Tuah Ahli Korporat Yang Tiada Cita2 Politik

on Dec 7, 2011



Jumaat lepas, selepas solat Isya' di MBI aku dan Dato' MSY bergegas ke AU2 Keramat kerana nak mendengar ucapan TS Khalid Ibrahim dalam Ceramah Perdana Agenda Negeri Selangor.

Ini merupakan sebahagian dari siri penerangan ke seluruh Selangor tentang apa yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh kerajaan PR dalam menyantuni rakyat negeri bertuah ini.

Hujan renyai-renyai turun tanpa tanda untuk berhenti, namun dewan dan khemah yang disediakan penuh. Alhamdulillah.

Banyak kisah2 menarik yang diceritakan oleh TSKI tetapi kisah detik awal beliau diminta masuk politik setelah meninggalkan dunia korporat adalah yang paling menarik minat aku.

Menurut TSKI, beliau pada mulanya berat hati untuk menerima pelawaan kawan-kawan (mungkin DSAI) untuk menyertai politik. Tapi setelah dirasionalkan beliau akur lantas terus diberikan amanah untuk bertanding di Ijok. Beliau kalah dan menyangka dia boleh berehat sehinggalah datangnya PRU12 di mana beliau diamanahkan untuk bertanding di dua kerusi sekaligus, Parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Ijok.

"Aik! Saya dahlah kalah di Ijok. Ni suruh bertanding 2 kerusi pulak? Biar betul ni?" Beliau berseloroh.

"Nak tak nak bila parti telah buat keputusan saya terpaksa akur." Maka bertandinglah beliau.

"Bandar Tun Razak ni komposisinya pelik. Masa saya mula2 turun berkempen saya sesat!" Ujar beliau sambil tersenyum.

Pada hari mengundi, apabila pusat pengiraan calun mula beroperasi rupa-rupanya undi pos dikira dahulu. Di Bandar Tun Razak ada lebih 4 ribu undi pos.

Beliau menerima laporan awal dari pusat pengiraan bahawa beliau cuma menang 800 undi pos sementara BN sapu 4000. "Hmm...kalah lagi saya nampaknya. Tak pa boleh berehat!" Katanya.

Tetapi sejam kemudian beliau telah mendapat satu lagi panggilan dari pusat pengiraan Parlimen Tun Razak yang mengatakan beliau telah menang di semua pusat mengundi dan sekaligus menang di kawasan parlimen tersebut.

"Eh! Awak janganlah main2 dengan saya. Mentang2 saya orang baru awak nak buli saya.. " Katanya kepada pemanggil tersebut. Kami tergelak.

Namun itu adalah kisah benar dan Ijuk tanpa undi pos lebih mudah bagi TSKI.

Berita kemenangan ini rupanya tidak berakhir di situ. TSKI menerima panggilan talipon lewat malam tersebut dari pucuk pimpinan parti, DSWA meminta beliau pergi mengadap Sultan pada keesokan harinya untuk mengangkat sumpah sebagai MB Selangor.

"Ah! Sudah. Jadi MB pulak? Nak tolak tak boleh." Katanya.

"Jadi perkara pertama yang saya lakukan ialah meminta isteri saya mengunci terus bilik golf dalam rumah saya. Sebagai orang korporat saya main golf. Golf course mana saya tak main? Seluruh dunia. Saya ada 20 golf set. Jadi bila diamanahkan sebagai MB saya pencen golf untuk berkhidmat full-time kepada rakyat." Ujarnya sambil disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin.

Beliau seterusnya menceritakan serba sedikit macam mana beliau mengendalikan negeri Selangor terutama dari sudut kewangan dan ekonomi. Sungguh menarik dan menyegarkan. Bagaimana hutang Talam dilangsaikan dan seterusnya kerajaan negeri Selangor mendapat semula tanah seluar 3000 ekar bernilai lebih 1 billion. Bagaimana reserve cash negeri Selangor dipertingkatkan dari RM400 juta kepada RM1.2 billion dalam masa kurang dari 4 tahun.

Bukan itu sahaja, bagaimana beliau dilabel sebagai 'kedekut' oleh exco-exconya sendiri. Bagaimana lembu korban dijadikan isu oleh UMNO? Bagaimana keretanya sendiri yang dibeli pada tahun 2007 dikatakan dibeli hasil salahgunakuasa beliau sebagai MB sedangkan pada tahun 2007 beliau belum lagi jadi wakil rakyat, apatah lagi MB. Dan yang paling penting ialah iltizam beliau yang bersungguh-sungguh mentransform budaya kerja dan politik barisan exco, wakil rakyat, kakitangan kerajaan, GLC dan lain-lain di negeri bertuah ini.

Namun satu perkara yang sedang diusahakan oleh TSKI ketika ini ialah beliau sedang belajar untuk menjadi pendengar yang baik. Aku beranggapan bahawa ini adalah langkah yang bijak kerana menjadi pendengar yang baik adalah ingredient paling penting menjadi ahli politik yang baik.

Yang pastinya satu pengajaran dari secebis sejarah politik TSKI di Selangor ini ialah, jawatan yang disandangnya hari ini bukanlah suatu jawatan yang pernah beliau impi-impikan atau dikejar-kejar sebelum ini. Malah beliau bolehlah dikatakan sebagai reluctant politician.

Jadi tak payahlah sesiapapun beriya-iya sangat nak jadi MB sehingga kelihatan seperti lebih sudu dari kuah. Kalau Allah dah tentukan tak jadi MB, sampai matipun tak jadi MB eh....

Yang penting, apa-apa jua jawatan yang ada sekarang ini, laksanakanlah dengan penuh ikhlas dan rasa tanggungjawab. Jadilah team player dalam erti kata yang sebenarnya dan berhenti jadi kera sumbang.

Kalau subang sama subang
Kalau sanggul sama sanggul,
Kalau hilang sama hilang
Kalau timbul sama timbul.




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List