SHAH ALAM 28 SEPT: Ahli seumur hidup DAP, Dr Chen Man Hin percaya keberanian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatalkan pertuduhan konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat membantu melonjakkan pelaburan langsung asing (FDI) negara.
Dalam kenyataan media hari ini, beliau mengingatkan Presiden Umno itu supaya berhati-hati dan mengambil kira pendapat masyarakat antarabangsa.
“Kami memberi amaran, masyarakat antarabangsa tidak akan diam berdiri dan berpeluk tubuh melihat orang yang tidak bersalah cuba dipersalahkan dan dihukum penjara.
“Jika tidak, FDI yang turun 81 peratus pada 2009 akan jatuh lebih jauh lagi, malah mungkin ada pelaburan sifar, yang bererti berakhirnya Model Ekonomi Baru dan 1 Malaysia,” katanya lagi.
Terkini, seorang lagi tokoh perniagaan antarabangsa, Richard Branson menasihati Najib betapa imej Malaysia di mata pelabur tercalar berikutan pertuduan terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Sebelum ini, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore; Pengerusi IMF, Stiglitz; bekas Editor Asian Wall Street Journal, Barry Wain dan bekas Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia, John Croft , semuanya mengutuk konspirasi terhadap Anwar.
Walaupun Najib hanya memiliki kuasa eksekutif dan secara teknikalnya tiada kuasa dalam sistem perundangan tetapi kerajaan Umno Barisan Nasional dikatakan ada 'pengaruh tersendiri' bagi membatalkan pertuduhan itu, jika mahu.
Sehubungan itu, Dr Chen menyarankan Najib segera membatal pertuduhan berkenaan jika mahu pelabur asing menanam modal di negara ini sekali gus membantu Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.
“Kritikan demi kritikan di persada antarabangsa jelas menunjukkan dunia mengecam tindakan kerajaan terhadap Anwar,” katanya dan menambah, DAP sentiasa mengkritik sebarang bentuk konspirasi terhadap Anwar.
Dr.Chen Man Hin :- Batal Kes Konspirasi II Bantu Lonjak FDI Negara
Copy & Posted By mahi on Sep 28, 2010
Labels:
Anwar
0 comments:
Post a Comment