Siapa Berani Umum Nama Calon Lebih Awal?...?

on Dec 7, 2011




PADA Perhimpunan Agung Umno yang baru sahaja selesai Sabtu lalu, ramai yang bertanya atau memperkatakan tentang persoalan apakah wajar calon-calon pilihan raya umum dikenalpasti dan diumumkan lebih awal daripada biasa.

Misalnya, seorang pensyarah Sains Politik Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugan Pandian berkata, langkah itu jika diterima pakai akan membolehkan rakyat mengenali lebih awal dan menilai calon yang dipertaruhkan oleh parti-parti politik bagi mewakili kawasan mereka.

"...bagi Barisan Nasional misalnya, ini akan membolehkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat maklum balas mengenai tahap kebolehan 'winnable candidate' (calon boleh menang) itu pada pilihan raya nanti," katanya.

Menurut Sivamurugan, calon boleh menang bukan sekadar harus diterima oleh parti masing-masing, tetapi yang lebih utama diterima oleh rakyat.

Pada pandangan beliau, pengumuman awal akan dapat mengatasi budaya "mencantas" dalam politik kerana langkah itu membuka ruang untuk rundingan. Saranan ini disahut oleh Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang berpandangan pucuk pimpinan boleh memilih sekurang-kurangnya dua calon boleh menang bagi setiap kawasan untuk diketengahkan.

Selepas itu katanya, jentera parti boleh melakukan penilaian awal siapa paling digemari rakyat dan mempunyai peluang untuk memenangi kerusi yang ditandingi.

"Apabila nama mereka (bakal calon) diumumkan awal, rakyat boleh menilai mereka dan akhirnya seorang yang terpilih sebagai calon itu sememangnya telah mempunyai rating yang tinggi untuk menang," kata beliau lagi. Selain itu, kata Mukhriz, pucuk pimpinan juga boleh mendapat maklum balas lebih awal jika terdapat unsur-unsur sabotaj, sekali gus mempunyai masa untuk membaiki keadaan.

Beliau juga setuju dengan pandangan bahawa mengumumkan nama calon dengan lebih awal memberi lebih banyak masa kepada calon berkenaan bekerja untuk membuktikan kebolehannya.

BAIK & BURUK


Jadi mari kita lihat baik buruknya mengumumkan nama calon lebih awal;

Positif:

1). Baik untuk rakyat untuk mengenali dengan lebih awal dan dekat siapa yang bakal mereka pilih;

2). Tidak akan berlaku unsur sabotaj dalaman kerana tidak wujud ruang masa yang terhad yang diperlukan untuk mensabotaj parti.

3). Satu pendekatan baru yang tidak pernah dilakukan dalam sistem pilihan raya negara ini dan parti yang sanggup melakukannya mungkin akan disokong oleh pengundi kerana dilihat bersedia mengambil pendekatan terbuka dan baru.

4). Parti dapat maklum balas awal tentang calon mereka dan ini memudahkan persiapan jentera dan strategi kempen.

5). Calon punya masa yang diperlukan untuk membuat persediaan dan bekerja ke arah kemenangan parti masing-masing.

Negatif:

1). Menamakan calon jauh lebih awal memberi indikasi bahawa pilihan raya sudah dekat dan dengan itu pihak yang memerintah akan kehilangan unsur-unsur kejutan yang diperlukan untuk menang.

2). Namun begitu pada masa yang sama, timbul juga persoalan, selama manakah calon-calon ini perlu ‘bekerja’ dan ‘berkempen’ kerana tiada kepastian lagi bilakah pilihan raya umum akan diadakan.

3). Tidak sepertimana amalan sekarang, berapa ramaikah nama calon yang perlu diketengahkan? Seorang, dua, tiga atau empat calon sebelum calon sebenar dimuktamadkan. Ini mungkin menimbulkan isu besar kepada parti.

4). Timbul persoalan tentang soal perbelanjaan yang diperlukan oleh calon-calon ini untuk ‘bekerja’ dari tarikh mereka diumumkan sebagai calon sehingga ke waktu berkempen yang sebenarnya iaitu selepas dewan dibubarkan. Ini juga satu masalah besar kepada parti.

5). Menamakan calon lebih awal membuka ruang kepada lawan untuk mencari kelemahan calon dan melakukan ‘serangan politik’.

BERANI

Satu-satunya pertubuhan yang berani bertindak mengumumkan nama calon mereka lebih awal ialah Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia atau MCLM yang diterajui oleh Haris Ibrahim.

Mereka setakat ini telah mengumumkan nama empat orang bakal calon pada pilihan raya umum ke-13 nanti iaitu dua orang peguam dan dua orang aktivis sosial.

Aktivis sosial itu ialah seorang jurunilai bertauliah wanita dan seorang doktor gigi. Mereka ialah bekas presiden Persatuan Tindakan Wanita atau All Women's Action Society, Haslinah Yacob dan Dr Nedunchelian Vengu.

Haslinah, 49, seorang jurunilai bertauliah telah bergerak aktif sebagai pejuang suara wanita sejak 10 tahun lalu. Sementara Dr Nedunchelian, 42, pernah berkhidmat sebagai aktivis Persatuan Doktor-Doktor Pergigian Swasta selama tiga penggal.

Dua orang peguam yang akan bertanding atas tiket MCLM ialah Presiden Persatuan Kebangsaan Hak-Hak Asasi Manusia atau National Human Rights Society, Malik Imtiaz Sarwar dan peguam hak asasi, Sreekant Pillai.

Tetapi MCLM bukanlah sebuah parti politik dan oleh yang demikian tidak jelas atas bendera apakah nanti mereka akan masuk bertanding - sama ada tiket Bebas atau tumpang nama dan bendera parti lain.

Yang kita hendak lihat ialah adakah mana-mana parti politik berani membuat pembaharuan pendekatan dalam isu penamaan calon. Dan selepas mengambil kira semua faktor yang penulis senaraikan tadi, percayalah, tidak ada mana-mana parti politik yang sanggup berbuat demikian.


M/star



Photobucket

SPR sahkan dakwat kekal diguna pada PRU-13

on



Dakwat kekal akan digunakan sepenuhnya dalam proses pengundian pada pilihan raya umum Kk-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan tidak lama lagi, kata timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
kuala terengganu parliament by election spr ec announcement 051208 wan ahmad wan omarKatanya, penggunaan dakwat kekal itu selaras dengan keputusan Dewan Rakyat yang meluluskan 10 cadangan dalam laporan awal yang dikemukakanoleh Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini yang dibentangkan awal bulan ini.

“Dakwat kekal akan digunakan pada PRU-13. Itu hasrat dan SPR hormati keputusan Parlimen tetapi banyak perkara perlu diambil tindakan sebab babitkan pindaan Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.

“Menerusi undang-undang baru ini, orang yang datang mengundi perlu dicalit dakwat, baru dapat kertas undi. Dulu (PRU-12) tidak boleh laksana sebab tidak ada pindaan, sekarang tidak ada masalah kerana sudah dapat persetujuan semua pihak.

“Bagaimanapun, tindakan pentadbiran akan diambil terlebih dulu termasuk menyemak kandungan dakwat bagi mengelak bahan kimia terlarang serta meminta pandangan Majlis Fatwa sekali lagi,” kata Wan Ahmad dipetik Berita Harian hari ini.

Akhbar berkaitan Umno itu juga memetik beliau berkata SPR sedang mengambil langkah melaksanakan keputusan itu dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara bagi mengelak sebarang pertikaian undang-undang pada masa depan.
azlanSelain penggunaan dakwat kekal, PSC juga membentangkan sembilan lagi cadangan dalam laporan awalnya yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 1 Disember lalu.

Ini termasuk pengundian awal, pengundi tidak hadir luar negara, pengundi luar kawasan, penukaran kawasan pendaftaran, pembersihan daftar pemilih dan pameran rang daftar pemilih tambahan, ketelusan proses mengundi, penambahbaikan proses pencalonan dan pengukuhan SPR.
Dakwat baru

Penggunaan dakwat kekal sepatutnya diperkenalkan pada pilihan raya umum Mac 2008, tetapi dibatalkan pada saat-saat terakhir.

Menurut SPR ketika itu, rancangan berkenaan dimansuhkan atas alasan mendapat nasihat daripada segi perundangan termasuk keperluan menggubal satu undang-undang yang membenarkan seorang pengundi yang tidak mahu kuku atau jari telunjuknya ditandakan dengan dakwat, diberikan kertas undi.
azlanBekas pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pada satu wawancara denganMalaysiakinipada Oktober lalu berkata beliau menganggap tekanan pihak berkuasa supaya penggunaan dakwat kekal dimansuhkan pada 2008 sebagai kegagalan terbesar dalam tempoh 26 tahun perkhidmatannya.

Malah, katanya, beliau juga menimbangkan kemungkinan  meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad juga dipetik oleh Berita Harian sebagai berkata, SPR akan membelanjakan kira-kira RM5 juta membeli dakwat baru kerana dakwat kekal yang sepatutnya digunakan pada PRU-12 2008 sudah dilupuskan selepas tamat tempoh.


sumber
Photobucket

Biar pucuk pimpinan tunjuk Shahrizat ‘jalan’, kata Raja Nong Chik

on




Timbalan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan sama ada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil wajar terus memegang jawatan politik atau memintanya berundur ekoran skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) kendalian anak-anak dan suaminya.
Ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Greater Kuala Lumpur/Klang Valley Tender Alert System (G-TAS) di sini, Ketua Umno Lembah Pantai ini berkata, walaupun banyak isu dibangkitkan pembangkang termasuk NFC, keputusan sama ada Shahrizat akan kekal sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga Ketua Wanita Umno seharusnya diputuskan di peringkat pusat.
Shahrizat tewas dalam mempertahankan kerusi Lembah Pantai tiga tahun lalu. Raja Nong Chik (gambar), Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, disebut-sebut akan bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai yang kini disandang oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
“Biarlah pucuk pimpinan yang menentukan kedudukan beliau,” kata beliau.
“Banyak isu yang dibangkitkan pembangkang kebelakangan ini, dan sekarang ini pun siasatan masih lagi sedang berjalan berhubung perkara itu. Jadi biarlah siasatan selesai dahulu,” katanya lagi.
Semalam, seorang lagi pemimpin Umno, kali ini dari bahagian Cheras yang terletak di Wilayah Persekutuan mendesak Shahrizat melepaskan jawatannya berhubung isu kontroversi NFC.
Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata, Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian.
Menjelaskan pendiriannya, Raja Nong CHik berkata, terdapat perbezaan ketara antara kerajaan dan pembangkang iaitu pembangkang kerap mengeluarkan isu manakala kerajaan fokus dengan tugas mentadbir negara.
“Pihak sebelah sana (pembangkang) suka keluarkan isu, kita (kerajaan) pula banyak buat kerja, jadi lebih baik kita fokus kepada kerja  daripada  fikirkan isu mereka,” jelasnya.
Ekoran daripada isu NFC yang dibangkitkan Pakatan Rakyat, Shahrizat menerima banyak desakan supaya melepaskan jawatan yang dipegangnya termasuk ahli parlimen Barisan Nasional sendiri.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno mendakwa isu NFC kini menjadi liabiliti kepada parti.
Kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional ini, meskipun Shahrizat telah menjelaskan ketika Perhimpunan Agung Umno lalu, tetapi apa yang lebih penting ialah persepsi publik.


sumber
Photobucket

Belum Ajal

on



Pemandu dan penumpang sebuah pacuan empat roda sempat merangkak keluar sebelum kenderaan dinaiki mereka terbakar dan hangus dijilat api beberapa saat kemudian.

Dalam kejadian jam 6.45 petang semalam, dua mangsa terselamat selepas Perodua Kembara dinaiki terbalik sebelum terbakar berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak, Kilometer 247, Lebuhraya Utara Selatan, di sini.

Kejadian berlaku selepas kenderaan dinaiki Ketua Keselamatan Pas Lenggong, Ahmad Ramdzi Othman Jalaluddin, 42, dan Ketua Penerangan Pas Lenggong, Mohd Saidi Sabri, 39, dari arah Ipoh dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik beberapa kali dan terbakar.

Saksi yang hanya mahu dikenali Michael, 36, berkata, dia dalam perjalanan ke Simpang Pulai dari Kuala Kangsar ketika kejadian berlaku.

“Kejadian berlaku begitu pantas dan saya seperti tidak percaya melihat kereta itu terbalik beberapa kali di tengah laluan lebuh raya.

“Saya fikir pemandu kenderaan itu pasti parah atau lebih buruk, tetapi terkejut melihat dua lelaki merangkak keluar dan hanya cedera ringan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Ramzi yang dihubungi berkata, kejadian berlaku ketika dia dan Mohd Saidi selesai menghadiri satu mesyuarat di pejabat Perhubungan Pas Perak di Ipoh.

Menurutnya, enjin kenderaan dipandu Ahmad Ramdzi tiba-tiba terhenti dan tidak berfungsi menyebabkan dia melanggar penghadang jalan.

“Kejadian berlaku dengan pantas, tetapi kami bernasib baik kerana sempat keluar sebelum ia meletup terbakar,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang berkata, sepasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran dan berjaya mengawal kesesakan lalu lintas kira-kira dua jam kemudian.

“Kedua-dua mangsa hanya cedera ringan dan sudah dibenarkan pulang,” katanya.


Photobucket

Banglo milik Khairul Fahmi siap

on


Banglo hadiah kerajaan Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat sebagai penghargaan kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu sudah siap, namun ia belum diserahkan kepada penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu kerana belum menemui masa sesuai. 

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Belia, Sukan Dan NGO Negeri, Abdul Latiff Ab Rahman berkata, mengikut perancangan banglo itu akan diserahkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek.


Menurutnya, sehingga kini majlis penyerahan rasmi banglo itu masih tertangguh berikutan Menteri Besar masih mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan manakala Khairul Fahmi pula sibuk menjalani latihan. 

“Kita (kerajaan negeri) akan menyerahkan rumah banglo itu kepada Khairul Fahmi seperti yang dijanjikan kerana rumah terbabit sudah siap sepenuhnya, malah majlis ringkas akan diadakan sempena penyerahan itu. 


“Bagaimanapun, disebabkan kedua-dua pihak masih sibuk dengan urusan masing-masing, kita tangguhkan penyerahan rumah berkenaan sehingga tiba waktu sesuai. Namun kita akan berusaha mempercepatkan proses penyerahan banglo itu,” katanya



Photobucket

Dasar Pakatan Rakyat Selangor Ditiru Najib. BN Tiada Idea!

on


Usaha Kerajaan Pakatan Rakyat mengangkat taraf hidup rakyat Selangor diakui berkesan hinggakan Barisan Nasional meniru program-program yang tersedia, menurut Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Ada program jom shopping dengan warga emas. Seratus ringgit kita bagi kepada warga emas, bersama-sama wakil kerajaan negeri membeli-belah di gedung membeli-belah. Mereka rasa seronok dan terbela bila kita bersama-sama mereka.”

“Kerajaan Persekutuan pun nak tiru. Dia kumpulkan orang untuk diberi hamper. Saya periksa melalui rakan-rakan dalam pengurusan pusat beli-belah.

Kerajaan Persekutuan belanja RM200 untuk beri hamper bernilai RM100 ringgit. Kalau itu yang berlaku dalam Jom Shopping, saya pecat pegawai tu. Itu cara mereka, cara yang kita hendakkan adalah dari duit RM100 itu, kita dapat belanja seperti RM200,”katanya.

Abdul Khalid berkata demikian di program Rapat Rakyat di Shah Alam, 4 Disember lepas.

Beliau menjelaskan sikap boros Barisan Nasional ini antara faktor mengapa kemewahan negeri Selangor tidak dapat diagihkan kepada rakyat dengan lebih meluas.

Beliau juga melahirkan rasa marah kerana Barisan Nasional tetap membelanjakan wang rakyat sewenang-wenangnya.

“Itu sebab terpaksa berhutang sebab tak tahu jaga duit. Ini duit rakyat, dan duit rakyat harus diurus dengan cermat supaya ia 100% sampai ke tangan rakyat,”jelasnya.

Dilancarkan pada 15 Julai tahun ini, program Jom Shopping membolehkan warga emas membeli barangan keperluan untuk kesejahteraan dan keselesaan keluarga dan diri sendiri.

Dengan peruntukan kira-kira RM10 juta ringgit, program ini sebahagian dari agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Di majlis tersebut, Khalid berkata beliau tidak mahu membazirkan masa memarahi Umno-Barisan Nasional kerana Pakatan masih mempunyai banyak gerak-kerja reformasi yang perlu diuruskan.

“Kita ada program Ceria, dimana kita mengecat semula rumah pangsa lama supaya ia lebih selesa untuk didiami.

Di satu rumah pangsa Samudra di Batu Caves, BN pun bergegas turun kata nak cat rumah pangsa itu selepas mendengar program kita ini.

Perdana Menteri Najib Abdul Razak kata dia peruntukkan RM1.5 juta untuk projek itu. Saya terkejut, kerana perkiraan kita hanya memerlukan RM400,000 (ketawa)”,katanya.

Apa yang lebih mendukacitakan, sikap boros Barisan Nasional ini dikhuatiri meneruskan amalan memperkayakan kroni.

“RM400,000 bandingkan dengan RM1.5 juta…RM1.1 juta pergi ke mana? Rakyat dah bangun dari mimpi. Kita mengigau sudah lama,”jelasnya lagi.



Oleh Mohd Hafiizh Mokhtar
Photobucket

RM4.6 Bilion.....Banyak Tuu

on



BMF: Harta keluarga Taib di Malaysia saja RM4.6 bilion
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud didakwa dengan bongkaknya berkata bahawa beliau mempunyai lebih banyak wang daripada boleh dihabiskannya.
azlanMenurut sebuah NGO Switzerland yang berkempen menentang rasuah di Sarawak, Dana Bruno Manser (BMF) - di Malaysia sahaja, keluarga Taib memiliki U$1.46 bilion (RM4.6 bilion) aset korporat di 14 syarikat.

Dakwa BMF lagi, Taib, empat anaknya, lapan adik-beradik dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi, memiliki kepentingan dalam 332 syarikat-syarikat di Malaysia.

Antara tiga syarikat terbesar yang dikuasai mereka, menurut BMF, adalah Cahya Mata Sarawak atau CMS (84 peratus daripada aset bersih RM2.4 bilion), Custodev Sdn Bhd (25 peratus daripada RM1.6 bilion) dan Ta Ann Holdings Bhd (sekurang-kurangnya 35 peratus daripada RM1.4 bilion).

CMS, yang popular dengan jolokan ‘Chief Minister's Sons', disenaraikan sebagai konglomerat yang terbabit dengan sektor pembinaan, simen, keluli, hartanah, pendidikan, swasta dan kepentingan broker saham. Custodev pula adalah sebuah syarikat pembangunan hartanah.

Manakala Ta Ann pula bergiat dalam bidang pembalakan dan perladangan, khususnya, minyak sawit. BMF jugamendakwa keluarga Taib adalah pemilik tunggal Achi Jaya Holdings, pemegang monopoli ke atas eksport balak, dengan aset sebanyak RM550 juta.

Penemuan ini bercanggah dengan dakwaan Taib bahawa saudara-mara dan keluarganya cuma memperolehi kekayaan di luar Sarawak, hasil kepakaran dan bakat keusahawanan mereka.
azlanTaib juga sebelum ini menafikan bahawa ahli keluarganya bertindak sebagai proksi beliau. Sebaliknya, dakwa beliau saudara-mara dan ahli keluarganya kaya-raya kerana mereka adalah "bijak" dan "cekap".

"Kami anggap kepentingan korporat keluarga Taib sebagai aset haram. Terdapat banyak petunjuk bahawa Taib telah menyalahgunakan kedudukannya bagi membina empayar perniagaan berbilion ringgit berdasarkan rasuah dan penipuan," dakwa pengarah BMF, Lukas Straumann dalam kenyataan akhbar dikeluarkan di peringkat antarabangsa pada hujung minggu lalu.

"Kami terkejut melihat keluarga Taib sebegitu kaya manakala rakyat Sarawak perlu bergelut dengan kemiskinan yang berleluasa dan kekurangan infrastruktur dan bantuan kerajaan," katanya.

Laporan Keruah Usit - malaysiaKini





Photobucket

Isyarat Dari Tun Mahathir.....TAK FAHAM KE...?

on








Tun Mahathir berkata, setiap pemimpin seharusnya sedar tempoh sepatutnya mereka berundur dan memberi peluang kepada barisan generasi muda menunjukkan kebolehan menerajui parti.


“Kita patut tahu bila patut undur diri. Saya dulu undur diri juga, saya boleh teruskan, bukan tidak boleh. Saya ingat kalau saya terus orang nak kata apa juga, tapi kita sudah lama dan harus bagi tempat kepada orang lain,” katanya lagi.

Kalau tak sedar lagi... baguslah..



*******************************************


Mahathir beri isyarat Shahrizat perlu letak jawatan

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat cuba memberi isyarat agar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan jika ianya memberi kebaikan kepada Umno.

Ia berikutan skandal isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang melibatkan suami beliau dan pembelian kondominium mewah di sebalik dana penternakan lembu itu.

Ketika diminta mengulas desakan pemimpin Umno dan Pakatan Rakyat (PR) agar Shahrizat meletak jawatan, Tun Mahathir berkata, pemimpin parti, terutama Umno perlu mengundur diri dan melepaskan jawatan jika tindakan itu mendatangkan faedah kepada parti.

“Terpulang kepada dia (Shahrizat), kalau dia patut undur, dia undur.

“Kita minta mereka yang berpendapat dengan pengunduran mendatangkan faedah kepada parti, mereka harus undur,” kata Tun Mahathir di Ipoh, kelmarin.

Tun Mahathir turut berkata, setiap pemimpin seharusnya sedar tempoh sepatutnya mereka berundur dan memberi peluang kepada barisan generasi muda menunjukkan kebolehan menerajui parti.

“Kita patut tahu bila patut undur diri. Saya dulu undur diri juga, saya boleh teruskan, bukan tidak boleh. Saya ingat kalau saya terus orang nak kata apa juga, tapi kita sudah lama dan harus bagi tempat kepada orang lain,” katanya lagi.

Tun Mahathir walaupun tidak secara formal meminta Shahrizat meletak jawatan namun isyarat ‘untuk kebaikan parti’ telah cukup memberi satu jawapan mudah buat Shahrizat untuk meletak jawatannya agar beliau tidak menjadi liabiliti kepada parti.

Padahal sebelum ini, selain dari PKR yang mahu Shahrizat meletak jawatan, beliau juga turut mendapat pandangan yang sama dalam Umno sendiri.

Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin antara yang begitu lantang meminta Shahrizat meletak jawatan bahkan beliau berulang kali mendesak Ketua Wanita Umno itu berbuat demikian.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional itu mengaku isu NFC sudah menjadi liabiliti bagi Umno.

Ketika persidangan agung sayap Wanita Umno minggu lepas, ada beberapa perwakilan Wanita Umno cuba melakukan protes diam terhadap ketua sayap Umno itu. Baca di sini.

Keadaan itu memberi satu jawapan buat Shahrizat, bukan sahaja rakyat mahu beliau berundur, bahkan rakan-rakannya dalam Umno turut mendesak beliau bertindak demikian.

Jadi usahlah beliau merasa sombong untuk mencabar orang lain yang tiada kaitan dengan tuduhan penyalahgunaan dana menternak lembu itu untuk meletak jawatan.


Warkah Daily


Photobucket

Utusan Dan Hassan Ali :- The Power Broker...?

on









Akhbar milik Umno menulis bekas pesuruhjaya PAS Datuk Dr Hasan Ali, yang akan menerima pingat “Datuk Paduka” sempena keputeraan Sultan Selangor hujung minggu ini perlu memainkan peranan “melakukan perkahwinan” antara PAS-Umno.

Pandangan ini diberikan susulan Perhimpunan Agung Umno minggu lalu yang mengisytiharkan PAS sama sekali tidak boleh menggantikan Umno dalam arena politik negara ini dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu selepas selama tiga tahun mempelawa parti Islam mengadakan kerjasama politik.

Nama Hasan (gambar), Exco Kerajaan Negeri Selangor, sudah lama muncul sebagai antara orang “penting” dalam mewujudkan kerajaan perpaduan Umno-PAS ekoran keputusan pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun PAS telah menolak kerajaan perpaduan dalam tiga muktamar lalu dengan Hasan, antara orang, menjadi sasaran kritikan.

Beliau seringkali didakwa sebagai pro idea kerajaan perpaduan Umno-PAS.

“Di Selangor Faktor Dr Hasan amat penting sekali. Pengikutnya di dalam PAS (yang sehaluan dengan beliau) amat besar sekali. Pengaruhnya di kalangan penjawat awam Melayu dalam kerajaan Selangor juga amat besar sekali,” kata Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam kolum mingguannya hari ini.

Kata penulis itu, kedua-dua faktor itu memberi kelebihan kepada Hasan, yang digugurkan sebagai ketua PAS Selangor Jun lalu, untuk melakukan perubahan.

Beliau digantikan oleh Dr Abd Rani Osman iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Meru.
“Dr Hasan berupaya melakukan perkahwinan itu demi menegakkan kesucian agama Islam dan keutuhan umat Melayu di Selangor,” katanya dengan memetik titah Sultan Selangor ketika mengadakan kunjungan ke kompleks percetakan Kumpulan Utusan di Bangi, kelmarin.

Penulis itu dengan memetik kata-kata Sultan Sharafuddin berkata titah bahawa baginda tidak mahu melihat orang Melayu dan umat Islam di negara ini berpecah-belah dan bukan juga bermaksud antara Umn dan PAS perlu “berkahwin” sebab bukan hak baginda untuk mencampuri urusan politik, menyifatkan “sesungguhnya amat mendalam dan halus sekali maksud Tuanku Al-Sultan itu.”

Zaini berkata bahawa akan berlaku satu peristiwa yang cukup signifikan minggu depan dengan Hasan bakal menjadi satu-satunya Exco Kerajaan Negeri Selangor yang akan dianugerahkan pingat kebesaran.

“Difahamkan beliau akan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor. Jika itu benar, banyak signifikan yang dapat dirungkaikan.

“Mengapa hanya Dr Hasan seorang sahaja yang menerimanya? Ramai lagi Exco dari PKR dan tentunya dari DAP yang menguasai sistem kerajaan itu juga patut menerimanya,” kata penulis akhbar itu.

Zaini mendakwa Hasan bukan Exco dan ahli politik yang disukai di kalangan rakannya dalam barisan jemaah majlis mesyuarat itu.

Katanya, Hasan dikenali sebagai orang dalam Exco yang begitu kontroversi dan kaki kacau dan individu yang membuat bising mengenai usaha sebuah gereja di Damansara yang cuba memurtadkan orang Islam tidak lama dulu.

“Beliaulah yang membela Pengarah JAIS, Datuk Khusrin Munawi daripada tentangan pelantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Tentangan itu datangnya daripada Menteri Besar sendiri, para pemimpin DAP dan Anwar Ibrahim.

“Malah, banyak kenyataan Dr Hasan yang bercanggah dengan aspirasi kepemimpinan Kerajaan Selangor pimpinan DAP itu,” kata Zaini lagi.

Akhbar Umno itu berkata “Faktor Dr Hasan amat penting sekali” kerana beliau dipertaruhkan harapan untuk melakukan perubahan.

“Terlalu banyak rahsia kerajaan Selangor pimpinan DAP yang diketahui oleh Dr Hasan. Mungkin juga banyak rahsia itu tidak menyenangkan kedudukan orang Melayu dan kesucian umat Islam,” katanya sambil mendakwa DAP sebenarnya gerun dengan Hasan.
“Malah PKR pun pening kepala dengan beliau,” katanya.

Penulis itu seterusnya berkata, Hasan, lulusan perancang bandar dari Amerika Syarikat, bukan calang-calang orang.

“Seorang sumber memberitahu saya, Tuanku cukup mengiktiraf peranan yang dilakukan oleh Dr Hasan. Beliau dilihat sebagai faktor penyatuan kepada perpaduan Melayu di Selangor,” katanya dalam tulisan kali ini.


sumber 1


sumber 2
Photobucket

Hujan Lebat Punca Air Sungai Selangor Keruh

on



Tahap kekeruhan air yang tinggi di Sungai Selangor adalah berpunca daripada hujan lebat yang melanda kawasan tersebut sepanjang minggu ini.

Pengarah Jabatan Saliran dan Perparitan Negeri Selangor, Mohd Abdul Nassir Bidin berkata, fenomena itu adalah normal dan tahap kebersihan air di sungai itu akan kembali seperti sedia kala sebaik saja cuaca bertambah baik.

'Tiada sebarang tanda bahawa kekeruhan itu berpunca daripada pembalakan haram dan pembuangan sisa industri dari kilang ke sungai.
'Kekeruhan itu adalah normal apabila hujan turun dengan lebatnya di kawasan tropika seperti Malaysia.

'Air hujan akan mengalir ke sungai dan bebanan sisa mendapan begitu tinggi," katanya kepada The Star.

Menurut beliau, ladang kelapa sawit dan kebun sayur-sayuran yang terdapat di persisiran Sungai Selangor turut menyebabkan kekeruhan air yang melampau.

Namun, katanya, keadaan itu tidak membimbangkan kerana ia adalah fenomena biasa.
Pada Isnin, Syabas memberi amaran bahawa terdapat kira-kira tiga juta penduduk di Lembah Klang akan terputus bekalan air ekoran kekeruhan air dari loji air Sungai Selangor di Ijok.

Kekeruhan air itu menyebabkan kadar pengeluaran air terjejas sebanyak 60 peratus di empat loji, kata Syabas.

Hasilnya, kekeruhan luar biasa iaitu pada tahap 6,000 NTU (Nephelometric Turbidity Unit) di sebelah pagi direkodkan berbanding 300 NTU pada hari biasa.
Sementara itu, kekeruhan air di Kuala Badong di Sungai Selangor direkodkan pada paras 399 NTU sehingga pukul 5 petang semalam.

Timbalan Pengarah DID, Norhisham Mohd Ghazali berkata, angka tersebut menunjukkan peningkatan ketara tetapi tidak boleh dianggap membimbangkan kecuali angka dimaksudkan diperolehi dari semasa ke semasa.

Pertubuhan Kesihatan Dunia mencadangkan kekeruhan air minuman tidak boleh melebihi 5 NTU dan seelok-eloknya berada di bawah paras 1 NTU.


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List