MESIR :- SIAPA EL BARADEI........???

on Feb 1, 2011

Tuesday, February 1, 2011




7 Bukti Tokoh Pembaharuan Mesir El Baradei Adalah Agen Amerika Dulu Hingga Kini !!!

  1. Dakwaan El Baradei adalah agen Amerika didasarkan kepada penglibatan beliau sebagai Ketua Pengarah bahagian Atom dan Nuklear yang menyiasat senjata nuklear di Iraq selama 12 tahun (sumber sini ) Kita percaya hanya pro Amerika sahaja yang akan dipercayai untuk menjayakan niat jahat Amerika untuk menjatuhkan musuhnya seperti Saddam Hussein.
  2. Beliau juga pernah menerima Anugerah Nobel pada tahun 2005 dan hanya pro Amerika sahaja seperti beliau yang akan menerima anugerah tertinggi tersebut. Lihat bagaimana Anwar Ibrahim juga pernah menerima berbagai anugerah seperti laporan blogger AIDC di sini http://www.anwaraidc.com/ 
  3. El-Baradei pernah mendesak agar Amerika menyerang Iran seperti laporan laman Eramuslim di sini  atas nama keamanan tanpa nuklear. Artikel bertajuk "Penerima Nobel Perdamaian Yang Ingin Perang"
  4. Beliau adalah seorang sekular dan diterima dengan baik oleh Ikhwanul Muslimin yang juga adalah gerakan ditaja Amerika Syarikat untuk melawan Hosni Mubarak di Mesir. Meskipun seolah olah menyokong Hosni Mubarak tetapi Israel tetap perlu dikhuatiri kerana mereka pernah kalah dengan Mesir semasa perang 1967 dan tidak mustahil perancangan memusnahkannya tetap dilaksanakan walau memuji Hosni Mubarak klik sini
  5. Perancangan Amerika dan Yahudi untuk menakluk Mesir sudah dimulakan sejak sekian lama dan ikuti kupasannya di sini http://lawan.us/revolusi-mesir-didukung-amerika-serikat/

gambar El Baradei pada 30 Jan 2011 di Lapangan Terbang Antarabangsa Mesir




  6. Di Tranungkite Online satu tajuk - Krisis Di Mesir : Adakah El-Baradei Boneka Yahudi/US? telah dibuka yang mencecah 7 halaman hingga saat ini. Antara bahan yang disiarkan di mana seorang ahli forum telah menulis :

Lihatlah dunia akan permainan Yahudi bersama boneka mereka US di Mesir. Dengan revolusi kebangkitan rakyat untuk mengjatuhkan rejim Hosni Mubarak yg dilihat akan berjaya. Mereka lantas secepat kilat mencanang calon mereka El-Baradei sbg calon pengganti Hosni Mubarak. 



Siapakah El-Baradei ini? El-Baradie merupakan bekas pengarah International Atomic Energy Agency (IAEA) yg mana telah banyak bekerja dengan US / Yahudi. Apakah kriteria mereka yg boleh bekerja dengan US / Yahudi? Ia sudah semestinyalah hanya mereka yg boleh mengikut telunjuk US / Yahudi yg layak untuk memegang jawatan penting spt IAEA itu. Jawatan itu hanyalah drama US untuk melantik pelakon2 mereka. 


Dan sekarang ini. Apabila kejatuhan Hosni Mubarak tidak tertahan lagi. Lantas dengan pantas mereka menerbangkan boneka mereka untuk berlakon watak hero bersama dgn pendemonstrasi di sana. 


Untuk melihat drama Yahudi /US ini ikuti liputan CNN / BBC. Al-Jazeera dengar khabarnya telah di halau keluar. Mungkin mereka takut Al-Jazeera akan memaparkan cerita sebenar. Dan akan menampilkan pemimpin tempatan yg lain terutama dr kalangan pemimpin Ikhwanul Muslimin. Dalam banyak2 pemimpin di Mesir hanya El-Baradei sahaja yg mendapat liputan meluas. Pemimpin2 Ikhwanul Muslimin khasnya seakan-akan tidak wujud langsung. 


Senario di atas juga kita boleh lihat di Malaysia sekiranya sesuatu berlaku pada kerajaan sekarang. Malahan US telah ada calon mereka. Malah mereka kelihatan bersama untuk mengjatuhkan kerajaan yg ada dan lebih cenderung untuk menyokong calon dalam senarai mereka. 


Lihatlah semua ini bagaimana permainan US / Yahudi. 


Sekiranya rejim diktator jatuh. Mereka akan mencanangkan piliharaya demokrasi. Tetapi apa daya pun mereka akan memenangkan calon mereka. 


Lihatlah liciknya permainan Yahudi / US. Sungguh malang rakyat Mesir atau di mana sahaja bilamana mereka mengjatuhkan sesuatu kerajaan tanpa mereka sedar mereka menaikkan pula orang2 US tanpa mereka sedari. 


Umpama keluar mulur buaya masuk mulut naga! Akan sia2 lah pengorbanan dan darah rakyat Mesir sekiranya yg naik nanti juga adalah tali-barut Yahudi / US. 

UTellMe, 30 Jan 2011





  7. Selain dipromosi dengan giat oleh media antarabangsa seperti BBC, El Baradei juga jelas adalah berfahaman liberal seperti laporan BBC edisi Indonesia di sini http://www.bbc.co.uk/. dan sekular (klik sini) Paling jelas Hillary Clinton juga mengelak ketika ditanya pendirian Amerika terhadap Hosni Mubarak yang jelas giat mendamaikan antara Israel dan Palestin. Bahkan beliau membuat kenyataan (klik sini) menyokong demokrasi di Mesir - isyarat jelas Amerika dalam menyokong pergerakan terancang Mohamad El Baradei !!!


Nasib rakyat Mesir pasti akan menjadi seperti rakyat Iraq yang makin teruk selepas kejatuhan Saddam Hussin. Akibat perancangan sulit musuh Islam Yahudi dan Nasrani.



gambar El Baradei - Tokoh Reformasi Mesir

PAS......Siapa Yang Harus Berubah......???

on

Mengapa PAS tidak mampu sedarkan Melayu?


Pandangan dan Pendapat Sahaja





1. 
a.  Pemimpin PAS kawasan kena ubah style. Kalau setakat warak sahaja tak cukup untuk memikat orang. Memang ramai orang melayu hormat pemimpin PAS tapi tak ramai yang nak ikut PAS. So, pemimpin PAS perlu lebih mesra dan meluangkan masa dengan penduduk sekitar. Senang kata, dakwah bukan sahaja di masjid dengan bagi kuliah. Dakwah di masjid senang sebab dah diprogramkan, dakwah di kedai kopi jarang PAS buat.


 
b.   Berapa ramai pimpinan PAS yang punya anak dan kaum kerabat yang menjadi punca orang tak menghormati PAS. Jadi pimpinan PAS khususnya kawasan dan cawangan, didiklah dulu orang-orang yang terdekat dengan kita.



c.   Pimpinan PAS yang sering dok buat ulasan kat media ataupun ceramah umum, kalau buat ulasan tu kena bijak, jangan mudah dimanipulasi wartawan. Kadang-kadang fakta agama yang diberi tu menongkah arus biasa pemahaman orang melayu, jadi sekalipun ianya tepat, tapi cara pemberitahuan tu biarlah cara yang tak menongkah arus.



d.   Pada pemimpin PAS kawasan atau cawangan, saya rasa elok juga berkawan dengan semua jenis Melayu,kalau solat jemaah tu tak payah la solat kat masjid orang PAS sahaja atau kar markaz-markaz. Alangkah baik kalau orang PAS solat kat masjid yang ramai orang UMNO. Kalau boleh biar di mana sahaja ada tempat solat, di situ ada orang PAS.

2.  PAS kalah sebab masih pakai strategi lama - maki hamun orang,  orang melayu kalau tak undi pas masuk neraka,  kalau tak undi pas daging tak halal, etc etc,  kalau undi BN, etc, etc...... Saya sebagai orang melayu neutral pun marah kalau orang pas ckp macm ni . Bagus sangat ke melayu pas ni???  Syurga tu pas control ke???Islam tak ajar kita kutuk mengutuk, caci-mencaci, ustaz saya cakap. Mcm mana nak tawan org muda mcm saya???

3.  Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.


Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

4.  Memang perlu perubahan secara drastik.... veteran pas perlu berkorban demi perjuangan dan beri peluang kpd generasi muda. Veteran sbg idola dan mentor kpd orang muda....

Lihat karektor Ust Azhar Idrus (K.Terengganu)... ramai anak muda sukakan nya. Golongan tua juga tetap menghargai beliau........


5.  Perjuangan yang kekal adalah merangkum dua perkara ruh dan jasad. Tidak boleh dipisahkan. Dunia dan Akhirat. Pas dalam hal ini tidak ada dunia, tetapi lebih kepada akhirat. Pada doa pun jelas memohon kebahagaiaan dunia dan kesejahteraan akhirat.

Ingatlah, Jika di Malaysia bangsa Melayu lah penganut Islam tiada siapa boleh menafikan. Islam sebagai ruh tidak berdiri tanpa jasad orang melayu. Melayu itu Islam dan Islam itu melayu. Tidak dapat dipisahkan. Ada sebilangan kecil mamak itu Islam dan Islam itu mamak. Tetapi mereka minoriti.

Maka Pas menolak konsep bangsa melayu dan mengambil Islam sahaja sebagai inti perjuangan sudah tentu ia bergerak tidak diatas realiti. Negara Islam hanya boleh ditegak kan oleh orang melayu.

Kenyataan Nik Aziz, tidak menerima hakikat bahawa kebangsaan Melayu sebagai satu wadah menegakan Islam sebab itulah Pas gagal menjiwai Melayu. Seringkali Melayu diperemehkan. Mengapa UMNO diterima oleh orang Melayu?. Kerana UMNO yakin teguh bahawa Islam itu berkembang selari dengan kemajuan manusia Melayu yang Allah jadikan dimuka bumi ini.

Mengapa Melayu penting di Malaysia ?... Kerana adanya berbagai kaum dinegara ini. Jika semua orang Melayu dinegara ini adakah soal Melayu penting ?. Jawabnya tidak, seperti di Indonesia, India, China, Arab, Mesir. 

Jika soal bangsa seperti India adakah mereka menyebut soal bangsa ?. Tidak, perbezaan mereka hanya agama. Jadi persaingan hanya antara agama. Bangsa tidak penting kerana dalam satu bangsa ada dua atau lebih agama.

Indonesia, adakah mereka berjuang fasal bangsa?. Tidak. mereka berbagai samada agama, pembangunan, perubahan, ekonomi dll.

Inilah suara golongan muda Pas, seperti Mujahid Yusuf Rawa ketengahkan supaya Pas berjuang berpijak diatas bumi nyata. Melayu Islam. Jika ianya sama dengan UMNO maka hanya ada persaingan siapakah patut memegang kuasa, kerana ada dua pilihan parti politik yang sama hala tujunya. Menguntungkan Melayu- Islam.



6.  Pas patut ubah cara berkempen, berkempenlah dengan cara hormat pergi kepada agenda mengapa kita berkehendakan menang ,fokus terus kepada agenda masa depan negara dan rakyat pergi mampus dengan apa yang di praktikan oleh kepimpinan umno dan dengan itu baru rakyat akan faham apa yang PAS PKR  dan DAP perjuangkan demi kesejahteraan rakyat dan negara di samping mendekati rakyat secara berterusan.




  • 7.  Kita membawa lebel Islam. Sepatutnya kita menjadi contoh yang baik2. Contohnya ada signboard diatas lori, mendoakan kemusnahan UMNO sedangkan kita tau yg UMNO pun orang islam. Kenapa kita tak doakan semoga UMNO kembali kepangkal jalan. Jadi nampak lah kita sentiasa mencari kebaikan. Kena tunjukkan kita adalah lebih baik dari UMNO, berlawan sama-sama tak elok.

    8.  PAS seakan2 hilang isu-isu yang perlu di bawa bagi memastikan ia menjadi modal bagi kemenagan PAS.....PAS perlu sedar iaitu peredaran zaman dan konsep kempen perlu diubah oleh itu bagi mengapai kemenangan PAS perlu berubah dari pelbagai aspek..dan PAS perlu menunjukan satu keyakinan kepada rakyat dimana PAS boleh memimpin dengan mengunakan islam sebagai teras dimana amalan demokrasi dan keterbukaan diterima

    9.  Rasanya tak salah PAS berkawan dengan DAP, 

    Hak hak melayu dan islam itu jelas ,tgk sajalah isu Azan baru2 ini, apa yang berlaku? belum apa apa dah mintak maaf? Nak bawak kemakhamah? Jangan harap.

    Kenapa nak takut dengan DAP? yang berada di DAP itu cina malaysia, sama saja dengan MCA. Apa bezanya dengan percantuman antara UMNO/MCA dengan PAS/DAP?  DAP sudah tahu dengan hukum islam sedangkan MCA masih belum mengerti hukum bersalam dalam islam? Mana lebih menakutkan sebenarnya?

    10.  Islam tidak berkata berkenaan bangsa. Islam itu adil. Kebetulan di bumi Malaysia ini kita adalah tuan, tapi perlu diingat Tuan sebenar bumi kita berpijak ini ialah Allah.

    Allah yang akan memberi kemenangan dan kegagalan kepada mana mana pemerintah yang dia kehendaki. 

    Maaflah kalau saya katakan Faktor2 diatas adalah faktor yg agak kecil sahaja.

    Antara faktor kekalahan PAS di Tenang tempoh hari adalah kerana sedia maklum itu kubu kuat BN, kemudianya kesetiaan penghuni felda yang sedia maklum akan kesetianya pada BN sudah tepu. Peratusan keluar mengundi pula agak rendah disamping banjir yang melanda. Ada juga bantuan dari tentera dan sebagainya mengunakan lori dan sampan, tapi benarkah bantuan itu menyeluruh? (Pendapat seperti ini telah jauh ketinggalan zaman.)

    Minda pemimpin PAS masih rendah....Berubah lah.

    Sekadar memberi pendapat serta pandangan.


    PETRONAS.....???

    on




    Tan Sri Mohd Hassan Marican menyertai Petronas pada 2hb Februari 1989 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan. Dia meninggalkan Petronas pada 10hb Februari 2010 sebagai Presiden dan CEO -- hampir 21 tahun selepas menyumbangkan dedikasi khusus untuk negara.
    Tan Sri Hassan Marican kini bekerja untuk Kerajaan Singapura -- SembCorp lebih tepat lagi, sebagai Pengarah Bukan Eksekutif. Syarikat ini dibawah kawalan pelaburan Kerajaan Singapura, Temasek Holdings.
    Pengerusi Temasek Holdings ialah seorang lelaki bernama Mr S Dhanabalan. Bukan sahaja seorang 'Tuan' yang hidup sederhana tetapi juga seorang lelaki India. Tidak pernah dengar namanya. Hindraf patut turun ke Singapura dan ambil perhatian perkara ini.

    Jadi kita kehilangan TSHM kepada rakyat Singapura. Ini ialah satu lagi contoh biasa penghijrahan cendekiawan hebat yang berlaku. Tapi kali ini mereka berjaya mendapat individu yang memang penting. Mungkin yang paling hebat setakat ini.

    Mengapa?

    Mengapa perlunya TSHM untuk meletakkan jawatan (atau dipaksa untuk meletakkan jawatan atau disingkirkan atau dipecat atau apa sahaja)?

    Ia jelas sekali dia masih boleh kerja. Jelas sekali otaknya masih berfungsi dengan baik jika tidak Singapura tidak akan mengambil dia.

    Dia menjalankan sebuah syarikat minyak antarabangsa yang sangat dihormati dan dia mengusahakannya dengan sangat baik. Disebabkan itu TSHM sangat dihormati di seluruh dunia. Mengapa kita perlu kehilangan sebuah permata yang baik, terutama kepada Singapura?

    Apa yang telah terjadi?

    Biar saya beritahu anda.

    Begini, terdapat seorang wanita dengan yang huruf awalan RM. Tidak, saya maksudkan Ringgit Malaysia, tetapi ianya perkara yang sama. Anda tahu saya bercakap tentang siapa.

    Sebaik sahaja RM menjadi Wanita Pertama dia memanjat memasuki 'balang biskut'. Sebelum ini dia hanya memasukkan satu tangan sahaja. Sekarang suaminya PM dan ia menjadi lebih mudah. Bermacam macam kontrak semua boleh dapat. Sebut nama suami saja, hei bingo!

    Jadi RM telah menghantar PM berjumpa TSHM. PM meminta TSHM menghentikan melabur wang Petronas di luar negara dan mula melabur semua berbilion-bilion itu di Malaysia sahaja.

    TSHM bukan orang bodoh. Dia tahu daripada membiarkan berbilion-bilion ringgit ini terus ke dalam tangan lelaki UMNO ini dan kroni-kroni mereka lebih baik wang ini dilaburkan dengan betul, daripada jangkauan kotor mereka, supaya sekurang-kurangnya generasi akan datang akan dapat menikmati serdak kemewahan negara daripada dirampas semuanya oleh samseng-samseng ini.

    Jadi TSHM memberitahu PM untuk berambus tanpa perkataan tertentu.

    PM memberitahu kepada RM TSHM memberitahunya berambus, jadi RM merasa benci dengan TSHM dan menyuruh PM untuk ke tepi dan dia akan tangani dengan caranya sendiri.

    Jadi RM, seperti biasa, mula mewujudkan syarikat-syarikat baru dengan konco-konconya di depan dan dia di belakangnya, tetapi kali ini pengkhususannya ialah industri minyak & gas. Apa macam kontrak boleh bikin. Bagi lah kita. Lagipun suami saya PM jadi anda kena bagi sama ada anda suka atau tidak.

    Tetapi RM memandang rendah prinsip-prinsip TSHM yang dipegang dan tersemat di jantungnya.

    Tiada syarikat boleh mendekati Petronas melainkan ia memenuhi kriteria-kriteria yang ketat seperti termaktub di dalam kontrak. Bukan sahaja anda perlu bagus untuk mendapatkan kontrak Petronas, anda perlu sangat, sangat baik.

    Syarikat-syarikat RM tidak bagus sedikit pun. Mereka pada umumnya hanya bagus dalam penyamaran seperti pakaian remaja-remaja yang menyertai kem khidmat negara kerajaan (idea RM juga!) atau permaidani baru di kediaman PM yang baru dibaik pulih.

    RM beritahu TSHM jangan risau. Serahkan sahaja kontrak dahulu kemudian kami akan baiki isu kriteria kecil ini. Permaidani, minyak & gas… benda sama.

    TSHM berkata 'tidak boleh…pergi berambus'.

    Kebencian RM semakin meluap-luap. Kamu tidak boleh membuat hal kepada Wanita Pertama seperti itu. Telinga PM bingit apabila beliau pulang ke rumah dari kerja pada hari itu. RM mahu TSHM keluar dan yang lain adalah sejarah.

    PM turuti apa yang RM mahukan dan berkata kepada TSHM….”Maaf brudder apa boleh buat? Isteri I ganas lah. Tetapi tidak mengapa, saya akan melantik anda sebagai 'Penasihat Khas kepada saya berkaitan isu Gas dan Tenaga'.

    Ini tidak pernah berlaku. TSHM ialah seorang lelaki bermaruah. Empat bulan kemudian dia dengan gembira bekerja di Singapura dan penduduk Singapura mentertawakan rakyat Malaysia kerana mereka telah menjadi begitu bodoh dalam jangka masa yang pendek.

    Sekarang kita perhatikan. Dato Shamsul Azhar Abbas sekarang ialah Presiden dan CEO PETRONAS. Mari kita lihat jika Petronas melabur lebih banyak di Malaysia mulai sekarang dan biarkan kami melihat sama ada Petronas meminda kriteria-kriterianya ketatnya supaya dapat dipenuhi oleh si pembuat-pembuat permaidani atau tukang jahit. Mari kita letakkan harapan agar lelaki ini patuh kepada prinsip-prinsip yang sama sebagai TSHM. Kita akan tahu tidak lama lagi jika dia benar seorang yang berkaliber.

    Jika dia juga berakhir di Singapura, anda tahu dia adalah korban sembelihan Yahudi.

    Terjemahan : The Petronas poltergeist

    sumber :- ( Rosmah Puaka Petronas ) http://www.kedahlanie.info

    sumber :-  ( Rosmah Pelingkup Petronas? )  http://darisungaiderhaka.blogspot.com

    BANJIR.....

    on Jan 31, 2011







    Gambar diatas di ambil di kawasan rumah Othman Abbas, Kg. Parit Lampong Tehel Jasin Melaka. Menurut sumber sehingga jam 4.00 petang tadi seramai 21 keluarga telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Tehel Jasin Melaka.


    LANUN OH LANUN.....

    on


    Antara tujuh orang lanun Somalia yang ditahan oleh Angkatan 
    Tentera Malaysia (ATM) di Teluk Aden pada 21 Januari lalu kerana
     merampas kapal dagang MT Bunga Laurel tiba di negara ini pada
     Isnin untuk diadili



    Tujuh rakyat Somalia yang diberkas oleh anggota tentera Malaysia semasa cuba merompak sebuah kapal Malaysia di Teluk Aden pada 20 Januari lepas, tiba di Pelabuhan Klang pagi ini untuk menghadapi kemundkinan didakwa di negara ini.

    Mereka tiba dengan sebuah kapal sebelum dibawa dengan sebuah bas pada 9.15 pagi, diiringi beberapa kenderaan polis dari Terminal Cecair Pukal ke Pangkalan Polis Marin di sini dan kemudian ke pangkalan Polis Marin Pandamaran, sebelum menjalani pemeriksnaan kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.

    Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis akan meneruskan siasatan dan mendapatkan keterangan sebelum mengemukakan laporan kepada Pejabat Peguam Negara secepat mungkin.

    Dalam kejadian pada 11.40 malam 20 Januari itu, anggota tentera Malaysia yang ditugaskan memberi pelindungan kepada kapal-kapal minyak dan dagang negara ini yang melalui perairan Teluk Aden dekat Somalia, telah menyelamatkan kapal MT Bunga Laurel yang ditawan oleh tujuh lanun dari Somalia itu yang bersenjatakan senapang dan pistol.

    Kesemua 23 tiga anak kapal terselamat manakala tiga daripada lanun itu cedera dalam kejadian tembak menembak.


    KENALI HOSNI MUBARAK......

    on

    Tekanan semakin dirasakan oleh Presiden Mesir Hosni Mubarak berikutan bantahan rakyatnya yang semakin meluas , dan ada d iantaranya yang meminta supaya dia meletakkan jawatan.

    Protes yang berlaku di Mesir menyebabkan kerajaan Mubarak mengambil beberapa langkah terdesak yang tidak pernah berlaku sebelum ini seperti memutuskan talian Internet dan satu perintah berkurung untuk semalaman.

    Mubarak memegang jawatan Presiden sejak selepas peristiwa pembunuhan Presiden Anwar Sadat pada 1981, sehinggalah dia berusia 82 tahun. Tiada sesiapa pun pernah membayangkan bahawa dia akan memerintah sepanjang tempoh ini.

    Golongan autokrat -- yang digambarkan oleh Foreign Policy sebagai "nyanyuk dan paranoid" ini -- sekarang menghadapi satu siri bantahan keras yang belum pernah berlaku sebelum ini dari rakyat Mesir, dipercayai mendapat inspirasi melalui peristiwa penggulingan Presiden Tunisia oleh rakyatnya. Antara perkara yang menjadi bantahan penunjuk perasaan ialah: Mubarak sering memenjarakan ahli politik pembangkang di penjara tentera selama tempoh hampir 30 tahun pemerintahannya, ditambah pula dengan ketiadaan bakal penggantinya yang sesuai.

    Lihat beberapa fakta berkaitan pendekatan kontroversi Mubarak selama pemerintahannya.


    Mubarak memegang puncak kuasa selepas Presiden Mesir Anwar Sadat (kiri) dibunuh pada 1981 , dan sejak itu ia mendapat kritikan di atas tindakannya yang melanjutkan Emergency Law . Di dalam situasi 'darurat', kerajaan boleh menahan mana-mana individu pada bila-bila masa , tanpa sebarang alasan dan sebab dan boleh menahan mereka di dalam penjara tanpa perbicaraan tanpa sebarang had masa. Emergency Law di Mesir sama seperti undang-undang ISA (Internal Security Act) yang digunapakai oleh kerajaan Malaysia.


    Mubarak sering 'menutup rapat' mana-mana pemimpin politik pembangkang. Dia telah menentang sebarang perubahan politik walaupun mendapat tekanan daripada sekutunya Amerika Syarikat, yang telah memberikan berbilion dolar untuk ketenteraan dan pelbagai bantuan lain kepada Mesir sejak ia menjadi negara Arab yang pertama berdamai dengan Israel dan menandatangani satu perjanjian pada 1979.


    Mubarak telah lama menindas Muslim Brotherhood -- satu pergerakan transnasional Islami dan organisasi politik pembangkang terbesar di Mesir. Ramai yang ingin menjadi ahlinya telah ditangkap. Ini menyebabkan ramai ahlinya yang keluar dan bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kebangsaan , dan berjaya mencipta kejutan apabila menang semasa pilihan raya 2005.


    Terdapat spekulasi yang tersebar luas bahawa Gamal Mubarak, anak lelaki Hosni, sedang dilatih dan dibentuk untuk mewarisi jawatan Presiden Mesir daripada Mubarak pada 2011. Seorang wartawan berkata jika perkara itu berlaku ia akan menjadi "pemerintahan monarki 'palsu' yang berterusan turun-temurun."


    Setiap enam tahun, Mubarak akan mengadakan satu pilihan raya 'palsu' untuk mengekalkan kedudukannya sebagai presiden. Pada 2005, tiada pemerhati antarabangsa dibenarkan untuk memantau pilihan raya dijalankan.


    Seorang calon pembangkang Dr. Ayman Nour, seorang calon bagi parti Al-Ghad, bertanding dalam pilihan raya 2005 yang mana dimenangi Mubarak lalu meminta supaya diadakan ulangan proses pengundian.

    Pada 24 Disember tahun itu, Nour telah dijatuhkan kesalah kerana melakukan penipuan dan dijatuhkan hukuman melakukan kerja berat selama lima tahun dan insiden ini dilihat sebagai penganiayaan politik.


    Rejim Mubarak secara terbuka dan tanpa rasa malu mengakui tidak menjadi kesalahan berbohong kepada berpuluh-puluh juta rakyat Mesir: Al-Ahram, akhbar terbesar, tertua dan "paling dihormati" dalam dunia Arab telah dikesan membuat pemalsuan sekeping gambar Presiden Hosni Mubarak. Kebebasan akhbar di Mesir sekarang berada di tahap 133 daripada 168 negara.

    Kapal Solar Terbesar Dan Terlaju Di Dunia!

    on





    PlanetSolar - the Largest Solar Ship in the World






    The largest solar ship in the world PlanetSolar has sailed into the Gulf of Mexico with the mission to show a solution to climate changes to the creators of our future who met in Cancun.

    PlanetSolar is 31 meters long and 15 meters wide, it is the largest solar ship in the planet, whose engines run on electric voltage collected by 500 square meters of solar panels. The 38 000 modern photocells made by Sun Power have 22 percent efficiency and are capable of generating 103.4 kW of solar energy, although about 20 kW is enough for the largest solar ship to reach a speed of eight knots, which is around 15 km/h.

    This technological wonder of the weight of 60 tons was produced in Knierim Yacht Club in Kiel, Germany, and its creators, Swiss Raphaël Domjan and Frenchman Gerard d'Aboville believe it will become the fastest boat to circumnavigate the planet. Gérard d'Aboville was the first man to successfully crossed the Atlantic in a boat rowing with paddles.


    The project costed about 16 million euros and serves as a reminder of the fact that the greatest discoveries of the planet were acheived in the shipbuilding industry. "We seem to have forgotten how clean this transport may be" said team PlanetSolar and concludes: "Ships are the most used means of transporting goods and produce the total emission of CO2 per year of 6 percent (1.4 billion tons of CO2 in 2008), which is double the amount created by airplane transport."


    Sebuah bas kaum India menunggu saya - TGNA

    on





    Kelmarin setibanya saya di rumah selepas berada di Tenang, Johor selama tiga hari, saya dikejutkan dengan satu rombongan bas kaum India dari Hulu Selangor yang siap menunggu ketibaan saya. 
     
    Mereka meminta saya untuk berucap sepatah dua kata dan saya menjemput mereka naik ke masjid jika ingin mendengar ucapan saya. Alhamdulillah, tanpa fobia dan takut, mereka naik ke masjid. 
     
    Tidak tahulah pula saya jika langkah saya itu boleh menjadi isu kepada pihak-pihak tertentu. Namun bagi saya, Islam perlu diperlihatkan dengan wajahnya yang sebenar bukan hanya melalui lidah orang-orang Islam sendiri yang jahil tentang Islam. Hasilnya, biarpun 50 tahun negara merdeka, orang bukan Islam masih belum memahami Islam sehinggalah perkara yang paling asas seperti soal larangan bersalaman antara bukan mahram pun masih dipertikaikan!

    Islam adalah rahmat. Sekular pula warisan jahiliyyah. Ada yang nampaknya memarahi saya apabila saya membangkitkan soal jahiliyyah. Bahkan ada yang menafsirkan jahiliyyah hanyalah orang-orang Arab yang kafir di zaman Nabi Muhammad SAW. Sukalah saya ingatkan terhadap satu buku yang dikarang oleh Dr Muhammad Qutb yang bertajuk Jahiliyyah fil Qarnil Isyrin (Jahiliyyah di Kurun ke-20). Ini bukti saya bukannya orang pertama yang menyatakan jahiliyyah wujud di zaman ini.

    Sukalah saya ulangi, setiap perkara yang bertentangan dengan Islam ialah jahiliyyah. Datangkanlah apa jua jenis nama ideologi sekalipun, jika tidak selari dengan Islam, pastinya ia jahiliyyah walaupun tidak memakai nama jahiliyyah. Ia seperti menggelarkan zina dengan seks bebas, sekalipun nama berbeza dan dilembutkan nadanya, ia tetap zina. Dadah disebut morfin, heroin dan sebagainya, ia tetap dadah. 
     
    Arak pula digelar minuman keras dengan pelbagai jenama, hakikatnya ia tetap arak yang diharamkan. Demikianlah sekularisme, nasionalisme, komunisme, sosialisme dan ism-ism yang diasaskan oleh manusia moden tetap merupakan benih jahiliyyah. Setiap masa dan saat, kita diberikan dua pilihan, Islam atau jahiliyyah. Pilih Islam ertinya selamat, menentang Islam bererti memilih jahiliyyah.

    Ada yang berkata jahiliyyah hanyalah bermakna bodoh. Ini satu tanggapan yang salah. Tidakkah orang-orang Arab di zaman nabi merupakan orang-orang yang cerdik. Mereka pakar di dalam perniagaan, pakar peperangan dan pakar bahasa. Gelaran jahiliyyah bukanlah kerana mereka bodoh tetapi kerana mereka menolak Islam. Justeru Allah SWT berfirman :

    أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ


    Yang bermaksud : “Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin.” Surah Al-Maidah ayat 50.

    Saya ingin bertanya kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang begitu kuat menghentam saya, benarkah perjuangan UMNO berlandaskan Islam? Jika benar, rujuklah kembali kepada al-Quran dan al-Hadis sebagai dasar. Hairan saya, Timbalan Perdana Menteri sendiri boleh menakut-nakutkan kaum Cina di Tenang, Johor dengan negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Dalam masa yang sama, PAS dituduh sebagai kuda tunggangan DAP. Jika TPM sendiri menyebut PAS tidak pernah menggugurkan agenda negara Islam, UMNO pula bagaimana? 
     
    Difahami daripada kenyataan tersebut, UMNO tidak akan membawa Islam sebagai agenda perjuangannya. Hairan, jika disebut jahiliyyah mereka melenting, tetapi mereka sendiri menolak Islam. Situasi ini mengingatkan saya kepada bait-bait syair Iqbal, seorang penyair Paskitan ketika mengumpamakan senario umat Islam pada hari ini : Ke bumi tidak jatuh, ke langit tidak naik, sembah berhala pun tidak, sembah tuhan pun enggan.

    Islam mengajar selepas mati ini akan nada hidup di akhirat. Sayang sekali, hidup akhirat ini tidak pernah meniti di bibir pimpinan UMNO. Sedangkan kepercayaan kepada hari akhirat merupakan tonggak kepada rukun iman dan Nabi Muhammad SAW seringkali mengingatkan dalam banyak hadisnya : 
     
    “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat……” Islam mengajar dunia ini milik Allah SWT, dipinjamkan kepada manusia sebagai khalifah. Sekular mengajar bahawa manusia berhak melakukan apa saja yang dikehendakinya apabila berkuasa. Islam mengajar bahawa setiap perbuatan manusia akan diadili di akhirat, jika baik natijahnya syurga dan jika tidak, natijahnya ialah neraka. Pernahkah syurga dan neraka disebut di daam ajaran sekular yang didokong oleh UMNO?

    Ajaran sekular hanya memikirkan soal bagaimana untuk berkuasa. Etika dan undang-undang boleh diketepikan apabila tidak berpihak untuk mereka. Lihatlah di Tenang, dijanjikan peruntukan RM30 juta tanpa sedikitpun dijeling oleh SPRM. Barangkali bagi mereka, pengundi di Tenang boleh dibeli seperti membeli binatang ternakan. 
     
    Rasulullah SAW hadir dengan membawa makanan roh bukannya makanan fizikal semata-mata seperti yang diamalkan oleh UMNO. Rasulullah SAW hadir bukan dengan menjanjikan projek seperti yang diibawa oleh UMNO kerana manusia memerlukan bukan hanya makanan fizikal tetapi juga makanan roh. UMNO masih beum cukup serik mempermainkan rakyat kerana hanya itu yang termampu dilakukan oleh mereka.

    Seruan saya, baliklah kepada Islam. Islam yang adil, Islam yang membawa rahmat dan Islam yang menjanjikan kemenangan. Saya ulangi kembali pesanan saya kepada jentera pilihanraya PAS di Dun Tenang, kita bukannya memburu kemenangan di dalam pilihanraya di dunia semata-mata, tetapi kita memburu kemenangan di akhirat. Hari ini, PAS tewas di Tenang, namun PAS berpuas hati kerana telah melaksanakan tugas amar makruf nahi munkar. Adapun UMNO, bolehkah perjuangan mereka dibawa ke akhirat? Fikirkanlah.

    Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
    Kg Pulau Melaka.
    Bertarikh : 25 Safar 1432H / 30 Januari 2011M

    Warga emas terkejut kena saman

    on


    "Orang dah kata dah, saman ekor di Malaysia ni tak relevan, banyak kelemahan. Tak
     nak dengar cakap. Akhirya atok berusia 85 tahun telah memalukan PDRM, Menteri 
    Dalam Negeri dan Kerajaan BN Malaysia. Ada ke atok 85 tahun kena saman ekor 
    bawa motosikal berkuasa besar 500cc. Siapa yang malu sekarang, atau memang 
    tak tahu malu?




    KANGAR 30 Jan. - Melihatkan keadaannya yang uzur, pasti ramai tidak percaya seorang lelaki warga emas berusia 85 tahun menerima surat saman kerana memandu melebihi had laju.

    Bagaimanapun, itulah yang terjadi kepada Bakar Ismail (gambar) dari Kampung Sungai Padang, Simpang Empat, yang menerima surat saman atas kesalahan tersebut.

    Lebih mengejutkan, kesalahan itu didakwa dilakukannya ketika menunggang motosikal berkuasa 500cc di Kilometer 6.2 Lebuh Raya Utara Selatan, 30 Julai tahun lalu.

    Bakar yang mempunyai lima cicit hairan bagaimana dia boleh menerima saman di kawasan yang dia sendiri tidak tahu selok-beloknya.

    "Surat saman itu tertera nombor pendaftaran motosikal pak cik iaitu PV 738 kerana memecut lebih daripada had laju dibenarkan iaitu 98 kilometer sejam (kmj) berbanding had laju sepatutnya, 80 kmj.

    "Pak cik mana ada motosikal 500cc, yang pak cik ada hanyalah Honda C70, tersadai dalam bangsal sejak tahun lalu," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini.

    Bakar turut pelik kerana walaupun nombor pendaftaran motosikal tertera sama dengan motosikal Honda C70 miliknya namun kapasiti enjinnya adalah berbeza.

    "Motosikal pak cik itu telah berusia lebih 35 tahun, mana mampu pecut dan kalau diikutkan motosikal itu tidak boleh pergi jauh sekadar pekan Simpang Empat sahaja.

    "Lagipun motosikal itu tiada cukai jalan, sudah lama pak cik tidak perbaharui cukai jalannya," katanya yang telah membeli motosikal terpakai itu pada 4 September 1979 dengan harga RM1,200.

    Katanya, walaupun pernah sampai ke Kuala Lumpur namun dia tidak tahu selok-belok jalan di ibu negara apatah lagi lebuh raya berkenaan.

    Tambahnya, surat saman yang dikeluarkan oleh pihak polis di Kuala Lumpur itu dikirim ke rumahnya pada Disember lalu.

    "Berdasarkan saman itu, ia dikeluarkan anggota polis peronda pukul 1.53 tengah hari dengan kompaun RM300 dan tawaran kompaun RM150," katanya.

    Anak Bakar, Mohd. Nor, 47, berkata, dia telah merujuk perkara itu ke Balai Polis Trafik Kangar dan diminta menulis surat kepada pihak bertanggungjawab di Kuala Lumpur untuk penjelasan. 

    Utusan



    Lagi

    DARI TENANG KE MERLIMAU......

    on

    MELAKA MAJU....

    Sekitar jam 3.00 pagi beberapa rumah di kg Tehel telah dinaiki air. Pakatan Rakyat apa lagi tunjukan muka kamu. Jangan lah masa nak mengundi baru nampak muka.

    BN menang di Tenang seperti diramalkan. Ambil lah Tenang sebab memang kubu kuat BN. Banyak spekulasi mengatakan Tenang bakal dirampas oleh PR tetapi hakikat nya hampas. Cuma untuk menyedapkan hati ahli dan pengikut Pakatan Rakyat. 

    Sebenar nya memang peluang  ada di Tenang tetapi Pakatan sendiri yang tidak tahu mengeksploitasi kan keadaan dan ruang pada masa dan ketika. Semua bibit kemusnahan bermula dari dalam parti PKR sendiri. Belum lama berlalu pemilihan PKR yang banyak berlaku salah guna kuasa oleh pemimpin tertinggi PKR dan ketua umum nya tetapi semua nya di letak bawah kapet. 

    Orang melayu masa kini bukan bodoh totok seperti zaman Anwar Ibrahim di singkirkan  dari jawatan dan parti. Selepas penyinkiran itu orang melayu ramai yang bangkit melalui gerakan reformasi dan penyebaran maklumat pula di ceriakan oleh media internet malah turut di sertai oleh kaum cina dan india. Semangat reformasi cukup menebal pada waktu itu sehingga lah terpenjara nya Anwar Ibrahim.

    Siapa kah mereka mereka yang dari kalangan reformasi pada saat ini berjaya dalam PKR???. Hanya beberapa kerat aje yang dapat menonjolkan diri itu pun setelah penat berpencak silat dalam pentas reformasi dan gelora politik PKN dan PKR.

    Majoriti nya adalah mereka mereka yang berperut boroi, berkot dan bertali leher atau setidak tidak nya berbaju batik dengan perut terkehadapan. Mereka mereka ini lah yang terkesing kesing dalam penubuhan PKN @ PKR. Semua mereka ini menggunakan nafas penglihatan dan pendengaran  BN dan UMNO. Kalau dah itu lah acuan nya begitu lah rupa bentuk kesudahan nya. Jadi dapat dilihat pada hari ini, waktu ini arah tuju PKR sebenar nya. Tidak ada yang baru dalam hala tuju PKR.

    Dalam hal PRK Tenang, Pakatan memang dilihat mempunyai peluang untuk merampas kerusi DUN Tenang. Calon PAS sudah cukup kuat untuk mencabar calon BN. Tetapi jangan lupa masyarakat Felda yang telah yang telah dicop sebagai fix deposit UMNO sebenarnya masih terdapat ruang yang boleh ditembusi oleh Pakatan Rakyat. Tetapi hasil temubual dengan beberapa peneroka yang boleh dianggap tegar dan condong kepada PR, mereka begitu kecewa dengan PKR terutama nya Anwar Ibrahim hasil dari pemilihan PKR baru baru ini.

    Begitu lah kalau merasakan diri  terlalu ego konon nya berkarisma dan beraura maka kesombongan diri tidak dapat dikawal lagi. Maka akan hilang lah segala apa yang telah di capai dan akan hilang lah segala sokongan. Kalau ini jugak tidak menginsafkan diri akan terbungkus lah parti PKR dan akan mengheret Pakatan Rakyat akhir nya.

    Tidak lama lagi  PRK Dun Merlimau pula. Ada sumber menyatakan PKR akan meletakan calon nya. Sedangkan muafakat dalam Pakatan belum lagi dijalankan. Nampak sangat yang PKR terlalu tamak dalam merebut kerusi tersebut. Adakah PKR mempunyai calon yang sesuai???. Kalau setakat  Shamsul tak payah lah buat habiskan beras ajer. Aku sendiri pun tak akan beri undi aku kalau pun layak.... Berubah lah wahai Anwar Ibrahim dan pemimipin pemimpin yang sewaktu dan sekutu dengan nya demi perjuangan Pakatan Rakyat dalam menuju ke Putra Jaya......Renungkan lah. !!!

    Pagi tadi sekitar jam 3.00 pagi beberapa rumah di TEHEL telah dinaiki air. Tidak kelihatan pun muka muka Pakatan Rakyat melawat kawasan tersebut. Patut kah mereka mereka ini diberi undi dalam pilihanraya.


    bukan aku aje yang cakap lagu ni.....Baca Sini

    Followers

    pop up text

    Blog Archive

    Top Ranking Pro PR

    My Blog List