Anwar Ibrahim Wajar Bertanding Di Putrajaya

on Dec 7, 2011




Cubaan Barisan Nasional untuk menjatuhkan semangat Pakatan Rakyat dengan memperlekeh cita-cita PR untuk menawan Putrajaya ternyata tidak berhasil. Sebaliknya semangat PR semakin membara dan bertambah yakin untuk memenangi PRU yang akan datang. Putrajaya mungkin hanya mimpi bagi PR hari ini, tetapi hakikatnya mimpi ini semakin hampir menjadi realiti.

Untuk mempercepatkan proses menawan Putrajaya, adalah lebih elok jika kerusi PR di Putrajaya diberikan kepada calon yang berpengaruh besar. Lebih afdal lagi jika calon tersebut ialah pemimpin tertinggi PR sendiri iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Kerusi Putrajaya kini disandang oleh Tengku Adnan setelah menewaskan Mohd Noor Bin Mohamad dari PAS dalam PRU 2008. Tengku Adnan diketahui sebagai seorang yang tidak begitu ‘bersih’ di dalam UMNO. Penglibatannya dalam beberapa syarikat korporat sering dipersoal di bawah amalan kronisme di dalam UMNO.

Malah diberitakan segala rahsia Tengku Adnan berada dalam kocek Dato’ Seri Anwar. Oleh yang demikian, bukan sukar untuk Dato’ Seri Anwar menumbangkan Tengku Adnan di Putrajaya.

Walaupun ramai menganggap Putrajaya adalah milik kekal BN memandangkan wilayah tersebut menempatkan majoriti pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, tetapi kita yakin yang PR mampu membuktikan bahawa tanggapan ini salah.

Bukan rahsia bahawa ramai pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan menyokong PR secara senyap-senyap. Malahan, kenyataan DAP untuk mengurangkan kakitangan awam jika PR berkuasa tidak menjejaskan apa-apa kerana umum percaya ia hanyalah kenyataan politik, retorik dan tidak membawa makna kerana ia tidak mungkin berlaku bersandarkan undang-undang buruh di Malaysia.

Justeru, PR perlu buktikan bahawa keyakinan yang dinyatakan oleh Dato’ Seri Anwar bukanlah kenyataan politik untuk menyedapkan hati penyokong-penyokong semata-mata. Untuk itu, Dato’ Seri Anwar wajar tunjukkan yang beliau cukup yakin untuk bertanding dan mampu menang walaupun di luar kubu kuat PKR.

Strategi meletakkan Dato’ Seri Anwar sebagai calon di Putrajaya ini dipercayai akan menjadi jalan pintas bagi PR untuk menguasai Malaysia. Ia juga akan dapat meningkatkan moral dan semangat ahli-ahli parti dan membuka mata rakyat bahawa PR bukan hanya wujud sekadar untuk memeriahkan politik Malaysia tetapi benar-benar serius untuk memikul tanggungjawab membawa Malaysia ke era baru. 

sabahkini


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List