Datuk Seri Dr Rais Yatim Arah Siasat Serta Merta Kes Benjamin Stephen.

on Sep 28, 2010

Kontroversi: Rais Yatim Arah Siasatan Serta Merta Di Lakukan Kepada Kes Klip Video Paderi Kristian Menghina Islam Dalam Sebuah Gereja Di Sarawak





KUALA LUMPUR, 28 Sept  - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (foto), telah mengarahkanSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia(SKMM) supaya membuat siasatan serta merta terhadap klip video dalam laman YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam. 


Rais berkata, beliau telah mengarahkan SKMM supaya merekodkan perkara-perkara yang perlu seperti masa penyiaran, kandungan suara dan simbol yang dikeluarkan oleh paderi tersebut dalam klip video itu. 


"Kita akan buat siasatan secepat mungkin di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, saya sendiri akan tentukan supaya kes ini dibawa ke perhatian pihak berkuasa secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar "Isu dan Cabaran Dalam Memulihara Arkib Audiovisual di Rantau Tropika" di sini, hari ini. 


Semalam, seorang penulis blog yang juga Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA) Zainol Abideenmendedahkan tindakan seorang paderi, Benjamin Stephen yang didakwa menghina agama Islam dan Rasulullah. 

Paderi tersebut dilaporkan menghina Islam ketika menyampaikan ceramahnya di sebuah gereja di Kuching, Sarawak baru-baru ini. Zainol dalam blognya turut meminta pihak berkuasa bertindak pantas sebelum umat Islam bertindak sendiri. 

Rais berkata, isu itu merupakan hal yang serius dan kementerian akan mengambil tindakan tidak kira di mana ia dipancarkan sama ada menerusi laman YouTube atau Yahoo, asalkan ia disiarkan di negara ini kepada pendengar dan pemerhati internet. "Saya juga akan hubungi pihak penguatkuasa supaya semua laporan dan siasatan SKMM yang dikemukakan dapat perhatian segera," katanya.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List