

Naib Presiden PKR Musttaffa Kamil Ayub mempersoalkan 'sokongan' Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) terhadapnya yang dicurigai sebagai percubaan melaga-lagakan pemimpin parti itu.

"Sekiranya beliau mahu melihat saya bersengketa dengan saudara Azmin (Ali) dan saudara Zaid (Ibrahim), saya nak tegaskan bahawa seluruh pemimpin PKR matang dalam menangani politikbusuk PERKASA-Umno ini," katanya.

Menurut Mustafa (kiri), PKR sebagai parti berbilang kaum tidak akan berkompromi dengan sikap 'perkauman' NGO Melayu itu.
Tolak anasir ekstrim

"Sesungguhnya PKR adalah parti untuk semua bangsa. Ayuh kita tolak anasir ekstrim PERKASA dan Umno ini," kata Mustaffa yang bertanding merebut jawatan timbalan presiden PKR.

Semalam, Ketua Wira PERKASA, Arman Azha Abu Hanifah meminta semua ahlinya yang menganggotai PKR menolak Azmin sebagai timbalan presiden PKR, sebaliknya mengalihkan sokongan mereka kepada Mustaffa.
Ini kerana, menurut Arman Azha (kanan), Azmin sebagai naib presiden parti itu sekarang didakwa tidak berpendirian dan hanya bertindak sebagai "budak kopi" kepada Ketua Umum PKR Datuk SeriAnwar Ibrahim.

"Saya harap semua anggota PKR memilih Mustaffa Kamil Ayub sebagai timbalan presiden. Beliau daripada ABIM (Angkatan Beliau Islam Malaysia), (beliau) ada agenda Islam," kata Arman Azha.

Beliau juga mendakwa, sebanyak 35 peratus NGO Melayu dengan keanggotaan 300,000 orang itu turut merupakan anggota PKR.

Dalam persaingan merebut jawatan nombor dua parti itu, Mustafa merupakan salah seorang yang menawarkan diri bertanding, di samping Azmin dan Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim.
Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini, Mustaffa bagaimanapun berkata, jika sokongan yang diberikan PERKASA itu ikhlas, beliau mengucapkan terima kasih.
"Saya nak tanya, adakah ikhlas. Kalau ikhlas saya ucap terima kasih," katanya sambil menegaskan perkara itu tidak bermakna beliau menyokong NGO Melayu itu.

Katanya, walaupun menyokong membahaskan perkara berkaitan Islam dalam ruang lingkup perlembagaan, tetapi pendekatan chauvinis dan esktrim seperti PERKASA hendaklah ditolak.
Sokong bawa rebah

Ditanya tentang kepentingan sokongan itu kepadanya, Mustaffa berkata ia menarik minat ahli parti dan media.
"Tetapi saya kena pastikan supaya tak dilihat sokong membawa rebah," katanya.

Berhubung dakwaan PERKASA bahawa 35 peratus anggota NGO itu juga merupakan anggota PKR, Mustaffa berkata "tak ada angka sedemikian".

Sementara itu, mengulas kenyataan Azmin terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathiryang dibidas pelbagai pihak, Mustaffa berkata seluruh ahli PKR berkongsi pandangan dengan bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

"Apakah tidak boleh mana-mana pemimpin PKR mengkritik Tun? Kalau Tun seorang negarawan, beliau tidak akan aniaya rakyat dan fitnah bekas timbalan perdana menteri. Mengapa perlu bengis apabila Tun dikritik pada penghujung usianya?" soalnya kembali.




Sumber

Media Arus Perdana Sekali Lagi Jadi "Tali Barut" UMNO BN......

on



Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan laporan media arus perdana tentang kekecohan yang dikatakan berlaku di Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC), Parti Keadilan Rakyat (PKR). Malah, mereka mensensasikan isu itu dengan menemubual pula calon yang tewas atau tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan cabang-cabang berkenaan. 
Akibatnya timbul beberapa adengan yang "memualkan"kita, seolah-olah apa yang berlaku dalam PKR itu sesuatu yang tidak wajar. Kononnya apa yang berlaku itu, melambangkan PKR tidak sesuai untuk memimpin negara ini. Rakyat dimomok-momokkan kononnya bagaimana PKR dan Pakatan Rakyat mahu memerintah, sedangkan hal dalaman parti itu sendiri gagal diselesaikan dengan baik. 
Maka, ramailah pemimpin UMNO yang mengutuk kejadian itu dan mencadangkan rakyat supaya menolak pemimpin PKR yang kononnya tidak layak untuk mewakili mereka. Akhirnya rakyat yang tidak berdosa dipaksa untuk mempercayai segala apa yang dilaporkan itu. Seolah-olah, kekecohan yang berlaku itu satu isu besar yang mewajibkan rakyat menolak PKR secara keseluruhannya. Walhal mereka terlupa bahawa, hanya sebahagian kecil sahaja insiden serupa itu berlaku sebenarnya. 
Sedangkan di tempat lain, perjalanan mesyuarat mereka adalah baik dan memuaskankan. Soalnya, kenapa media arus perdana beriya-iya benar mendedahkan apa yang berlaku ini?. Bahkan berita yang sama diulang-ulang, bagi memberi gambaran negatif kepada Parti Keadilan Rakyat. Mereka mahu rakyat menolak PKR dalam pilihanraya umum akan datang dan memilih UMNO BN sebagai wadah perjuangan mereka. Itulah matlamat yang sebenarnya !!

Mesyuarat UMNO Juga Lebih Kecoh Sebenarnya

Soalnya sekarang, kenapa media arus perdana begitu berselera untuk memaparkan adengan kekecohan yang berlaku dalam mesyuarat agung PKR ini agaknya. Apakah mereka telah diarahkan oleh puak-puak UMNO untuk membuktikan kononnya PKR itu sendiri sedang diambang perpecahan. 
Maka itulah mereka beriya-iya benar mewar-warkannya. Padahal, jika kita amati semula sejarah silam ternyata kekecohan, pergaduhan dan adengan panas memang banyak berlaku dalam parti UMNO itu sendiri sebenarnya. Jika dilihat kepada mesyuarat agung dan pemilihan yang berlaku ketika peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib Razak dulu.
 Banyak bahagian UMNO yang kecoh dengan adengan tumbuk-menumbung, kerusi melayang, caci mencaci, cerca-mencerca dan kutuk-mengutuk sebenarnya. Malah, lebih hebat lagi pihak Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dipanggil untuk memantau Mesyuarat Agung Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang di Kelantan. 
Kekecohan juga berlaku di Sungai Petani Kedah dan Seremban Negeri Sembilan. Maknanya, jika sebahagian kecil yang berlaku ini dianggap sebagai "isu besar", maka UMNO juga tidak layak untuk memerintah negara ini sebenarnya. Mereka lebih huru-hara dan kacau bilau daripada Parti Keadilan Rakyat seperti yang diheboh-hebohkan itu.


Kekecohan Persidangan Pemuda UMNO Rantau Panjang, menyebabkan
polis anti rusuhan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berada disitu


Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Seremban di Dewan Kelab Golf Taman
Tuanku Ja’afar kecoh dengan adengan balik kerusi dan tumbuk-menumbuk

Jika dilihat kepada aksi-aksi ini ternyata, apa yang berlaku dalam PKR itu sudah lama berlaku dalam UMNO sebenarnya. PKR sebuah parti yang baru untuk memulakan satu kaedah baru pemilihan, makanya apa yang terjadi itu bolehlah dianggap sebagai satu pengajaran berguna buat ahlinya. 
Namun, UMNO sebuah parti yang sudah lama berkuasa di negara ini pun masih mengamalkan budaya tersebut. Makanya, mereka sepatutnya yang"tidak layak" memimpin sebenarnya. Bahkan lebih panas lagi, kekecohan yang berlaku dalam UMNO hingga menyebabkan FRU terpaksa campur tangan. Sedangkan perkara seperti itu tidak terjadi kepada PKR.
Kecoh Rasuah Lebih Hina Dari Kekecohan Biasa

Apa yang menarik untuk diperkatakan ialah kekecohan yang berlaku dalam PKR baru-baru ini adalah dek kerana sikap teruja dan emosi sesetengah pihak yang ingin memburu kemenangan. Akhirnya mereka mengabaikan tatasusila pada hari pemilihan. 
Berbagai insiden yang berlaku sebenarnya tidak dirancang dan ia terjadi secara spontan. Mungkin ada dua tiga kes yang berlaku pakatan sulit antara calon dengan pegawai petugas pemilihan. Namun, jumlahnya agak kecil, tambahan pula pegawai terbabit juga adalah "manusia biasa" yang tidak terlepas daripada kesalahan dan bakal menerima hukuman atas tindakan mereka. 
Namun, secara kesuluruhannya masalah yang berlaku adalah dek kerana tidak berpuas hati akibat nama tiada dalam daftar semakan. Sedangkan ahli terbabit tidak mahu menyemak terlebih awal nama-nama mereka sebelum tibanya hari pemilihan. Akibatnya mereka "naik angin" dan berang melihat ramai penyokong tiada nama untuk mengundi. 
Juga berlaku kekecohan kerena terdapat isu kertas undi telah ditandakan oleh orang lain"pengundi hantu" dan sebagainya. Semuanya ini adalah kekecohan biasa sebenarnya. Namun, masihkah kita ingat bahawa kekecohan yang berlaku dalam UMNO?. Kebanyakkan daripada mereka melakukan amalan rasuah "politik wang". Lihat sahaja kepada Ali Rustam yang dihalang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO gara-gara politik wang.


Mesyuarat UMNO Bahagian Sungai Petani Kedah juga kecoh dengan amukan
para perwakilan yang menolak perlantikan semula Bekas Ketua Bahagian itu

Malah Jawatankuasa Displin parti itu mengesan lebih 700 gejala politik wang berlaku dalam pemilihan di seluruh negara. Ramai yang diambil tindakan termasuk digantung dan diberi amaran. Semua ini membuktikan bahawa kekecohan yang berlaku dalam UMNO itu lebih hina daripada apa yang digembar-gemburkan terhadap PKR.
 Dari segi moralnya, mana yang lebih hina, gejala rasuah dalam partiatau kekecohan kecil ketika mesyuarat parti?. Rakyat yang bijak sahaja boleh menilai parti mana yang "cakap tak serupa bikin" itu.

[Justeru itu, rakyat dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa agar tidak panik melihat apa yang dilaporkan oleh media arus perdana itu. Sesungguhnya mereka memang menjalankan tugas dan agenda UMNO BN bagi menghakis sokongan rakyat terhadap parti pembangkang. Apa yang penting, amalan demokrasi terus disuburkan dalam PKR biarpun mendapat kecaman dan komentar berbaur hasutan daripada pihak-pihak yang berkepentingan. Kita harus sedar bahawa apa yang dilakukan ini adalah permualaan ke arah erti sebuah demokrasi yang subur. Memang akan ada yang tidak berpuas hati dan kecewa apabila terdapat pihak lain yang menang dan melakukan penyelewengan. Biarlah jawatankuasa displin parti yang menentukan sama ada kes tersebut benar-benar terjadi atau semua kekecohan berkenaan satu provokasi yang sengaja dilakukan].
PDO

Zaid Sanggup Menfitnah Untuk Menang Jawatan....???

on





Orang-orang yang sama tidak berfikir dua kali untuk mencemuh Anwar secara terbuka, menerusi FMT mahupun bloger-bloger yang menerima upah bulanan daripada Soh dan Nelson. Kenapa Soh dan Nelson berbuat demikian, malah sanggup menghabiskan wang ratusan ribu ringgit setiap bulan bagi membiayai FMT untuk meletakkan Zaid sebagai timbalan presiden PKR? 


Dan apabila usaha itu semakin sukar kerana sokongan untuk Zaid terhad, kenapa mereka tergamak untuk menfitnah Nurul, Wan Azizah dan Anwar? Mereka melakukannya walaupun sedar tindakan itu membabitkan keharmonian sebuah keluarga yang telah banyak melalui onak dan duri perjuangan dan masih saban hari menghadapi ujian akibat konspirasi dan fitnah Umno-Barisan Nasional. 

Adakah imbuhan daripada kejelekan ini terlalu besar sehingga soal kesopanan dan maruah tidak perlu diambilkira lagi oleh Zaid? Mungkin Zaid, Soh Chee Wen dan Nelson mencongak bahawa memimpin PKR bererti menerajui Pakatan Rakyatdan seterusnya menawan Putrajaya. Dan, pulangannya termasuk segala kuasa yang dikaitkan dengan jawatan Perdana Menteri Malaysia – cukup lumayan untuk mereka kongsi bersama. 


Namun persoalan asas bagi Zaid, Soh Chee Wen dan Nelson adalah patutkah matlamat menghalalkan cara – apakah perlu mengheret seisi keluarga Anwar dalam kancah fitnah semata-mata untuk menobatkan seorang individu sebagai timbalan presiden? Mungkin Zaid dapat memberi jawapan kepada persoalan ini apabila beliau mencanang ciri-ciri keikhlasan dan kepimpinan diri dalam blognya atau pun menerusi FMT!

[Mungkin ramai yang terkejut dengan artikel panas ini, namun hanya mereka yang faham dan mengetahunya sahaja yang boleh menilai semua ini. Soalnya sekarang, benarkah Datuk Zaid Ibrahim sanggup melakukan tindakan sedemikian semata-mata untuk menang jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat dalamPemilihan 2010 nanti?. Atau mungkin semua ini juga adalah satu konspirasi untuk mengaitkan beliau dengan kenyataan itu. Soalnya sekarang, jika benar dakwaan ini maka ternyata ia sesuatu yang tidak wajar sebenarnya. Oleh itu ahli PKR di seluruh negara perlu melihat perkara ini dari kontek yang lebih jelas sebelum membuat keputusan untuk memilih seseorang calon itu nanti. Apapun, semua ini hanyalah berdasarkan pandangan kami semata-mata. Mungkin ianya hanyalah satu teori semata-mata di saat kempen pemilihan 2010 yang semakin hangat kini].


PDO

Pernahkah Nurul Izaah Umum Menyokong Zaid...???

on



Pernahkah Nurul Izaah Umum Menyokong Zaid.......

Laporan itu memetik Nurul sebagai berkata demikian kepada pemberita di Sarawak. Perkara yang paling aneh mengenai laporan yang agak sensasi ini adalah, walaupun Nurul disebut memberitahu isihatinya pada sidang media di Kuching, TIDAK ADA SATU PUN media yang melaporkan berita sebagaimana yang disiarkan oleh FMT. 


Mereka yang dalam bidang kewartawanan tentunya akur bahawa jika benar Nurul berucap sebagaimana yang didakwa oleh FMT, ia adalah tajuk utama akhbar dan stesen TV diseluruh negara. Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 tentunya bertepuk gembira jika benar Nurul menyatakan demikian. 


Namun kecuali FMT, seluruh media arus perdana dan media alternatif lain termasuk Malaysiakini membisu. Dan, sebab mereka berbuat demikian ialah kerana Nurul tidak melafazkan sebarang sokongan untuk Zaid atau pun mencemuh Azmin dari apa segi sekali pun. Laporan fitnah FMT itu adalah cubaan terdesak untuk memaparkan Zaid menerima sokongan Nurul dan memberi erti beliau menyanggah ayahnya.


PDO

Benarkah Zaid Guna Kempen Matlamat Halalkan Cara.....???

on

Benarkah Zaid Guna Kempen Matlamat Halalkan Cara Semata-Mata Dia Mahu Memenangi Jawatan Timbalan Presiden PKR Dalam Pemilihan 2010 Ini

Sejak beberapa bulan lalu, satu usaha halus dan jijik dilakukan untuk memaparkan keluargaDatuk Seri Anwar Ibrahimberpecah belah akibat fahaman politik yang berbeza. 
Pihak disebalik usaha itu menggunakan portal Free Malaysia Today(FMT) untuk cuba memaparkan bahawa Puteri Reformasi Nurul Izzah memberi sokongan padu kepada Datuk Zaid Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presidenmanakala Anwar pula memihak kepada Azmin Ali. 

Setiap lawatan Nurul untuk memantapkan jentera parti di Sabah dan Sarawak dikibarkan oleh FMT sebagai isyarat jelas Nurul mendokong kempen Zaid untuk menjadi timbalan kepada ibunya dalam memimpin PKR. Pada masa sama, Zaid menulis dalam blognya bahawa kuasa politik dalam PKR yang sepatutnya berada ditangan presiden telah diambilalih oleh Anwar selaku Ketua Umum parti. 
Zaid berjanji untuk mengembalikan maruah Datuk Seri Dr Wan Azizah jika ahli PKR mengundi beliau. Usaha jijik memecahbelah dan menimbulkan kesangsian serta kecurigaan dalam sebuah keluarga dilakukan, demi cita-cita seorang individu untuk mengejar kedudukan dan pangkat dalam parti. 
Kemuncak konspirasi itu berlaku pada minggu lalu, apabila FMT memetik Nurul sebagai menggambarkan kononnya Azmin adalah ahli politik bertopeng serigala manakala Zaid adalah pemimpin yang harus disokong kerana melakukan begitu banyak kebaikan untuk PKR dan dalam masa yang singkat berjaya “membangunkan Kuala Lumpur”.
PDO

Benarkah Azmin Yang Terawal Asaskan Keadilan......Gerakan Reformasi Hingga Tertubuhnya Parti

on

Benarkah Azmin Yang Terawal Asaskan Keadilan

Ramai yang kecewa dengan laporan mengatakan Azmin antara yang terawal mengasaskan Parti Keadilan Nasional. Padahal, nama-nama yang dipercayai terlibat dengan gerakan itu ialah seperti Zainur Zakaria, Ng Lum Yong, Dr.Mohd Nor Nawawi, Irene Fernandez, Goh Keat Peng, Saifuddin Nasution, Sahri Bahri, Johari Abdul, Dr.Mansor Othman, Khalil Shah Jamaluddin, Mohd Rafaie Abd Malek, Omar Jaafar, Kahar Ahmad, Dr.Abd Wahid Ahmad Suhaimi, Nik Aziz Nik Hassan, Yusof Abd Rahman dan Abd Rahman Yusuf. Tidak ketinggalan juga nama-nama orang lama seperti Pengerusi Perhubungan Keadilan Selangor, Dr.Ghazali Basri(foto) yang dikatakan antara yang terawal. Namun, dimanakah mereka ini semua agaknya?. Ada yang masih aktif dan ada juga yang terus menyepi sebenarnya. Justeru itu, mereka ini pasti akan terasa bila ada yang mengatakan Azmin adalah pengasas Parti Keadilan itu. Walhal, ketika awal-awal kebangkitan gelombang reformasi merekalah yang telah bertungkus lumus dan bersusah payah untuk merealisasikan perjuangan.



Senarai terawal AJK Parti Keadilan Nasional, juga tidak kelihatan
nama Azmin Ali. Soalnya di manakah beliau pada ketika ini?
[Persoalannya kini sekarang, kami tidak dapat mengesahkan perkara ini. Cuma andai ada yang terkilan dengan kenyatan itu, mungkin mereka lebih tahu. Semua itu mengingatkan kita pada pagi 4 April 1999Ballroom Hotel Renaissance, Jalan Ampang Kuala Lumpur. Hari itu bagai pesta. Segenap sudut gemerlapan sementara di lobi dan laman hotel kedengaran laungan “reformasi” dan “Allahhuakbar" sempenaPelancaran Parti Keadilan Nasional. Soalnya sekarang, ramai yang tertanya-tanya dimanakah nama Azmin Ali ketika ini. Padahal beliau adalah antara pemimpin yang paling rapat dengan Anwar Ibrahim itu sendiri. Inilah yang menimbulkan kemuskilan dikalangan ahli PKR sebenarnya. Maka itu, apakah wajar media menggambarkan Azmin yang disanjung sebagai pengasas Parti Keadilan Nasional itu agaknya?. Difahamkan ketika itu Azmin sedang bergelut dengan kesnya. Malah, menurut Ezam pada awalnya Azmin takut dan tidak mahu pun ke depan dalam Keadilan. Difahamkan, Presiden Pertama Keadilan sebelum itu ialah Haji Nordin Pilah].


Gerakan Reformasi Hingga Tertubuhnya Parti
Maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti yang sedia ada iaituIkatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti Keadilan Nasional diadakan pada 4 April 1999. Melalui pengambilalihan parti Ikatan Masyarakat Islam Malaysia inilah, Parti Keadilan Nasional ditubuhkan. Selepas 1999, pada tahun 2003, cadangan supaya Keadilan bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia berjaya dan sebuah nama parti yang baru dilancarkan,Parti Keadilan Rakyat. Pada 3 Ogos 2003 Keadilan dan PRM melancarkan Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur. Pada waktu ituPendaftar Penubuhan masih enggan meluluskan pendaftaran parti. Maka pada Pilihanraya Umum 2004, calon-calon PRM bertanding di atas platform Keadilan. Calon tunggal yang menang ialah Presiden Parti iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah di Parlimen Permatang Pauh.


Bukti, pelancaran Parti Keadilan Nasional, Di mana nama Azmin Ali?

Parti ini sejak awal penubuhannya telah didokong oleh barisan pimpinan yang ingi membwa perubahan atau reformasi kepada sistem politik dan pemerintahan negara. Kini dengan senario dan angin perubahan yang semakin kuat melanda negara, parti ini mendapat nafas baru dengan penyertaan sebahagian besar pendokong dan pemimpin reformasi negara.

Kontroversi: Ramai 'Pimpinan Lama' Dalam Parti Kecewa Dengan Laporan Yang Mengatakan Azmin Ali Adalah Pengasas Parti Keadilan Yang Terawal!

on


Ramai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh beberapa media dan blog kononnya Azmin Ali (foto) adalah pengasas Keadilan
Menurut sumber, kenyataan itu dibuat ketika beliau mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti di Kota Kinabalu Sabah pada 16 September lalu. Antara lain kenyataan itu memetik “Saya bersama rakan-rakan pimpinan dan anggota-anggota parti akan berganding bahu untuk menggilap idealisme, memperkukuh kesetiaan dan memperkasa organisasi,” kata Azmin antara pengasas Keadilan dan Bekas Setiausaha Sulit kepada Anwar ketika memegang jawatan kerajaan". 
Susulan kenyataan tersebut, ramai "pemimpin lama" yang mengasaskan parti keadilan amat terkilan. Sebelum terbit Parti Keadilan, sekumpulan NGO dan Parti Pembangkang menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Penubuhan ini diumumkan di Markaz PAS Taman Melewar. 
Beribu orang datang menyatakan sokongan semasa penubuhan  GERAK. Selepas itu, pendokong Reformasi tubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (Adil) untuk menyediakan pentas perjuangan. Usaha tubuhkan parti politik untuk pergerakan Keadilan ini menghadapi jalan buntu akibat kerenah birokrasi oleh pihak Pendaftar Pertubuhan.

Golongan kaya raya beli jongkong emas.

on



bulion


WASHINGTON:  Golongan terkaya di dunia mengikis rasa bimbang dengan situasi ekonomi yang suram dengan membeli emas – dalam bentuk jongkong emas – berjumlah bertan-tan dan memindah aset mereka dari sistem kewangan.
Bimbang terhadap kemungkinan kejunaman ekonomi berganda (double dip recession) meningkatkan minat mereka kepada jongkong emas dan saham-saham syarikat perlombongan dan pertukaran dana niaga (ETF), kata Eksekutif UBS Josef Stadler kepada Sidang Kemuncak Global Swasta Reuters.
Mereka bukan sahaja membeli ETF tetapi mereka membeli jongkong emas," kata Stadler, yang menawarkan perkhidmatan bank Switzerland untuk para pelanggan yang mempunyai aset sekurang-kurangnya US$50 juta untuk melabur.
UBS menasihati para pelanggan berprofil tinggi ini supaya memegang 7-10% aset mereka dalam bentuk emas, yang boleh mendatangkan hasil 10% setahun dan diurusniaga pada sekitar US$1,314.50 satu aun hari Isnin.
"Kami mempunyai contoh sepasang suami isteri membeli lebih satu tan emas …… dan membawanya ke tempat lain," kata Stadler. "Pada harga hari ini, pemindahan melalui kapal mencecah nilai US$42 juta."
Ketua Pegawai Pelaburan UBS untuk Asia Julius Baer juga menyarankan golongan kaya menyimpan sebahagian aset mereka dalam bentuk jongkong emas sebagai mengekalkan nilai dolar berikutan kebimbangan tentang kelemahan mata wang.
"Saya lihat emas sebagai insuran," kata Van Anantha-Nageswaran. "Saya mencadangkan 10% minimum dalam portfolio dan selebihnya digunakan untuk urusniaga."
- Reuters

Pilihan raya negeri Sarawak sudah hampir......???

on

Taik Mahmud


KUCHING: Terdapat tanda-tanda jelas pilihan raya negeri ke 10 Sarawak akan diadakan tidak lama lagi, diramalkan seawal peghujung bulan ini atau pada November.
Pemerhati politik juga tidak menolak kemungkinan pilihan raya negeri di adakan serentak dengan pilihan raya kecil Galas di Kelantan, selepas mesyuarat perwakilan Umno di Kuala Lumpur dari 19 hingga 24 Oktober ini.
Kemungkinan pilihan raya di adakan serentak timbul setelah Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Abdul Aziz terbang ke Sarawak untuk menemui Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud lewat minggu sudah.
Sarawak berada dalam mood pilihan raya sejak sebulan lalu dan tandanya lebih jelas apabila Taib, yang sebelum ini diramalkan akan mengundur diri sebelum pilihan raya, mengesahkan minggu lalu bahawa beliau akan menerajui Barisan Nasional (BN) negeri.
Taib membuat pengumuman itu di depan lebih 7,000 orang, satu jumlah yang tidak disangka, termasuk menteri-menteri kabinet negeri, penyokong-penyokong BN dan para wakil dari pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching selepas mengadakan lawatan ke luar negeri.
Sehari selepas itu, beliau memberitahu para pemberita bahawa berkemungkinan besar beliau akan mempertahankan kerusinya di kawasan Balingan, hingga menyebabkan angin bertiup lebih kencang bahawa pilihan raya negeri sudah hampir.
Kedua-dua pengumuman ini mencetuskan spekulasi kuat bahawa ramai berkata, ini merupakan isyarat-isyarat jelas daripada Taib bahawa pilihan raya negeri telah hampir.
Setiausah Agung BN Sarawak Stephen Rundi juga mengisytiharkan bahawa jentera BN negeri telah bersiap sedia "sepenuhnya" dan pusingan pertama program menjelajah negeri (roadshow) sudah bermula.
"Kami sudah bersedia bila-bila masa Pehin Seri (Taib) mahu mengisytihar pilihan raya," katanya memetik akhbar-akhbar harian di Bumi Kenyalang itu.
Sejak kembali dari luar negeri minggu sudah, Taib menjelajah di seluruh pelusuk negeri menemui rakyat di berbagai acara dan program. Ini merupakan sebahagian dari "roadshow" dan telah bermula.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List