UMNO Perak Bergolak, Rebut Kerusi DUN...?

on Dec 7, 2011



 Pemuda PAS Perak merasakan perancangan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir untuk menyingkirkan tokoh-tokoh lama dan ADUN BN Perak yang bermasalah hampir berjaya berikutan ungkapan kehendak calon baru yang berkumandang di dalam Perhimpunan Agung Umno 2011 baru-baru ini.

Setiausahanya, Salman Saleh berkata, kejayaan semakin jelas buat Zambry berikutan suara yang inginkan calon baru menjadi topik utama perbahasan dalam perhimpunan kali ini.

"Bagi kami, sudah tentu orang 'lama' seperti Tan Sri Tajol Rosli Ghazali,Datuk Ramly Zahari, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan, Dato Hamdi Abu Bakar, Dato' Seri Raja Ahmad Zainuddin dan yang seangkatan dengannya yang kini masih lagi sebagai ADUN akan terpelanting keluar dan tidak akan disenaraikan sebagai calon," katanya dalam kenyataan media 7 Disember lalu.

Malah katanya, mungkin yang paling memanaskan keadaan ketika ini ialah tentang kedudukan seorang EXCO Kerajaan Negeri yang amat bermasalah dengan pelbagai isu berunsur rasuah yang masih diperkatakan.

"Akhirnya kami merasakan sudah tiba masanya BN Perak khususnya Umno berhadapan dengan satu lagi krisis kepimpinan baru walaupun pernah berlaku pada tahun 2008 dahulu ketika Tan Sri Tajol Rosli meletakkan jawatan setelah BN Perak tumbang pada PRU12," ujarnya.

Tambahnya lagi, apakah nasib sebenar mereka selepas ini jika memang benar mereka tidak lagi tersenarai sebagai calon BN Perak pada PRU 13 akan datang.



sumber

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List