BERDIRI BULU ROMA....NIK AZIZ DI MASJID PUTRAJAYA.....

on Apr 26, 2013







Suasana lepas solat jumaat d masjid besi, putrajaya  SUMBER




Sesuatu Yang Tak Pernah Berlaku Di Masjid Sultan Mizan Putrajaya, Kini Berlaku Sebentar Tadi. Selesai Solat Jumaat, Orang RAmai Tidak Meninggalkan Masjid, Malahan Mengerumuni Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Para Jemaah Berselawat Dan Melaungkan Takbir Berulang Kali. Tak Kurang Juga Ramai Yang Merakamkan Saat2 Indah Itu Dengan Kamera Telefon Mereka. Subhan-Allah!















BIAR GAMBAR BERBICARA!!!!!!

Sebaik saja selesai solat Jumaat di Masjid Besi, Putrajaya hari ini 26hb April 2013 hampir semua jemaah bila mendapat tahu akan kehadiran Mursyidul Am PAS TGNA dan calon PAS/PR Dato' Hj Husam Musa berada sama dalam masjid berkenaan, terus menyerbu kearah kedua pemimpin ini untuk bersalaman.

Satu suasana yang cukup menyentuh kalbu dan mengharukan sekali.

Sayugia diingat, majoriti jemaah adalah kakaitangan kerajaan yang bertugas di Putrajaya.

Apakah reaksi spontan jujur lagi ikhlas para warga Putrajaya terhadap TGNA dan Husam Musa menandakan tidak mustahil calon PAS/PR Parlimen P100 Putrajaya, Dato' Hj Husam Musa, akan memenangi parlimen ini?

Jawapannya ialah....Ins'y Allah, harapan cukup cerah sekali.


Photobucket

Bukan RTM dan TV sahaja mak bapa depa punya, tapi juga jalanraya!

on





Demi BN... Walaupun dalam keadaan hujan semangat anak muda ini tidak luntur terus membawa bendera Barisan Nasional untuk dipasang di sekitar Seksyen 2, di sini hari ini. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI Gambar  Artikel Penuh

Itulah kata-kata pujian yang dinukilkan oleh pencacai Umno/BN walaupun kita semua menyedari bahawa mangkuk ini dan yang yang sewaktu dengannya buat kerja sebegini adalah semata-mata kerana mendapat upah.

Dengan mendapat RM3.00 untuk memasang satu bendera, mangkuk ini sanggup membahayakan dirinya sendiri dengan aksi menunggang motor menggunakan sebelah tangan sambil mengendung beberapa batang buluh bendera BN tanpa memakai topi keledar.

Aku tak kisah kalau mangkuk ini kojol di tengah jalan raya kerana tidak memakai helmet keselamatan dan aksi 'stunt' atau 'setan' ikut suka dia. Tapi apa yang kita hiraukan ialah keselamatan pengguna jalanraya yang lain.

Sikap sombong dan angkuh, seolah-olah jalanraya tu mak bapak dia yang punya, persis perilaku pemimpin Umno/BN sendiri yang buat segala-galanya yang ada dalam Malaysia ini, macam mak bapak depa punya! 




Photobucket

AKHIRNYA NAJIB MENGAKU JUA..........

on







Photobucket

Kenapa saya mahu kerajaan baru PR...?

on




BN mengamalkan budaya takut. Asyik diulang hanya BN yang boleh memerintah. Siapa bersuara, disuruh keluar Malaysia.
Kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang memerintah terlalu lama telah menyekat bukan sahaja kebebasan bersuara rakyat, malahan kebebasan berfikir rakyat. Kesemua idea dan cara BN dianggap tepat dan tidak boleh dipersoalkan walaupun yang diminta hanyalah penjelasan, belum pun dibuat bantahan.
Media massa dimonopoli jadi berat sebelah, pandangan daripada golongan pembangkang mahupun golongan professional yang arif tentang sesuatu perkara tersebut tidak boleh disiarkan langsung.

Generasi tua kini terperangkap dengan sejarah dan legasi pemimpin Umno dan BN yang lama. Pembangkang digambarkan umpama golongan penjenayah yang mahu menghancurkan apa yang dibina oleh pemimpin-pemimpin lama yang berjasa.

Hakikatnya, pemimpin Umno/BN sekarang bukan muka-muka yang sama dan mengamalkan cara pentadbiran yang sama. Itu sahaja. Sejarah memang benar tapi realiti hari ini juga benar.

Generasi muda dipupuk dan diajar hanya untuk mematuhi bulat-bulat idea-idea kerajaan. Golongan muda hanya diajar memberi pendapat hal-hal selain politik sahaja. Mahasiswa dah tak boleh berfikir sendiri, tiada pendapat sebab belajar hanya untuk markah peperiksaan, hanya untuk jadi pekerja-pekerja.

Sesiapa ada idea-idea yang berlawanan dengan “aspirasi” kerajaan dianggap salah, terpesong dan dipergunakan oleh “pihak-pihak tertentu”. “Listen, listen, listen”, kata seorang penyokong BN.
Disuruh ikrar tidak akan membuat demonstrasi jalanan. Lupa sejarah Umno dan BN sendiri yang merdeka melalui demonstrasi jalanan. Isu-isu semasa jadi tak penting. CGPA bagus tapi itupun pengetahuan graduan masih lemah, isu-isu semasa tidak tahu dan bahasa Inggeris lemah.

Ramai yang bercakap rojak. Bahasa Melayu lemah, Bahasa Inggeris pun lemah. Majikan kata graduan tiada kemahiran untuk bekerja. Universiti dipersalahkan.

BN telah mengamalkan budaya buli dan membalas dendam kepada golongan yang membantah. Pensyarah universiti, ulama, golongan professional dan penjawat awam yang beri pandangan selain idea-idea kerajaan akan dibuli sampai tak naik pangkat, dimalukan sampai terpaksa berhenti.

Tak minat politik akhirnya masuk politik. Kawasan yang tidak mengundi BN tetapi berada dalam kerajaan negeri atau wilayah bawah BN, geran akan disekat, jalanraya tidak akan diturap, walaupun itu tanggungjawab majlis daerah/perbandaran sebab penduduk disitu tidak undi BN.

Bila kempen, dituduh parti pembangkang tak buat kerja walaupun bajet untuk jalanraya, perparitan tu ada kat kerajaan tempatan.

Budaya takut

BN juga telah mengamalkan budaya takut. Asyik diulang hanya BN yang boleh memerintah. Siapa bersuara, disuruh keluar Malaysia. Hak dan ketuanan Melayu/Bumiputera dijadikan sandaran.

“Kalau tak undi BN, DAP akan hapuskan hak Bumiputera”. “Umno sahaja yang boleh jaga hak Bumiputera” walaupun hak Bumiputera dah ada dalam perlembagaan Malaysia.

“PAS tidak boleh”, “PKR tidak boleh” walaupun ramai Melayu dalam Pakatan Rakyat sekarang.

Sebenarnya, Umno jaga Melayu yang tertentu sahaja. Melayu yang kenal menteri-menteri. Mereka dapat dulu apa saja projek-projek kerajaan. Tak semua bagus pun. Biasa kerja tak sempurna dan terbengkalai.

Tiada integriti dalam pemilihan. Tidak bagus pun tidak apa asalkan Bumiputera. PKR tadbir Selangor dah lima tahun, keadaan lebih baik dari dulu dan bekas MB Selangor Khir Toyo masuk penjara.

Budaya takut ini dah menular berdekad-dekad. Hari ini dah tak mula berkesan, jadi dimulakan budaya rasuah. Beri rakyat miskin BR1M RM500, bantuan persekolahan RM100 setahun sekali dan lain-lain lagi tapi rakyat miskin dijualkan barangan runcit yang kurang berkualiti dengan harga murah di Kedai Rakyat 1Malaysia.

Klinik 1Malaysia pun tak ada doktor. Hinanya jadi orang miskin. Patutnya punca-punca harga barangan mahal dan kos sara hidup yang tinggi yang perlu dikaji dan diselesaikan.

Tetapi, pemimpin BN macam Raja Nong Chik Zainal Abidin kekalkan faedah pinjaman perumahan PPR 6.5% sebab bezanya cuma RM80 sahaja walaupun rumah PPR untuk yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.

Rakyat nak ubah kehidupan pun makin sukar. Jalan keluar kemiskinan ialah pendidikan tinggi tetapi pendidikan dah dikomersilkan. Tempat-tempat di universiti awam tak cukup tapi yang dibina berleluasa ialah universiti-universiti swasta.

Majoritinya bangunan kecil tak cukup kemudahan tapi bayar mahal. BN suruh pinjam PTPTN tapi graduan kena bayar balik pinjaman PTPTN pada kadar faedah 3%. Sepatutnya diubah menjadi seperti pinjaman bolehubah tanpa faedah MARA. Pendidikan percuma itu memang cabaran terbesar kalau nak buat tapi tak mustahil.

Sekarang rakyat golongan menengah turut hidup susah. Harga rumah tidak dikawal. Rumah mampumilik baik yang dibina kerajaan ataupun swasta terletak jauh berpuluh batu dari tempat kerja dibandar.

Kalau beli rumah kawasan ini, perjalanan harian ke tempat kerja kena bayar tol lagi, kos petrol, harga kereta pun dah termasuk cukai yang tinggi dan jalanraya tidak pun diselenggara selalu, cuma sebelum pilihan raya.

Kenapa tak contohi Singapura? Kerajaan yang membina rumah kos rendah dan sederhana manakala pemaju swasta bina rumah kos mewah. Kerajaan perlu ada hak lebih utama untuk kawasan yang berdekatan bandar sebab itu tempat kerja.

Di Singapura, flat-flat HDB dan kondo mewah boleh berada di kawasan yang sama. Jalanraya diturap selalu. Bas-basikut jadual tepat. Ada MRT. Kita baru nak bina. Jakarta pun baru nak bina MRT. Kita lambat ke Jakarta yang cepat maju?

Duit rakyat

Bila dipersoalkan semua itu, kita dituduh tidak bersyukur. Dihalau agar keluar Malaysia dan dimarahi, “Kenapa ambil juga pemberian BN kalau tak sokong BN? BN baik sebab beri kepada rakyat termasuk penyokong pembangkang.”

Sedarlah, itu duit rakyat, hasil dari negara milik rakyat, bukan kerajaan. Semua yang diberi oleh kerajaan adalah hak rakyat dari awal lagi. Rakyat patut ambil. Kerajaan hanya mentadbir.

Rakyat berhak memilih pemimpin mereka sendiri jika mereka tidak bersetuju dengan pentadbiran negara dan pembahagian hasil negara.

Negara kita negara membangun dan moden, tidak cukup dengan keperluan asas sahaja. Bukannya tidak bersyukur tetapi kita perlu maju sesuai dengan apa yang kita ada. Negara kita bukan negara miskin.

BN turut menimbulkan budaya kejayaan seseorang rakyat bergantung kepada siapa yang kita kenal. Pertama kali majoriti rakyat dengar perkataan kronisme ialah masa Perhimpunan Agung Umno pada tahun Anwar dipecat.

Kita baru tahu masa tu tapi sebenarnya dah lama. Projek-projek besar kerajaan diserahkan kepada menteri-menteri dan kenalan-kenalan kerajaan dan bukannya orang yang paling layak.

Rakyat hanya dibantu untuk industri-industri kecil dan sederhana melalui agensi-agensi kerajaan seperti SME Bank, AgroBank, FAMA, Tekun, MARA,PUNB dan sebagainya. Melayu-Melayu marhaen diminta berniaga kedai dobi, salon, kedai runcit, restoran dan yang kecil-kecil sahaja.

Projek besar macam Projek Ternakan Lembu NFC diberikan kepada golongan menteri dan keluarganya dan bukan golongan penternak. Hampir dua dekad, permit-permit teksi diberikan kepada syarikat-syarikat milik menteri dan kenalan kerajaan dan bukannya pemandu teksi yang miskin. Pemandu teksi perlu sewa permit tersebut. Ini yang dipanggil “rent seeking”.

Permit nak jual kereta pun dikawal. Kalau dia jual Mazda, dia seorang je. Kalau dia jual Hyundai, dia seorang je tapi NAZA dapat majoriti permit jualan kereta di negara kita. Hinanya ia dilakukan oleh pemimpin yang rakyat telah undi.

Akibatnya, BN yang mengawal peluang kekayaan. Ada juga yang membidas, nanti kerajaan baru pun begitu juga. Mana kau tahu?

Pilih semula atau tukar

Contoh yang lain, jual gula tak perlu permit. Gula bukan macam teksi yang perlu dikawal. Sepatutnya siapa yang ada tanah pertanian boleh menanam tebu, proses jadi gula dan jual. Tebu bukan tanaman yang susah nak dijaga.
Permit dikuatkuasakan hanya untuk mengkayakan golongan tertentu sahaja. Kalau gula berlambak dan jadi murah sangatpun, kos makanan terproses juga akan jadi rendah. Begitu juga dengan beras. Harga barangan banyak yang akan turun.

Dulu, Mahatma Gandhi di India pun menentang British yang tak benarkan rakyat proses dan jual garam.

Namun, ada juga yang bagus. Saya sokong Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary dapat syarikat-syarikat milik Melayu dan kerajaan yang dah nak mati macam MMC, Pernas (sekarang Tradewinds), DRB-Hicom dan lain-lain dan banyak yang dah berjaya diselamatkan sebab dia usahawan asli bukan sebab dia masuk politik.

Beliau dah jadi “default choice”. Cuma sudah tiba masanya orang lain turut diberi peluang dan Tan Sri Syed Mokhtar boleh beri tunjuk ajar.

Sekarang, ketidakcekapan pemerintahan menyebabkan defisit negara tertinggi dalam sejarah.

Kos sara hidup juga tertinggi dalam sejarah. Mengundi berdasarkan fakta-fakta ini sahajapun dah cukup buat saya.

Tak perlu nak fikir pasal “sex, lies and videotape” ataupun perangai buruk penyokong-penyokong BN dan juga pembangkang.

Tak perlu fikirkan pasal Anwar pun. Lima tahun lagi kita boleh pilih semula atau tukar. Tiada parti yang “sacred”.
- Shahrulazwad Ismail, berumur 36 tahun, seorang peguam kanan dengan firma guaman sendiri di Selangor. April 25, 2013
Sumber: Free Malaysia Today



Photobucket

DR WAN AZIZAH GEMPUR MUAR

on


Dr Wan Azizah menjamu selera sebelum memulakan ceramah.


Malam tadi dua orang pemimpin Pakatan Rakyat hadir ke Muar dalam jelajah kempen sempena Pilihan Raya ke-13 yang akan berlangsung 5 Mei ini. Dato Seri Dr Wan Azizah Bt Wan Ismail telah ke Parit Keroma dan manakala Sdr Rafizi Ramli ke Parit Yusof bagi membantu kempen Calon Parlimen Muar Sdr Hizwan Ahmad. Ternyata rakyat Muar tidak lagi takut untuk sama-sama mendengar amanat yang disampaikan oleh Dr Wan Azizah apabila ribuan rakyat hadir pada malam tadi.



Kelihatan Dato Seri Dr Wan Azizah Bt Wan Ismail sedang berucap di Parit Keroma,Jln Temenggung Ahmad malam tadi. Kehadiran ramai penduduk Muar menunjukkan bahawa semangat perUBAHan yg rakyat mahukan terutamanya di Johor. 




Photobucket

MEDIA BN..... LAGI KUAT KO KUTUK LAGI BANYAK UNDI PAKATAN DAPAT.

on





Siaran Berita dalam TV milik kerajaan dan yang dimiliki oleh pihak swasta juga secara terang-terang menjalankan  propaganda  mempromosi BN-UMNO dan mengutuk parti  lawan. Terang-terang. Tanpa berselindung. Tanpa segan dan silu. Kadang-kadang apabila aku melihat keadaan sedemikian, terlintas di kepala aku tentang ‘kebodohan’ yang terserlah pada pelaku-pelaku yang melaksanakan rancangan itu. Apakah mereka tidak terfikir yang rakyat kini sudah boleh berfikir lebih hebat dan lebih matang daripada mereka yang menulis bahan berita berkenaan. Analisis rakyat di luar lebih hebat daripada analisis yang dibuat oleh penulis berita berkenan. Tak  ada rasa malu ke…….

Dalam keghairahan pihak-pihak tertentu untuk mempengaruhi rakyat untuk menyokong BN-UMNO, dipanggil pula ‘golongan bijak pandai’ tertentu untuk memberikan pandangan mereka mengenai sesuatu topik berbau politik. Maka ‘berceloteh’lah  para ‘bijak pandai’ berkenaan ‘menasihati’ rakyat, seolah-olah mereka sahajalah yang pandai dan pernah belajar di universiti dan memperolehi ijazah yang berjela-jela pulak.

Aku hairan lagi. Mengapa ‘bijak pandai’ yang sama yang sentiasa dijemput oleh pihak TV untuk memberikan pendapat. Lagi-lagi ‘ professor’ itu. Lagi-lagi ‘professor’ ini. Aku bertanya diri aku. Professor beberapa kerat ini saja kah yang pandai dan yang wujud di bumi Malaysia ini. Apakah professor yang berlambak-lambak di pusat pengajian tinggi yang lain itu bodoh-bodoh belaka ke? Ataupun mungkin agaknya ‘ professor’ inilah yang telah menulis ratusan kertas kerja yang pernah beberapa kali dibentangkannya di persidangan anatara bangsa di luar negara. Ataupun mungkin segelintir ‘professor’ dan bijak pandai ini sentasa dijemput oleh pihak TV disebabkan mereka pernah dianugerahkan Nobel Laureates, yang kita tak tahu.

Aku terpaksa tulis komen yang sebegini  disebabkan pihak TV milik kerajaan Malaysia ini secara berleluasa bertindak seolah-olah rakyat Malaysia kini dalam keadaan yang cukup bodoh, tongong, tengin, bangang dll. Untuk pengetahuan pihak yang berkenaan, rakyat sebenarnya sedang memerhatikan gelagat ‘tuan-tuan’ semua. Rakyat sebenarnya sudah cukup muak dengan sikap yang ‘tuan-tuan’ tunjukkan. Memperbodohkan rakyat seolah-olah rakyat diluar masih bodoh….

Berita yang berunsur fitnah terhadap DS Anwar Ibrahim hampir setiap malam ditayangkan melalui TV milik kerajaan. Apakah pihak yang bertanggungjawab ‘buta perut’ benar, sampai tidak mampu untuk memikirkan bahwa sebenarnya rakyat sudah tidak lagi mengikuti siaran Berita yang dipancarkan melalui TV kerajaan. Sebenarnya penayangan video lucah dan memburuk-burukkan DS Anwar Ibrahim sebenarnya akan ‘memakan diri’  pihak UMNO-BN sendiri. Hanya penonton yang  sudah ‘ meletakkan jawatannya sebagai seorang yang cerdik’ sahaja yang percaya dan mengagungkan apa yang dilakukan oleh pihak TV dan akhbar berkenaan.




Photobucket

ANAK KANDUNG ANAK ANGKAT....UMNO-BN SEOLAH-OLAH TEWAS SEBELUM BERTEMPUR

on






Ceramah umum di Segamat Johor semalam (24 April  2013 ) dihadiri kurang lebih 20,000 orang. Ada yang mengatakan 30,000 orang. Tak apa ler. Maknanya puluhan ribulah yang hadir. Bagi negeri Johor, jumlah ini luar biasa bagi ceramah anjuran pihak pembangkang. Dikatakan Johor adalah kubu kuat UMNO semenjak dari dulu. Kalau  diukur dari segi kehadiran, maknanya kubu kuat UMNO sudah ditembusi. Dan kalau kubu kuat UMNO pun sudah ditembusi, tempat-tempat lain akan senang ditembusi. Diandaikan begitulah.

Di Selangor pula. Apabila TS Muhammad bin Muhammad Taib, bekas Menteri Besar Selangor ( yang pernah menjadi Naib Presiden UMNO dan calon untuk Timbalan Presiden UMNO) meninggalkan UMNO kesannya bukan sedikit. TS Muhammad Taib adalah anak kesayangan orang Selangor selepas Dato Harus Idris. Tanyalah siapapun. Mereka akan setuju dengan kenyataan aku tu.

Begitu juga apabila Dato’ Kamilia Ibrahim ( Timbalan Ketua Wanita UMNO) meninggalkan parti itu akan membawa kesan negatif yang bukan sedikit kepada UMNO itu sendiri.Jadi tiga negeri yang menjadi kuat kuat UMNO ( dulu) kini sudah hampir berkecai. Walaupun pemimpin UMNO ke hulu dan kehilir berteriak mengatakan UMN-BN sebuah parti yang kuat, namun dalam hati mereka sentiasa berbisik mengatakan “ UMNO sedang nazak’

Yang disebutkan di atas adalah dua orang yang pernah menjadi pemimpin tertinggi dalam UMNO.  Yang meninggalkan UMNO kerana dipecat juga ramai. Juga akan meninggalkan kesan negatif kepada UMNO. Sekurang-kurangnya mereka dan juga pemimpin yang ada bersama mereka.

BN (UMNO) dalam tahun 2013 banyak sangat keluarbiasaanya, terutama apabila mengahdapi PRU 13. Ahli UMNO veteran banyak yang hairan melihat ‘kelaku’ UMNO-BN kini, tetapi mereka tak berani bercakap atas banyak sebab. Tak berani nak membuka mulut pun. Jadi lebih baik mereka diam. Jaga tepi kain sendiri. Moga-moga ‘periuk nasi tidak dimasukki pasir’.

‘Aku tak pernah tengok lagi UMNO sebegini” kata seorang kawan yang merupakan pendokong UMNO totok. Kawan baik aku. Dah lama dalam UMNO. Dah pernah pegang jawatan tapi kini dah ‘pencen’. Orang kaya kini. Sekarang duduk sebagai pemerhati dari luar. Memberi komen kepada aku dan biasanya ketika sama-sama pulang dari masjid.

Apakah dengan memecat 61 orang ahli UMNO bukan satu hal yang luar biasa. Aku rasa tak pernah berlaku lagi hal sebegini melainkan berlaku pada PRU 13. Pejuang UMNO cuba menyembunyi fakta ini. Pejuang UMNO cuba menutup bangkai gajah dengan nyiru. Sebenarnya hal sebegini sudah tidak boleh diempang dan disekat lagi. Di peringkat bawahan ( grassroots) sudah mula ternampak kesan negatif yang meresap ekoran daripada tindakan pucuk pimpinan itu. ‘Api sedang merebak dalam sekam’. Dalam masa beberapa hari lagi kita lihat asapnya berkepul dan terbakar.

Ahli UMNO sedang menjalankan revolusi senyap. Sesenyapnya. Pihak pembangkang pula sedang menendang dan menerajang secara terang-terangan. Nampak jelas secara mainan saikologinya, UMNO sedang melarikan diri ‘lintang pukang’. kata orang putih. 61 orang pemimpin UMNO yang dipecat itu bukan calang-calang pemimpin. Dan mereka juga mempunyai ramai pengikut. Walaupun pada luarannya menampakkan ahli UMNO yang tinggal mereka memberikan sokongan padu kepada kepimpinan UMNO tetapi sebenarnya perasaan dendam sedang membara di hati mereka. Hanya menunggu masa untuk diletupkan dan diringi dengan ungkapan kepuasan  ‘ padan muka!’…..

Apakah yang telah terjadi kepada UMNO selepas DS Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998? Kesan semertanya amat mendalam. Nyaris BN kalah dalam pilihan raya berikutnya. Untuk memulihkan keadaan, Dr. Mahathir mengambil masa yang agak lama untuk menenggelamkan pengaruh DS Anwar Ibrahim dengan bermacam-macam rancangan dan projek yang semata-mata tujuannya untuk ‘menghilangkan ‘ Anwar Ibrahim. Tidak mudah menghilangkan imej beliau di hati dan perasaan rakyat. Dan kini pengaru DS Anwar Ibrahim sudah memuncak di seluruh Malaysia. Jangan diempang, jangan disekat.  PECAH!!........

Begitu jugalah tidak mudahnya pengikut-pengikut Kamilia, Mat Taib dan pengaruh beberapa orang pemimpin UMNO lain yang dipecat.

Peristiwa calon UMNO-BN yang menarik diri dari bertanding kawasan parlimen Pasir Mas menarik perhatian banyak orang. Hairan. Luar biasa betul. Bagaimana boleh menarik diri pada saat-saat akhir atas alasan calon (yang mendapat watiqah dari BN ) itu menganggap calon yang menggantinya sebagai saudara kandung sendiri. Lebih kurang begitulah katanya.Pada pendapat aku tak berapa kenalah alasan yang diberi. Dan yang hairanya komen TV dan akhbar milik kerajaan  hampir tiada langsung tentang perkara ini, sedangkan bagi aku inilah berita yang paling besar dan paling menggemparkan menjelang PRU 13.

Tindakan ini maknanya ‘melawan arahan ketua’ ataupun ‘sabotaj’ ataupun boleh dikatakan ‘cuba menipu Presiden UMNO’. Namun begitu tidak adapun kedengaran tindakan dari mana-mana pihak terhadap perbuatan yang sebegini. Mungkin belum lagi. Yang itu aku tak tahu ler. Tetapi aku nampak isu ini cuba dilenyapkan begitu saja. Aku tak tahu apakah tindakan yang akan dan telah diambil oleh puncuk pimpinan terhadap individu tertentu.

Aku tak mahulah menyentuh secara terperinci mengenai calon bebas yang bertukar menjadi BN –UMNO yang bertanding di Kelana Jaya menentang calon Pakatan-PAS Khalid Samad. Hampir ‘seluruh Malaysia’ hairan dan terpegun bagaimana DS Najib boleh memilih calon berkenaan untuk bertanding disitu. Aku hanya mahu menyentuh perasaan ahli UMNO yang terguris kesan daripada tindakan DS Najib itu.

Pasti ramai ‘anak kandung’ UMNO akan terasa hati apabila DS Najib memberi layanan  yang cukup istemewa kepada ‘anak angkat’ yang baru saja diterima sebagai ‘anak angkat’. Apakah rasionalnya DS Najib sanggup mengenepikan ‘anak kandung’ sendiri yang telah memberikan sumbangan yang begitu  lama dalam UMNO. Dalam susah senang bersama sedangkan ‘anak angkat’ ini yang pernah suatu ketika dulu amat ‘menyusahkan’ UMNO dengan kerenah yang berbagai-bagai. Kini DS Najib seolah-olah melupakan kerenah-kerenahnya itu dan mengangkatnya sebagai ‘anak emas’.

Hati mana yang tidak terguris…..

Abuhassanadam



Photobucket

NOSTALGIA.....MAHATHIR ANTARA PUNCA PERPECAHAN ORANG MELAYU

on







Aku betul-betul terpanggil untuk menulis artikel ini selepas membaca artikel oleh Tun Dr. Mahathir dalam Malaysia Chroncles yang berjodol, “ Anwar’s fate by Dr M: He had cheated me and Umno. Memang begitu berat hati ku untuk menulis artikel sedemikian.

Bukankah telah aku tuliskan daalam beberapa artikel  bahawa sepanjang tahun-tahun 1980an, 1990an kebanyakan artikel yang aku tulis dan disiarkan dalam akhbar Berita Harian / Berita Minggu ( kadang Utusan? Mingguan Malaysia ) adalah mengenai dua orang tokoh ini. Dan kebetulan pula mereka berdua adalah pemimpin kerajaan yang berwibawa. Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan DS Anwar Ibrahim adalah sebagai Menteri Pelajaran dan kemudiannya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Keadaan mereka berdua ketika itu adalah seperti isi dengan kuku dan seperti aur dengan tebing, kata peribahasa Melayu. Memang rapat. Memang betul-betul ngam….

Rata-rata orang Melayu amat gembira melihatkan gandingan mantap Mahathir -Anwar pada ketika itu. Ketika diadakan persidangan UMNO sepanjang tahun-tahun 1980an, 1990an merupakan satu pesta tahunan bukan sahaja bagi ahli UMNO tetapi bagi orang Melayu umumnya yang datang dari jauh dan dekat, dari Perlis sampai ke Sabah untuk datang dan bertemu muka sambil mendengar ucapan pemimpin UMNO yang sentiasa diselitkan dengan lawak jenaka yang merupakan halwa telinga para perwakilan dan pemerhati pada ketika itu. Dan yang paling ditunggu-tunggu oleh para perwakilan dan pemerhati ialah ucapan penggulungan oleh DS Anwar Ibrahim dan Dr. mahathir Muhammad.

Secara peribadi aku katakan  pada  ketika itu aku amat gembira melihatkan suasana politik yang terjelma di tanah air. Perpaduan orang Melayu yang mantap dibawah payung UMNO yang dipimpin oleh dua orang pemimpin ulung. Keadaan sedemikian tidak wujud lagi kini. Malah keadaan sebaliknya yang wujud yang melukakan hatiorang Melayu. Aku yakin tidak ada siapa yang boleh menyangkal kenyataan ini.

Perpaduan orang Melayu mulai retak dan belah selepas DS Anwar Ibrahim ditangkap, dimalukan, dipukul, disiksa, dilucutkan keahliannya dalam UMNO dan dituduh dengan suatu tuduhan yang tidak boleh diterima oleh orang Melayu yang berfikrian waras – meliwat. Tidak pernah dilihat sebelum ini oleh orang Melayu suatu penghinaan sedemikian yang dikenakan ke atas seorang pemimpin bertaraf Timbalan Perdana Menteri. 

Kini telah muncul pula satu pengakuan oleh bekas pegawai khas Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Omar Abu Bakar yang mengakui terlibat secara langsung dalam rancangan konspirasi fitnah kes liwat 1 pada 1998 mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pengakuan itu dibuat secara terbuka di hadapan ribuan rakyat pada ceramah Pakatan Rakyat di Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lalu.

“Saya bersumpah saya bertanggungjawab dalam peristiwa sodomi satu (liwat I). Saya bertanggungjawab dengan Aziz Shamsudin membuat surat Umi Hafilda, menghantar kepada Daim (Zainuddin), hantar kepada Mahathir. Itulah punca sebenarnya (fitnah ini). Bermula dari situ, Anwar ditangkap, dipenjara enam tahun. Tiba-tiba dia dilepas kerana alasan dibebaskan sebab apartment yang dituduh (Anwar melakukan sodomi) belum ada lagi (masa itu)”
Mungkin juga Dr. Mahathir tidak terfikir bahawa kesan ke atas penghinaan ke atas DS Anwar Ibrahim itu begitu mendalam di hati orang Melayu sehingga kini.
·      Orang UMNO mula berpecah, terbahagi kepada dua. Satu memihak kepada Dr. Mahathir dan satu pihak memihak kepada DS Anwar Ibrahim..
·      Perpecahan dalam UMNO bermakna juga perpecahan orang Melayu, kerana orang Melayu ramai yang menganggotai UMNO pada ketika dan menganggap UMNO itu betul-betul mmeperjuangkan orang Melayu.
·      Orang Melayu betul-betul dalam dilemma. Mereka sayangkan kedua-dua pemimpin – Mahathir dan Anwar. Tetapi disebabkan oleh keadaan yang memaksa mereka menentukan sikap, maka dengan berat hati mereka terpaksa mengambil sikap memihak. Ada yang memihak kepada Anwar dan begitu juga yang memihak kepada Dr. Mahathir. Bermulanya perpecahan orang Melayu.
·      Yang memikirkan tentang ‘periok nasi’ mahu tak mahu, dengan berat hati ahli-ahli UMNO terpaksa ‘ meninggalkan ‘ Anwar dan menjadi pengikut taat setia kepada Dr.Mahathir, walaupun dalam hati dan perasaan mereka sentiasa mengatakan bahawa ‘ Anwar tidak bersalah…”

Persidangan UMNO selepas tahun 1998 tidaklah semeriah persidangan sebelumnya. Orang Melayu telah berpecah. Ahli UMNO yang menyokong Anwar sudah tidak lagi berminat untuk menghadhiri persidangan UMNO kerana mereka telah dianggap sebagai orang luar walaupun menerusi keringat dan jerih payah dan pengorbanan mereka tolong membangunkan  UMNO itu. 

Walaupun DS Anwar sudah beberapa kali menyatakan yang beliau akan memaafkan Dr. Mahathir  di atas kesilapan dan kesalahannya, namun Dr. Mahathir masih menaruh dendam kesumat ke atas DS Anwar Ibrahim. Mengapa? Ini yang menyebabkan kebanyakan rakyat terutamanya orang Melayu tidak faham dengan sikap Dr. Mahahthir yang seharusnya tidak bersikap demikian terutamanya dalam keadaan usia beliau yang sudah begitu lanjut. Dan sepatutnya dia bermaaf-maafan dan melupakan apa saja perselisihan yang telah lalu.


ABU HASAN ADAM

Photobucket

UMNO Sedang Merancang Penipuan Undi...?

on





Best Blogger Tips


Bermula pada 25 haribulan 4 sehinga 4 haribulan . sebanyak 5buah pesawat  akan mengankut pengundi  hantu hasil projek IC Sabah untuk mengundi di Selangor bagi tujuan merampas Selangor. 

Percayalah. jika anda bertanya pihak berkenaan.. mereka akan jawab bahasa standart " itu orang semenanjung kerja di Sabah yang akan balik mengundi nanti" .. 

Cuba fikir.. mereka muka pendatang asing.. bercakap melayu tungang langang tiba2 di sponsor terbang FREE untuk mengundi dan jika ditanya.. kamu tinggal di mana.. sure tak der yang boleh jawab!!

Mereka semua ni akan mendarat di Subang airport... dan bas bas akan menanti mereka ni kemudia diletakkan ke hotel2 atau chalet2 sebelum dikerah turun mengundi ke parlimen2..dan dun2 yang ditarget untuk menang.

Namun begitu,perkhabaran yang lain menunjukkan Johor Bharu juga bakal tumbang atas sebabkan penolakan rakyat terhadap BN.. Maka kerjasama Air Asia dipanggil bagi mengankut pengundi dari Sabah ke Johor pula.. inilah skrip yang sedang dirancang oleh parti Umno yang dominan dalam BN dan sangat takut jika kalah dalam PRU 13 nanti.

Pening jugak umno nak pikir.. dahlah Sabah pon PANAS.. dok angkut2 pengundi,silap2 Sabah hilang.. begitulah dilema mereka siap bertekak pasal agihan nih.. Mana nak kaver Sabah.. mana nak rampas selangor.. mana nak pertahankan Johor ya dak?

Antara fakta yang gua dapat pintas melalui satelit puaka .. pesawat khas ini telah disewa khas oleh Mr XXXXX dan semua pembayaran ditaja oleh beliau. Antara sebab beliau merelakan buat tajaan ini kerana.. jika BN kalah.. maka bisnesnya pasti terkubur.. Semua skandal pasti dibongkar.. Jadi untuk menyelamatkan diri dan pemimpin umno dari kalah.. maka mereka kini salaing bantu membantu.

Berikut adalah sedikit jadual penerbangan yang BOCOR untuk tatapan korang.. gua tak boleh bocorkan semua.. kang nanti anti klimax plak .. heheh yang lain2 tu biar gua dedah sikit sikitlah ya..


Mana gua dapat jangan tanya gua.. ni part 1.. mana leh dedah semua ya dak? kalu depa kata gua ni tipu.. nanti part 2 gua lepas sikit lagi bukti... he he he..

 

Zul Nordin 110% yakin penuh BN akan rampas Selangor. Apa hujah beliau kata tu untuk kata dia boleh menang jika bukan dia tahu pengundi hantu dari luar akan dibawa masuk?

Ini semua kerja JAHAT umno BN.. Sama sama kita jaga negara dari diperintah penyamun BN... Biar RAKYAT Malaysia yang memilih pemerintah.. bukan mereka yang diupah dan mengundi BN bagi memenangkan BN dengan cara TIPU !!!



SUMBER DARI SINI

Photobucket

PENGUNDI ASING ATAU PEKERJA KILANG...?

on




Tu dia.. dah sampai dah.. siapa boleh jelaskan bangla bangla ni ramai ni datang untuk apa? Apakah berbaju hijau seolah olah uniform kerja kilang ni hanya untuk "mengaburi" mata oarang ramai?

Adakah jaminan mereka ni bukan pengundi hantu?


Musim mengakut pengundi hantu dah tiba!!!

Dari Sabah turun KLIA.. bas2 disediakan..

Lokasi lokasi tu tersorok ke dalam.

Ade pengawal jaga kat jln besar arah bas2 tu masuk ke kwsn park.

Pastu berderet2 bas masuk dlm, plate sume W.

Bila masuk pusing ke kwsn park tu, ade lebey kurg 12 biji bas. Bas persiaran..

Sebelum ni tak ada pun bas2 ni parking kat sana..

Mencurigakan.. kemungkinan ini bas2 yang akan tunggu penumpang pengundi hantu.

Mohon sesiapa yang dekat sana tolong check!

Lokasi die, tpk psr mlm pekan salak lame, antara pekan yg dkt dgn KLIA .

Tak Nak BN....#TumbangBN #No2BN
PRU 13 nanti ☒ PAS ☒ PKR ☒ DAP


Jom.. Lihat gambar....








INI SEWA KHAS ... TAK PASTI SAPE YG SEWA N SPONSOR ATAU CHERITY SERVIS DR MSIA AIRLINES...
NORMAL FLT SCEDULE  SEPERTI DIBAWAH...

DEPARTURE  KUL
MH 2604 BKI 0730 
MH 2612 BKI 0825 
MH 2608 BKI 0900 
MH 2610 BKI 0920 
MH 2618 BKI 1145 
MH 2614 BKI 1255 
MH 2616 BKI 1415 
MH 2640 BKI 1530 
MH 2622 BKI 1720 
MH 2662 BKI 1810 
MH 2606 BKI 1900 
MH 2628 BKI 2005 
MH 2626 BKI 2210

TOTAL  13FLT



DEPARTURE BKI
MH 2637 BKI 0830
MH 2603 BKI 0945
MH 2619 BKI 1035
MH 2613 BKI 1220
MH 2605 BKI 1310
MH 2641 BKI 1410
MH 2621 BKI 1510
MH 2611 BKI 1540
MH 2607 BKI 1605
MH 2609 BKI 1940
MH 2617 BKI 2005
MH 2631 BKI 2115
MH 2623 BKI 2300

TOTAL  13FLT

UNTUK PGETAHUAN FLT NI TIKET TIDAK DIJUAL SPERTI FLT BIASE... U ALL BOLEH TENGK KAT ATTCHMNT YANG KAT ATAS TU.

DIA ADA TULIS  CHTR FLT/NO BKGS PERMITTED  . TU MAKNENYE KAPAL NI DI CHARTER/SEWA .

SO SIAPAKAH SPONSOR? MAKLUMAT MASIH DICARI,...





SUMBER

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List