Update Gambar Kemalangan 10.10.10

on Oct 12, 2010

Di kilometer 223.2 Lebuh Raya PLUS



Jalan raya penuh sesak


Bas Delima dah merentangi jalan



Myvi merah terperosok di bawah bas

Honda Accord hancur..

Bas JKM yang terkena serpihan kemalangan



Pemandu Vios cedera, manakala pemandu van tak dapat diselamatkan

Pemandu van mati


Penumpang yang tercampak keluar







Mangsa tersepit masih lagi hidup

Selepas sejam..baru mangsa dapat di keluarkan



Antara yang maut ditempat kejadian


Honda Accord kena tarik




Yang paling parah..

Bila tengok impak dari perlanggaran ini memang menunjukkan kejadian berlaku pada kelajuan yang tinggi (mungkin melebihi had kelajuan yang ditetapkan) sedangkan setahu saya had kelajuan bas yang dibenarkan di lebuhraya hanyalah 90km/j.

Cerita pasal penguatkuasaan had kelajuan... ini cerita BASI... Hangat-hangat Taik Ayam. Pihak yang berkuasa tidak melaksanakan tugas dengan amanah... yang mereka sibukkan adalah saman ekor kenderaan penumpang.. lebih sikit saja terus saman...

Dulu kita masih ingat sibuk, gaduh, kalut satu negara bas2 penumpang kena pasang Kotak Hitam dan pasang Lampu Amaran untuk memantau had kelajuan... mana benda2 tu sekarang... yang jelas yang untung ialah pembekal peralatan tersebut dapat durian runtuh, untung bermusim yang lumayan termasuk jugalah orang2 yang pandai mengambil kesempatan dan menumpang2 laba (makan komisen)... Lepas semua bas dah pasang ... senyap, bahkan sekarang dah tak da pun kaedah pemantauan itu lagi...

bila berlaku kemalangan begini pihak2 yang bertanggungjawab mula sibuk mencongak2 jawapan untuk melepaskan tanggungjawab kepada orang lain.. itulah amalan yang lazim berlaku...

Jadi yang terlibat menjadi mangsa kalau tak mati dapat sakit atau cacat kekal. lebih parah lagi keluarga mangsa juga menjadi trauma.

Nak salahkan syarikat bas 100% pun tak kena. Sebab faktor2 lain seperti penguatkuasaan juga amat memainkan peranan utama sebagai pencegah dari berlakunya kemalangan seperti ini. Tetapi yang nyata bila kejadian ini berlaku telah terbukti faktor penguatkuasaan telah gagal.

Sepatutnya pemantauan oleh pihak berkuasa terhadap syarikat2 bas ini dilakukan secara lebih berkesan dan berterusan. Ini tidak, ianya bersifat bermusim... Ops sikap berjaya ke??? tapi tak da satu kepala otakpun oleh pihak berkuasa boleh berfikir untuk melaksanakan pemantauan dengan lebih baik dan bersistematik. Balik2 saman ekor, tangkap gambar itu saja ke yang boleh. Bila ada proposal baru atau gadjet2 baru itu yang disibukkan sebab ada duit kat situ. Bila cerita pasal upgrade yang melibatkan perbelanjaan wang rakyat yang banyak, baru pihak berkuasa ada minat nak cerita pasal keselamatan rakyat. Pasal apa tak guna satelit ke, GPRS ke nak pantau bas2 ini. Kan kita dah ada satelit. Yang herannya bila bayar duit boleh pulak guna satelit nak pantau pergerakkan kenderaan oleh syarikat swasta yang buat bisnes. Bila ada bisnes, masyukkkkk pihak berkuasa dapat duit....

Jadi terbuktilah duit lebih penting dari nyawa rakyat (rakyat didahulukan????), sedangkan bina satelit tu guna duit rakyat... Malah kita bengga tak tentu pasal sebab dah ada angkasawan, walaupun apa sumbangannya kepada rakyat masih kabur sedangkan duit rakyat dah habis berjuta2 ringgit.

Jadi sama-samalah kita fikir dan bermuhasabah... kepentingan rakyat ni dimana? betulke rakyat didahulukan... atau keuntungan dan wang diutamakan... berfikirlah dengan kepala otak jangan guna kepala lutut pulak sebab nanti cerita yang sama akan berulang... ada lagi yang akan menangisi kematian orang yang tersayang...

Apa yang pasti bila penguatkuasaan undang2 dilakukan mereka hanya mampu berfikir kaedah yang akan menyusahkan rakyat terbanyak... orang2 besar ada eskot dan traffik jaga... rakyat kena ketepi dulu...RAKYAT DIDAHULUKAN.... kwang kwang kwang.

Kes bicara kematian Aminulrasyid bermula...???

on


Perbicaraan seorang korporal yang didakwa menembak mati seorang remaja berusia 15 rahun, Aminulrasyid Amzah, bermula di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini dan dijadualkan berlangsung selama 11 minggu.

Jenain Subi, 48, dituduh menyebabkan kematian tanpa niat ke atas Aminulrasyid, di Jalan Tarian 11/2 , Seksyen 11, antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Saksi pertama pada perbicaraan ini adalah lans korporal Mohd Sabri Salleh.
Katanya, ketika kejadian pada 26 April lalu itu, beliau ditugaskan di Bahagian Gerakan di Shah Alam antara tengah malam hingga jam 8 pagi.

Pada sekitar 1.45 pagi Mohd Sabri berkata beliau menerima panggilan dari kereta peronda SL589 memaklumkan bahawa sebuah kereta Proton Iswara putih sedang memecut dan enggan berhenti.

Katanya, kereta peronda berkenaan memohon bantuan bagi menghentikan kereta tersebut.

“Setelah beberapa minit kemudian, Saya menerima panggilan daripada kereta peronda SL614 memaklumkan mereka sedang mengejar kereta Iswara dari Hotel Concorde Hotel ke Bulatan Kayangan dan kemudiannya menghala balik."
"Saya panggil anggota di SL614, Korporal Jenain (tertuduh) melalui telefon bimbitnya. Dia memaklumkan bahawa kereta Iswara itu telah hilang kawalan dan pemandunya cedera di Jalan Makyong 11/2."

Mohd Sabri berkata Jenain kemudiannya meminta beliau memanggil ambulan kerana pemandu Iswara itu cedera.

Saksi kedua, detektif lans korporal Ahmad Zamzani Abd Wahab, 25, memberitahu mahkamah bahawa dia merakamkan 41 keping gambar di lokasi kejadian.

"Saya ambil gambar di jalan, pokok yang dilanggar, kelongsong peluru, juga gambar di dalam kereta dan mangsa,” katanya.

Menurut timbalan pendakwa raya persekutuan, DPP Mohd Dusuki Mokhtar, sejumlah lima saksi akan dipanggil.

Jenain diwakili oleh peguam-bela Salim Bashir (kanan) manakala peguam veteran, Karpal Singh bertindak sebagai peguam pemerhati untuk keluarga Aminulrasyid.

Pada 10 Mei lalu, Jenain, dihadapkan ke mahkamah dan membuat pengakuan tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid.

Kematian mengejut remaja itu menimbulkan kemarahan orang ramai berhubung dakawaan polis yang melepaskan tembakan secara membabi-buta dan memaksa Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) berhubung penggunaan senjata api.

Sebuah panel yang dipengerusikan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Abu Seman Yusop ditubuhkan bagi mengkaji IGSO dan juga menyiasat kejadiaan berkenaan.
Adalah dilaporkan Aminulrasyid dan rakannya , Azamuddin Omar, juga berusia 15 tahun sedang dalam perjalanan ke rumah daripada sebuah restoran di Seksyen 7, Shah alam pada malam kejadian itu.

Sebuah kereta polis memintas mereka lalu melepaskan tembakan. Remaja berkenaan memberhentikan kereta di bahu jalan, di mana Aminulrasyid kemudiannya dijumpai terkulai di kerusi pemandu.

Bekas Geng 11 Akan Sertai PKR...???

on



PETANG tadi aku telah hadir dalam satu perjumpaan dengan bekas  pelajar Sekolah Tinggi Bukit Mertajam (HSBM) di Safira Country Club, Seberang Jaya. Perjumpaan itu bertujuan untuk berbincang mengadakan  majlis malam mesra bekas pelajar sekolah berkenaan dan membentuk jawatankuasanya. Tujuan utama diadakan majlis tersebut adalah untuk menjalin semula ikatan siratulrahim dikalangan pelajar sekolah berkenaan yang mungkin telah terputus sekian lama.


Malah sesuatu yang menarik dengan program ini sekiranya sambutan yang diterima mengalakan kami akan memaklumkan kepada para pelajar untuk menjemput guru-guru mereka untuk turut hadir sebagai tetamu istimewa pada majlis itu.
Perjumpaan itu telah menetapkan yang majlis tersebut akan diadakan pada 21 November 2010 di Safira Country Club. Bekas pelajar sekolah berkenaan yang belajar di  era 50an, 60an dan 70an dijemput  mendaftar dengan kadar yang segera kerana tempat terhad kepada 600 orang. Bekas pelajar yang berminat boleh menghubungi Setiausaha  program tersebut Hj. Md. Abu Bakar Othman ditalian 012-5290786 atau 019-4571029 (Arzaman).
Rata-rata yang hadir dalam perjumpaan itu adalah bekas pelajar tahun 60an dan aku satu-satunya pelajar lepasan tahun 1977. Namun begitu suatu masa dulu aku memang aktif berpolitik maka aku  kenal rapat dengan tiga empat orang bekas pelajar tahun 60an itu.
Salah seorang daripadanya bekas aktivis UMNO Nibong Tebal dan kerana persempadanan kawasan pilihanraya kini beliau berada di bahagian Batu Kawan. Beliau merupakan salah seorang anggota Geng 11 yang telah menyaman UMNO sehingga UMNO diharamkan di zaman pentadbiran bekas mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Selepas majlis itu selesai kami berbual pelbagai isu termasuk isu politik. Anggota Geng 11 itu  terus melontarkan pendapatnya yang Datuk Seri Anwar akan terus berhadapan dengan isu liwat  ini kerana bertujuan untuk mengaibkan mantan Timbalan Perdana Menteri itu.
Katanya, untuk melibatkan Datuk Seri Anwar  dengan isu rasuah tidak ada bukti malah terdapat ramai dikalangan mereka yang bergelumbang dengan rasuah. Kalau hendak melibatkan beliau dengan isu perempuan memang lumrah lelaki suka perempuan malah dikalangan mereka sendiri terbabit dengan isu perempuan. Lalu mereka kiatkan Datuk Seri Anwar dengan isu liwat disamping mungkin dikalangan mereka tidak ada yang terlibat, orang melayu juga memandang jijik malah Nabi tak mengaku umat.
Namun pertuduhan yang dibuat selama ini tidak begitu kuat untuk menyakinkan masyarakat sebagai contoh isu terbaharu yang berkiatan dengan Rahimi. Adakah logic setelah beberapa tahun hari ini baru mengeluarkan kenyataan beliau dipaksa membuat akuan bersumpah.
Aku menyambutnya betul bang, "Adakah hari ini kita diliwat atau dirogol bagi seorang perempuan atau kena pukul setelah berbulan atau beberapa tahun baru kita buat aduan kepada  polis."
Beliau tersenyum dan terus berkta, BN/UMNO kini berada dalam keadaan yang cukup gawat hari ini. Beliau merasakan BN/UMNO akan berhadapan dengan masalah cukup besar dalam pilihanraya umum yang akan datang. Dan beliau sendiri sedang melihat perkembangan dalam pilihanraya kecil Dun Galas. Sekiranya BN/UMNO kalah beliau akan bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengistiharkan diri masuk PKR."


UtaraOnLine

Dua Orang Exco AMK Pusat, Zulkifli Ibrahim Dan Amizuddin Ahmat Di Panggil Ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Untuk Siasatan Kes Rahimi Rabu Ini

on

Dua orang Exco AMK Pusat, Zulkifli Ibrahim danAmizuddin Ahmat telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Rabu ini (13 Okt). Difahamkan ia berkaitan dengan siasatan kes pendedahan bekas Pembantu Peribadi Anwar Ibrahim, Rahimi Osman (foto).


Mereka telah menerima panggilan daripadaSupritendan Meor, bagu tujuan melengkapkan siasatan tersebut. Selepas Rahimi membuat laporan polis pada 6 Oktober 2010 di Balai Polis Klang, dalam siasatan awal polis terhadap laporan polis Rahimi, selain nama peguam Anwar Lathefa dan Saiful Izham Ramli, nama Amizuddin Ahmat (Din Binjai) dan Zulikifli Ibrahimjuga disebut kerana mereka berdualah yang menjaga Rahimi selama 5 hari 4 malam ketika itu. Menurut kenyataan Amizuddin menerusi blongnyaSharpshooter "Pada mulanya Supritendan Meor mahu berjumpa kami di IPD Perda Bukit Mertajam pada hari Rabu, 13 Oktober 2010 jam 10 pagi tetapi oleh kerana kami berdua akan ke Kuala Lumpur pada hari tersebut maka akhirnya kami berdua akan dipanggil untuk siasatan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sekitar jam 5 petang", katanya. 


"Kelmarin peguam Anwar puan Latheefa telah hubungi saya dan beritahu beliau dan Saiful Izham Ramli telah dipanggil oleh Polis Bukit Aman pada Selasa (12 Oktober) untuk beri keterangan", tambah beliau.



Dua Exco AMK yang bakal disiasat oleh polis kes Rahimi 
Amizuddin Ahmat (kiri) dan Zulkifli Ibrahim (kanan)
Menurut Amizuddin lagi, pihak peguam Datuk Seri Anwar Ibrahimjuga sedang menyiapkan saman terhadap Rahimi dan akan diumumkan dalam masa terdekat ini. "Sebab itu saya tangguh sementara kisah sebenar tentang Rahimi sebab kami berdua akan menjadi saksi dalam kes saman terhadap Rahimi di Mahkamah. Saya dan Zulkifli adalah Exco AMK dan kami akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Bukit pada jam 5 petang pada hari Rabu ini. Berani kerana benar....kami tahu Rahimi sebenarnya berbohong dan berusaha membersihkan nama Najib dan Rosmah dan dalang sebenar dalam isu Rahimi adalah Senator Raja Sesumpah" kata Amizuddin lagi. 


Sementara itu Zulkifili pula menyatakan beliau bersetuju untuk memberi kerjasama kepada pihak polis, tetapi bagaimana dengan laporan polis yang dibuat oleh tokoh-tokoh keadilan terhadap pimpinan negara sebelum ini."Apakah ianya secepat ini siasatan dijalankan oleh polis? Keadilan dalam siasatan polis perlu kerana kes yang dilaporkan untuk kepentingan rakyat termasuk isu perkauman yang libatkan Nasir Safar dulu", kata Zulkifli.

[Memang benar dan cukup menghairankan kita, apabila pihak polis begitu"pantas macam kilat" untuk menyiasat laporan yang dibuat oleh Rahimi Osman. Sedangkan banyak laporan yang dibuat oleh pemimpin Pakatnan Rakyat hanya dipandang sepi dan di "bakulsampah"kan oleh mereka. Apakah ini namanya polis bertindak "adil dan telus", walhal ternyata dan amat jelas mereka masih bersikap "double standard" biarpun mengatakan integiriti telah meningkat.


 Apapun kita ucapkan syabas kepada Zul dan Din Binjai atas kerjasama yang akan diberikan itu. Soalnya apakah polis akan meenerima keterangan tersebut, jika ia tidak berpihak kepada Rahimi?. Sebagai makluman, Zulkifli Ibrahim juga kabarnya menawarkan diri sebagai Calon Exco AMK Pusat dalam Pemilihan 2010 ini. Beliau yang baru berumur 31 tahun dan berasal dari Nibung Tebal Pulau Pinang itu adalah merupakan Bekas Pengarah Syarikat Swasta, Bekas Setiausaha Politik Goh Kheng Huat (Bekas MP DAP Nibong Tebal), Pembantu Khas Exco Pertanian,Industri Asas Tani,Tebatan Banjir & Masyarakat Luar Bandar Pulau Pinang dan merupakan salah seorang Pengusaha Ladang Jagong Di Kedah


Justeru itu, anak muda AMK diseru menyokong beliau untuk diangkat sekali lagi dalam kepimpinan AMK selepas ini. Difahamkan beliau berada dalam barisan depan "Team Chegubard" yang menawarkan diri sebagai Calon Ketua AMK itu]. 


PDO

Hj.Suhaimi Said Nafi Terlibat Konspirasi Untuk Jatuhkan Kepimpinan Dato' Fauzi Di Pahang !!

on

Pemilihan 2010: Ketua Cabang Kuala Krau, Hj.Suhaimi Said Nafi Terlibat Konspirasi Untuk Jatuhkan Kepimpinan Dato' Fauzi Di Pahang !!






"Saya tidak pernah terlibat dengan konspirasi untuk menjatuhkan Dato' Fauzi", kata Ketua Cabang Kuala Krau, Hj.Suhaimi Said (foto). Kenyataan itu dipaparkan dalam laman sosial Facebooknyamutakhir ini. Beliau bertindak demikian bagi menjawab beberapa tuduhan dan fitnah yang kononnya beliau berkomplot untuk menjatuhkan Dato' Fauzi Abdul Rahman dari jawatan (MPN) PKR Pahang.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri "Saya kecewa dengan tuduhan tersebut yang jelas bertujuan untuk memecah belahkan PKR di negeri ini. Saya dah Dato' Fauzi tiada halangan untuk berkerjasama, malah saya menghormati ketokohan beliau sebagai Pengerusi PKR Negeri. Saya juga banyak terlibat dengan aktiviti secara bersama untuk membantu menaikkan prestasi PKR di Pahang. 


Maka, mana mungkin saya berhasrat untuk menjatuhkan beliau", tambahnya lagi. Beberapa hari lalu, banyak posting dalan Facebooknya yang mengatakan kemungkinan besar berlaku rombakan kepimpinan negeri andainya Azmin Ali menang jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan 2010 ini. Individu yang menggunakan username "Tok Gajah" dipercayai telah menghentam beliau secara agreasif. Ini menyebabkan Hj.Suhaimi merasa terkilan dan tidak berpuas hati. Antara posting individu terbabit mengatakanan Hj.Suhaimi akan dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengerusi Negeri, sementara itu Zakaria Abd Hamid (Ketua Cabang Lipis) akan kembali menggalas tanggungjawabnya sebagai Pengerusi Negeri menggantikan Dato' Fauzi. 


Malah, individu terbabit juga menyatakan nama-nama seperti Dato' Fauzi, Zaidi Ahmad, Razali Alias, Nizam Hamid, Adnan Md Lazim, Hj.Zahari Mamat, Md.Nor Jaafar dan ramai lagi akan disingkirkan. Kononnya mereka semua adalah penyokong kuat Datuk Zaid Ibrahim. Malah, katanya nama-nama seperti Azan Ismail, Fuziah Salleh, Man Kadir serta ramai lagi termasuk Cikgu Zul (PRM) akan diangkat sebagai pimpinan baru di Pahang. Semua perancangan ini bakal terlaksana sekiranya Azmin Ali memenangi jawatan Timbalan Presiden. 


Kenyataan inilah yang menyebabkan Hj.Suhaimi melenting dan menanggap semua itu adalah tohmahann liar untuk menghuru-harakan PKR Pahang. Malah, beliau juga tidak menolak kemungkinan individu yang mengeluarkan kenyataan itu adalah "tali barut UMNO BN" yang menyusup ke dalam PKR Pahang atas tujuan untuk memecah belahkan parti itu. Justeru itu, beliau berharap ahli dan pimpinan PKR Pahang tidak terpedaya dengan kenyataan tersebut. 


"Saya menghormati kepimpinan Dato' Fauzi sejak dari awal lagi, malah saya juga lebih mengenali Zaid sejak dulu lagi. Kadang-kadang ada benda yang tidak sehaluan, tapi tidak bermakna kita membenci atau bermusuh", kata Hj.Suhaimi. Beliau turut menasihatkan "Tok Gajah" agar tidak terus cuba memecah belahkan PKR Pahang.


 PDO

Rahimi : Bantu Anwar Ibrahim Semasa PRU Ke-12....???

on

Embattled opposition leader Anwar Ibrahim spoke to Malaysiakini in the wake of allegations that he had sodomised one of his aides.
The 30-minute interview came five days after 23-year-old Saiful Bukhari Azlan lodged a police report against his former boss.
anwar ibrahim interview 030708 03Held at the PKR headquarters, Anwar talked about how he first heard about the police report, what led to his decision to seek refuge in the Turkish embassy, the likelihood of him being arrested again and the possible threats to his life.It’s ‘my mistake’ to hire Saiful

Anwar Ibrahim today conceded that he had made a mistake in hiring Saiful Bukhari Azlan who has accused him of sodomising him.
It is a mistake in hindsight,” he lamented.
According to him, Saiful was not employed as a full-time worker in his staff and as such there was no background checks done on him.
Anwar explained that Saiful was first taken in as a party volunteer and was asked to be a driver.
“After weeks, he came slowly into the establishment. Until the day he left, he was still not a permanent member of the staff … We just pay him a part-time allowance,” said Anwar in a 30-minute interview at the PKR headquarters this morning.
Conceding that it was a breach of security, he revealed that Saiful was privy to some of the sensitive communications involving defections from other parties.
“He was also receiving calls from Sabah and Sarawak. And they (BN) know how and why … in such a way to pre-empt my announcement on the four crossovers.”
He also said that the sodomy allegations have delayed his plans to contest a by-election which will see him making a comeback to Parliament after an absence of 10 years.
Anwar has set his sights on the Kuala Kangsar parliament seat, which is currently being held by Umno Wanita chief Rafidah Aziz.
The Election Court will decided tomorrow on whether to call a fresh election after Rafidah’s victory was challenged by a disgruntled voter, who claimed that the former minister had failed to sign all her nominations forms.
Even if the court upheld Rafidah’s victory, Anwar said the party has shortlisted three other seats which he could be contesting in the coming weeks.  Seterusnya

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List