Surat terbuka kepada Presiden PKR.......???

on Nov 10, 2010

Surat terbuka dihantar oleh seorang ahli parti kepada seorang puan presiden.... Ko orang ingat puan presiden akan respond ke..... Jangan harap lah sebab nampak sangat yang Kak Wan tak ada kuasa lagi. Sedih aku tengok presiden PKR tu.





Saya telah menjadi ahli parti sejak PKR ditubuhkan. Saya dan beratus ribu lagi rakyat Malaysia telah memilih PKR sebagai wadah perjuangan politik. Kami telah menaruh harapan untuk PKR membawa perubahan kepada mutu sistem pemerintahan di negara yang tercinta ini. Harapan kami telah menggunung apabila PKR serta PAS dan DAP berjaya mencapai kejayaan yang tidak diduga pada PRU 12. Kemaraan ke Putrajaya kian menjadi realiti.

Walaubagaimanapun perkembangan-perkembangan mutakhir dalam PKR amat mencemaskan saya. Rentetan daripada pemilihan pucuk pimpinan yang sedang berlangsung, parti telah di heret ke ambang krisis. Pada hemat saya, krisis ini ialah yang paling getir pernah dihadapi oleh parti. Besar kemungkinan parti akan berpecah akibat krisis ini dan sekali gus memusnahkan peluang Pakatan Rakyat untuk menang di PRU 13. Kemaraan ke Putrajaya akan menjadi hanya sebuah impian.

Justeru itu, saya merayu dari lubuk hati saya kepada Presiden parti yang telah menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini untuk bertindak mengawal keadaan dan menyelamatkan parti. Hal-hal pemilihan parti tidak perlu dibincang dan diputuskan oleh Biro Politik kerana ramai ahli dalam Biro Politik mempunyai kepentingan dalam proses dan keputusan pemilihan. Budi bicara Presiden memadai untuk membuat keputusan muktamad atas hal-hal pemilihan.

Presiden harus menampilkan kepimpinan yang tegas dan melantik sebuah Jawatankuasa Pemilihan Parti baru dengan mandat penuh untuk menguruskan proses pemilihan secara adil dan bebas.
Ketua Umum parti mesti menghormati kedudukan dan kuasa-kuasa Presiden dan beliau sewajarnya tidak campur tangan dengan keputusan-keputusan yang diambil oleh Presiden. Sayugia diingatkan, Ketua Umum telah terlibat dalam krisis ini dan banyak pihak meragui peranan beliau dalam proses pemilihan.

Jika perlu, sebuah jawatankuasa pemandu ditubuhkan dengan mandat dari Majlis Pimpinan Pusat dan Presiden sebagai pengerusi untuk menstabilkan parti.
Saya doakan Presiden akan berjaya dalam misi ini. Janganlah hancurkan impian kami sebagai ahli-ahli biasa untuk parti membawa perubahan kepada pemerintahan negara ini.
Sekian, Salam Reformasi.

Illam Kubong ak Dagang,
Kuching, Sarawak
No ahli: Q060000568
9 November 2010

Saifuddin.. Kami Bukan BODOH.....!!!

on


 
Teringat diawal zaman reformasi dulu siapa mamat yang melarikan diri ke Indonesia eeek......???

Mustaffa Kamil Ayub yang telah memberikan tempoh 48 jam kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) supaya menghentikan pemilihan 2010 ini telah mendakwa 162 aduan kepincangan atau salah laku atau apa yang sepatutnya tidak dibenarkan berlaku tetapi telah berlaku dalam Pemilihan 2010 ini. 

Tetapi menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pula setakat ini hanya enam aduan rasmi diterima berhubung perjalanan pemilihan pimpinan tertinggi PKR, kenyataan yang sekaligus menafikan dakwaan dua calon timbalan presiden, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub sebelum ini bahawa lebih banyak aduan dibuat terhadap perjalanan pemilihan PKR.

Jika Saifuddin mengatakan hanya enam aduan rasmi yang telah dikemukakan kepada JPP bagaimanapula dengan sebahagian laporan salahlaku yang telah diserahkan kepada JPP yang disiarkan oleh UrekaAsia di SINI jumlahnya kelihatan lebih dari enam nampaknya.. tak tahulah pula.. mungkin blog tersebut juga berniat jahat terhadap PKR ......


Dalam menegaskan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap akan meneruskan pemilihan langsung yang berlangsung sekarang meskipun menerima kata dua dan dipertikaikan dua calon timbalan presiden , Saifuddin berkata “Adakah ini akan memberi kesan ke atas proses (pemilihan)? Tidak, kami menerima sokongan kuat daripada akar umbi,” dan “Jika ada (unsur) manipulasi, beliau (Zaid) tidak akan menang di satu cabang pun,”

Sokongan kuat akar umbi?? Kuatkah sokongan jika yang turun mengundi di kebanyakkan Cabang jumlahnya tidak melebihi 30% malah di Permatang Pauh sendiripun tak sampai 5%, Adakah peratusan itu cukup bagi mengatakan akar umbi menyokong kuat? Sabah lain cerita..

Saifuddin juga menegaskan bahawa daripada 87 bahagian yang telah selesai mengadakan pengundian, Zaid menang di 38 cabang manakala Azmin Ali pula di 37 cabang.   Ini nak kasi keliru le ni. Dah menang kat cabang kompom le menang kan.....Rupa nya tidak nanti kata satu ahli satu undi..... Ayat penyedap ciplak dari UMNO le tu.

Bagi yang mencari rezeki dengan memakan gaji.. apabila anda menyerahkan notis meletak jawatan biarpun setelah dipujuk anda pasti akan mendengar ayat yang berbunyi lebih kurang begini “ Nak Resign jugak ka? Ish.. management dah bincang untuk menaikkan gaji anda” atau ayat ini “ Resign jugak? Company baru saja nak beli kereta untuk kegunaan awak” ataupun ayat ini “Saya dah proposed untuk kenaikkan pangkat awak kepada top management.. awak nak resign jugak….”

Tujuan sebenar ayat yang anda pasti akan dengar bila meletakkan jawatan setelah dipujuk itu ialah cuma untuk menimbulkan perasaan kesal didalam diri anda terhadap tindakan anda meletakkan jawatan.. sama dengan ayat Saifuddin diatas tu..

Ayat ini pula.. “Jika ada unsur manipulasi, Zaid tidak akan menang di satu cabang pun,”.. adalah sama dengan ayat ini "jika SPR tidak adil, pembangkang tak boleh menang walau satu kerusi pun di Parlimen, tak boleh rampas satu negeri pun di negara ini." Ayat siapa??

Itu adalah ayat yang telah dikeluarkan oleh pemimpin UMNO dalam membela SPR yang dipertikaikan kredebilitinya oleh kita..

Saifuddin.. Ahli PKR menyokong PKR kerana mereka tidak bodoh untuk menyokong UMNO.. jadi janganlah cuba memperbodohkan kami..

Ini buat teman-teman yang membaca blog ini.. ramai yang menyuarakan akan kehairanan mereka dengan gaya penulisan aku sejak akhir-akhir ini.. ada yang mengatakan seolah-olah aku berada dipihak sana (Pihak UMNO la).. sebenarnya tidak.. aku tetap berada di sini.. aku mengkritik sebegini rupa kerana aku telah mendengar dan melihat dengan mata aku sendiri kepincangan yang telah berlaku.. Aku mengkritik sebegini rupa kerana aku hanya mahukan satu Pemilihan yang telus dan adil buat semua yang bertanding..

Bukti yang ada jika didedahkan akan mengundang malapetaka buat para pemimpin yang bertanding baik Dato Zaid mahupun Azmin.. Mus tak ada.. dan pasti akan digunakan oleh UMNO untuk menyerang kita bila PRU tiba..

Aku tak kisah siapapun yang menang sebagai Timbalan Presiden biar Azmin atau Dato Zaid mahupun Mustafa Kamil (Yeop) sekalipun aku tetap akan menyokong mereka, kerana bagi aku mereka adalah ahli PKR sebagaimana aku juga…

Kalau diperhatikan Blog aku ini banyak menyiarkan artikel berkaitan Dato Zaid ini hanya kerana aku sedar kebanyakkan yang menjenguk blog yang tidak seberapa ini adalah Ahli PKR yang bila mereka menjenguk Suara Keadilan Online mereka jarang melihat artikel mengenai Dato Zaid yang jelas tidak adil buat seorang Ahli PKR yang diangkat sebagai pemimpin oleh Ahli PKR sendiri yang bertanding dalam Pemilihan ini..

Anwar Rancang Penyelewengan, Penipuan Pastikan Azmin Menang........???

on




Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bertanggungjawab merancang penyelewengan dan penipuan pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutamanya di Sabah yang menyaksikan ‘anak emasnya’, Azmin Ali menang besar.
Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P. S. Janapala mendakwa, Ketua Umum PKR itu menggunakan kedudukannya bagi mendesak ketua-ketua cabang parti supaya memastikan pengundian di Sabah berpihak kepada Azmin.
Sambil mencabar Anwar supaya mendakwanya di mahkamah jika dakwaan itu tidak benar, beliau berkata, satu petisyen bagi membatalkan pemilihan yang sedang berlangsung akan difailkan dalam masa terdekat.
“Anwar bukan lagi ‘tangan ghaib’ di sebalik kemenangan besar Azmin di Sabah tetapi beliau adalah ‘tangan terbuka’ yang mengatur dan mendesak ketua-ketua cabang supaya memastikan undi diberi kepada anak emasnya itu.
“Anwar bukan lagi ‘tangan ghaib’ di sebalik kemenangan besar Azmin di Sabah tetapi beliau adalah ‘tangan terbuka’ yang mengatur dan mendesak ketua-ketua cabang supaya memastikan undi diberi kepada anak emasnya itu.
“Inilah proses pemilihan paling paling teruk dan paling tidak telus. PKR bercakap mengenai keadilan tetapi dalam pemilihan, segala penyelewengan dihalalkan demi memastikan kemenangan Azmin,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau mengulas penarikan diri Datuk Zaid Ibrahim daripada terus bertanding Timbalan Presiden kerana dikatakan kecewa dengan penyelewengan dan penipuan undi pada pemilihan PKR, terutamanya di Sabah.
Selain menarik diri, Zaid juga melepaskan semua jawatannya selaku Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Pusat dan Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan dalam parti.
Dakwa Janapala, Anwar menghubungi Ketua Cabang Kota Merudu, Anthony Mandiau, supaya memastikan ahli PKR cabang itu tidak mengundi Zaid mahupun anaknya sendiri, Nurul Izzah semata-mata kerana Azmin.
Dakwa Janapala, Anwar menghubungi Ketua Cabang Kota Merudu, Anthony Mandiau, supaya memastikan ahli PKR cabang itu tidak mengundi Zaid mahupun anaknya sendiri, Nurul Izzah semata-mata kerana Azmin.
Dalam pada itu, Janapala mendakwa, pemilihan di Sandakan, adalah bukti penyelewengan dan penipuan undi apabila Azmin memperoleh 415 undi meninggalkan Zaid (25 undi), sedangkan, ahli yang keluar mengundi dikatakan hanya 81 orang.
“Di Libaran pula seramai 898 ahli dikatakan mengundi tetapi pada Perhimpunan Agung Tahunan hanya 99 sahaja yang mengundi, adalah mengejutkan apabila Azmin memperoleh 881 undi sementara Zaid hanya enam undi.
“Ini sesuatu yang pelik kerana peratusan keluar mengundi dalam pemilihan PKR adalah antara lima hingga 10 peratus sahaja, tetapi di Sandakan dan Libaran, peratusannya mencecah 43 dan 60 peratus,” dakwanya.
Ditanya, sama ada kemenangan Azmin wajar diiktiraf atau tidak jika pemilihan diteruskan, Janapala berkata, akan berlaku migrasi besar-besaran jika anak emas Anwar itu berjaya menduduki jawatan nombor dua parti.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Anwar belum menerima sebarang kenyataan rasmi daripada Zaid berhubung tindakannya menarik diri dan melepas semua jawatan dalam parti.
“Kalau saya boleh bagi pandangan, saya kata ini hanya pertandingan biasa… persahabatan, tidak perlu menjejaskan komitmen perjuangan parti,” katanya.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Anwar berkata, PKR belum bercadang mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara itu.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin pula menyifatkan, keputusan Zaid itu sebagai kebenaran terhadap kenyataannya sebelum ini bahawa parti itu hanya menanti masa untuk berkubur.
“Daripada apa yang berlaku sekarang saya tidak akan terkejut kalau ada lagi beberapa pemimpin kanan yang akan mengikut langkah Datuk Zaid,” katanya.

http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com

TIADA APA YANG HENDAK DIPERJUANGKAN DALAM PKR........???

on



“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh mengembangkan politik bebas dan progresif serta memupuk nilai dan budaya politik berprinsip yang saya anggap dapat membangunkan demokrasi dan tadbir urus yang baik di negara ini. Saya sebenarnya silap,”(Sumber Blog Zaid Ibrahim)

Akhirnya Zaid Ibrahim berundur. Berundur dari PKR. Berundur dari percaturan politik kotor PKR. Beliau bertindak meletak kesemua jawatan di dalam PKR termasuklah jawatan Ketua PKR Cabang Wangsa Maju.

Apa yang hendak saya perkatakan. Desakan saya bersama blogger2 Wangsa Maju akhirnya berjaya. Memang benar kata saya. Tiada apa yang hendak diperjuangkan di dalam PKR. Ini realiti.Zaid Ibrahim diharap lebih insaf dengan tindak tanduk yang dia telah lakukan selama ini.

Tindakan Zaid keluar dari UMNO dan memilih PKR sebagai wadah perjuangan 'keadilannya' memang silap. Dan saya percaya, Azmin Ali kini sedang bergumbira kerana strategi politik kotor dia kini berjaya. Memangf rabak dia buat pada Zaid Ibrahim.

Jika dilihat dari kesan pada wadah perjuangan UMNO Wangsa Maju, ianya dilihat berjaya. Berjaya menyingkirkan PKR Wangsa Maju secara total. PKR Wangsa Maju kini terpaksa merangkak sendiri setelah bekas Bos mereka tidak berminat lagi meneruskan perjuangan palsu Anwar Ibrahim.

Tapi kesan pada UMNO dan BN Pusat? Adakah Azmin adalah pesaing utama kita dalam arena politik tanah air? Jangan lupa, Azmin seorang ahli politik yang licik. Jangan kata mencantas UMNO, Anwar Ibrahim sendiri dia mampu cantas. Cantas dengan apa jua cara, walaupun dengan cara kotor.

DINO RAIS.... ANAK RAIS YATIM.

on

The sun also rise




Today, The Malay Mail received a demand letter from lawyers Jasbeer, Nur and Lee. They represent their client, Dino Rais. Dino is the son of Minister of Information, Communications and Culture Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Ph.D. It is for the article which appeared as front page of the oldest English newspaper in country on 22 October 2010.
The demand letter against The Malay Mail and NST dated 2 November 2010
RM 5 million plus a public apology, within 48 hours or else Dino Rais will sue

It was said that Dino’s name was mentioned in the affidavit presented in the injunction hearing.
Rais' son in telco civil suit
The fact remains that the ‘Paper That Cares’ reported about what happened earlier in the day. Dino was contacted and he was allowed to say his side of the story, where according to the news paper he denied involvement in the case and/or the said companies.
Excerpts from the story:
In an SMS response to The Malay Mail this morning regarding the mention of his name in the afidavit Dino said: “I don’t have anything to do with Razak. I was merely invited by Desmond (Looh) to advise him in terms of Malay write up and Malay social ethic since his Bahasa vocabulary is not that generous.
“Furthermore his partner (Abdul Razak) is Malay and I was only giving personal views regarding simple matters. I never touched on business dealings and I’ve never owned a telecommunications company as mentioned lately.
“Perhaps Razak is not happy with certain things hence he is claiming ‘names’ as a stepping stone to wrestle things his way.”
********
It is clear that The Malay Mail reported the story as is.

This episode of Dr. Rais lodging a Police report against the Malay Mail Editorial Adviser Datuk Ahirudin “Rocky” Attan on 12 October 2010 has now turned into an ugly corner. This is on top of the media attention, both mainstream and new, on the report lodged and the speed of the investigations. For a matter of fact, it also grabbed the attention of Prime Minister Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak on the 18 October 2010.

The spin off from the episode is where a lot of attention was suddenly focused towards Dr Rais’s Ministry, which include the Minister’s Communication and Multimedia Commission. The Universal Service Provider (USP) Funds (that MCMC managed from the 6% of profits derived annually collected from telcos and service providers) was even raised in the current Dewan Rakyat sitting.

This morning, MCMC Chairman called mainstream and new media practitioners for a special briefing on the USP Funds.
We believe had Dr Rais did not lodge the Police report against Rocky and all the media circus that went about town for exactly a month since, the petition filed for the injunction would inadvertently went on without being noticed. This new twist into the already complicated episode will only escalate further into something politically viscous for Dr Rais, who has been in Government for the duration of thirty years (with the interegnumperiod between 1987-99, where he was in Opposition assuming the position of Deputy President of Parti Semangat 46 between 1988 till the party was dissolved in 1996).

Who ever is advising Dr Rais and son should really be questioned for their motive. First Dr. Rais was adduced to make a Police report gainst Rocky. Then Dr Rais instructed MCMC IO to ask Rocky and BigDog to “Meet for chat over tea” on 20 October, the day before the 61st UMNO Annual Assembly begins, which was seen as nothing else but blatant abuse of power.

Bloggers have asked either Dr Rais be sacked or dropped in the next Cabinet reshuffle. It is very sad to see Dr Rais to go away in this bad publicity, in this silly manner.

FELDA KINI DI AMBANG MAUT..........???

on



Kenapa tiba2 timbul isu Felda sekali lagi? Adakah benar Felda akan terkubur? Saya sebenarnya banyak mengkaji mengenai Felda sejak akhir2 ini. Ternyata Felda banyak memainkan peranan membantu Melayu secara amnya.

Tapi timbul pula isu saman RM 20 Juta. Felda disaman dengan jumlah wang yang begitu besar dek kerana penyalahgunaan kuasa serta konspirasi yang kononnya sedang parah dalam Agensi ini. 'Penyalahgunaan kuasa dan konspirasi'.... Macam ayat Anwar Ibrahim tu.

Siapa yang saman? Anwar? Bukan. Individu yang dikenali Mazlan Aliman. Orang kaya Felda tu. Mazlan Aliman ini merupakan Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak). Sebuah badan yang ditubuhkan bertujuan untuk mengembeling tenaga demi memastikan warga Felda terbela dan mengimbangi kepesatan dan kejayaan Felda agar peneroka Felda juga tidak ketinggalan untuk menikmati kejayaan dan kekayaan Felda.

Ternyata penubuhan Persatuan pimpinan Mazlan ini tidak mencapai matlamat asal untuk membela anak2 peneroka Felda. Ianya ternyata hanya retorik politik semata2 bagi menaikkan nama 2 3 kerat peneroka Felda yang kecewa. Bukan kecewa sebenarnya. Ada kes penyelewengan.

Mazlan telah menyaman Felda sebanyak RM 20 juta akibat dari penangkapan beliau disebabkan penyalahgunaan. Mazlan dikatakan amat berdendam dengan Felda dan sanggup melakukan apa sahaja bagi mencincang pihak atasan Felda.

Wow... Dendam betul dia ni. Tetapi dalam Majalah FELDA "ICT JELAS" bilangan 04/2010, Abang Kandung Mazlan sendiri telah membuat pengakuan bahawa keluarga Mazlan tidak bersetuju dengan tindakan Mazlan. Keluarga Mazlan, dakwaan abangnya kini berjaya dalam penghasilan ladang Felda hasil bantuan Agensi tersebut. Blog 'Hakikat Kebenaran' sendiri pun ada mengesahkan perkara ini.

Persoalannya, jika keluarga Mazlan sendiri tidak bersetuju dengan beliau, adakah kita perlu percaya dengan orang ini? Kenapa Mazlan begitu taksub menentang dan melakukan provokasi terhadap Felda?

Ada udang sebalik batu ni? Inilah seorang insan yang gagal di dalam Felda sebenarnya. Ada la tu buat apa2 penyelewengan. Ini orang memang tak tahu rasa bersyukur. Orang PAS... Kat mana diletak orang2 sebegini memang akan memberontak. Tapi memberontak ada sebab. Sebab nak tutup kesalahan sendiri. Penyelewengan apa yang Mazlan lakukan?


Ijazah Kedoktoran Dr. Fazley Yaakob Adalah Palsu – BBC News

on






ijazah dr fazley palsu

“Dr”. Fazley, bekas penyanyi yang pernah popular dengan lagu Asmara Ini telah menggunakan ijazah kedoktoran palsu sehingga boleh membuka sebuah institut pengajian tinggi yang turut menawarkan kursus ijazah daripada University of Wales. Rancangan terbitan BBC bertemakan siasatan ini mendedahkan bahawa Fazley Yaakob, yang memiliki Fazley International College (FICO)bertempat di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur rata-rata mengetahui bahawa beliau memiliki ijazah sarjana & kedoktoran dalam bidang pengurusan perniagaan. Tetapi, kedua-dua ijazah tersebut adalah palsu.
Dorongan daripada kes ini, University of Wales telah menggantung penglibatan mereka dengan FICO, dan tidak akan mengambil mana-mana pelajar daripada FICO untuk belajar dalam bidang MBA & pengurusan perniagaan sehingga siasatan selesai.
Fazley, pernah mendakwa dirinya menerima ijazah daripada European Business School (Cambridge), sebuah institut yang berasal daripada Irish International University, di mana pada tahun 2008, hasil siasatan BBC mendapati bahawa insitut tersebut adalah palsu semata-mata.
Panas betul bila artis yang selama ini kami sanjung & idolakan, rupa-rupanya penipu besar! Apa nak cakap lagi, tak kan lah BBC News suka hati nak keluar cerita tanpa ada bukti. Kami cuba mendekati Fazley melalui twitter, malangnya tiada jawapan. Apa kata anda spam twitter @FazleyYaakob.
Fazley, member kami tanya, berapa kos beli degree? Harga member-member boleh? Tak pun, jual degree ala-ala MLM AC Mizal, boleh beli Bentley.

Poster lelaki terbakar diarak ke rumah Anwar

on

NONE
Sekumpulan penyokong Hindraf menyerbu rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara sambil membawa poster seorang lelaki yang membakar diri kerana tidak puas hati dengan perobohan stor sebuah kuil di Puchong.

Dipimpin penyelaras pertubuhan itu W Sambulingam, kumpulan 20 orang itu berhimpun di depan pagar rumah bangglo Anwar sambil membakar lilin sebagai simbol memperingati 'pengorbanan' lelaki India tersebut.

Mula berkumpul seawal jam 8.30 malam, mereka mempamerkan kain rentang dan gambar mangsa itu sambil melaungkan slogan "Mana janji pkr?" "Mana janji Anwar?" dan "Pakatan janji kosong".

Kumpulan itu dilihat cuba mengaitkan masalah berkaitan isu kuil dengan janji-janji pilihan raya Pakatan Rakyat - antaranya berhubung pemberian hak tanah untuk rumah ibadat kepada penganut Hindu - yang didakwa tidak ditunaikan.

Berucap dalam perhimpunan ringkas kira-kira setengah jam itu, Sambulingam yang pemimpin Parti Hak Asasi Manusia Malaysia (HRP) mendesak Anwar, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang menjamin hak kaum itu di negeri-negeri Pakatan.

NONEMenurut Sambulingam, mereka mengadakan perhimpunan di rumah ketua pembangkang itu kerana suara mereka melalui demonstrasi di depan pejabat PKR di Petaling jaya Mac lalu didakwa tidak diendahkan.

Bukan sahaja hak tanah untuk rumah ibadat, tuntutan lain mereka meliputi hak untuk tanah kubur Hindu, sekolah jenis kebangsaan (Tamil) dan setinggan India.

Sebelum itu, bibit-bibit ketegangan timbul apabila tiada wakil Anwar keluar untuk menerima memorandum daripada Hindraf.

Kecewa dengan perkara itu, kumpulan itu hanya menyelitkannya di pagar rumah Anwar.

Bagaimanapun, perang mulut tercetus sebentar apabila seorang yang tidak dikenali mencapai memorandum itu dan meronyokkannya.

Bagaimanapun, kira-kira 20 anggota polis daripada ibu pejabat daerah (IPD) Sentul dapat mengawal keadaan itu. Tiada tangkapan dan kekerasan berlaku.

Orang UMNO kata : Ezam songlap duit.....???

on

Menurut sumber dalaman UmNo dari sini Wang 1 juta dikatakan buat bayar percetakan poster Anwar Ibrahim, tapi mengikut Sdr Lokman Adam, dia dapati bayaran untuk percetakan itu hanya rm110,000 ribu, jadi bakinya sebanyak rm890,000 ribu lagi kemana perginya. Mungkin Ezam Md.Noor boleh jawab.

Wang 1 juta itu diterima daripada Rahman Adnan setelah melalui saat-saat cemas yang mana wang itu dibawa masuk melalui johor dari singpore, itulah serba sedikit pendedahan yang telah dibuat oleh Sdr Lokman Adam terhadap Sdr Ezam Md.Noor.

Sdr Lokman Adam sekarang ini adalah Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, manakala Ezam Md.Noor pula adalah Senator "Boy" yang lantik oleh Perdana Menteri. Jadi apabila di belek sejarah lalu, diantara Sdr Lokman Adam dan Ezam Md.Noor, siapakah lebih jujur.

Banyak lagi cerita-cerita menarik pasal Ezam Md.Noor yang telah dicerita oleh Sdr. Lokman Adam. Sebagai seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia adalah perlu seluruh ahli Pemuda UMNO mendengar pendedahan yang telah dicerita oleh beliau terhadap Ezam Md.Noor.

Jika perlu, buku pendedahan yang telah dibuat oleh Sdr Lokman Adam akan saya edarkan sebagai bahan bacaan untuk menambah ilmu pengetahuan.

Saya Bukan Rampas Nabil - Qasha

on



qasha, nabil raja lawak, irma hasmie

nabil raja lawak, qasha, irma hasmie

nabil raja lawak, qasha, irma hasmie, kakak zeris nellydia


DUNIA hiburan gamat seketika apabila pelakon Irma Hasmie membuat pengakuan hubungannya dengan pelawak Nabil Ahmad telah menemui titik noktah.
Perpisahan tersebut dikatakan berlaku selepas Irma berjaya melihat kecurangan Nabil bersama wanita lain yang didakwa bekerja sebagai pramugari. Gambar-gambar kemesraan mereka dikatakan tersebar di Internet.
Bagaimanapun Nabil mahupun Irma mengelak untuk mengulas punca perpisahan tersebut tetapi hati Irma sebenarnya sudah tertutup untuk menerima Nabil sebagai kekasihnya lagi.
Dalam laporan mStar Online sebelum ini Nabil membuat pengakuan dia terpaksa menerima hakikat dengan perpisahan itu walaupun cintanya terhadap Irma masih belum pudar.
Ketika krisis hubungan itu diperkatakan, individu yang dikaitkan menjadi punca kehancuran cinta pasangan itu membuat pengakuan yang dia tiada kena-mengena dengan insiden yang didedahkan oleh Irma di dalam sebuah akhbar mingguan Ahad lalu.
Nik Zaris Uqasha atau dikenali sebagai Qasha, 18, menjelaskan dia juga tidak pernah terlintas untuk merampas Nabil daripada Irma sebagaimana yang digambarkan.
Malah Qasha yang juga seorang pelakon baru turut memberitahu dia amat kesal kerana dikatakan menjadi penyebab hubungan Nabil dan Irma putus.
“Saya kesal dan kecewa apabila ramai pihak yang menuduh saya sebagai punca perpisahan Nabil dan Irma. Ramai yang menyangka saya adalah individu yang terlibat seperti yang diceritakan Irma dalam akhbar Ahad lalu.
“Di sini saya jelaskan, pramugari yang dikatakan memakai boxer di rumah Nabil seperti yang dilaporkan itu bukannya saya.
“Saya tidak pernah bekerja sebagai pramugari. Dakwaan itu sama sekali tidak benar. Saya harap semua masyarakat faham dan tidak membuat tuduhan membuta tuli terhadap saya,” katanya secara ekklusif kepada Mingguan mStar baru-baru ini.
Qasha yang turut membintangi drama berjudul Sultan Alauddin Riayat Shah terbitan TV Al-Hijrah turut memberitahu bahawa dia tertekan apabila dijadikan subjek utama dalam insiden tersebut.
“Sebagai pendatang baru sudah tentu ia merupakan dugaan besar buat saya. Belum pun dikenali sebagai artis orang sudah memberi persepsi buruk kepada saya.
“Walhal hakikat sebenarnya tidak seperti yang mereka gambarkan. Saya sedih dan takut dengan pandangan masyarakat terutamanya peminat-peminat Irma dan Nabil,” katanya.
Jelas Qasha dia sama sekali tidak mengenali pramugari yang didakwa menjadi punca masalah itu dan tidak mahu campur tangan dalam kemelut perpisahan kedua-dua pasangan tersebut.
Lebih menyedihkan gambar-gambar yang tersebar antara dia dan Nabil seolah-olah memperlihatkan Qasha adalah wanita yang dikaitkan dalam insiden Irma “menyerbu” ke rumah Nabil itu tetapi hakikatnya ia adalah satu insiden yang berlainan.
“Saya mengenali Nabil melalui kawan atas kawan. Itupun selepas sebulan dia berpisah dengan Irma. Perhubungan kami hanya seperti kawan biasa dan tiada hubungan istimewa. Gambar mesra yang tersebar itu juga ketika kami keluar beramai-ramai.
“Tentang pramugari seperti yang dilaporkan dalam akhbar minggu lalu itu, Nabil pun tidak menceritakan kepada saya. Bagi saya ia hal peribadi Nabil dan saya tidak masuk campur,” katanya.
Selain itu, Qasha yang juga kakak kepada pelakon Zaris Nelydia ini turut menolak dakwaan kononnya dia terpasa melarikan diri bagi mengelak kontroversi ini terus meletus.
“Saya balik ke kampung saya di Kelantan sebab ingin menjenguk keluarga bukan disebabkan saya takut berjumpa dengan Irma. Ikutkan hati, saya mahu isu ini selesai dengan cara baik.
“Bukannya apa, saya berada di pihak yang benar dan tiada sebab saya perlu lari. Saya anggap ini adalah dugaan pertama saya dalam melangkah ke dunia lakonan,” katanya yang ketika dihubungi berada di kampung halamannya.
Qasha berharap dengan penjelasan yang diberikan ini semua pihak mendapat gambaran sebenar dan tidak terus mengaitkannya sebagai punca perpisahan pasangan artis itu.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List