Penghargaan bekas ketua: Tiada tempat untuk Anwar

on Oct 5, 2010

Pemuda Umno tidak akan memberi penghargaan kepada bekas ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis penghargaan untuk bekas ketua pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita Umno sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri ketiga-tiga sayap Umno itu di Kuala Lumpur Jumaat ini.

Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid berkata Pemuda Umno beranggapan adalah janggal dan tidak sesuai penghargaan itu diberikan kepada Anwar (kiri) yang telah menyertai pembangkang.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Penolong Setiausaha Wanita Rosni Sohar dan Penolong Setiausaha Puteri Umno Nor Azita Abdul Rahman di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata antara yang akan diberi penghargaan itu adalah Allahyarham Tun Hussein Onn, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Allahyarham Tun Sardon Jubir selain Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz selaku bekas pembangku Ketua Pemuda Umno. 

"Penghargaan itu akan disampaikan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak kepada bekas Ketua Pemuda sendiri atau waris mereka," kata Megat Firdouz.

Pada majlis yang sama Wanita Umno dan Puteri Umno juga akan memberi penghargaan kepada bekas ketua masing-masing. 

Rosni pula berkata, majlis rumah terbuka itu yang pertama kali diadakan secara bersama oleh pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, adalah dari 11 pagi hingga 5 petang dan akan diadakan di Dewan Tun Razak 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sebanyak 14 gerai akan dibuka pada majlis itu mewakili setiap negeri yang menyediakan menu dari negeri masing-masing. Seramai 10,000 orang dijangka hadir. 

- Bernama

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List