Sifu Pembangkang Adolf Hitler

on Sep 20, 2012




Sehari dua ni Dr Mahathir semakin galak keluarkan kenyataan. Paling terkini berkenaan pendapat beliau bahawa jika Barisan Nasional kalah dalam PRU 13 nanti, negara akan berada dalam keadaan yang tidak menentu dan bahaya. Haha...terserlah begitu takutnya Mahathir sekarang kalau Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri., 

Tapi kali ini penulis tak mahu mengulas panjang hal Mahathir yang semakin gabra ni. Penulis  sangat tertarik dengan ucapan MB Pahang Adnan Yaacob dalam Dewan Undangan Negeri Pahang kelmarin yang menuduh pembangkang mengikut idola  Adolf Hitler dengan menabur fitnah berulang-ulang. Lama-lama orang akan percaya, katanya.

Sebenarnya semua orang tahu apa yang  Adsnan katakan itu sebenarnya tak lebih dari  'pecah' rahsia akan kelakuan UMNO BN selama  ini. 

Cuba  anda tengok siaran berita TV3  , Buletin Utama. Jika suatu isu berkaitan pembangkang, mereka  akan siarkan berulangkali dan berhari-hari hal yang sama. Begitu juga  dengan Utusan Malaysia. Mereka  akan siar, putar  semahu-mahunya setiap hari. Sampaikan semua orang dah tahu akan strategi mereka  ini. Rupanya mereka ini mengikut idola  'Hitler'.

Begitu juga  dengan pencacai UMNO yang terdiri dari bekas-bekas PKR  yang lompat parti. Mereka  akan 'putar' berhari-hari benda  yang sama supaya orang akan percaya.

Nampaknya UMNO BN ini dengan budaya fitnah sekan tidak dapat dipisahkan..



Photobucket

Ibu-Ibu Di Amerika Boleh Tidur Dengan Sesiapa Sahaja...:- Tun M

on


Dr M says American mothers are promiscuous in attack against US free speech

Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan hari ini bahawa ibu-ibu Amerika "tidur dengan sesiapa sahaja" apabila dia menyerang Amerika Syarikat kerana mempertahankan kebebasan bersuara.

Mantan perdana menteri Malaysia lantang berkata idea kebebasan bersuara sebagai sebahagian daripada hak asasi manusia adalah salah satu yang tidak boleh diterima dalam budaya Asia atau umat Islam di seluruh dunia.

Dr Mahathir , bagaimanapun dalam serangan terhadap Amerika Syarikat yang telah secara rasmi mengutuk filem itu.

"Ia akan kelihatan bahawa dunia liberal Barat percaya bahawa kebebasan bersuara adalah lesen untuk mengutuk dan menghina orang lain tanpa had. Saya fikir nilai Barat telah gila, "Dr Mahathir menulis dalam blognya hari ini.

"Bagaimana perasaan anda jika ada individu datang kepada anda dan memanggil anda 'anak haram, keturunan daripada hubungan seks antara ibu dengan beberapa lelaki yang bukan suami yang sah di sisi undang-undang'?"

"Amerika tidak akan merasa apa-apa kerana dalam masyarakat mereka ini adalah normal. Ibu-ibu mereka tidur dengan sesiapa sahaja, "kata veteran politik itu.

Amalan sedemikian akan dianggap sebagai norma dalam masyarakat Amerika, katanya, sambil menambah bahawa selain daripada ibu-ibu di Amerika, bapa juga berkelakuan cara yang sama.
"Ia adalah satu ungkapan kesamaan jantina," katanya.


sumber
Photobucket

Pemuda PAS Perak Berbincang Dengan Ngeh...?

on



Gambar kat sebelah ni aku jumpa dalam facebook page Raja Iskandar, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat merangkap Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak.

Tak pasti pulak apa yang depa sembangkan tapi dibawah gambat tu Raja Iskandar tulis:
Bersama rakan pemuda PAS Perak berbincang dgn Dato' Ngeh Noo Ham, Pengerusi Dap Perak tentang isu himpunan aman bantah hina Nabi SAW.

Dato' Ngeh bantah keras penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan sangat kesal dgn Umno yang memutar belitkan kenyataan beliau. - Facebook.
Memang tak salah Pemuda PAS Perak pi jumpa Ngeh, malah satu tindakan yang cukup bagus mintak penjelasan terus dari mulut Ngeh daripada belasah tak tentu punca.

Cumanya aku harap Pemuda PAS Perak tak buat tindakan gila sampai ambil pendekatan jadi jurucakap untuk Ngeh pulak, sangat tak sesuai dari persepsi politik walaupun Ngeh kata kenyataan dia diputarbelit. Putarbelit kot mana aku pun taktau.

Bukan maksud aku Pemuda PAS Perak selalu buat tindakan gila tapi orang politik ni bukan boleh kira sangat, kadang-kadang ada jugak hari bangang depa.

Malaysiakini melaporkan:

Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham dikecam ekoran satu kenyataannya yang mempersoalkan rancangan Pemuda Umno untuk bergabung bersama Pemuda PAS bagi menyuarakan bantahan ke atas pengarah filem anti-Islam Innocence of Muslims.

Akhbar Berita Harian melaporkan, tiga laporan polis turut dibuat di Perak bagi menggesa kerajaan menyiasat Ngeh atas dakwaan "menghina Islam". - Mkini.
Sebelum ni Ngeh ada update status dalam twitter dia macam imej kat sebelah. Yang mushkilnya apa maksud dia bila dia tulis "Are muslims wasting too much time & energy on this?"

Pada aku satu kenyataan yang sangat tak perlu dan layak dikategorikan sebagai BANGANG.

Ataupun, mungkin betul andaian sahabat aku blogger ManjongMari yang tulis:
Satu lagi yang kita sedia maklum, DAP akan mengadakan EGM Tahunannya sedikit masa lagi, dengan apa situasi yang berlku, Ngeh mesti melakukan sesuatu isu yang berupaya dapat menarik perhatian ahli-ahli DAP yang extrime yang mana dengan ini dapat mengekalkan nya sebagai Pengerusi DAP Perak lagi.. - Manjongmari.
Dengar khabar anginnya dah semakin ramai ahli dan penyokong DAP yang mula meluat dengan Ngeh ni termasuk di kawasan dia sendiri Setiawan.


Sumber: http://cenangau.blogspot.com


Photobucket

Skandal Noh Omar

on



Maklumat yang akan didedahkan di bawah ini adalah bersumberkan dari para pegawai Kementerian Pertanian (MOA) dan Kementerian Kewangan (MOF) yang sudah tidak tertanggung lagi untuk menutup kepincangan yang dilakukan oleh Menteri Pertanian Datuk Noh Omar berhubung isu 'benih'...

Oleh Warga MOA

(Melibatkan– Noh Omar Menteri MOA, Dato’ Hashim KSU MOA dan Datin Naimah Pengarah IPB (Industri Padi Beras)


artikel penuh
Photobucket

Selepas Sepah Berpecah, Mamat Jauhkan Diri

on


alt



Sejak kumpulan Sepah disahkan berpecah, sikap Mamat menjadi tanda tanya kepada bekas dua ahlinya yang lain iaitu Jepp dan Shuib kerana dia kini semakin sukar dihubungi.

Jepp atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata, dia sendiri tidak tahu punca mengapa rakannya itu bersikap sedemikian (menjauhkan diri) daripada mereka termasuklah tidak menjawab panggilan telefon.
"Entah sebab apa jadi begitu, saya kurang pasti tetapi jika orang lain telefon dia jawab, kalau kami telefon, dia tidak mahu mengangkat. Tapi kami dengan hati tulus masih lagi ingin berkawan dengannya.
"Tambahan pula saya dah berbelas tahun menjadi sahabat dengan Mamat. Kalau boleh tak mahulah perhubungan ini menjadi keruh," katanya.
Jep, Shuib dan Mamat yang berkawan rapat sejak kecil mempunyai hobi sama iaitu gemar dengan sukan motor lasak atau motor cross. Mereka yang dikenali sebagai 'Sepah' merupakan juara sukan tersebut di Johor Bahru.
Bagaimanapun tambah Jepp, dia mengambil hal itu secara positif dengan menganggap Mamat mungkin sibuk kerana pelbagai urusan kerja.
"Setakat ini kami tiada apa-apa isu. Malah sepanjang penggambaran filem Sepah The Movie pada tahun lalu, kami bersikap profesional walaupun pada awalnya tiada keserasian antara kami," ujarnya.
Ditanya adakah ketiga-tiga mereka akan kembali bersatu dalam kumpulan Sepah, kata Jepp, hal itu tidak mungkin akan berlaku memandangkan mereka telah membuat haluan sendiri.
"Rasanya lebih senang kami dengan haluan kerja masing-masing. Dan untuk memikirkan yang Sepah akan bersatu, itu tidak mungkin," katanya.



Photobucket

Aspan Alias Tolong Jawap

on Sep 19, 2012





Kata Aspan Alias, "Musuh UMNO ialah ahli-ahlinya sendiri. Saya tidak putus-putus dihubungi oleh ramai ahli-ahli UMNO yang biasa di bawah-bawah ini sejak saya menjadi ahli DAP awal Januari yang lepas"...dalam Haprak Daily F16, 14-16 September 2012.

Di perenggan akhir, seperti yang dimaklumi oleh AJK Bahagian UMNO dari Negeri Sembilan dipetik oleh Aspan "Jika mereka dipecat pun bukannya ada apa-apa yang hilang pun, kerana semasa kita belum dipecat pun keadaan tidak menentu. Apa bezanya kalau dipecat? Selama ini pun UMNO tak nampak bergerak pun. Tidak lagi berada dalam UMNO pun hidup kita serupa juga.

Andai dipanjangkan lagi dalam perenggan paling akhir, khabarnya seorang AJK Bahagian di Selangor pula memberitahu dalam Bahasa Inggeris, "By all means, Muhyiddin can sack us and suit himself. After all UMNO is unrecognizable, bang Aspan! Dah lah! Sumbat sana bocor kat sini, Sumbat kat sini berlubang kat sana..."

Manusia kelahiran Kuala Pilah ini seorang perajurit infantri KECEWA dalam UMNO. Masa berjaya melobi diri sebagai AJK Bahagian Kuala Pilah, Aspan Alias pun mengambil pemikiran kufur, miskin dan daif sama seperti luahan perasaan hati yang diumumnya. Jika tahun 2004, Aspan Alias diberi kerusi untuk bertanding di DUN Seri Menanti atau DUN Johol, maka tiadalah dianya meracau dan meroyan seperti hari ini. Bak kata veteran S46, di mana ada gula, di situlah Aspan Alias berada.

Pak Sedaro jadikan Aspan sebagai sampel kajian, kerana bilangan insan perajurit jalan kaki dalam UMNO bilangannya mencecah 3.3 juta. Kor Gerak Khas UMNO sudah tiada lagi; dan suka dimaklumkan Aspan ini dulu antara pemuka Pemuda UMNO Kuala Pilah yang terlibat dalam resepi Beret Merah.

UMNO pupus, lesu dan silau kerana kelompok opportunis yang begitu ramai dan bermaharajalela, hingga luput perihal Pemikiran Tamadun dan Modal Insan UMNO. Justeru, kelompok partisan peribadi yang dilahirkan oleh Team Baru UMNO melarikan diri ke Pas dan PkR pada 1987 dan 1997. UMNO masih bersifat parti tunggal ummah tanpa prejudis. Namun untuk manusia sekongkol pemikiran seperti Aspan Alias, tentunya bermati-matian MEMBATALKAN kemolekan UMNO, kesuburan UMNO dan kesantunan UMNO, yang dahulunya kebanyakan rakyat Melayu menuntut perjuangannya.

Mungkin eloklah UMNO tawarkan kerusi DUN Seri Menanti (penyandang si Samad Ibrahim) atau DUN Johol (penyandang arwah-Roslan) atau DUN Pilah atau kerusi Parlimen Kuala Pilah (penyandang kini Hassan Malek), ataupun lebih mulia UMNO tawarkan kerusi melalui MCA di Dun Temiang, Dun Rasah, Dun Lobak dalam Parliman Seremban dan Rasah kepada Aspan Alias. Orang sebegini senang dibaca. Kuasa, wang & pangkat; bagi saja ketiganya, maka akan hilanglah keDAP-annya. 

Signal pengundi kepada BN mudah saja. Subjek Calon UMNO/BN boleh menang ialah Orang UMNO yang taat setia kepada Perjanjian Rakyat dengan Raja Melayu (Wa'ad Tua), Orang UMNO ialah orang Melayu beragama Islam yang mengerti bahasa, budaya, halatuju Negara Melayu dan KesetiaanNya kepada Raja dan Negara.

Pas parti Sesat, PkR parti Maksiat, DAP parti Khurafat.


Photobucket

Pejabat Suaram ‘diserbu’ polis, ROS

on




PETALING JAYA: Pejabat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Jalan Gasing di sini didatangi polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pagi tadi, dipercayai untuk tujuan pemeriksaan terhadap badan bukan kerajaan (NGO) itu.
Pengarah Eksekutif Suaram E Nalini ketika dihubungi berkata, empat pegawai ROS dan dua anggota polis tiba kira-kira 11.15 pagi tadi meminta untuk masuk ke pejabat atas alasan ‘mahu menjalankan pemeriksaan rutin’.
“Namun kami tidak membenarkan mereka masuk ke pejabat kerana mereka hadir tanpa sebarang notis atau waran.
“Selagi tiada sebarang waran dikemukakan mereka tidak akan dibenarkan masuk,” katanya.
Suaram kemudiannya diwakili peguam Latheefa Koya dan Fadiah Nadwa Fikri yang hadir kira-kira 10 minit kemudian untuk berbincang dengan peawai tersebut.
Fadiah ketika dihubungi berkata, pegawai terbabit pada mulanya berkeras mahu naik ke premis Suaram namun berjaya dihalang selepas meyakinkan mereka perlu mempunyai waran untuk berbuat demikian.
Katanya, pegawai terbabit kemudiannya mengarahkan kakitangan Suaram mengisi satu borang ROS yang mengandungi arahan supaya menyatakan beberapan butiran termasuk jumlah kakitangan dan alat kelengkapan pejabat.
Namun Fadiah berkata anak guamnya enggan mengisi borang tersebut kerana Suaram berdaftar dengan Pendaftar Syarikat (ROC) di bawah Suara Inisiatif Sdn Bhd dan bukannya ROS.
“Nalini cuma mengisi dalam ruangan “Nota” dibahagian terakhir borang yang menegaskan Suaram adalah NGO berdaftar dan mematuhi piawaian daripada pemeriksaan berkala ROC.
“Maka tiada keperluan untuk Suaram mengisi borang ROS.
“Polis dan pegawai ROS kemudiannya meninggalkan premis kira-kira 1 tengahari tadi selepas berpuas hati dengan penjelasan kami. Tiada sebarang kekerasan atau kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.
Kedatangan ROS itu dipercayai berkaitan keputusan kerajaan yang mahu menyiasat dakwaan NGO itu menerima dana asing daripada National Endowment for Democracy (NED).
NED, yang diasas pada tahun 1983 dikatakan bergerak sebagai topeng CIA dan berselindung di sebalik pertubuhan bantuan amal untuk projek ‘demokrasi’.
NED turut dikaitkan dengan ‘penyangak mata wang’ antarabangsa yang menyebabkan krisis ekonomi Asia Tenggara pada tahun 1997, George Soros.


lagi berita kat sini
Photobucket

UMNO Perlis Bergolak

on




PETALING JAYA: Perlis bakal terlepas ke tangan pembangkang jika kemelut dalaman kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohd Isa Sabu gagal diselesaikan menjelang pilihan raya umum ke 13.
Umno negeri hampir berpecah dua antara kumpulan Mohd Isa dan Shahidan selepas pilihan raya umum 2008.
Sebahagian besar calon pilihan Shahidan digugurkan dan ramai muka baru diketengahkan. Shahidan yang menjadi Menteri Besar sejak tahun 1990 digantikan dengan Mohd Isa.
Beberapa pemimpin Umno negeri terutama dari kumpulan Shahidan telah berulang kali menyatakan kebimbangan ini.
Kini kedua-dua kumpulan sedang merebut `ehsan’ dari Datuk Seri Najib Tun Razak supaya orang mereka dicalonkan bertanding dalam pilihan raya umum ke 13.
Bertemu Najib
Mohd Isa disokong  dua orang bekas menteri iaitu Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Azmi Khalid, manakala Shahidan disokong oleh Ketua Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin dan bekas Ketua Penerangan negeri, Datuk Hashim Suboh.
“Kumpulan Sahidan menemui Najib di Putrajaya dua minggu selepas hari raya, manakala kumpulan Mohd Isa beberapa hari kemudian.
“Masing-masing mengatakan mereka yang terbaik. Terpulang kepada Najib untuk memilih mana yang terbaik,” kata seorang pemimpin Umno negeri.
Manakala PAS negeri telah menyelesaikan pemilihan calonnya manakala pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Rakyat juga telah selesai.
Parti itu mendakwa perpecahan Umno disedari  bukan sahaja Najib tetapi timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terpaksa  datang beberapa kali ke Perlis.
PAS kini menguasai dua kerui negeri iaitu Simpang Empat dan Sanglang tetapi BN menang 13 kerusi.


FMT
Photobucket

Bekas Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah sertai PKR

on





Bekas Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Douglas Lind, turut mengisytihar penyertaannya dalam KEADILAN, kata Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Ignatius Darell Leiking.

Katanya, penyertaan Douglas yang juga seorang peguam terkenal dibuat serentak dengan pengisytiharan Ibrahim Menudin menyertai KEADILAN Sabtu lalu.
 

“Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Harris Salleh di era pemerintahan Parti Berjaya,” katanya kepada Keadilan Daily.
 

Selepas negara gempar dengan pengisytiharan dua Ahli Parlimen keluar BN bulan lalu, dua lagi tokoh tempatan Sabah meninggalkan Umno dan menyertai KEADILAN.
 

Mereka ialah bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah, Ibrahim Menudin dan Yahya Lampong.
 

Ibrahim, seorang tokoh korporat terkenal di Sabah adalah antara pemimpin tempatan yang terlibat dalam membawa masuk parti itu ke negeri berkenaan.
 

Pengumuman itu dibuat di hadapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan pemimpin utama parti di Kampung Tanjung Aru, Labuan.
 

Penyertaan Yahya pula diumumkan Anwar pada sambutan Hari Malaysia ke-49 di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran dan disaksikan 10,000 rakyat negeri itu.
 

Perkembangan ini tentunya memberi tamparan hebat terhadap Umno BN selepas Ahli Parlimen Beafourt, Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing mengisytihar sokongan kepada Pakatan Rakyat.
 

Mengulas lanjut, Darell berkata, penyertaan berterusan pimpinan Umno Sabah menyokong Pakatan Rakyat membuktikan parti BN bakal tenggelam pada pilihan raya umum ke-13.
 

“Jika pengasas Umno pun keluar parti, ini menunjukkan parti ini bakal ditolak rakyat termasuk ahli dan pemimpin mereka sendiri.
 

“Mesej yang disampaikan Ibrahim Menudin sangat penting, tinggalkan Umno kerana rasuah kian busuk dalam parti itu,” katanya.
 

Darell berkata, Ketua Menteri Sabah hingga kini juga terpalit dengan skandal rasuah dan salah guna kuasa tapi dikekalkan oleh Najib .
 

“Mengekalkan pemimpin rasuah sangat memalukan. Saya seru ahli dan pemimpin Umno segera keluar dan bersama KEADILAN demi masa depan Sabah yang lebih baik.
 

“Pakatan menawar agenda lebih besar untuk rakyat melalui Buku Jingga,” katanya



Photobucket

Anwar Guna Jet Peribadi Ke Sabah, Sarawak...?

on





Khabarnya Anwar Ibrahim ketika turun ke Sabah dan Sarawak kemudian balik ke Kuala Lumpur dua hari lepas menggunakan jet peribadi. Jet itu dibekalkan oleh seseorang untuknya bagi memudah dan meringkaskan perjalanan beliau untuk menghadiri beberapa majlis parti di Sabah dan Sarawak.

Tidak mungkin untuk Anwar menyewa sendiri jet berkenaan? Sudah pasti ada individu atau tokoh korporat yang menyediakan jet itu untuk Anwar. Siapa? 

Soal naik jet peribadi ini perkara biasa bagi Anwar. Tetapi kenapa isu ini dibangkitkan ialah dalam situasi hari ini. Anwar sebagai ketua pembangkang Malaysia tidak mendpat kemudahan jet peribadi untuk berulang alik ke mana saja bagi berkempen seperti mana Najib Razak.

Najib sebagai PM mendapat kemudahan itu dan ini menjadikan pergerakannya cepat. Apa yang mungkin berlaku penyediaan jet kepada Anwar itu oleh mereka yang simpati dengan perjuangan Anwar. Mereka tidak tergamak untuk melihat Anwar naik turun AirAsia atau kapal terbang Mas yang meletihkan.

Mereka juga pastilah orang yang menyokong dan mengharapkan Anwar akan jadi PM.  

Dari sudut lain kemurahan hati mereka yang menyediakan jet berkenaan mungkin kerana dia sudah merasai bahawa selepas ini Anwar akan jadi PM. Dengan perkembangan di Sabah dan Sarawak boleh meruntuhkan UBN dan kerajaan akan datang dari Pakatan Rakyat.

Dan memang sepatutnya juga Pakatan Rakyat menyediakan jet peribadi untuk Anwar kerana cara itu juga sebagai membalas atas keseriusan Anwar dalam berjuang untuk meruntuhkan BN demi rakyat. Saya rasa tidak ada masalah kalau Pakatan Rakyat untuk menyewa jet bagi Anwar dan juga pemimpin yang lain.

Khabarnya kepulangan Anwar dengan jet peribadi jenis F Jet itu turut sama dinaiki oleh pemimpin Pas. Saya hendak tanya dalam tempoh berada dalam penerbangan itu apakah yang penumpang jet itu bincangkan atau sebaik duduk di seat terus tidur kerana keletihan kerana itulah pertama kali merasai terbang dengan jet peribadi? 


mso
Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List