Mat Said semakin goyah, UMNO Terengganu haru biru.....???

on Sep 28, 2010

Cuti Hariraya Aidilfitri baru ni saya pulang ke Terengganu dan sempat menghadiri Ijtimak Aidilfitri Anak-anak Terengganu bersama Presiden dan kepimpinan PAS Terengganu pada Ahad, 12hb. September lepas. Tetapi saya terlepas menyertai program yang dianjurkan oleh Menteri Besar dan kerajaan Terengganu untuk Perantau pada Sabtu, hariraya kedua.

Dari cakap-cakap politik yang saya dengar semasa beberapa hari berada di Terengganu baru-baru ini, kerajaan negeri pimpinan Ahmad Said semakin goyah dalam menerajui Terengganu. Bukan sahaja pemimpin UMNO yang tidak berpuas hati, malah pegawai-pegawai kerajaan juga merungut dan tidak berpuashati


Sejak dua penggal UMNO memerintah semula negeri Terengganu, hiraki dan senioriti pegawai-pegawai TCS menjadi haru biru semula. Semasa zaman Datuk Seri Idris Jusoh memerintah Terengganu dulu, pegawai-pegawai dari Besut mendapat keutamaan. Sekarang pada era pemerintahan Datuk Seri Ahmad Said pula, pegawai-pegawai kanan kerajaan dilantik dari kalangan kawan-kawan sekolahnya dan rakan-rakannya semasa menjadi TCS (Terengganu Civil Service) dulu.

Kata seorang bekas pegawai kanan TCS yang saya temui semasa berkunjung ke rumahnya pada hariraya kedua baru-baru ini, pegawai-pegawai TCS baru menyedari bahawa kedudukan mereka pada zaman pemerintahan PAS sebelum itu adalah lebih baik berbanding dengan sekarang walaupun terdapat beberapa kelemahan dan masalah.
Di kampung-kampung pula rakyat merungut kurma dan air zamzam yang dijanjikan oleh Menteri Besar kepada rakyat tidak sampai ke tangan rakyat kerana permainan politik JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung). Belanjanya bukit sedikit, khabarnya RM8 juta duit rakyat dihabiskan untuk tujuan ini.

Terengganu Tidak Pesat Membangun di bawah BN

Kelantan negeri jiran negeri yang diperintah oleh PAS sejak 20 tahun lalu tanpa royalti minyak pun lebih pesat membangun kerana keberkatan pemerintahan ulama di sana. Kota Bharu dan seluruh jajahan lain begitu pesat membangun berbanding negeri Terengganu.
Malah kalau ada pembangunan yang dibuat, berlaku pula trajedi runtuh di sana sini kerana dilakukan secara rakus dan tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya serta tiadanya keberkatan dalam pembinaan tersebut.

Cukup memilukan bila bangunan stadium (gambar atas), sekolah, institusi pengajian tinggi, masjid, stesen bas dan berbagai lagi runtuh. Malah UMNO pun hampir runtoh di Terengganu sekarang ini. Dua kumpulan Idris Jusoh dan Mat Said saling ber’perang’ diantara satu sama lain menyebabkan rakyat Terengganu menjadi mangsanya.

Satu lagi khabar terbaru yang belum sampai kepada pengetahuan rakyat Terengganu, satu-satunya Sistem Keretapi Kerteh-Kuantan atau Kerteh-Kuantan Railway Sistem(KKRS) yang telah siap dibina dan siap beroperasi mulai 1hb. April,2004 semasa PAS memerintah Terengganu akan ditamatkan operasinya pada 1 Oktober 2010 ini.
Landasan keretapi sejauh 86km itu telah dibina oleh pihak Petronas sehingga ke Kuantan Yad bagi tujuan mengangkut barang-barang (hasil daripada pemerosesan minyak) untuk diekspot ke luar negara melalui Pelabuhan Kuantan yang terletak kira-kira 20 km dari pusat Bandar dikatakan menelan belanja sebanyak RM 800 juta ringgit.

Pembinaan landasan keretapi pada dasarnya bagi tujuan memperkenalkan sistem pengkeretapian di negeri Terengganu. Dua buah lokomotif telah dibeli dari China bagi tujuan menarik jajajaran tren dan terdapat 50 set wagon termasuk 02 BGV (Bogi Guard Van) telah disediakan dalam misi pengkeretapian di Kuantan Kerteh Railway System.

Selain dari itu untuk mengelak kesesakan jalanraya yang semakin meruncing di Kemanan. Rencana Utusan Malaysia 2006. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican menyatakan; “Satu lagi contoh sumbangan Petronas ialah landasan kereta api dari Kertih ke Kuantan yang kami bina, ia bukan sekadar membawa barang perantara ke loji dan untuk eksport tetapi juga demi keselamatan jalan raya. Tanpanya, 3,500 buah lori sehari akan menggunakan jalan raya di sana. Selain itu, jalan juga tidak rosak. Melalui kemudahan sebegini, pelabur akan datang”. Betul ke 3,500 buah lori akan berkeliaran semula dijalanraya antara Kerteh-Kuantan? 

Tidakkah ia akan menambahkan kesesakan jalan-raya khususnya di jambatan Kemaman dan Bandar Chukai.
Apa tindakan Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu dalam hal ini. Apatah lagi kawasan yang terlibat adalah di kawasan beliau sendiri. Amat malang, baru 6 tahun beroperasi dah hendak dimatkan. Apakah beliau tidak malu bila rakyat menyebut, keretapi di Terengganu ini bermula dizaman pemerintahan PAS dan berakhir di zaman BN.

Seorang pemimpin PAS Terengganu, Haji Saiful Bahari Mamat, Timbalan Pesuruhjaya PAS mengeluh dengan kejeadian ini. Katanya, inilah nasib Terengganu di bawah pemerintahan BN. Hasil minyaknya penjana ekonomi negara, tetapi Terengganu tetap menjadi negeri kedua termiskin. Adakah landasan keretapi Kerteh-Kuantan itu tidak  menguntungkan? Takkanlah Petronas membelanjakan duit rakyat sedemikian banyak hanya untuk digunakan sekadar 6 tahun. Takde kajian dibuat ke?

Manakala Haji Yahya Ali, Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu pula yang bertanggungjawab terhadap portfolio Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi ketika PAS memerintah kerajaan Terengganu pada tahun 1999-2004 berkata zaman pemerintahan Pas dahulu dah ada perbincangan kenapa perlu Kerteh-Kuantan sedangkan pelabuhan Kemaman lebih dekat separuh & kos boleh dijimatkan.

Jika ditutup pada beberapa hari lagi menjelang Oktober ini, tinggallah rakyat Terengganu bernostalgia dengan keretapi buat kali kedua. Sebelum ini, telah pupusnya pengangkutan keretapi Bukit Besi – Sura Gate. Nampaknya  memang keretapi tidak boleh kekal wujud lama dan bertahan di bumi Terengganu ini?

Ketika kabinet meluluskan pada tahun 2007 projek kereta api laju menghubungkan Kuala Lumpur-Kuantan sempena ECER bagi meningkatkan pelaburan dan industri pelancongan di Pantai Timur Semenanjung. Ia akan disambung ke Kerteh dan ke Terengganu. Sekali lagi, rakyat Terengganu boleh berkhayal untuk menikmati kemudahan keretapi di bumi Terengganu selagi mana BN memerintah Terengganu.

Detikdaily

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List