MENJELANG Pilihanraya Umum ke 13, timbul pula bisik-bisik mengenai skandal dan dakwaan yang melibatkan orang politik.
Terbaru, salah seorang penulis Free Malays telah menerima satu maklumat mengenai seorang ahli politik dari pembangkang yang didakwa bernikah kali kedua secara tidak sah di luar negara.
Menurut kiriman emel itu, ahli politik ini didakwa telahbernikah sekitar lapan bulan yang lalu di sebuah negara jiran dan sehingga kini masih merahsiakan pernikahan itu daripada pengetahuan umum.
Sumber juga menyebut, isteri ahli politik pembangkang terbabit tidak tahu mengenai hal ini dan hanya mengesyaki suaminya cuma mempunyai skandal dengan wanita terbabit.
Pendaftaran nikah lain-lain negara, hanya boleh dibuat setelah mendapat pengesahan dari Mahkamah Syariah.
Selagi Mahkamah Syariah tidak memberi pengesahan, pernikahan itu tak boleh didaftarkan di Malaysia dan pasangan itu tidak diiktiraf oleh undang-undang syariah Malaysia sebagai pasangan yang telah berkahwin
Sebaliknya, sekiranya berkahwin di luar negara tanpa kebenaran Pejabat Agama, pasangan yang berkahwin itu boleh dikenakan denda dan dipenjara bagi kesalahan-kesalahan seperti yang dinyatakan.
Bagi kesalahan berkahwin diluar kawasan tanpa kebenaran hukumannya adalahpenjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali, manakala bagi poligami tanpa kebenaran pula boleh dipenjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Malah kesalahan mendaftarkan nikah selepas 6 bulan boleh mengakibatkan penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Menariknya, menurut sumber yang memberitahu, ahli politik ini dan pasangannya telah melakukan ketiga-tiga kesalahan diatas dengan serentak dan boleh merisikokan mereka berdua untuk disabitkan dengan kesalahan berganda di Mahkamah Syariah.
Mereka juga dikatakan tidak segan-segan kesana- kemari berdua tanpa ada rasa salah melanggar undang-undang negara, ahli politik ini adalah pemimpin, maka seharusnya menunjukkan contoh yang baik buat rakyat, dan tidak sewenang-wenangnya bertindak sesuka hati.
Parti pembangkang disarankan tidak hanya ghairah mencari kesalahan pemimpin politik parti kerajaan, sebaliknya dalam masa yang sama tidak melindungi ahli partinya, sekiranya mereka maklum tentang perkara ini.
Ahli politik terbabit harus diberi amaran keras demi menunjukkan pakatan pembangkang telus untuk menuntut pembaharuan.
Pengirim juga ada mengepilkan beberapa keping gambar ahli politik pembangkang itu bersama isteri mudanya, namun pihak editor ingin mengesahkan dulu maklumat ini sebelum didedahkan kepada umum.
sumber
0 comments:
Post a Comment