Media Arus Perdana Sekali Lagi Jadi "Tali Barut" UMNO BN......

on Oct 5, 2010



Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan laporan media arus perdana tentang kekecohan yang dikatakan berlaku di Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC), Parti Keadilan Rakyat (PKR). Malah, mereka mensensasikan isu itu dengan menemubual pula calon yang tewas atau tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan cabang-cabang berkenaan. 
Akibatnya timbul beberapa adengan yang "memualkan"kita, seolah-olah apa yang berlaku dalam PKR itu sesuatu yang tidak wajar. Kononnya apa yang berlaku itu, melambangkan PKR tidak sesuai untuk memimpin negara ini. Rakyat dimomok-momokkan kononnya bagaimana PKR dan Pakatan Rakyat mahu memerintah, sedangkan hal dalaman parti itu sendiri gagal diselesaikan dengan baik. 
Maka, ramailah pemimpin UMNO yang mengutuk kejadian itu dan mencadangkan rakyat supaya menolak pemimpin PKR yang kononnya tidak layak untuk mewakili mereka. Akhirnya rakyat yang tidak berdosa dipaksa untuk mempercayai segala apa yang dilaporkan itu. Seolah-olah, kekecohan yang berlaku itu satu isu besar yang mewajibkan rakyat menolak PKR secara keseluruhannya. Walhal mereka terlupa bahawa, hanya sebahagian kecil sahaja insiden serupa itu berlaku sebenarnya. 
Sedangkan di tempat lain, perjalanan mesyuarat mereka adalah baik dan memuaskankan. Soalnya, kenapa media arus perdana beriya-iya benar mendedahkan apa yang berlaku ini?. Bahkan berita yang sama diulang-ulang, bagi memberi gambaran negatif kepada Parti Keadilan Rakyat. Mereka mahu rakyat menolak PKR dalam pilihanraya umum akan datang dan memilih UMNO BN sebagai wadah perjuangan mereka. Itulah matlamat yang sebenarnya !!

Mesyuarat UMNO Juga Lebih Kecoh Sebenarnya

Soalnya sekarang, kenapa media arus perdana begitu berselera untuk memaparkan adengan kekecohan yang berlaku dalam mesyuarat agung PKR ini agaknya. Apakah mereka telah diarahkan oleh puak-puak UMNO untuk membuktikan kononnya PKR itu sendiri sedang diambang perpecahan. 
Maka itulah mereka beriya-iya benar mewar-warkannya. Padahal, jika kita amati semula sejarah silam ternyata kekecohan, pergaduhan dan adengan panas memang banyak berlaku dalam parti UMNO itu sendiri sebenarnya. Jika dilihat kepada mesyuarat agung dan pemilihan yang berlaku ketika peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib Razak dulu.
 Banyak bahagian UMNO yang kecoh dengan adengan tumbuk-menumbung, kerusi melayang, caci mencaci, cerca-mencerca dan kutuk-mengutuk sebenarnya. Malah, lebih hebat lagi pihak Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dipanggil untuk memantau Mesyuarat Agung Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang di Kelantan. 
Kekecohan juga berlaku di Sungai Petani Kedah dan Seremban Negeri Sembilan. Maknanya, jika sebahagian kecil yang berlaku ini dianggap sebagai "isu besar", maka UMNO juga tidak layak untuk memerintah negara ini sebenarnya. Mereka lebih huru-hara dan kacau bilau daripada Parti Keadilan Rakyat seperti yang diheboh-hebohkan itu.


Kekecohan Persidangan Pemuda UMNO Rantau Panjang, menyebabkan
polis anti rusuhan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berada disitu


Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Seremban di Dewan Kelab Golf Taman
Tuanku Ja’afar kecoh dengan adengan balik kerusi dan tumbuk-menumbuk

Jika dilihat kepada aksi-aksi ini ternyata, apa yang berlaku dalam PKR itu sudah lama berlaku dalam UMNO sebenarnya. PKR sebuah parti yang baru untuk memulakan satu kaedah baru pemilihan, makanya apa yang terjadi itu bolehlah dianggap sebagai satu pengajaran berguna buat ahlinya. 
Namun, UMNO sebuah parti yang sudah lama berkuasa di negara ini pun masih mengamalkan budaya tersebut. Makanya, mereka sepatutnya yang"tidak layak" memimpin sebenarnya. Bahkan lebih panas lagi, kekecohan yang berlaku dalam UMNO hingga menyebabkan FRU terpaksa campur tangan. Sedangkan perkara seperti itu tidak terjadi kepada PKR.
Kecoh Rasuah Lebih Hina Dari Kekecohan Biasa

Apa yang menarik untuk diperkatakan ialah kekecohan yang berlaku dalam PKR baru-baru ini adalah dek kerana sikap teruja dan emosi sesetengah pihak yang ingin memburu kemenangan. Akhirnya mereka mengabaikan tatasusila pada hari pemilihan. 
Berbagai insiden yang berlaku sebenarnya tidak dirancang dan ia terjadi secara spontan. Mungkin ada dua tiga kes yang berlaku pakatan sulit antara calon dengan pegawai petugas pemilihan. Namun, jumlahnya agak kecil, tambahan pula pegawai terbabit juga adalah "manusia biasa" yang tidak terlepas daripada kesalahan dan bakal menerima hukuman atas tindakan mereka. 
Namun, secara kesuluruhannya masalah yang berlaku adalah dek kerana tidak berpuas hati akibat nama tiada dalam daftar semakan. Sedangkan ahli terbabit tidak mahu menyemak terlebih awal nama-nama mereka sebelum tibanya hari pemilihan. Akibatnya mereka "naik angin" dan berang melihat ramai penyokong tiada nama untuk mengundi. 
Juga berlaku kekecohan kerena terdapat isu kertas undi telah ditandakan oleh orang lain"pengundi hantu" dan sebagainya. Semuanya ini adalah kekecohan biasa sebenarnya. Namun, masihkah kita ingat bahawa kekecohan yang berlaku dalam UMNO?. Kebanyakkan daripada mereka melakukan amalan rasuah "politik wang". Lihat sahaja kepada Ali Rustam yang dihalang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO gara-gara politik wang.


Mesyuarat UMNO Bahagian Sungai Petani Kedah juga kecoh dengan amukan
para perwakilan yang menolak perlantikan semula Bekas Ketua Bahagian itu

Malah Jawatankuasa Displin parti itu mengesan lebih 700 gejala politik wang berlaku dalam pemilihan di seluruh negara. Ramai yang diambil tindakan termasuk digantung dan diberi amaran. Semua ini membuktikan bahawa kekecohan yang berlaku dalam UMNO itu lebih hina daripada apa yang digembar-gemburkan terhadap PKR.
 Dari segi moralnya, mana yang lebih hina, gejala rasuah dalam partiatau kekecohan kecil ketika mesyuarat parti?. Rakyat yang bijak sahaja boleh menilai parti mana yang "cakap tak serupa bikin" itu.

[Justeru itu, rakyat dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa agar tidak panik melihat apa yang dilaporkan oleh media arus perdana itu. Sesungguhnya mereka memang menjalankan tugas dan agenda UMNO BN bagi menghakis sokongan rakyat terhadap parti pembangkang. Apa yang penting, amalan demokrasi terus disuburkan dalam PKR biarpun mendapat kecaman dan komentar berbaur hasutan daripada pihak-pihak yang berkepentingan. Kita harus sedar bahawa apa yang dilakukan ini adalah permualaan ke arah erti sebuah demokrasi yang subur. Memang akan ada yang tidak berpuas hati dan kecewa apabila terdapat pihak lain yang menang dan melakukan penyelewengan. Biarlah jawatankuasa displin parti yang menentukan sama ada kes tersebut benar-benar terjadi atau semua kekecohan berkenaan satu provokasi yang sengaja dilakukan].
PDO

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List