Tan Sri Tajudin Ramli Dicabar Oleh Naib Presiden Pas.....???

on Sep 28, 2010



Tuntut Suruhanjaya Diraja, jika berani, cabar PAS



Bekas pengerusi Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli sepatutnya menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja berhubung kerugian RM8 bilion yang ditanggung oleh sayrikat pesawat negara itu, jika beliau tiada apa untuk disembunyikan, kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Jika beliau berpendapat bahawa dakwaan ke atasnya berhubung kerugian itu yang dipersalahkan ke atas adalah tidak benar dan beliau tidak terlibat, saya cabarnya membuat kenyataan rasmi menuntut Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi membersihkan namanya.”

Salahuddin sehubungan itu, menggesa pengerusi Jawatankuasa Khas SPRM, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad membuka kertas siasatan berhubung kes itu.

Salahuddin yang juga mengganggotai jawatankuasa khas SPRM itu berikutan tindakan SPRM merujuk aduan eksklusif MAS kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJK), Bukit Aman.

Beliua juga mahu pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid supaya membuka kertas siasatan di bawah kuasa parlimen berhubung skandal MAS itu.

Salahuddin berkata Suruhanjaya Diraja diperlukan dalam kes ini kerana ia membabitkan tiga organisasi berprofail tinggi - Jabatan Penyiasatan Jenayah Perdagangan polis (CCID), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan MAS.

Datuk Seri Dr Rais Yatim Arah Siasat Serta Merta Kes Benjamin Stephen.

on

Kontroversi: Rais Yatim Arah Siasatan Serta Merta Di Lakukan Kepada Kes Klip Video Paderi Kristian Menghina Islam Dalam Sebuah Gereja Di Sarawak





KUALA LUMPUR, 28 Sept  - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (foto), telah mengarahkanSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia(SKMM) supaya membuat siasatan serta merta terhadap klip video dalam laman YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam. 


Rais berkata, beliau telah mengarahkan SKMM supaya merekodkan perkara-perkara yang perlu seperti masa penyiaran, kandungan suara dan simbol yang dikeluarkan oleh paderi tersebut dalam klip video itu. 


"Kita akan buat siasatan secepat mungkin di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, saya sendiri akan tentukan supaya kes ini dibawa ke perhatian pihak berkuasa secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar "Isu dan Cabaran Dalam Memulihara Arkib Audiovisual di Rantau Tropika" di sini, hari ini. 


Semalam, seorang penulis blog yang juga Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA) Zainol Abideenmendedahkan tindakan seorang paderi, Benjamin Stephen yang didakwa menghina agama Islam dan Rasulullah. 

Paderi tersebut dilaporkan menghina Islam ketika menyampaikan ceramahnya di sebuah gereja di Kuching, Sarawak baru-baru ini. Zainol dalam blognya turut meminta pihak berkuasa bertindak pantas sebelum umat Islam bertindak sendiri. 

Rais berkata, isu itu merupakan hal yang serius dan kementerian akan mengambil tindakan tidak kira di mana ia dipancarkan sama ada menerusi laman YouTube atau Yahoo, asalkan ia disiarkan di negara ini kepada pendengar dan pemerhati internet. "Saya juga akan hubungi pihak penguatkuasa supaya semua laporan dan siasatan SKMM yang dikemukakan dapat perhatian segera," katanya.

GEMPAR :- Paderi Kristian, Benjamin Stephen Yang Hina Islam Itu Adalah 'Anak Melayu' Sebenarnya.....???

on


Ini satu lagi maklumat yang sungguh mengejutkan kita sebenarnya. Sebelum ini Mufti Perak pernah mendedahkan bahawa beliau tahu berkenaan beribu-ribu remaja Melayu yang inginmeninggalkan agama Islam. Malah, kita juga banyak mendengar cerita berkenaan orang Melayu yang murtad dan kemudian menjadi"mubaligh Kristian" dibayar ganjaran lumayan sekiranya dapat menarik lebih ramai orang Melayu sertai agama tersebut. 



Malah, kita juga banyak mendengar cerita berkenaan remaja masuk gereja yang terdiri dari kalangan pelajar IPT dan juga pekerja kilang terutamanya di bandar-bandar besar di seluruh negara.Tambah memilukan, kita juga mendengar ada gadis Melayu yang tertudung litup dan berjubah rupanya sudah masuk murtad sedangkan tidak diketahui oleh ibubapa mereka. 
Kita juga ada mendengar, pendedahan beberapa orang paderi Kristian yang telah kembali kepada Islam bahawa mereka telah disiksa begitu teruk sekali akibat pengkhianatan tersebut.Semua cerita-cerita ini kita dengar menerusi cakap-cakap mulut dan email semata-mata. 
Maka kita tidak sangka rupanya memang benar cerita berkenaan orang Melayu yang murtad kemudian menjadi"Mubaligh Kristian" itu. Buktinya ialah Paderi Benjamin Stephen(foto) yang mencetuskan kontroversi apabila menghina Islam dalam gereja di Sarawak itu.

[Apakah tindakan kita sekarang, mahukah kita percaya lagi kepada pemimpin UMNO BN yang kononnya menjaga kesucian agama Islam itu agaknya?. Mahukah kita percaya kerja-kerja JAKIM, IKIM dan jabatan agama Islam itu sendiri?. 

Mahukah kita percaya lagi kepada tokoh agama Islam dalam UMNO seperti Dr.Mashitah Ibrahim, Jamil Khir Baharom, Pirdaus Ismail, Nakhakei serta lain-lainnya. Kemasukan mereka ke dalam UMNO lebih kepada mencari "kemewahan dan kebendaan" semata-mata. 

Sedangkan agama terus terpinggir dan dibiarkan "kucar-kacir" tidak tentu hala. Justeru itu marilah kita sama-sama lakukan perubahan dalam Pilihanraya Umum akan datangagar Islam itu benar terbela dan diletakkan di tempatnya. Jika dibiarkan UMNO BN terus berkuasa, nescaya apa yang kita saksikan ini pasti akan menjadi senario biasa di negara kita pada masa akan datang sebenarnya]

PDO

Baju PKR badan UMNO/BN....???

on

Dulu saya ada membaca tulisan Haji Azizi Abdullah bertajuk "Ahli PAS, baju PKR". Tulisan santai dan sinis banyak menegur sifat hipokrit sesetengah ahli-ahli PAS. Haji Azizi, pengarang novel "Seorang Tua di Kaki Gunung" pernah menjadi calon PAS menulis "sangat payah hendak membezakan yang mana PKR, yang mana orang PAS"

"Sesekali semacam hendak menyindir betapa akidah kepartian mereka sangat senang digoncang hinggut oleh pengaruh apa yang dianggap 'reformasi'" antara yang disebut oleh Haji Azizi yang sepatutnya difahami oleh ahli yang ada walaq* (Baca  sini )


* sebut aje walaq, puak-puak usrah barbikan mesti marah punya.

Cerita pasal ahli PAS berbaju PKR sudah kian hilang. Sebahagian ahli PAS sudah mulai sedar, dalam muktamar juga dijelaskan dengan panjang lebar bertapa pentingnya berada dalam jamaah Islam. Hanya tinggal beberapa orang blogger celaka yang sudah tersepit dalam arus kefahaman wadah gerakan Islam.

Pemilihan PKR 2010 telah menyerlah sifat-sifat sebenar ahli-ahli PKR yang berada didalam gabungan Pakatan Rakyat. Sebelum ini kita telah dibimbangi dengan isu Adun yang melompat, tapi isu ini hanya melibatkan orang-orang atas yang sukar kita mengetahui ahli bawahannya.

Hari ini banyak perkara yang sukar untuk kita terima sudah timbul ibarat timbulnya najis didalam aliran sungai. Busuknya akan terpias jua!!

Kita dikhabarkan tentang rampasan kuasa terhadap Bangunan Pejabat PKR secara tidak beretika pada jam 6.30 pagi 26 september 2010 dalam pemilihan Ketua Cabang PKR Semporna. Sebelum ini kita telah mendengar bertapa dasyat dan kecoh pemilihan PKR di sana sini misalnya di Kapar, Sg Petani, Merbuk, Kuala Selangor dan Klang.

Belum ada kuasa kerajaan, hanya ada sedikit habuan dalam projek kerajaan negeri mereka begaduh lebih teruk daripada UMNO/BN (Kita tak kisah UMNO pasal semua orang tahu, blogger pun menulis UMNO memang jahat dan kita tahu UMNO tu jahat)

Kalau PAS tak betul kita tegur PAS, kalau PKR tak betul kita tegur PKR, begitu juga dengan DAP. Itu sifat penulis yang sebenar. Tapi blogger celaka lebih suka menyerang kepimpinan ulama PAS bagi tujuan kebendaan. Pasal kalau ada "ulama" tak ada peluang nak kaut kekayaan dan dapat CEO!!


Saya tak terjumpa satu komen pun daripada laman Tulang Besi pasal perkara ini.

Benarlah kata Haji Azizi Abdullah;



Yang silap ialah kerana mereka terus membawa bungkusan, galasan, fail-fail malah perlembagaan Umno masuk ke pejabat PKR. Mereka membawa akta dan peraturan bisnes, penswastaan, lesen kontraktor dan slogan korporat Umno; esok mau makan siapa?



Mereka melaung ‘Reformasi’ dan ‘Keadilan’.


Tetapi pernahkah anda terfikir dan mendapat tahu, selepas mereka (terutama yang berjawatan) memasuki PKR, mereka telah bersedia duduk bersila, berhimpit sesak dalam saf mendengar tuan guru membaca kitab-kitab tentang hubbuddunya, hablumminannas. Pernahkah anda dengar setiap minggu ada usrah dari naqib-naqib?

Nasib baik pemilihan PKR tidak menunjukkan satu yang posotif, kalau tidak Wan Ji @ Al Bakistani dan gengnya ada modal untuk kempen dalam Muktamar PAS akan datang seorang ahli, satu undi untuk menjatuhkan beberapa kepimpinan yang tak disenangi. Mereka sudah sedia dengan usaha-usaha ini, untuk membentuk satu "jalur" gelombangan reformasi kononnya dalam PAS. Apa komen Wab Ji?? -- nanti Fuqaq telefon jangan layan si BatuApi..!!



BatuApi

Mat Said semakin goyah, UMNO Terengganu haru biru.....???

on

Cuti Hariraya Aidilfitri baru ni saya pulang ke Terengganu dan sempat menghadiri Ijtimak Aidilfitri Anak-anak Terengganu bersama Presiden dan kepimpinan PAS Terengganu pada Ahad, 12hb. September lepas. Tetapi saya terlepas menyertai program yang dianjurkan oleh Menteri Besar dan kerajaan Terengganu untuk Perantau pada Sabtu, hariraya kedua.

Dari cakap-cakap politik yang saya dengar semasa beberapa hari berada di Terengganu baru-baru ini, kerajaan negeri pimpinan Ahmad Said semakin goyah dalam menerajui Terengganu. Bukan sahaja pemimpin UMNO yang tidak berpuas hati, malah pegawai-pegawai kerajaan juga merungut dan tidak berpuashati


Sejak dua penggal UMNO memerintah semula negeri Terengganu, hiraki dan senioriti pegawai-pegawai TCS menjadi haru biru semula. Semasa zaman Datuk Seri Idris Jusoh memerintah Terengganu dulu, pegawai-pegawai dari Besut mendapat keutamaan. Sekarang pada era pemerintahan Datuk Seri Ahmad Said pula, pegawai-pegawai kanan kerajaan dilantik dari kalangan kawan-kawan sekolahnya dan rakan-rakannya semasa menjadi TCS (Terengganu Civil Service) dulu.

Kata seorang bekas pegawai kanan TCS yang saya temui semasa berkunjung ke rumahnya pada hariraya kedua baru-baru ini, pegawai-pegawai TCS baru menyedari bahawa kedudukan mereka pada zaman pemerintahan PAS sebelum itu adalah lebih baik berbanding dengan sekarang walaupun terdapat beberapa kelemahan dan masalah.
Di kampung-kampung pula rakyat merungut kurma dan air zamzam yang dijanjikan oleh Menteri Besar kepada rakyat tidak sampai ke tangan rakyat kerana permainan politik JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung). Belanjanya bukit sedikit, khabarnya RM8 juta duit rakyat dihabiskan untuk tujuan ini.

Terengganu Tidak Pesat Membangun di bawah BN

Kelantan negeri jiran negeri yang diperintah oleh PAS sejak 20 tahun lalu tanpa royalti minyak pun lebih pesat membangun kerana keberkatan pemerintahan ulama di sana. Kota Bharu dan seluruh jajahan lain begitu pesat membangun berbanding negeri Terengganu.
Malah kalau ada pembangunan yang dibuat, berlaku pula trajedi runtuh di sana sini kerana dilakukan secara rakus dan tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya serta tiadanya keberkatan dalam pembinaan tersebut.

Cukup memilukan bila bangunan stadium (gambar atas), sekolah, institusi pengajian tinggi, masjid, stesen bas dan berbagai lagi runtuh. Malah UMNO pun hampir runtoh di Terengganu sekarang ini. Dua kumpulan Idris Jusoh dan Mat Said saling ber’perang’ diantara satu sama lain menyebabkan rakyat Terengganu menjadi mangsanya.

Satu lagi khabar terbaru yang belum sampai kepada pengetahuan rakyat Terengganu, satu-satunya Sistem Keretapi Kerteh-Kuantan atau Kerteh-Kuantan Railway Sistem(KKRS) yang telah siap dibina dan siap beroperasi mulai 1hb. April,2004 semasa PAS memerintah Terengganu akan ditamatkan operasinya pada 1 Oktober 2010 ini.
Landasan keretapi sejauh 86km itu telah dibina oleh pihak Petronas sehingga ke Kuantan Yad bagi tujuan mengangkut barang-barang (hasil daripada pemerosesan minyak) untuk diekspot ke luar negara melalui Pelabuhan Kuantan yang terletak kira-kira 20 km dari pusat Bandar dikatakan menelan belanja sebanyak RM 800 juta ringgit.

Pembinaan landasan keretapi pada dasarnya bagi tujuan memperkenalkan sistem pengkeretapian di negeri Terengganu. Dua buah lokomotif telah dibeli dari China bagi tujuan menarik jajajaran tren dan terdapat 50 set wagon termasuk 02 BGV (Bogi Guard Van) telah disediakan dalam misi pengkeretapian di Kuantan Kerteh Railway System.

Selain dari itu untuk mengelak kesesakan jalanraya yang semakin meruncing di Kemanan. Rencana Utusan Malaysia 2006. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican menyatakan; “Satu lagi contoh sumbangan Petronas ialah landasan kereta api dari Kertih ke Kuantan yang kami bina, ia bukan sekadar membawa barang perantara ke loji dan untuk eksport tetapi juga demi keselamatan jalan raya. Tanpanya, 3,500 buah lori sehari akan menggunakan jalan raya di sana. Selain itu, jalan juga tidak rosak. Melalui kemudahan sebegini, pelabur akan datang”. Betul ke 3,500 buah lori akan berkeliaran semula dijalanraya antara Kerteh-Kuantan? 

Tidakkah ia akan menambahkan kesesakan jalan-raya khususnya di jambatan Kemaman dan Bandar Chukai.
Apa tindakan Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu dalam hal ini. Apatah lagi kawasan yang terlibat adalah di kawasan beliau sendiri. Amat malang, baru 6 tahun beroperasi dah hendak dimatkan. Apakah beliau tidak malu bila rakyat menyebut, keretapi di Terengganu ini bermula dizaman pemerintahan PAS dan berakhir di zaman BN.

Seorang pemimpin PAS Terengganu, Haji Saiful Bahari Mamat, Timbalan Pesuruhjaya PAS mengeluh dengan kejeadian ini. Katanya, inilah nasib Terengganu di bawah pemerintahan BN. Hasil minyaknya penjana ekonomi negara, tetapi Terengganu tetap menjadi negeri kedua termiskin. Adakah landasan keretapi Kerteh-Kuantan itu tidak  menguntungkan? Takkanlah Petronas membelanjakan duit rakyat sedemikian banyak hanya untuk digunakan sekadar 6 tahun. Takde kajian dibuat ke?

Manakala Haji Yahya Ali, Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu pula yang bertanggungjawab terhadap portfolio Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi ketika PAS memerintah kerajaan Terengganu pada tahun 1999-2004 berkata zaman pemerintahan Pas dahulu dah ada perbincangan kenapa perlu Kerteh-Kuantan sedangkan pelabuhan Kemaman lebih dekat separuh & kos boleh dijimatkan.

Jika ditutup pada beberapa hari lagi menjelang Oktober ini, tinggallah rakyat Terengganu bernostalgia dengan keretapi buat kali kedua. Sebelum ini, telah pupusnya pengangkutan keretapi Bukit Besi – Sura Gate. Nampaknya  memang keretapi tidak boleh kekal wujud lama dan bertahan di bumi Terengganu ini?

Ketika kabinet meluluskan pada tahun 2007 projek kereta api laju menghubungkan Kuala Lumpur-Kuantan sempena ECER bagi meningkatkan pelaburan dan industri pelancongan di Pantai Timur Semenanjung. Ia akan disambung ke Kerteh dan ke Terengganu. Sekali lagi, rakyat Terengganu boleh berkhayal untuk menikmati kemudahan keretapi di bumi Terengganu selagi mana BN memerintah Terengganu.

Detikdaily

Di Sini BUTA, Di Sana Lagi BUTA........???

on

Gambar di atas: Seorang lelaki India BUTA di pekan Masjid Tanah Melaka yang bekerja sebagai tukang urut kaki, jiwa saya tersentuh melihat tindakan baiknya semasa sedang berjalan meraba-raba dengan tongkatnya itu. 

Apabila dia terpijak sampah (tin minuman ) yang dibuang merata-rata oleh si celik, lalu dia tunduk meraba-raba mencari semula tin tersebut, dan setelah ditemuinya dia telah memijak kemet dan membuang semula tin itu jauh-jauh agar tidak menganggu orang lain yang lalu-lalang di situ . 

Surah Al-Israa. ayat 72.dan (sebaliknya) sesiapa Yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga akan buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalanNya.


Ustazcyber

TEPUK AIR DI DULANG......???

on


TEPUK AIR DI DULANG.....KAN DAH KENA BATANG HIDUNG.....

Ketika sibuk menuding jari kepada kerajaan Pulau Pinang kerana didakwa memberi bantuan kepada rakyat menggunakan hasil judi, kerajaan Pusat juga melakukan perkara sama, kata Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook, hari ini.

Beliau menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah mengakui hasil judi dikategori sebagai hasil cukai kerajaan dan dimasukkan ke akuan hasil yang mengumpulkan hasil cukai lain, untuk mengurus perbelanjaan negara.
Ketua Pemuda DAPSY Negeri Sembilan itu berkata, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek Husein juga mengakui kutipan cukai judi bagi 2009 digunakan untuk membayar  elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri  Kabinet.
“Kutipan berjumlah RM2.3 billion digunakan untuk menampung pelbagai perbelanjaan dan turut  digunakan untuk membayar gaji dan elaun pimpinan Umno Barisan Nasional,” katanya pada satu kenyataan media, hari ini.
Siew Fook mengetahui fakta berkenaan berdasarkan jawapan kedua-dua pemimpin Umno itu hasil soalannya dalam Parlimen.
Sehubungan itu, beliau membidas kenyataan Reezal Merican yang menyatakan kerajaan Pulau  Pinang menggunakan hasil judi untuk memberi bantuan kepada umat Islam, sedangkan bantuan dari hasil judi hanya disalur kepada rakyat bukan Islam manakala bantuan untuk rakyat beragama Islam disalur dari sumber halal.
"Jadi, sebahagian perbelanjaan mengurus negara dan perbelanjaan pembangunan adalah dari sumber hasil perjudian.
Sama ada ia satu penghinaan kepada umat Islam dan pemimpin Umno,  terpulanglah kepada kebijaksanaan Reezal untuk membuat kesimpulan," katanya.
Mahaza.

NUJ diharap kembalikan kewibawaannya

on




Selepas Hata Wahari, wartawan yang 15 tahun berkhidmat di bawah akhbar milikan UMNO, Utusan Malaysia, terpilih sebagai Presiden NUJ Malaysia (National Union of Journalists) pada 17 September, beliau telah mengeluarkan dua kenyataan berturut-turut.  Bermula dengan mempersalahkan Ketua dan pengarang kanan Utusan Malaysia, yang didakwanya hanya memenuhi keperluan "tuan politik" masing-masing; disusuli kemudian dengan gesaan agar Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menghentikan larangan media untuk membuat liputan.
Utusan Malaysia jelas tidak senang dengan hujah Hata yang menuding jari ke "dalam", lantas menemplaknya dengan kenyataan Presiden Kelab Veteran Utusan Malaysia, Raja Ahmad Niza Raja Ismail.  Sementara itu, kenyataan Hata Wahari membeliakkan sesetengah orang, setidak-tidaknya Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, yang tampil untuk memberi sokongan.
"Keberanian" Hata Wahari, "ketidak-senangan" Utusan Malaysia, "sorakan" Lim Kit Siang telah memperlihatkan kegagalan bekas Presiden NUJ, Norila Md Daud untuk melakukan apa-apa ketika beliau menyandang jawatan ini.  Malah, ia mencerminkan bahawa pertubuhan yang kononnya mewakili 1400 orang wartawan ini tidak mencapai apa-apa dalam misinya untuk membela kebebasan media, autonomi media dan etika profesional, untuk sekurang-kurangnya 20 tahun kebelakangan.
NUJ ditubuhkan pada tahun 1962, kononnya satu-satunya badan yang mewakili 1400 orang wartawan dalam negara, malah satu-satunya badan yang berkuasa untuk berunding dengan pihak majikan berhubung gaji dan syarat perkhidmatan, bagi pihak wartawan dalam media bahasa Malaysia, Inggeris dan Cina.
Dua tahun lagi NUJ akan menyambut ulangtahunnya ke-50, setelah setengah abad ia ditubuhkan.  NUJ secara perbandingannya lebih aktif, malah prestasinya lebih menonjol dahulu.  Prestasi yang memahat ingatan umum kebelakangan ini adalah usahanya untuk menggerakkan Kempen Anti Akta Rahsia Rasmi pada tahun 1985, bersama NGO Aliran Kesedaran Negara.  36,000 tandatangan telah dikutip dalam kempen peringkat kebangsaan ini.
Namun demikian, selepas tahun 1990, kewibawaan NUJ jelas meluntur.  Norila Daud yang baru menyerah tampuk pimpinan NUJ ialah editor Utusan Malaysia.  Tempoh jawatannya 12 tahun berturut-turut selepas beliau terpilih pada tahun 1998 tidak menunjukkan prestasi yang menonjol.
Dari tahun 1998 hingga 2001, ketika laungan "Reformasi" berkumandangan di seluruh pelusuk negara, Kementerian Dalam Negeri kerap bertindak untuk mengharamkan majalah politik, malah bahan bacaan yang diterbitkan Ahmad Lutfi Othman ketika itu menjadi sasaran utamanya.
Namun, ketika diminta wartawan untuk memberi respon terhadap tindakan KDN mengharamkan DetikNorila Daud enggan berbuat demikian atas alasan "sudah lama tidak membaca Detik", malah menambah, "Ketika saya baca dahulu, saya rasa sesetengah artikel adalah agak seimbang (well-balanced), sementara sesetengahnya lebih pro-pembangkang."  Jelas, beliau tidak faham asas kebebasan akhbar bahawa kerajaan tidak seharusnya menekan pendapat yang berbeza.
Selain meningkatkan kepentingan industri, sosial dan pengetahuan anggotanya, objektif pertama NUJ Malaysia adalah mempertahankan kebebasan akhbar, mengekalkan profesional anggotanya dan etika akhbar yang bertaraf tinggi, sebelum disusuli dengan syarat kerja yang lebih baik, dan menyelaras hubungan antara buruh dan majikan.
Namun demikian, dalam tahun-tahun kebelakangan ini, NUJ kurang menunjukkan pendirian yang jelas dalam isu kebebasan akhbar, malah tidak aktif sebagaimana pertubuhan masyarakat civil yang lain dalam usaha menggerakkan dan mempertahankan kebebasan akhbar.  Selain mewakili anggota untuk berunding dengan majikan dalam perjanjian kolektif (collective agreement), fungsi utamanya adalah mengadakan aktikiti untuk menjalin hubungan.
Dalam manifesto Hata Wahari ketika bertanding jawatan Presiden, beliau menyenaraikan lima matlamat yang ingin dicapainya dalam tempoh jawatannya.  Pertama, mendesak kerajaan untuk memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984; kedua, mendesak kerajaan menetapkan garis panduan kepada media berhubung isu agama dan perkauman; ketiga, mendesak kerajaan untuk memansuhkan peraturan pembaharuan permit setiap tahun; keempat, memberikan kebajikan kepada anggota, terutama jaminan insuran, dan kelima, menubuhkan Majlis Presiden untuk memantau sama ada akhbar melanggar etika profesional, terutama ketika mengendalikan isu perkauman dan agama.
Dua kenyataan selepas beliau menyandang jawatan Presiden, pada dasarnya selari dengan objektif penubuhan NUJ Malaysia sebermulanya, bahkan selari dengan manifestonya.  Apa yang kurangnya, kenyataannya mungkin mengundang pertikaian, bahawa beliau cuba berlaku "adil" dengan menampar muka kedua-dua BN dan PR, tanpa meneliti masalah pokok sebenarnya.
Namun demikian, untuk berlaku adil kepada Hata Wahari (gambar kanan), ini mungkin kenyataan pada permulaannya, dan diharapkan beliau akan lebih lantang, dan lebih berani dalam kenyataannya pada depan, untuk menonjolkan pendirian tegas, yang seharusnya ada pada pertubuhan wartawan.
Kami juga berharap, suara baru Hata Wahari bakal melakar wawasan dan imaginasi baru untuk anggotanya dalam NUJ Malaysia, dan kembali kepada objektif asal NUJ Malaysia apabila ia ditubuhkan.  Untuk harapan ini, anggota NUJ, malah wartawan yang lain seharusnya menggembleng sokongan untuk menjadi benteng Hata Wahari, dan membantu NUJ mengembalikan keberanian dan kewibawaannya yang tercicir.  Kita tidak seharusnya berpeluk tubuh membiarkan pahlawan terkorban bersendirian.  Jikalau itu berlaku, maka tiada lagi pahlawan yang berani akan muncul pada masa depan.

Merdekarewiew

Edaran Utusan jatuh kerana laporan berat sebelah......???

on



Hata Wahari: Edaran Utusan jatuh kerana laporan berat sebelah


Tidak mustahil akhbarUtusan Malaysia juga akan menerima nasib seperti akhbar Utusan Melayu yang kini hanya menjadi sisiapan mingguan dalam Utusan Malaysia. Mungkin satu hari nanti akhbar Utusan Malaysiaakan menjadi sisipan di dalam Kosmo yang merupakan satu lagi terbitan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad memandangkan edaran akhbar kompak itu semakin meningkat setiap tahun.


NATIONAL UNION OF JOURNALISTS MALAYSIA (NUJ MALAYSIA) merasa bimbang dengan kejatuhan edaran-edaran akhbar arus perdana (MSM) di negara ini terutama akhbar Utusan Malaysia.
Jumlah edaran akhbar Utusan Malaysia merudum dari 213,000 kepada 169,000 (-21%) dalam tempoh 2005-2009 seperti yang dikeluarkan oleh Audit Bureau of Circulations (ABC) pada 10 September lepas.
Awang Selamat dalam ruangan pojoknya yang disiarkan olehMingguan Malaysia pada Ahad lepas bagi menjawab kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz menyatakan pertumbuhan luar biasa laman-laman sesawang apatah lagi laman sosial seperti facebook dan tweeter, "memburukkan" lagi keadaan.
Awang Selamat menyatakan itu belum mengambil kira radio, televisyen dan penggunaan telefon bimbit dalam menyalurkan berita terkini menjadikan pengguna mempunyai banyak pilihan, tidak semestinya akhbar sebagaimana dahulu.
Awang Selamat juga menyatakan di Asia, banyak akhbar kategori serius seperti Utusanjatuh kecuali yang berkonsep populis, sensasi dan bacaan ringan.  Di Malaysia, banyak akhbar termasuk Utusan turut sama mengalami penurunan edaran.
Awang Selamat menegaskan walaupun edaran akhbar Utusan mengalami kemerosotan, ia harus mengambil kira jumlah pembaca menerusi versiUtusan Online.  Jika digabungkan antara edisi online dan cetak, jumlah pembaca Utusan adalah jauh lebih besar berbanding sedekad yang lalu.
Dalam hal ini, NUJ Malaysia melalui Setiausaha Agungnya, V. Anbalagan beberapa bulan lepas telah mengeluarkan kenyataan media meminta pihak pengurusan di MSM mengambil langkah-langkah drastik bagi mengatasi kejatuhan akhbar-akhbar tersebut yang sangat membimbangkan.
NUJ Malaysia berpendapat bahawa kejatuhan edaran akhbar Utusan Malaysia disumbangkan atas beberapa faktor dan kebanyakannya disebabkan polisi yang ditetapkan oleh Ketua Pengarang dan Pengarang-pengarang Kanan.
Polisi-polisi yang dimaksudkan dan ia juga bertentangan dengan amalan etika kewartawanan.
1. Laporan berat sebelah: Utusan Malaysia hanya membuat laporan yang positif sekiranya ia melibatkan kerajaan dan Barisan Nasional (BN) tetapi laporan negatif ditumpukan kepada kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat (PR).
2. Tidak memberi peluang kepada orang yang dituduh untuk menjawab dan disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia.
Dalam perkara ini, Utusan Malaysia melaksanakan polisi untuk tidak menyiarkan kenyataan balas yang dibuat oleh parti-parti politik atau individu apabila laporan negatif dibuat terhadap mereka.
Contoh terbaik ialah tidak disiarkan langsung kenyataan balas Menteri di Jabatan  Perdana Menteri, Nazri Aziz (gambar kiri) walaupun ruangan pojok Awang Selamat telah menghentam beliau.
3. Utusan Malaysia hanya menyiarkan berita-berita dan keperluan satu kaum sahaja menyebabkan pembaca-pembaca akhbar di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat Cina, India dan bumiputera lain tidak berminat untuk membaca akhbar tersebut walaupun mereka mempunyai keupayaan untuk membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia.
Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar yang menggunakana bahasa Kebangsaan sepatutnya mengambil kira juga keperluan kaum-kaum lain.
4. Peningkatan jumlah pembaca Utusan Online juga membunuh minat pembaca-pembaca akhbar terutama di kalangan orang Melayu untuk membeli akhbar Utusan Malaysia kerana mereka berpendapat bahawa buat apa membeli sekiranya boleh mendapat percuma di internet.
Peningkatan pembaca Utusan Onlinejuga tidak menyumbang pendapatan yang tinggi kepada Utusan memandangkan ia hanya mengharapkan kepada pendapatan dari iklan.
Sehubungan itu NUJ Malaysia meminta agar Ketua Pengarang dan Pengarang-Pengarang Kanan Utusan Malaysia untuk menghapuskan polisi yang tidak menguntungkan Utusan Malaysia.
Pelaksanaan berterusan polisi-polisi ini akan menyebabkan jumlah edaran akhbarUtusan Malaysia akan terus merundum pada masa-masa akan datang.
Tidak mustahil akhbar Utusan Malaysia juga akan menerima nasib seperti akhbar Utusan Melayu yang kini hanya menjadi sisipan mingguan dalam Utusan Malaysia.
Mungkin satu hari nanti akhbar Utusan Malaysia akan menjadi sisipan di dalam Kosmoyang merupakan satu lagi terbitan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad memandangkan edaran akhbar kompak itu semakin meningkat setiap tahun.

*Kenyataan media oleh Hata Wahari selaku Presiden NUJ Malaysia.

'Pak Belang' muncul dalam kebun..........???

on

FELDA BUKIT JALOR – Seorang isteri peneroka, Aminah Abdul Majid, 60, berasa begitu terkejut dan tergamam apabila melihat susuk tubuh 'Pak Belang' melintasi kawasan kebun getahnya, dekat sini, Sabtu lalu. 

Aminah berkata, dia yang ketika itu sedang menoreh getah kira-kira jam 9 pagi bersyukur kerana terselamat walaupun jarak dengan 'Pak Belang' itu kira-kira dua batang pokok getah di kebun berkenaan. 

Menurutnya, kejadian yang pertama kali berlaku sepanjang 40 tahun menetap di Felda Bukit Jalor itu begitu pantas dan harimau tersebut agak besar iaitu separas pinggangnya. Namun, suaminya yang turut berada di dalam kebun tersebut tidak berkesempatan untuk melihat 'Pak Belang' tersebut. 

"Sebelum ini pernah juga saya terdengar ada penoreh yang ternampak harimau tersebut di sini tetapi saya tidak ambil peduli kerana tidak pernah lagi ternampak. Bagaimanapun, kejadian pada hari ini membuatkan saya berasa takut untuk menoreh getah. 

"Malah, jika sebelum ini saya pernah juga terjumpa dengan babi hutan yang besar namun rasa takut itu tidaklah seperti sekarang," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, kelmarin. 

Sementara itu, suaminya, Mohd Zin Jonet, 65, berkata, sejurus selepas kejadian, dia ada mendengar isterinya memekik, namun mengagak isterinya itu hanya menakut-nakutkan kera yang ada di dalam kebun. 

Bagaimanapun menurutnya, dia pergi juga melihat isterinya dan begitu terperanjat apabila dimaklumkan terdapat harimau yang melintas di kawasan kebun berkenaan. 

“Saya terus mengajak isteri balik dan memaklumkan kepada ketua blok. Akhirnya kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dihubungi dan datang memantau aduan. 

Manakala, Ketua Pejabat Perhilitan Daerah Gemas, Sobri Abd Latif berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu kira-kira jam 12 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 1 petang. 

Menurutnya, seramai dua kakitangan Perlihitan telah turun dan kira-kira 12 peneroka Felda bersama-samanya melihat kesan dan jejak yang didakwa ditinggalkan oleh harimau terbabit. 

“Bagaimanapun, kesan dan jejak berkenaan berkemungkinan adalah jejak babi hutan. Namun, kita tetap akan mengambil serius aduan ini dan akan meningkatkan lagi pemantauan dari masa ke semasa,” katanya.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List