Piket MTUC - Pemimpin PR Jangan Nak Menyebok.

on Nov 1, 2011




Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini memberi jaminan piket yang akan diadakan di seluruh negara Khamis ini akan diadakan secara aman.

Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor juga berkata piket bagi membantah pindaan terhadap Akta Kerja 1955 yang diluluskan Parlimen pada 6 Oktober lepas, tidak akan mengganggu ketenteraman awam serta tidak mengganggu tugas pekerja terbabit kerana ia akan diadakan selepas waktu bekerja iaitu antara pukul 5 hingga 6.30 petang.
 
Beliau berkata sebanyak 18 lokasi piket telah ditetapkan iaitu Seksyen 15 Shah Alam, Jalan Persiaran Kuala Selangor, Teluk Panglima Garang, Jalan Barat Petaling Jaya, Bukit Raja Klang, Rawang/Sungai Choh di Selangor, Pulau Pinang (Hadapan Pearl View Hotel, Prai), Melaka (Jalan Bukit Beruang Air Keroh), Negeri Sembilan (Padang Majlis Perbandaraan Seremban).

Di Perak (Hadapan bangunan MTUC, Ipoh), Pahang (Padang Masjid Negeri, Kuantan), Kelantan (hadapan Kota Baharu Trade Centre), Johor (hadapan MasjidJamek Kampung Pasir, Batu 5 Jalan Skudai), Kuala Lumpur (hadapan bangunan KWSP Jalan Raja Laut), Sabah (hadapan Tang Dynasty hotel dan Centre Point Kota Kinabalu), Kedah (hadapan Sime Tyre International, Mergong) dan Sarawak (hadapan Bangunan Sultan Iskandar, Kuching). - Mkini.
Tahniah kepada MTUC pasai akhirnya pilih cara jalanraya jugak.

Memang dah jadi resam Umno BN, kalau setakat berunding, berbuih air liur pun depa buat-buat tak dengar ja. Kalau setakat janji masa rundingan, jangan nak harap depa nak tunaikan. Tambah-tambah kalau menyusahkan depa, memang tentu punyta depa tak layan.

Jadinya cara atau pilihan terakhir adalah turun ke jalan raya. dan memang terbukti himpunan BERSIH 2.0 dulu memang berjaya dan Umno BN terpaksa benarkan SPR buat perubahan drastik.

Macam tu jugak, aku yakin tuntutan MTUC akan diambil lebih perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan kalau himpunan piket yang MTUC anjurkan Khamis ni berjaya himpun ramai ahli MTUC.

Apa pun, aku harap takdak pimpinan Pakatan Rakyat yang terhegeh-hegeh 'hidung tak mancung tapi pipi tersorong-sorong' menempek sama dalam piket tu. Tak salah kalau Pakatan Rakyat sokong piket tu dan memang sepatutnya pun pakatan rakyat sokong piket tu, tapi tolong guna kaedah lain untuk tunjukkan sokongan dan bukan dengan sama-sama berpiket.

Tak kira la atas kapasiti apa pun, tapi kalau dah taraf pimpinan jangan nak menyebok. Kehadiran hangpa pasti akan digunakan puak-puak 'si anjing Umno' spin berita tu.

Akhir sekali, aku nak seru kepada semua ahli persatuan sekerja yang bergabung di bawah MTUC, sokonglah tuntutan MTUC tu dengan hadir beramai-ramai ke tempat piket yang terdekat.



Photobucket

HASSAN ALI KATA, PAS MEMBELAKANGKAN PERINTAH ALLAH...???

on



Biar betul Datuk Dr. Hassan Ali ni. Takkan la sebuah parti yang mati - matian memperjuangkan Islam tu sanggup membelakangkan perintah Allah?

Ada ke dia kata seruan yang melarang umat Islam bersatu dan hadir dalam Perhimpunan Sejuta Umat itu sebagai perintah manusia. 

AIDCNews -01/11/11 – Persoalan akidah merentasi sempadan politik, kata Datuk Dr Hassan Ali mengulas kehadirannya dalam Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang diadakan di Stadium Shah Alam baru-baru ini.
“Akidah ini merentasi segala-galanya..maknanya kalau kita nak cari satu bahan, satu unsur, satu elemen yang boleh menyatukan umat..saya rasa bukan ‘muka’ manusia itu..bukan tempat dia di mana..bukan education dia di mana..tetapi yang boleh menyatukan…sama ada dia pengamal mutlak agama..atau kurang mengamalkan agama tetapi masih mengucapkan kalimah (syahadah).. la Ilaha Ilallah Muhamad Rusulullah..saya terlalu yakin..atas nama akidah, mereka akan datang..mereka akan bersatu”, katanya ketika diwawancara Editor Sinar Harian Online.
Menurutnya kehadiran peserta HIMPUN hari itu sudah cukup untuk mewakili umat Islam di negara ini dalam memanifestikan hati dan jiwa umat Islam dalam mempetahankan akidah.
“Selamatkan aqidah ini titah perintah Allah swt…jangan hadir dalam perhimpunan itu titah manusia..jadi antara titah Allah dengan perintah manusia, logiknya, bila kita berbicara tentang akidah..saya patuh kepada perintah Allah”, katanya.
Eh!!! Kan yang keluarkan larangan tu ialah kepimpinan PAS Pusat. PAS Pusat bukan ada kuasa macam Wali ke? Bukan ke ahli dia kena ikut apa sahaja perintah mereka?

Hari tu, bukan main lagi diorang tuduh orang UMNO tak ikut perintah Allah. Maka sebab itu dengan mudah diorang mengkafirkan orang - orang UMNO.

Sekarang macam mana pulak? Adakah mereka juga turut layak dipanggil sebagai kafir kerana jelas ingkar dengan perintah Allah?

Bukan sekali diorang membelakangkan perintah Allah ni. Kalau ingat balik, mereka gugurkan perjuangan Negara Islam juga kerana sebab ianya tidak termaktub dalam Al - Qur'an.

Maknanya, selama ini, apa yang diperjuangkan oleh mereka, iaitu mahu mewujudkan Negara Islam jelas bertentangan dengan apa yang terkandung dalam Al - Qur'an.

Dan dalam erti kata lainnya, jelas mereka, sesiapa yang menolak tuntutan dalam Al - Qur'an ni menolak perintah Allah. Sekarang, macam mana?

Sanggup ke diorang telan balik apa yang telah diluahkan oleh mereka sebelum ini? Adakah mereka akan terus menjadi musuh kepada Umat yang sama agama dengan mereka? Takkan la selama - lamanya diorang nak jadi Pak Angguk Saja kepada DAPigs kot!!!



Photobucket

PAPA GOMO

on





Artikel Gua ni merupakan yang terakhir Gua sentuh bab politik sebelum Gua nak berehat panjang dari dunia politik.

Gua memang dah malas nak bercerita pasal politik dalam Malaysia ni. Gua dah naik muak dengan karenah pemimpin atasan BN yang berjawatan dan berpangkat ni dalam kerja gila depa mempertahankan kuasa. Gua meluat dan gua menyampah!!!




Photobucket

Pemimpin UMNO Sponsor Chegu Bard...?

on Oct 31, 2011



Memang sukar untuk kita percayai perkhabaran yang disampaikan kepada pengetahuan Blogger MIK ini.

Tetapi dalam kancah politik segalanya mungkin...! Siapa sangka Anwar Ibrahim yang dibela, dididik, diberi tunjuk ajar oleh Tun Mahathir selama 18 tahun akhirnya dipecat dari semua jawatan kerajaan dan juga jawatan Timbalan Presiden UMNO..?

Razaleigh Hamzah @ Ku Li yang pernah menentang Tun Mahathir pada pemilihan Presiden UMNO tahun 1987 akhirnya membubarkan Parti Semangat 46 dan kembali mendakap UMNO dan duduk diam sehingga ke hari ini.

Ezam Mohd Nor yang pernah menggadai nyawa jiwa dan raga kerana kasih sayangnya terhadap Anwar kini menjadi orang yang paling kuat menentang bekas boss dan idolanya itu...!

Iya, asasnya ialah dalam ‘istilah’ dunia politik, “ Friend can never remain as friend, and your enemy can later become friends..”

Malam kelmarin dihadapan rezeki sepinggan juadah makanan, seorang sahabat dengan lafaz “demi allah” beliau memaklumkan pernah diberitahu bahawa segala karenah adu dumba politik Chegu Bard menyerang tanpa henti Rosmah Mansor kerana mendapat “pembiayaan” dari pemimpin UMNO sendiri yang mahu melihat YAB Datuk Sri Najib sengsara dalam politik tanahair..

“Dulu Chegu Bard all out lanyak Najib dengan kisah Altantuya, siap buat buku lagi bro! Mana datang duit dia boleh buat buku, siapa sponsor..? “ soal sahabat itu kepada Blogger MIK.

Setuju..! Sudah pasti untuk menerbitkan jumlah bilangan buku memakan modal yang agak besar, tetapi tidak mustahil semuanya ditanggung oleh Anwar Ibrahim.

Tetapi setelah usaha mahu merobek robekkan nama baik Najib dilihat gagal kerana populariti PM lebih baik dari Anwar setelah pendedahan video seks China Doll, maka dilihat tumpuan serangan beralih kepada Rosmah Mansor.

Secepat kilat selepas terbongkar fitnah mengenai cincin RM24 juta Rosmah, muncul perkhabaran bahawa Chegu Bard melancarkan ‘risalah’ puluhan ribu naskah mengenai Rosmah...! Hebat tindakan Chegu Bard yang sentiasa mempunyai “kemampuan” untuk berbelanja sakan asalkan matlamatnya mahu merosakkan nama Rosmah dan Najib berjaya dilaksanakan.

Sekali lagi timbul persoalan dari manakah datangnya dana yang dibelanjakan oleh budak suruhan parti hakmilik Anwar, Azmin & Azizah ini..? Tidak mustahil juga datangnya dari poket Anwar...

Tetapi sahabat itu tetap menyatakan ada pemimpin UMNO dibelakang segala gerak langkah jahat Chegu Bard.. Beliau sendiri pada awalnya sukar untuk mempercayai apa yang didengarnya dihadapan salah seorang pegawai seorang Menteri kanan UMNO, sukar tetapi tidak mustahil untuk dipercayai berita ini..!!



sumber
Photobucket

Apakah Mahathir Hilang Kewarasan...?

on



Ia Euripides di dalam hikayat Medea yang mengatakan “Kepada sesiapa yang dilaknati Tuhan, akan hilang kewarasan”. Pastilah kalimah ini bersesuaian dengan manusia bernama Muammar Gaddafi yang disaat-saat akhir hidupnya dimunculkan di kaca TV iaitu Al-Jazeera dan CNN. 

Tidak ada kalimah yang sesuai selain yang diungkapkan tapi untuk manusia bernama Mahathir Mohamad – yang telah hilang kewarasan sudah agak lama juga.

Kita tidak perlulah membicarakan bagaimana Mahathir hilang kewarasannya, bukan kerana faktor genetic, atau kesakitan mahupun pengambilan ubat yang berlebihan. Mahathir hilang warasnya kerana Kuasa. Mungkin boleh diiktiraf gila kerana rakus dengan kuasa mutlak.



Pembohongan secara pukal



Di tengah dekad 80-an, Malaysia masih mengekalkan beberapa institusi-institusi yang berfungsi secara bebas. Bagaimanapun, kehakiman di dalam susuk Salleh Abbas, menolak untuk tunduk kepada Mahathir, yang berakhir dengan karier Salleh Abbas dimusnahkan. 

Selepas itu, sistem kehakiman telah menjadi ayam ternakan Mahathir berbanding sewaktu British masih berkuasa di mana kebebasan institusi awam dapt dibanggakan. Mahathir turut bersilat lidah dengan Perlembagaan ber-Raja Malaysia. 

Dengan segala keinginan dan tujuan, Mahathir menjadi seorang diktator. Beliau dikerumuni pengampu dan pemungut hutang. Ia terjadi mengikut apa yang diimpikan oleh Mahathir sendiri yang gila kuasa melihat sesiapa yang mempersoalnya sebagai ancaman.

Mahathir yang tidak memikirkan yang Malaysia ialah sebuah negara kecil yang terbatas di dalam banyak hal ehwal dunia, telah menebalkan muka sendiri memberi taklimat terutamanya kepada Barat, bagaimana dunia atau negara mereka perlu diuruskan. Ini bercanggah dengan cara dia mengatur-urus negara sendiri.

Ada dua cara bagaimana sesebuah negara itu boleh memainkan peranan yang besar dalam hal ehwal negara di dunia. Mereka perlu ada kekuatan kewangan atau kekuatan tentera. Malaysia tiada kedua-duanya, namun Mahathir telah selama beberapa tahun, termasuk selepas dia bersara, terus ‘menasihatkan’ Barat. Sejak insiden 9/11 hingga ke hari ini, dia tetap berpendapat kemusnahan Twin Towers itu adalah satu konspirasi Amerika atau Yahudi. 

Apa yang menyayat hati ialah pakar konspirasi tidak bertauliah ini merupakan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.

Lahirnya Proton


Tiga tahun selepas menjadi Perdana Menteri pada 1983, Mahathir mula bercita-cita melahirkan industri automotif nasional. Ini secara tidak teterlaluan boleh dikatakan satu idea yang kurang bijak. Industri automotif memerlukan permintaan pasaran tempatan yang tinggi. 

Anda mungkin hanya mampu sekadar untung jika bertanding di persekitaran yang berdaya-saing, iaitu sekiranya anda bleh menjual sejuta kereta dalam setahun di pasaran tempatan. Sedekad selepas penubuhannya, hanya mampu menjual sebanyak 200 buah setahun, kurang dari apa yang disasarkan. 

Tidak ada dana mencukupi untuk bidang Kajian dan Penyelidikan yang bertahap tinggi. Proton tidak mungkin boleh mencapai impian yang Mahathir impikan sebagai pengeluar automotif terkemuka dunia. Proton hanya mampu hidp dengan bantuan dan perlindungan dari tarif kerajaan. Kereta yang dibuat menggunakan acuan teknologi Mitsubishi yang sudah keterbelakang; kerana Mitsubishi tidak mahu berkongsi teknologi baru dengan Proton.

Warga biasa dipaksa membeli kereta nasional yang berkualiti rendah tetapi harganya mahal. Keselamatan pengguna tidak diambilkira oleh Proton dan kerajaan sekadar melihat sebelah mata sahaja. Kereta Proton tidak dilengkapi bag udara dan sistem kunci anti-kecurian. Kebanyakan kemalangan jiwa yang berlaku boleh dielakkan sekiranya faktor-faktor keselamatan diperketatkan. Model yang dieksport dilengkapi segala faktor-faktor keselamatan. Hanya nyawa rakyat sendiri yang dianggap Mahathir sebagai tidak penting. Kerajaan cuba mengelak dari menanggung beban Proton dengan menjualnya kepada syarikat DRB tetapi Proton akan kembali menghantui kerajaan walau macamana cara sekalipun. Kerana Mahathir, tidak ada satupun syarikat automotif yang berminat untuk membeli Proton, lebih parah lagi, rakyat yang terpaksa menanggungnya.

Krisis Kewangan Asia menjadi punca



Bukannya Mahathir tidak memikirkan nasib malangnya. Seperti seorang ahli sains ‘gila’, Mahathir bergegas ke bahan ujikaji seterusnya. Dalam satu kajian, ianya adalah untuk membina sebuah bangunan yang tertinggi di dunia. Dana bukan persoalannya; dia akan menyedut keluar wang Petronas walau bagaimana cara sekalipun.  Tidak ada seorang pun dari penasihatnya yang  bertanya satu soalan yang amat penting, iaitu; apa keperluan sebenarnya? Sebaliknya mereka menasihatkan Mahathir secara serentak yang ianya adalah satu idea yang mengagumkan.

Ada banyak cara bagaimana wang boleh digunakan untuk pembangunan dan infrastruktur yang lebih penting dan menguntungkan Malaysia pada masa akan datang. Sebaliknya, Mahathir memilih untuk bermegah dengan monumun ciptaannya. Mahathir ini seperti seorang yang pendek bercakap besar cuba berjalan di atas tali yang tergantung untuk membuktikan dirinya mampu. Kelakuannya yang tidak masuk akal Mahathir mengundang bencana seperti yang terjadi ketika ekonomi Asia merudum pada 1997/98.

Sebenarnya, kejayaan Malaysia tercatat pada era 90-an dimana negara mempunyai tahap pengurusan ekonomi yang bagus. Kesemua negara di Asian seperti Thailand dan Indonesia turut sama meningkat. Adalah satu kemustahilan bagi pemimpin dunia Asia, termasuk beberapa orang tirani seperti Suharto dan Mahathir menyediakan negara sendiri dengan  pakar ekonomi yang mantap.

Penjelasan sebenar adalah dana assign mula memasuki pasaran rantau Asia dan banyak yang masuk itu adalah wang apungan, yakni boleh lesap dengan sekelip mata. Apa yang jelas ialah semakin banyak dana dilaburkan ke dalam benua Asia seperti satu petunjuk -  ‘satu buat semua ikut’ – tanpa mengetahui yang pasaran kewangan dunia berasaskan spekulasi matawang. Spekulasi matawang mendapat kelebihan dari kelemahan ekonomi sistem yang tidak mempunyai teras kewangan yang kukuh bermula dengan Thailand sewaktu Krisis Kewangan Asia tahun 1997.

Menyalahkan orang lain


Untuk Mahathir, ia bermakna satu krisis politik. Cara dia menangani krisis kewangan itu ialah menuduh semua orang selain dirinya sendiri. George Soros, pedagang matawang kemudiannya dilihat sebagai lintah gergasi menghisap keluar dana negara-negara di Asia. 

Tetap sahaja perdagangan matawang sebahagian daripada sistem kewangan global yang sangat rumit. Sekiranya imbangan tidak rata di dalam sesebuah sistem, pedagang matawang sebagai kerjanya, memperbetulkan ketidakseimbangan itu. Mahathir pula tidak mahu mengaku yang dirinya telah boros dalam pelbagai projek meganya.

 Namun, Mahathir tetap menyalahkan Soros atas kemurungan ekonomi itu.
Krisis politik tahun 1998 menyaksikan Mahathir diuji kekuatan, sebagaimana kemudiannya ia dilihat sebagai cuba mempertahankan kuasanya. Timbalannya, Anwar Ibrahim disumbat ke dalam penjara berdasarkan satu bukti yang direka-reka, dipercayai dikarang oleh rakan karibnya iaiatu Daim Zainuddin. Sidang mahkamah penuh kepincangan; salah seorang saksi, pegawai polis, menyatakan beliau akan berbohong di dalam mahkamah sekiranya diarah berbuat demikian walaupun bukti dimasukkan.

Putrajaya



Tahun 1999, Mahathir memindahkan pentadbirannya ke ibusawat pentadbiran baru ke Putrajaya, bandar berbangunan alam fantasi, pembaziran Mahathir seterusnya. Seperti biasa, Mahathir memaksa Petronas untuk menanggung kos pembinaannya. Untuk Mahathir, minyak bukanlah sumber asli yang kekal untuk diuruskan secara jimat-cermat, tapi sebagai cara dia merealisasikan wawasan agungnya, berboros; yang sentiasa tidak menguntungkan negara.

Kos pembinaan Putrajaya menelan belanja sebanyak RM12 bilion. Dana disedut untuk rekabentuk bangunan yang kemudiannya dilengkapi pelbagai perabot mahal. Wang dibazirkan untuk tiang lampu jalan beraneka rupa yang tidak berfungsi. Mahukan sebuah jambatan namun tiada sungai ataupun tasik di Putrajaya, lalu Mahathir mengorek tanah menjadikannya sebuah tasik! Kemudiannya dia membina jambatan impiannya itu. Semua ini adalah wang rakyat!

Dan apa yang kita dapat dari kesemua ini? Para pegawai kerajaan duduk di dalam bangunan beraneka rupa tanpa satupun yang berfungsi. Bangunan indah tidak menjana sebarang kegiatan ekonomi. Kilang-kilang yang menjana ekonomi, perniagaan milik individu – penswastaan yang menjana ekonomi, infrastuktur pula menampung kedua-dua ini guna mengurangkan kos barangan dan perkhidmatan serta waktu dipasarkan. Bangunan di Putrajaya dan duduk bergoyang kaki sahaja adalah satu pembaziran.

Kayu baton di tangan Badawi

Tahun 2004, Mahathir menyerahkan kuasa kepada Abdullah Badawi. Ketika itu dia percaya yang dia boleh memperkudakan Badawi dari belakang. Namun, Badwi memilih jalannya sendiri. Dia membatalkan projek-projek yang telah diluluskan Mahathir. Dia membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok impian Mahathir bagi menghubungkan Malaysia dan Singapura. Mahathir kemuadian menyerang pentadbiran Badawi dengan terkeluarnya Badawi dari kerusi pemerintahan selepas pilihanraya umum 2008; walaupun hakikatnya Badawi ditendang keluar kerana asakan bertalu-talu Mahathir dari dalam UMNO.

Sejak dua tahun kebelakangan ini, Mahathir telah cuba menulis kembali sejarah negara, sebagai contoh, menyatakan dia tidak mengeluarkan perintah menangkap lebih dari seratus orang di dalam Operasi Lalang 1987. Tiada yang terpedaya dan ada segelintir yang hadir sempat mengetawakan kenyataannya.

Kerana tidak berpuashati, Mahathir kemudiannya mengarang sebuah buku berjudul ‘Doctor in the House’. 

Buku ditulis penuh hipokrasi dan pembohongan disiang hari. Kehendaknya ialah memperlihatkan dirinya sebagai seorang doktor yang berjaya merawat kesakitan negara Malaysia. Sebaliknya, Mahathir ialah barah kepada Malaysia dan kesan kesakitan itu akan hidup lama di bumi ini walaupun dia sudah lama pergi.

Malaysia Chronicle 


Photobucket

Sembunyikan lah....Hari Anda Semakin Hampir.......!

on



Laporan Ketua Audit Negara 2010 sepatutnya lebih bersifat komprehensif dengan menjelaskan secara terperinci bagaimana sesuatu perkara itu diklasifikasikan sebagai perbelanjaan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia penting bagi mengelakkan tanggapan negatif rakyat bahawa berlaku penyelewengan dan salah laku oleh pegawai atau kakitangan kementerian serta agensi dalam perbelanjaan yang dilaporkan.

"Sebagai contoh, Kementerian Pelajaran dikatakan berbelanja melebihi peruntukan sebenar bagi perbelanjaan pengurusan 2010.

"Hakikatnya, kementerian telah mendapat peruntukan tambahan kerana peruntukan yang diterima untuk perbelanjaan tersebut termasuk elaun perjalanan guru tidak mencukupi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2010 bahawa sembilan kementerian atau jabatan berbelanja RM3.73 bilion melebihi peruntukan keseluruhan yang diluluskan.

Sembilan kementerian itu adalah Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Mohd. Puad turut hairan bagaimana laporan berkenaan projek bekalan air bersih di luar bandar menerusi program Perigi Tiub (Tube Well) hanya menyentuh dua syarikat iaitu Rossington Consolidated Sdn. Bhd. (RCSB) dan Duta Sierra Development Sdn. Bhd.

Katanya, sebuah lagi syarikat iaitu Azair Sdn. Bhd. juga mempunyai kelemahan dan patut ditegur dalam melaksanakan program tersebut di Sabah dan Sarawak.

Berhubung laporan bahawa hanya dua daripada 300 makmal komputer sekolah rendah yang dirancang dibina dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Sabah berjaya disiapkan, beliau berpendapat Ketua Audit Negara sepatutnya membuat pendedahan yang lebih telus.

Katanya, ini termasuk mendedahkan bahawa masalah yang berbangkit adalah berpunca daripada pihak kontraktor yang tidak bertanggungjawab dan ingin mengaut keuntungan semata-mata.

"Bagaimanapun, setiap laporan Ketua Audit Negara perlu diambil secara positif walaupun terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki," ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mendesak pihak berkuasa terutama SPRM mengambil tindakan segera menyiasat kes penyelewengan dalam perbelanjaan di jabatan kerajaan seperti yang didedahkan dalam laporan audit itu.

Tsu Koon berkata, langkah itu akan membuktikan komitmen kerajaan untuk menjadi lebih telus.

"Siasatan perlu dilakukan segera terutama bagi kes berkaitan pembelian barang yang dibayar dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran. Perkara ini sudah menjadi buah mulut orang ramai," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Deepavali Parti Gerakan di sini hari ini.

Tsu Koon memberi contoh, pendedahan laporan audit mengenai harga tiga barang yang dibeli oleh Jabatan Taman Laut Malaysia berjumlah RM56,350 amat mengejutkan ramai pihak sedangkan harga pasarannya tidak semahal itu.


Photobucket

Pairin: PATI di Sabah ibarat ‘pekung perlu dibedah’

on



Masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah umpama satu 'pekung' dalam badan 1Malaysia yang perlu dibedah, diubati dan dibuang, kata Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata ini kerana masalah itu masih lagi kekal dalam pemikiran rakyat Sabah walaupun sudah banyak langkah dan tindakan yang dirancang dan dibuat oleh pihak kerajaan termasuk Program 6P di Semenanjung dan 5P di negeri ini.

NONE"Kita mengharapkan program-program ini akan terus dilaksanakan dan berjaya. Ini kerana kita sedia maklum dengan keadaan yang kita terima daripada pentadbir-pentadbir yang lalu.

"Laporan dan tafsiran bahawa jika masalah kehadiran PATI tidak diselesaikan dengan betul, ia mungkin terus menjejaskan keselamatan dan ketenteraman kedaulatan negara dan mengancam keselamatan rakyat Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Tahunan PBS yang Ke-26 di Dewan KDCA, di Penampang, semalam.

Persidangan itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Salleh Said Keruak dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata PBS menyokong semua usaha kerajaan selama ini untuk menangani masalah PATI termasuklah penggunaan sistem biometrik.

"Tetapi dengan laporan adanya 'Projek IC' daripada pelbagai sumber, rakyat tempatan masih menunggu maklum balas daripada kerajaan atas permohonan daripada beberapa parti komponen BN, termasuk PBS supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk membuat penyelesaian muktamad ke atas masalah ini," katanya.

Sehubungan itu, PBS meminta supaya penubuhan suruhanjaya itu dapat dilaksanakan pada tahun 2012.

Pairin juga berharap isu-isu lain termasuk peluang pekerjaan, royalti minyak, perkongsian kuasa dan peluang kontraktor dari Sabah diberi perhatian.

Beliau berkata isu-isu itu perlu didengar dan diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan rakyat terus memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada.

Pairin berkata PBS turut menyokong penuh saranan Timbalan Perdana Menteri yang menyeru semua bekerja keras dan sebagai satu pasukan, untuk memastikan kemenangan BN dengan lebih cemerlang pada pilihan raya akan datang.

sumber
Photobucket

PPSMI: Hadapi risiko PRU jika terus nafi kami, PAGE beri Najib amaran

on Oct 30, 2011



Barisan Nasional (BN) akan berhadapan dengan risiko kehilangan undi dalam pilihan raya umum ke-13 jika terus menghalang pelajar daripada mempelajari matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, demikian menurut pertubuhan bukan kerajaan PAGE hari ini.

PAGE menegaskan pihaknya mahu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang berusia 10 tahun di sekolah-sekolah kebangsaan dijadikan opsyen di sekolah rendah dan menengah.

“Jika ia (keputusan mengenai PPSMI) adalah bersifat politik, beri kami opsyen PPSMI di sekolah-sekolah rendah dan menengah kebangsaan dan kami akan berikan anda majoriti dua pertiga, yang anda terus menyukarkan kami untuk lakukan.

“Jangan biarkan kami beri undi kepada pembangkang,” kata Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim (gambar) dalam satu kenyataan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Noor Azimah berkata PAGE akan menghantar surat rayuan kepada Najib esok.

“Kami tidak mahu pentadbiran Najib diperingati atas keputusan memansuhkan PPSMI, kerana tidak mendapatkan semula undi majoriti dua pertiga (di Parlimen) dan menjadikan kanak-kanak kita satu lagi generasi yang ketinggalan,” kata beliau dengan tegas.

Noor Azimah menekankan bahawa keputusan kerajaan memperkenalkan PPSMI sebelum ini bukannya menyebabkan kecacatan, sebaliknya ia akan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk bersaing dengan negara-negara lain sekiranya dasar itu dipertahankan.

Beliau juga mengkritik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang semalam berkata sistem pendidikan negara ini akan kucar-kacir jika kerajaan membenarkan pemilihan bahasa pengantar sama ada Bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Muhyiddin berkata keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan PPSMI harus dihormati dan diterima baik semua pihak.

Katanya, ini kerana sistem pendidikan negara akan menjadi kucar-kacir sekiranya kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa pengantar untuk anak-anak mereka mempelajari sains dan matematik di sekolah.

“Sukar bagi Kementerian Pelajaran untuk merancang cara bagaimana sebuah sekolah mahukan Bahasa Inggeris, manakala yang sebuah lagi mahukan Bahasa Melayu dan bagaimana pula untuk menyediakan guru-gurunya.
“Pada hari ini kita tahu sesetengah guru Bahasa Inggeris kita pun tidak berapa cekap ... jadi kalau sesetengah sekolah nak Bahasa Inggeris (tetapi) sekolah itu tidak mempunyai guru Bahasa Inggeris yang baik (maka) ia tidak akan tercapai,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris tidak akan diketepikan setelah PPSMI dimansuhkan.
Sambil menyifatkannya sebagai tidak boleh diterima, Noor Azimah berkata, guru-guru seharusnya boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris memandangkan dasar PPSMI sudah pun dilaksnaakan selama sembilan tahun.

“Jika bilangan jumlah yang memilih Bahasa Inggeris adalah kecil, maka mudah untuk menyediakan guru-guru. Alasan-alasan yang diberikan seharusnya diselesaikan, bukannya diletakkan di bawah permaidani selepas kerajaan telah membelanjakan RM3 bilion.

“Kami mahukan satu penjelasan,” katanya lagi.

Noor Azimah menambah sistem pendidikan semasa hanya memecahkan kanak-kanak mengikut sekolah berasaskan kaum dan kewujudan sekolah-sekolah antarabangsa menyebabkan keadaan semakin buruk disebabkan pemilikan kekayaan.

Tegas beliau, PPSMI bukan hanya berkenaan mempelajari Bahasa Inggeris menerusi sains dan matematik, tetapi menyediakan konteks dalam penggunaan bahasa dalam amalan seharian.



sumber :- [TMI
Photobucket

Aziz Bari Kena Ugut...?

on


 Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari (gambar) hadir di ibu pejabat Polis Daerah Gombak dekat sini bagi memberi keterangan susulan berhubung sebutir peluru dan nota ugutan yang diterimanya pagi semalam.

Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi semalam peluru dengan nota ugutan yang tertulis “jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti” itu, dihantar melalui pos ketika beliau mahu pulang ke rumah mertuanya di Taiping, Perak.


Aziz kini disiasat pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya menyentuh titah Sultan Selangor berkenaan kes Gereja Methodist Damansara Utama, awal bulan ini.


“Saya telah membuat laporan semalam di Balai Polis Taiping dan hari ini saya datang untuk memberi keterangan lanjut . . . pihak polis telah mengambil peluru tersebut untuk siasatan,” katanya.
Dipetik Bernama Online, Aziz berkata ugutan yang diterima tidak akan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tugas seperti biasa dan beliau yakin mungkin ada segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan komen beliau terhadap titah Sultan Selangor baru-baru ini.

Tindakan Aziz mempertikai titah Sultan Selangor dibantah beberapa pihak, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan keengganan pensyarah itu meminta maaf sebagai “kurang ajar”.
Polis mengesahkan peluru yang diterima Aziz adalah jenis caliber 9mm dan motif pihak tertentu menghantarnya masih dalam siasatan.


Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan daripada Aziz pada pukul 7 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah.



Photobucket

Siapa Kena Gelar 'Anak Paria'...?

on



"DI BAWAH pentadbiran Muhyiddin Yassin, Umno Wilayah (Persekutuan) sudah jadi macam parti mak bapak dia..Dia buat apa dia suka..Kerana dia penyamun besar yang berselindung atas nama nasionalisme Melayu dan Islam..Maka dilantiknya jawatan kanan Umno bahagian bdr tun razak semuanya banduan politik wang."


"Muhyiddin Yassin itu anak paria," tulis Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin yang juga bloger Sang Kelembai dalam laman Facebook (FB) beliau.

Beliau menulis lagi,"16 September 2011 bermula konspirasi hendak menjatuhkan PM Najib oleh Muhyiddin Yassin, dgn perlantikan setiausaha dan bendahari bekas banduan politik wang dan seorang yd diadukan melanggar perlembagaan Umno, maka dengan sendiri Parlimen Bandar Tun Razak yg dinamakan sempena bapa PM Najib dgn mudah akan dimenang oleh pembangkang. Maka Muhyiddin Yasin akan minta PM Najib letak jawatan saperti yg pernah dia lakukan kpd Abdullah Hj Ahmad."

Apa yang ditulis Zaharin menunjukkan politiking dalam Umno memang hebat. Sentiasa panas dan bergolak. Selalunya kemelut dalaman Umno tidak diketahui rakyat kerana ia dapat disembunyikan oleh media tali barut Umno. Bila dibongkarkan satu-persatu mereka kata, ianya hanya ibarat 'ribut dalam secawan kopi.'

Ribut dalam Umno kali ini memang hebat dan tidak dapat dibendung. Ia diluahkan dan didedahkan secara terbuka oleh bloger-bloger dan facebookers Umno. Laman sosial FB menjadi tempat mereka melepaskan geram terhadap seteru politik dalam Umno.

Zaharin begitu berani mengambil risiko menghentam dan mengecam Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin digelar sebagai anak paria, penyamun besar dan perosak Umno. Lebih hodoh lagi, Zaharin yang juga Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak mendakwa beliau ada maklumat bahawa Muhyiddin terbabit hendak menjatuhkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam tulisannya di laman FB, Zaharin berkata, beliau akan mendedahkan hal tersebut tidak lama lagi.

Zaharin melepaskan geramnya kepada Muhyiddin dipercayai kerana terdapat usaha TPM selaku Pengerusi Umno untuk meletakkan 'orangnya' menggantikan beliau sebagai Setiausaha Umno Bahagian.

Malah dalam laman FBnya, Zaharin terus menyerang Muhyiddin kerana melantik orang-orang bermasalah dan yang jelas terbabit dalam politik wang seperti Dato' Mokhtar Samad dan Amil Salleh di bahagian tersebut.

Menulis mengenai Zaharin bukan bermakna menyokong beliau. Sebab Zaharin memang jenis out-spoken. Dalam posting beliau selalu menyerang PAS dan Pakatan Rakyat. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim sering menjadi 'ulam' beliau.

Saya ketepikan soal serangan Zaharin terhadap Pakatan Rakyat buat seketika. Yang penting sekarang bukan soal Zaharin sebagai penulis dalam blog atau FB. Beliau ada jawatan. Selaku Setiausaha Umno Bahagian dan Setiausaha BN Bahagian, kuasanya agar besar dan berpengaruh. Beliau juga terbabit sebagai AJK Umno Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana itu serangan dan kecaman beliau terhadap TPM memang ada weight yang tersendiri. Sebab apa seorang yang berjawatan sanggup menyerang Timbalan Presiden Umno yang juga Pengerusi Umno negeri? Kata-kata yang dihamburkan pula bukannya kritikan biasa.

Gelaran 'anak paria' terhadap Muhyiddin yang berbangsa Melayu dan beragama Islam adalah sedahsyat-dahsyat gelaran. Jika ada kalangan orang India pun tidak setuju jika ungkapan paria digunakan kepada mereka walaupun ia ada dalam kamus mereka, inikan pula orang Melayu-Islam menerima geralan sedemikian.

'Anak paria' yang dikatakan Zaharin bukan sekadar paria, dia adalah penyamun besar, pembela golongan rasuah dan bermasalah dalam Umno. Lebih dahsyat lagi 'anak paria' itu dituduh merancang hendak menjatuhkan PM kesayangan Zaharin.

Sudah tentu serangan Zaharin terhadap Muhyiddin tidak dapat diterima juak-juak Muhyiddin. Melalui blog Cucu Tok Selampit mereka menyerang Zaharin dan menggesa Umno memecatnya.

Zaharin kata blog tersebut sebagai politikus yang tidak bermaruah. Zaharin dituduh menyerang bekas PM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kemudian mencium tangan Abdullah selepas mendapat habuan yang dikehendaki. Gambar Zaharin memeluk dan mencium tangan Abdullah juga disiarkan mereka.

Bloger Umno yang marah dengan Zaharin mendakwa beliau menjalankan politik 'peras ugut'. Zaharin didakwa memeras ugut ahli politik (termasuk TPM), kemudian mereka diminta 'menghulurkan habuan' jika serangan terhadap mereka hendak dihentikan.

Bloger Umno yang tidak puashati dengan kecaman Zaharin terhadap Muhyiddin, terus menyerang beliau dan mendakwa Zaharin mempunyai kelaku yang amat buruk. Kata mereka Zaharin tidak layak menjadi ahli Umno kerana banyak komen-komennya merosakkan Umno.

Membaca komen-komen yang diposting mereka naik tergelak dibuatnya. Macamlah mereka yang duduk dalam Umno suci macam Malaikat Jibril.

Saya tidak perlu cenderung untuk membela sesiapa dalam Umno dalam perbalahan ini. Mereka hendak tuduh, hendak kata apa pun kepada seteru mereka, itu urusan mereka. Hanya mereka sahaja yang tahu dan faham perangai orang-orang Umno.

Yang jelas, tujuan saya mengutarakan isu ini, lebih kepada untuk menyedarkan rakyat dan mendedahkan kepada rakyat, bahawa Umno itu memang hodoh dan teruk. Perbalahan dalaman mereka memang teruk dna tidak mampu dibaiki lagi.

Persoalan yang harus dijawab oleh Umno hari ini bukan soal siapa Zaharin, atau apa buruk baik kelakunya. Yang tidak boleh dinafikan orang Umno ialah, didakwa wujudnya satu usaha yang didalangi Timbalan Presiden Umno untuk menjatuhkan Presiden Umno. Itu isu yang sebenarnya.

Yang menuduh atau membangkitkan isu ini bukan orang PAS. Bukan juga orang Pakatan Rakyat. Yang menuduh Muhyiddin hendak menjatuhkan Najib adalah dari kalangan Umno sendiri. Apa yang dibuat Muhyiddin, siapa penyokongnya dan bagaimana cara beliau hendak jatuhkan Najib, kita tunggu pendedahan dari orang Umno seterusnya.

Cuma yang hendak kita katakan kepada orang-orang Umno-BN, kami dari Pakatan Rakyat, sama ada yang meneraju negara itu Najib atau Muhyiddin, tidak penting bagi kami. Asalkan sahaja nama mereka Umno-BN, kami bertekad akan tumbangkan mereka pada PRU yang akan datang. Insya Allah.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List