Utusan Dan Hassan Ali :- The Power Broker...?

on Dec 7, 2011









Akhbar milik Umno menulis bekas pesuruhjaya PAS Datuk Dr Hasan Ali, yang akan menerima pingat “Datuk Paduka” sempena keputeraan Sultan Selangor hujung minggu ini perlu memainkan peranan “melakukan perkahwinan” antara PAS-Umno.

Pandangan ini diberikan susulan Perhimpunan Agung Umno minggu lalu yang mengisytiharkan PAS sama sekali tidak boleh menggantikan Umno dalam arena politik negara ini dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu selepas selama tiga tahun mempelawa parti Islam mengadakan kerjasama politik.

Nama Hasan (gambar), Exco Kerajaan Negeri Selangor, sudah lama muncul sebagai antara orang “penting” dalam mewujudkan kerajaan perpaduan Umno-PAS ekoran keputusan pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun PAS telah menolak kerajaan perpaduan dalam tiga muktamar lalu dengan Hasan, antara orang, menjadi sasaran kritikan.

Beliau seringkali didakwa sebagai pro idea kerajaan perpaduan Umno-PAS.

“Di Selangor Faktor Dr Hasan amat penting sekali. Pengikutnya di dalam PAS (yang sehaluan dengan beliau) amat besar sekali. Pengaruhnya di kalangan penjawat awam Melayu dalam kerajaan Selangor juga amat besar sekali,” kata Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam kolum mingguannya hari ini.

Kata penulis itu, kedua-dua faktor itu memberi kelebihan kepada Hasan, yang digugurkan sebagai ketua PAS Selangor Jun lalu, untuk melakukan perubahan.

Beliau digantikan oleh Dr Abd Rani Osman iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Meru.
“Dr Hasan berupaya melakukan perkahwinan itu demi menegakkan kesucian agama Islam dan keutuhan umat Melayu di Selangor,” katanya dengan memetik titah Sultan Selangor ketika mengadakan kunjungan ke kompleks percetakan Kumpulan Utusan di Bangi, kelmarin.

Penulis itu dengan memetik kata-kata Sultan Sharafuddin berkata titah bahawa baginda tidak mahu melihat orang Melayu dan umat Islam di negara ini berpecah-belah dan bukan juga bermaksud antara Umn dan PAS perlu “berkahwin” sebab bukan hak baginda untuk mencampuri urusan politik, menyifatkan “sesungguhnya amat mendalam dan halus sekali maksud Tuanku Al-Sultan itu.”

Zaini berkata bahawa akan berlaku satu peristiwa yang cukup signifikan minggu depan dengan Hasan bakal menjadi satu-satunya Exco Kerajaan Negeri Selangor yang akan dianugerahkan pingat kebesaran.

“Difahamkan beliau akan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor. Jika itu benar, banyak signifikan yang dapat dirungkaikan.

“Mengapa hanya Dr Hasan seorang sahaja yang menerimanya? Ramai lagi Exco dari PKR dan tentunya dari DAP yang menguasai sistem kerajaan itu juga patut menerimanya,” kata penulis akhbar itu.

Zaini mendakwa Hasan bukan Exco dan ahli politik yang disukai di kalangan rakannya dalam barisan jemaah majlis mesyuarat itu.

Katanya, Hasan dikenali sebagai orang dalam Exco yang begitu kontroversi dan kaki kacau dan individu yang membuat bising mengenai usaha sebuah gereja di Damansara yang cuba memurtadkan orang Islam tidak lama dulu.

“Beliaulah yang membela Pengarah JAIS, Datuk Khusrin Munawi daripada tentangan pelantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Tentangan itu datangnya daripada Menteri Besar sendiri, para pemimpin DAP dan Anwar Ibrahim.

“Malah, banyak kenyataan Dr Hasan yang bercanggah dengan aspirasi kepemimpinan Kerajaan Selangor pimpinan DAP itu,” kata Zaini lagi.

Akhbar Umno itu berkata “Faktor Dr Hasan amat penting sekali” kerana beliau dipertaruhkan harapan untuk melakukan perubahan.

“Terlalu banyak rahsia kerajaan Selangor pimpinan DAP yang diketahui oleh Dr Hasan. Mungkin juga banyak rahsia itu tidak menyenangkan kedudukan orang Melayu dan kesucian umat Islam,” katanya sambil mendakwa DAP sebenarnya gerun dengan Hasan.
“Malah PKR pun pening kepala dengan beliau,” katanya.

Penulis itu seterusnya berkata, Hasan, lulusan perancang bandar dari Amerika Syarikat, bukan calang-calang orang.

“Seorang sumber memberitahu saya, Tuanku cukup mengiktiraf peranan yang dilakukan oleh Dr Hasan. Beliau dilihat sebagai faktor penyatuan kepada perpaduan Melayu di Selangor,” katanya dalam tulisan kali ini.


sumber 1


sumber 2
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List