WAN AZIZAH PERLU TEGAS........???

on Nov 11, 2010




wan-azizah[1]PETALING JAYA: Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail perlu memainkan peranan yang tegas dan berani dalam menangani kemelut pemilihan yang semakin meruncing.



Seorang ahli PKR dari Kuching, Illang Kubang ak Dagang yang nombor keahliannya Q060000568 menggesa supaya ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu dengan mandat dari Majlis Pimpinan Pusat dan Presiden sebagai pengerusi untuk menstabilkan parti.


"Presiden harus menampilkan kepimpinan yang tegas dan melantik sebuah Jawatankuasa Pemilihan Parti baru dengan mandat penuh untuk menguruskan proses pemilihan secara adil dan bebas.

"Ketua Umum parti mesti menghormati kedudukan dan kuasa-kuasa Presiden dan beliau sewajarnya tidak campur tangan dengan keputusan-keputusan yang diambil oleh Presiden.




Sayugia diingatkan, Ketua Umum telah terlibat dalam krisis ini dan banyak pihak meragui peranan beliau dalam proses pemilihan," jelas Illang.

Parti akan berpecah 

Menurut Illang, sekiranya krisis ini tidak ditangani dengan tegas, besar kemungkinan parti akan berpecah sekali gus memusnahkan peluang Pakatan Rakyat untuk menang di PRU 13. Kemaraan ke Putrajaya akan menjadi hanya sebuah impian.




Katanya, kemelut pemilihan ini menjadi salah satu ujian dan kayu pengukur kepada Wan Azizah sebagai presiden.
"Presiden parti yang telah menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini perlu bertindak mengawal keadaan dan menyelamatkan parti.




"Hal-hal pemilihan parti tidak perlu dibincang dan diputuskan oleh Biro Politik kerana ramai ahli dalam Biro Politik mempunyai kepentingan dalam proses dan keputusan pemilihan. Budi bicara Presiden memadai untuk membuat keputusan muktamad atas hal-hal pemilihan," jelas beliau lagi.

Zaid mahu tubuh 'Keadilan Baru' jika dipecat.........???

on




























Bekas ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendedahkan bahawa beliau akan menubuhkan 'Keadilan Baru' jika dipecat daripada parti itu ekoran pertelagahannya dengan ketua umum Datuk Seri 
Anwar Ibrahim dan naib presiden Azmin Ali.

Zaid (kanan) berkata beliau tidak akan bersara diri daripada partipolitik kerana matlamatnya adalah untuk mencari transformasi politik jangka panjang.

Katanya, apa yang dihadapinya sekarang bukanlah sesuatu yang baru baginya.

Sebelum ini pun, katanya, beliau telah meninggalkan Umno, melepaskan jawatan menteri, serta meninggalkan firma guaman terbesar yang memberi banyak wang kepadanya.

Bercakap kepada kira-kira 100 orang yang hadir di pusat khidmat Kedah Tengah Kedah di Sungai Petani malam tadi, Zaid berkata, beliau telah mengorbankan dirinya tetapi beliau tidak mahu membesar-besarkannya "kerana saya mempunyai agenda politik jangka panjang".

Zaid merajuk, Anwar yang padah.........???

on

zaid ibrahim pc 091110 supporters 02
Ketika bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan dalam blognya awal pagi Isnin bahawa beliau menarik diri daripada persaingan jawatan timbalan presiden, ia mengejutkan ramai pihak termasuk penyokong rapatnya sendiri.

Walaupun spekulasi telah tersebar luas yang Zaid akan menarik diri selepas mendakwa berlaku penyelewengan dalam proses pemilihan PKR, tetapi mereka hanya mengetahui mengenainya sama masa dengan orang lain.

Tetapi apa yang lebih mengejutkan ramai orang ialah serangan Zaid terhadap ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan 'anak emasnya' naib presiden Azmin Ali.

Dalam sidang akhbar pada hari Selasa di bungalo mewahnya - sehari selepas mengumum menarik diri dan melepaskan semua jawatan dalam parti - kekecewaan Zaid nampaknya sudah mencecah 'paras mendidih'.

Dalam sebuah parti di mana Anwar dianggap sebagai ikon dan raison d'etre parti, menuduhnya sebagai punca semua masalah dalam parti itu, dilihat oleh banyak orang sebagai sesuatu yang biadap.

Tempoh bertenang

NONEBekas ketua komunikasi PKR, Jonson Chong adalah antara mereka yang terperanjat dengan serangan terhadap supremo parti itu.

"Saya terkejut, tapi saya faham perasaannya, saya pernah bekerja 
dengan Anwar sebelum ini," katanya.

Chong (tengah), yang sebelumnya mengumumkan sokongan terbukanya kepada Zaid yang bersaing dengan Azmin dan seorang lagi naib presiden, Mustaffa Kamil Ayub untuk jawatan timbalan presiden, nampaknya berhati-hati ketika bercakap denganMalaysiakini, dan berkata: "Kita semua harus bertenang untuk sementara waktu."

Menurutnya, beliau telah bercakap dengan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kelmarin dan menyarankan kepadanya bahawa tidak ada gunanya menangisi susu yang telah tumpah, atau menuding jari kepada siapa yang menumpahkan susu.

"Susu telah tumpah dan apa yang penting adalah bagaimana hendak memperbaiki keadaannya," ujar Chong.

Rakyat, KEADILAN dan Anwar.......???

on

Walaupun saya cenderung menyokong pembangkang sebelum Reformasi, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998, saya pada mulanya keliru tentang apa yang berlaku dan signifikannya kepada rakyat Malaysia.

Tetapi selepas Gerakan Reformasi memuncak, saya sedar gerakan ini bukan mengenai kes Anwar semata-mata, tetapi suatu kebangkitan rakyat yang selari dengan zamannya.

Apabila saya mula terlibat membantu KEADILAN menerusi Unit Pendidikan Politik-Institut Kajian Dasar sekitar 2001, saya menyedari bahawa KEADILAN lah parti masa depan Malaysia: sebuah gerakan pelbagai kaum yang progresif dan memartabatkan ketuanan Rakyat. Sebab itu saya memilih menyertai KEADILAN.

Perjuangan KEADILAN berasaskan 17 perkara dasar yang menjadi asas matlamat dan perjuangan parti.

Ramai ahli nujum yang mengatakan KEADILAN akan gulung tikar selepas Pilihan Raya Umum 2004 yang meninggalkan KEADILAN hanya kerusi tunggal Permatang Pauh. Apabila Anwar dibebaskan dari penjara pada tahun tersebut, ramai anggap sudah tiada gunanya KEADILAN wujud kerana ikonnya sudah bebas.

Tetapi mereka tersilap. Setahun kemudian di Kongres KEADILAN pertama yang saya hadiri di Kuala Lumpur, usul Agenda Ekonomi Malaysia diluluskan oleh Kongres. Anwar mula bercakap mengenai menggantikan Dasar Ekonomi Baru dengan pendekatan yang menekankan merit dan tindakan afirmatif berdasarkan keperluan.

Waktu itu semua kata tindakan itu gila. Tetapi Anwar menjelajah seluruh Malaysia mempertahankan pendirian tersebut. Selepas Pilihan Raya Umum 2008 yang menyaksikan KEADILAN muncul parti pelbagai kaum paling berjaya dalam sejarah negara, tiba-tiba pendirian tersebut menjadi arus perdana. Mana tidaknya, UMNO yang dahulu menuduh Anwar pengkhianat Melayu pun bersetuju dengan pandangan tersebut.

Pada Pilihan Raya Umum 2008 KEADILAN masuk ke gelanggang Pilihan Raya dengan 5 Janji Anwar yang mewakili manifesto komprehensif tentang agenda parti sekiranya menang di Putrajaya.

Tahun 2010 KEADILAN bersama-sama PAS dan DAP telah menggagaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang bersejarah.

Kini KEADILAN sekali lagi mempelopori sejarah politik negara dengan konsep satu anggota satu undi.

Justeru untuk menuduh KEADILAN taksub pada Anwar adalah tuduhan yang tidak berasas sama sekali. Reformis yang mengasaskan parti ini bangkit bukan kerana Anwar sebagai individu, tetapi kerana nilai-nilai yang diwakilinya.

Meninggalkan kes Anwar hanya pada pasukan guamnya juga tidak masuk akal. Kes Fitnah 1 pada 1998 berserta pembongkaran video VK Lingam oleh Anwar telah membuktikan apa yang dirisaukan ramai sejak pemecatan Tun Salleh Abas pada 1988 – bahawa institusi kehakiman kita tidak lagi bebas dan boleh digunakan oleh Kerajaan untuk memerangi mereka yang dilihat mengancam masa depan parti politik pemerintah.

KEADILAN harus melawan semua ketidakadilan – sama ada melanda Aminulrasyid, Kugan, Teoh Beng Hock mahupun Anwar Ibrahim.

Hanya dengan pendirian tegas sedemikian anak-anak kita ada harapan untuk mewarisi Malaysia baru.

Oleh Nik Nazmi Nik Ahmad

Pergelutan kuasa PKR: Mengapa Zaid tidak dijulang....???

on

Berbalik kepada Zaid Ibrahim, yang sebenarnya memiliki ketinggian moral sebagai kelebihan imej dirinya.  Usaha Zaid Ibrahim untuk memberi bayaran ex-gratia kepada bekas Ketua Hakim Negara ketika beliau menyandang jawatan Menteri Jabatan Perdana Menteri, dan keberanian beliau meletak jawatan sebagai protes terhadap penangkapan ISA - menampilkan beliau seorang ahli politik yang berprinsip, dan cuba melakukan perubahan dalam sistem ketika berada dalam kerajaan UMNO-BN.

Lebih-lebih lagi, pandangan beliau yang progresif dan memperlihatkan keterbukaan, khususnya dalam isu perkauman dan agama, cukup disegani kaum bukan Melayu.  Bukunya "Saya Pun Melayu", pernah diberi penilaian bahawa pandangannya lebih ke depan, jikalau dibandingkan dengan buku tulisan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad pada 40 tahun yang lalu, iaitu Dilema Melayu.

Justeru itu, tidak hairan apabila nama Zaid Ibrahim dijulang tinggi pada peringkat awal beliau menyertai PKR - sehingga pernah disebut sebagai pengganti Anwar Ibrahim seandainya Ketua Umum PKR dan pemimpin utama Pakatan Rakyat ini dipenjarakan.  Malah, media pro-UMNO pada suatu ketika cuba menonjolkan Zaid Ibrahim sebagai "anak emas" dalam PKR, kerana diberi pelbagai keistimewaan - menyarung jersi PKR dalam PRK Hulu Selangor belumpun genap setahun masuk parti, dan kemudian dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur biarpun kecundang dalam PRK.

Zaid vs Azmin

Malah, jikalau dibandingkan dengan Azmin Ali, Zaid Ibrahim jelas memiliki kelebihannya.  Zaid Ibrahim kelihatan lebih lantang dan menonjol untuk menangkis serangan UMNO - dengan kenyataannya yang sinis dan keras, lantas meraih populariti yang luas di kalangan bukan Melayu.  Zaid sanggup mengorbankan "jawatan menteri" untuk membantah ISA, terus disanjung aktivis sosial dan NGO hak asasi manusia.  Malah, rakan parti dalam Pakatan Rakyat, DAP dan PAS dikatakan lebih selesa dengan Zaid Ibrahim, berbanding Azmin Ali.

Sebaliknya, Azmin Ali dibayangi persepsi yang negatif.  Salah satu tuduhan yang dilemparkan terhadap "pengikut setia Anwar Ibrahim" ini adalah beliau terlalu angkuh, "tidak menjawab panggilan", hanya menurut perintah seorang, iaitu Anwar Ibrahim.  Azmin tidak mempunyai pandangan yang memahat ingatan, selain retorik "me-nyah-kan UMNO dari muka bumi" yang kerap diulanginya dalam ceramah politik, dan kebanyakan masanya sekadar mengitar semula air liur Anwar Ibrahim.

Mungkin persepsi kedua-dua Zaid dan Azmin ini boleh dipertikaikan, namun ia tidak jauh dari pengamatan orang umum.  Persoalannya, jikalau ianya benar, mengapa Zaid tidak meraih sokongan daripada puak "NGO dan PRM" dalam parti, sebaliknya puak ini memberi sokongan, atau setidak-tidaknya berdiam diri memberi laluan kepada Azmin Ali?

Lebih menarik, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang sebelum ini cuba dilambung oleh Zaid Ibrahim, dengan tawarannya "sudi memberi laluan", pujiannya berbunyi "banyak pengalaman yang boleh membantu parti", "tak suka hentam dan burukkan orang lain", "lebih minat berkerja" dan sebagainya - tidak termakan dengan tawaran tersebut.  Pengumuman Khalid untuk bertanding jawatan yang disasarkan Zaid Ibrahim, memberi isyarat bahawa dirinya tidak berada dalam kem  Zaid Ibrahim.

Sokongan memihak kepada Azmin

Sebaliknya, keadaan kelihatan lebih memihak kepada Azmin Ali.  Timbalan Presiden, Syed Husin Ali dalam satu wawancara bersama MerdekaReview, menyentuh Zaid Ibrahim apabila berkata "Dia perlu jadi team player.  Ketika beliau dilantik masuk Biro Politik, bila suka datang (hadir mesyuarat).  Bila tak suka, tak datang.  Macam mana anda menjadi pemimpin seperti itu?"

Meskipun tidak menyebelahi Azmin, dengan mengakui kekurangan yang ada pada Azmin Ali, namun nadanya lembut ketika menjawab dakwaan bahawa Azmin dilihat kurang menyentuh soal dasar.  Syed Husin (gambar kanan) berkata, "Dari segi idea, dia ada idea.  Dia harus lebih cakap pasal dasar, mulai sekarang..."

Situasi semakin jernih apabila hampir kesemua pemimpin utama dalam parti hadir dalam Majlis Pidato Penerimaan Pencalonan dan Pelancaran Manifesto "Reformasi Menuju Putrajaya" oleh Azmin Ali pada 16 Oktober 2010.  Bukan sahaja rakan sekerjanya dalam pejabat ketika zaman Anwar menyandang TPM, misalnya Khalid Jaafar dan Mansor Othman turun memberi sokongan, malah pemimpin reformasi seperti Tian Chua turut hadir, biarpun terlewat.

Ia belum termasuk kenyataan Naib Presiden, Sivarasa Rasiah dan Lee Boon Chye yang mengkritik Zaid Ibrahim baru-baru ini.  Bahkan, Syed Husin Ali yang sebelum ini hanya mencuit Zaid Ibrahim di twitter dengan "siapa makan cili dia rasa pedas", semakin keras nadanya ketika membalas tuduhan Zaid Ibrahim kebelakangan ini.

Zaid lebih angkuh daripada Azmin?

Sesungguhnya, beberapa orang pimpinan tidak senang dengan Zaid Ibrahim selepas PRK Hulu Selangor.  "Bukan team player", inilah tuduhan yang dilemparkan terhadap Zaid Ibrahim.  Tuduhan ini pernah dibangkitkan kepada Zaid Ibrahim dalam satuwawancara bersama MerdekaReview, namun Zaid terus menafikannya, sambil menyifatkannya sebagai tuduhan yang "tidak masuk akal".

"Lebih angkuh daripada Azmin Ali", demikianlah penilaian seorang pemimpin yang kurang selesa dengan Azmin, tetapi lebih tidak menyenangi Zaid (gambar kanan).  Inilah yang diberitahu sumber maklumat kepada MerdekaReview, bahawa pertarungan PRK Hulu Selangor adalah pengalaman yang tidak baik buat mereka yang berhempas pulas untuk Zaid Ibrahim.

"Justeru itu, mereka akhirnya menganggap adalah lebih mudah untuk bekerja dengan Azmin.  Azmin sudah berada dalam pimpinan parti untuk sekian lama.  Betapa 'benci' sekali pun, pasukan ini tetap berfungsi.  Mereka tidak dapat nak bayangkan kalau Zaid menjadi Timbalan Presiden..." Demikianlah jawapannya daripada sumber dalam parti, ketika MerdekaReview cuba mencari punca mengapa Zaid tidak meraih sokongan di kalangan pimpinan asal sebagaimana yang dijangkakan.

Strategi Zaid Ibrahim

Namun demikian, adalah tidak adil seandainya seorang pemimpin politik hanya dinilai dari perspektif interaksi peribadi.  Ia seharusnya dilihat dalam konteks yang lebih besar, malah bagaimana reaksi pemimpin politik itu mendatangkan impak terhadap senario politik.  

Di sinilah Zaid Ibrahim melakukan sesuatu yang cukup "dipertikaikan".
Ramai yang memperlekehkan Zaid kerana "tidak pandai mengatur strategi berperang" - berdolak-dalih, menjadikan kawan sebagai lawan, menyinggung perasaan anggota dan sebagainya.  Namun demikian, Zaid sebenarnya tidak "bodoh" sebagaimana yang dianggap.  Strateginya untuk mendukung Puteri Reformasi, Nurul Izzah (gambar kiri) cukup cerdik.

Ia memberi gambaran seolah-olah Nurul Izzah menyokong dirinya.  Untuk mereka yang tidak begitu jelas dengan keadaan sebenarnya, senang untuk menganggap bahawa Zaid mendapat sokongan Anwar melalui Nurul Izzah.  Bagi mereka yang tahu "sedikit sebanyak" keadaannya pula, menganggap keluarga Anwar bercanggah pandangan dalam isu ini - Bapa menyokong Azmin, sementara anak menyokong Zaid.

Ia mungkin berakhir dengan kemenangan dirinya bersama Nurul Izzah, atau kemenangan Azmin Ali.  Namun, apapun kesudahan ini tidak semestinya sesuatu yang baik untuk PKR.  Bayangkan, gandingan Ketua Umum-Anwar, Presiden-Azizah, dan Naib Presiden-Nurul Izzah - ia semestinya memberi persepsi "parti keluarga", dan tidak terelak daripada label "nepotisme".  Sebaliknya, seandainya Azmin Ali pula yang menang dalam pertandingan Timbalan Presiden, ia akan terus dituduh sebagai pemilihan untuk memenangkan kroni Anwar.  Lebih menarik, daripada apa yang berlaku sekarang, senario yang paling mungkin berlaku adalah kemenangan kroni dan anak sulung.

Dan bukankah ini yang berlaku sekarang?  Zaid Ibrahim terus mengikat "Anwar-Azmin" sebagai punca masalah PKR, sementara media online seperti Free Malaysia Today, menyiarkan tulisan bertajuk "Ramai menaruh harapan pada Zaid – Nurul Izzah".  Jelas, kedudukan Nurul di atas pagar terus diambil kesempatan untuk memberi gambaran bahawa wujudnya perselisihan dalam parti, malah secara tidak langsung "mengangguk kepada tuduhan Zaid Ibrahim."

Malah, Zaid Ibrahim sudi menerima wawancara Utusan Malaysia, media milikan UMNO yang pada satu ketika dahulu menyerang peribadi beliau sebagai kaki botol, pemilik kuda lumba dan sebagainya.  Sememangnya Zaid boleh mempertahankan tindakannya dengan pendirian "tidak mahu boikot media", mungkin atas prinsip "kebebasan media" dan sebagainya, namun pada masa yang sama orang akan mempertikaikan mengapa beliau menyaman A. Kadir Jasin, penulis blog yang dikatakan "memfitnah beliau"?

Pelbagai tuduhan mula dilemparkan terhadap Zaid Ibrahim, kononnya "Trojan Horse" untuk memusnahkan PKR dari dalam, agen UMNO dan sebagainya.  Tuduhan ini mudah mengundang tuduhan "fitnah", memandangkan dakwaan ini tidak semestinya disokong dengan bukti.  Lebih-lebih lagi, tindakan Zaid untuk letak jawatan pada September 2008, nyaris-nyaris menjadi pukulan maut kepada UMNO.

Namun demikian, beberapa soalan yang terus berlegar dan mencungkil pertikaian terhadap Zaid Ibrahim.  Sementara Zaid Ibrahim mempersoalkan mengapa beliau dinobatkan sebagai wira ketika menyertai PKR, dan kini pula ditohmah sebagai pengkhianat, beliau harus juga merenung persoalan mengapaUtusan Malaysia memberi ruang liputan seluas-luasnya untuk diri beliau yang seketika dahulu digelar "biadap"?

Lebih-lebih lagi, keputusan beliau untuk menarik diri dari Pemilihan PKR, meletak jawatan parti dan sebagainya berlaku dalam konteks di mana PKR diselubungi suasana merudum, berikutan kekalahan dalam PRK Batu Sapi.  Ia mungkin berlaku secara "kebetulan", dan ia juga mungkin pukulan maut kepada PKR - sebagaimana yang berlaku ke atas UMNO-BN pada September 2008.

Ringkasnya, pergelutan kuasa  ini telah mengheret PKR ke dalam satu situasi yang memudahkan serangan musuhnya, berikutan beberapa keputusan yang dibuat, termasuk keengganan Anwar untuk bertanding sebagai Presiden.  Dari persepsinya, PKR akan dilihat parti untuk keluarga, dan manipulasi berlaku dalam pemilihan untuk menyingkirkan pencabarnya.

Mungkin tidak adil untuk menuduh bahawa Zaid Ibrahim sebagai "Trojan Horse" sebermulanya, namun apa yang pasti benar, "Tiada kawan dan lawan yang kekal selama-lamanya dalam politik". (Bahagian kedua, tamat)

Pergelutan kuasa PKR: Sebelum Zaid lawan Azmin

on

Ramai yang menggeleng-gelengkan kepala apabila Zaid Ibrahim dipetik media untuk menyifatkan Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali sebagai "nyanyuk".  Umpama menggali kubur sendiri, memusuhi mereka yang padahalnya berpotensi menjadi kawan dalam parti.  Meskipun penjelasan disusuli kemudiannya - bukan "nyanyuk" tetapi "nyanyu", namun ia tetap menjadi gurisan yang meninggalkan parut.

Lebih-lebih lagi, Zaid Ibrahim sering "tersilap langkah" dalam percaturan strateginya.  Bekas menteri kabinet yang "dipecat" dari UMNO dan menyertai PKR pada Jun 2009 ini, mencungkil kemarahan anggota parti apabila melontarkan kritikannya - malah sanggup menggunakan Utusan Malaysia sebagai gelanggangnya.

Ia tidak semestinya bererti PKR pantang dikritik, namun Zaid Ibrahim jelas tidak peka terhadap sentimen anggotanya.  Misalnya, ketika Zaid Ibrahim mengkritik kod etika pemilihan PKR, beliau menggunakan ayat "saya tidak mahu Parti Keadilan Rakyat menjadi parti hipokrit seperti UMNO". 【Demokrasi Dalam Parti Politik

Zaid Ibrahim tersilap langkah

"Untuk belasan tahun kami lawan UMNO, betapa bencinya kami terhadap UMNO.  Apa yang kami lakukan adalah untuk mengasingkan diri daripada UMNO, dan kini beliau pula nak samakan PKR dengan UMNO," demikianlah luahan yang disampaikan daripada sesetengah anggota PKR.

Ini tidak termasuk pendirian Zaid Ibrahim yang sering berdolak-dalik dalam pemilihan. Ketika mengkritik kod etika pemilihan pada Ogos 2010, beliau menulis, "Saya tidak akan menjadi calon untuk apa-apa jawatan di pemilihan parti Keadilan... Saya sebagai orang tua ingin melihat orang-orang muda yang berkebolehan dan jujur memainkan peranan besar dalam parti.  Saya akan berkempen bagi pihak mereka.  Saya harap tak ada kod etika untuk peranan sebagai 'campaign manager' ini."

Tiga minggu kemudian, Zaid Ibrahim mengumumkan keputusannya untuk bertanding, tetapi menggariskan syarat bahawa dirinya sudi memberi laluan kepada Khalid Ibrahim - dengan kata lain enggan merebut jawatan parti yang sama dengan Menteri Besar Selangor ini.  Namun, apabila Khalid Ibrahim mengambil keputusan untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden, Zaid Ibrahim yang sudah berada dalam gelanggang pula memberi tawaran yang sama kepada Nurul Izzah.

Perkara ini mungkin tidak sebesar mana, lebih-lebih lagi Zaid Ibrahim telah dijangkakan akan bertanding untuk jawatan tinggi sebermulanya.  Namun imej seseorang ahli politik akan tercalar sedikit sebanyak apabila tidak serius kepada apa-apa yang terkeluar dari bibir.

Percaturan Azmin Ali

Beralih kepada Azmin Ali, ianya rahsia terbuka bahawa Naib Presiden ini tidak begitu disenangi dalam parti, malah kurang "terserlah" sebagai pengganti Anwar Ibrahim.  Buktinya, Khalid Ibrahim diberikan tumpuan yang besar ketika menyertai PKR pada Julai 2006, lebih-lebih lagi apabila tokoh korporat ini menyahut pendirian Anwar Ibrahim yang kontroversi ketika itu untuk memansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Jelas, Azmin mula berwaspada dengan "ahli baru" yang diberi jawatan sebagai Bendahari Agung ini.  Azmin berdiam diri membenarkan penyokongnya mencalonkan beliau sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 2007, yang pada ketika itu cuba dihalang oleh Mohd Ezam Mohd Nor (gambar kiri) dengan tindakan meletak jawatan - sebagai amaran kepada Azmin Ali agar tidak bertanding menentang penyandang asalnya, Syed Husin Ali.

Strategi Azmin mudah dibaca.  Apabila beliau "membenarkan secara senyap" penyokong untuk mencalonkan dirinya, maka ia memberi petanda yang cukup jelas kepada Syed Husin Ali - ahli politik veteran yang nyata kurang "lincah" dalam permainan politik berbanding dirinya.  Malah, jikapun Azmin tidak bertanding pada saat-saat akhirnya, tindakan ini sekurang-kurangnya memberi isyarat bahawa orang ketiga dalam parti ini sudah mempunyai sokongan untuk mengorak satu langkah lagi ke depan.

12 tahun Azmin Ali bergelut dalam gelora perjuangan Reformasi, namun, apabila hasil gerakan Reformasi dituai pada 8 Mac 2008, senario politik telah berubah.  Dalam keghairahan menyambut kemenangan bersejarah itu, jawatan Menteri Besar Selangor diberikan kepada Khalid Ibrahim, sementara Azmin Ali diletakkan untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam parlimen.  Dengan kata lain, Azmin Ali telah menempah kerusinya dalam kabinet, seandainya perancangan 16 September 2008 berjaya.

Namun, apa yang terjadi di sebaliknya adalah kehancuran impian menawan Putrajaya, bahkan kehilangan kuasa kerajaan negeri di Perak, disusuli arus "keluar parti" yang menderas di dalam PKR.  PKR, parti pembangkang terbesar dengan 31 kerusi parlimen selepas tsunami politik 8 Mac 2008 - kini menjadi parti pembangkang yang dilihat paling lemah - dari kerusi parlimen, PKR ketinggalan di belakang DAP; dari kuasa kerajaan negeri pula, PAS menguasai dua negeri, berbanding PKR yang bertahan di Selangor - itupun dengan sokongan DAP dan PAS.

Pendesak agar Khalid digulingkan

Tiada orang yang sudi membanting tulang di atas sawah yang gersang.  Tetapi bila ia disuburkan dan ketika hasilnya dituai, semua berpusu-pusu untuk merebutnya.  Maka bermulalah perebutan sumber dalam PKR, di mana nama Soh Chee Wen, tokoh korporat kontroversial ini diheret masuk ke dalam adegan ini.

Lidah parti, Suara Keadilan diambil-alih daripada tangan Ketua Penerangan, Tian Chua (gambar kiri) pada tahun 2009.  Pasukan editorialnya dirombak, dan di situ Zunar membubuh noktah selaku Ketua Pengarang.  Malah, Tian Chua dilucutkan jawatan Ketua Penerangan, dan dilantik sebagai Pengarah Strategi - rombakan yang ditafsir umum sebagai "turun pangkat".

Pengambil-alihan ini diakui Syed Husin Ali sendiri dalam satuwawancara bersama MerdekaReview, dari tangan "mereka yang bersemangat tetapi kononnya tidak profesional", kepada "mereka yang kononnya profesional tetapi tidak bersemangat".  Apapun yang tersirat atau berlaku di sebalik pertukaran tangan ini, tidak mengubah hakikat bahawa kelarisan Suara Keadilan telah mencatat 150 ribu naskah ketika itu, berbanding 20 atau 30 ribu naskhah sebelum PRU ke-12.  Ertinya, penerbitnya mula meraih keuntungan daripada jualan Suara Keadilan.

Menurut sumber dalam parti, kedudukan Khalid Ibrahim mula goyah apabila "golongan yang sama" mahu beliau digulingkan.  Sesungguhnya, kerenah Khalid Ibrahim mengundang rungutan beberapa pimpinan yang berlatar-belakangkan reformis dalam parti, yang tidak berpuas hati kerana langkah pembaharuan terlalu lambat.  Ketidakpuasan ini cuba diambil kesempatan untuk digemblengkan sebagai kuasa menjatuhkan Khalid Ibrahim.

Malah, perlantikan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor dikatakan sebagai "kompromi" antara pilihan mengekalkan dengan menggulingkan Khalid Ibrahim (gambar kanan).  Golongan pendesak mahu Anwar Ibrahim campur tangan agar Khalid tidak mendominasi segala-galanya.

Namun, usaha mendesak agar Khalid Ibrahim digulingkan tidak dihentikan begitu sahaja.  Sebaliknya, golongan yang tidak puas hati dengan Khalid ini memilih untuk meninggalkan parti sebelum beliau mengundur, kata sumber maklumat kepada MerdekaReview.

Seandainya diimbas kembali, bekas Setiausaha Agung PKR Salehuddin Hashim meninggalkan PKR pada awal Mac 2010.  Pertikaian yang berlaku antara tokoh korporat dengan Timbalan Presiden, Syed Husin Ali ketika itu berlegar pada isu "CEO Syarikat Perangsang".  Namun, apa yang penting di sebalik isu ini adalah perselisihan antara Salehuddin Hashim dengan Khalid Ibrahim.  Dan yang lebih penting, Soh Chee Wen turut meninggalkan ibu pejabat PKR tidak lama selepas itu, menyusuli jejak langkah Salehuddin.

Azmin menunggu durian runtuh?

"Untuk berlaku adil, Azmin bukan orang yang berada di depan untuk mendesak agar Khalid Ibrahim digulingkan," kata sumber maklumat, sebelum menambah, "Tapi Azmin agak senyap ketika itu, kerana beliau tahu seandainya Khalid digulingkan, dialah orang yang paling berpotensi untuk menjadi Menteri Besar."

Namun, mengapa ia tidak berlaku?  "Antara sebabnya, Azmin Ali (gambar kiri) bukan pilihan puak yang mendesak agar Khalid digulingkan.  Jadi isu ini berlanjutan untuk sekian lama, dan akhirnya tidak berhasil... kerana tiada muafakat dalam calon pengganti Khalid Ibrahim jika beliau dijatuhkan!" jelasnya.

Sumber maklumat ini menyimpulkan, Azmin sememangnya kelihatan berpuak-puak dalam parti, tidak disenangi oleh mereka yang berlatar-belakangkan gerakan sosial atau NGO, dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).  Namun, beliau menekankan, Azmin bukan sehaluan dengan golongan pendesak agar Khalid digulingkan, walaupun ditonjolkan media seolah-olah beliaulah dalang di sebalik tabir.

"Ingat tak laporan kononnya Azmin menepuk meja dalam mesyuarat?  Ini sebenarnya tidak berlaku, tetapi dibesar-besarkan seolah-olah ia berlaku.  Di situ Anwar mula sedar bahawa ada orang yang melepaskan khabar palsu daripada meja mesyuarat kepada media..." kata pemimpin pusat PKR ini. (Bahagian pertama, bersambung)


http://www.merdekareview.com/bm/

Drama PKR: Taktik Menjatuhkan Tun Ghafar Digunakan Kembali.........???

on

keadilan5

PETALING JAYA: Drama dalam PKR dewasa ini mengimbas kembali "taktik" yang digunakan Anwar Ibrahim ketika menghadapi bekas Timbalan Perdana Menteri, Ghafar Baba, kata bekas Ketua Penerangan Ruslan Kasim.
Menurut beliau, senario yang berlaku sekarang ini ialah cara Anwar "untuk membersihkan laluan secara rasmi" untuk calon timbalan presiden Azmin Ali, yang secara kebetulan bersama beliau sejak "masa lampau" dan memberinya "kemenangan percuma".
"Beginilah caranya Anwar bekerja….taktik dan strategi beliau adalah serupa seperti pada masa silam apabila beliau bertarung dengan Ghafar……kini beliau menggunakan budak kesayangannya," kata beliau dan menambah, rupa sebenar PKR mula timbul.
"Kini kita melihat PKR yang sebenar…….sebelum itu ia menuduh Umno sebagai tidak adil, tidak demokratik, tidak telus…..kini ia menampar hidungnya sendiri," katanya.
Ruslan memberi maklum balas mengenai pengunduran secara mengejut Zaid Ibrahim dari perlumbaan timbalan presiden hari Isnin lalu sebagai memprotes penyelewengan dan kepincangan yang berlaku dalam proses pemilihan.  Zaid juga mengumumkan perletakan semua jawatannya dalam parti dengan serta merta.
Kelmarin, Zaid dalam satu sidang media bersama calon ketiga, Mustaffa Kamil Ayub, menggesa Anwar berundur dan pencalonan Azmin diisytiharkan batal.
Mengenai gesaan Zaid ini, Ruslan berkata, "Anwar tidak akan berundur sehingga beliau mencapai matlamatnya untuk menawan Putrajaya……bukit tidak runtuh, jadi jangan harap Anwar akan berundur."
Menyifatkan gesaan Zaid seperti anjing menyalak bukit, Ruslan berkata, Anwar menggunakan orang untuk mencapai cita-cita peribadinya termasuk para pemimpin DAP dan PAS.  Jika beliau boleh memperdaya orang lain untuk pergi ke Putrajaya, apatah lagi Zaid."
Lebih banyak masalah akan timbul
Sementara itu, Ketua Penerangan Wanita Umno Hamidah Osman berkata, apa yang berlaku dalam PKR adalah seperti yang dijangka.
"Walaupun PKR mempunyai barisan kepimpinannya sendiri, tetapi mereka kesemuanya tidak ada kuasa termasuk presiden.  Yang paling berkuasa ialah penasihatnya.
"Oleh yang demikian, tidak mungkin Anwar akan memberi jalan supaya Azmin kalah dalam pemilihan walaupun beliau berkata beliau tidak akan campur tangan.
"Parti itu akan dibelenggu dengan masalah, perhatikan apa yang saya cakap……tambah-tambah lagi apabila Azmin dilantik (Timbalan Presiden).
"Azmin pasti akan menyusun barisannya sendiri bagi memastikan beliau terus berkuasa dan beliau akan tendang yang lain.
"Ingat apa yang berlaku di Selangor apabila Azmin campur tangan dalam pentadbiran sebab beliau tidak sebulu dengan Menteri Besar Khalid Ibrahim," kata Hamidah kepada MediaUmno.
Hamidah berkata perletakan jawatan oleh Zaid adalah permulaan bagi kacau bilau dalam PKR, memandangkan pilihan raya umum ke 13 akan diadakan tidak lama lagi.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List