KISAH F1 LAGI........???

on Sep 28, 2010




WarkahDaily – Tak mustahil pelaburan jutaan ringgit wang rakyat bakal hangus begitu sahaja jika pasukan lumba kereta F1 yang pernah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sedikit masa dulu akan bungkus.

Semuanya kerana pemegang jenama Lotus, Proton cuba menarik diri daripada penajaan pasukan F1 Lotus Racing itu.

Sebelum itu, Najib begitu gah mengumumkan pasukan Lotus Racing adalah pasukan Malaysia, dimiliki rakyat Malaysia, mempunyai pemandu rakyat Malaysia dan berpangkalan di Malaysia. Namun sehingga kini, pemandu Malaysia hanyalah sekadar pemandu ujian dan pasukan itu berpangkalan di luar negara.

Sejak menyertai perlumbaan GP F1, Lotus Racing belum lagi mendapat kejayaan memberangsangkan. Pasukan itu sekadar berada jauh di belakang tanpa mata yang di dapat dikutip.

Belum lagi menempa kejayaan atau pun mendapat pulangan pelaburan yang memberangsangkan, sudah mula kedengaran percakaran pemegang jenama Lotus, Proton yang tidak senang dengan tindakan pemilik pasukan F1, Tony Fernandes yang cuba menggunakan nama Lotus pada pasukan F1 itu pada musim 2011.

Kenapa Proton mahu menarik diri? Apakah proton sedar tahap kemampuan pasukan yang tak sampai ke mana dan hanya sekadar menempa kerugian yang besar. Maklumlah, nak tubuh pasukan macam main pondok-pondok. Semuanya kerana ‘yes bos’. Kerana PM 1Malaysia yang pinta, maka segala ‘hulubalang’ yang diamanahkan menjaga duit rakyat telah dipaksa untuk menubuhkan pasukan F1 kebanggaan pemimpin-pemimpin BN.

‘Malaysia terhebat didunia kerana ada pasukan F1’, Singapura yang dikatakan hebat pun tak ada pasukan F1. Malaysia yang masih lagi mempunyai rakyat miskin tegar yang ramai dah pun mempunyai pasukan F1. Memang class habis Malaysia di bawah pimpinan Umno-BN.


(BHarian) - Kami akan halang penggunaan jenama Lotus tahun depan

PEMILIK jenama Lotus, Proton akan mengambil langkah wajar untuk menghentikan penggunaan jenama berkenaan oleh pasukan Formula Satu, Lotus Racing yang dimiliki Datuk Seri Tony Fernandes mulai tahun depan.

Ketika Grand Prix Singapura hujung minggu lalu, Fernandes mengumumkan Lotus Racing akan menukar namanya kepada Team Lotus bermula tahun depan, nama asal pasukan legenda itu yang diberikan oleh Colin Chapman pada 1950, selepas mendapat “hak” daripada David Hunt.

Proton bagaimanapun menafikan hak Hunt ke atas jenama Team Lotus dan berkata mereka akan menyokong Kumpulan Lotus dalam mempertahankan hak mereka.

Pengerusi Proton, Datuk Nadzmi Salleh berkata: “Kami percaya jenama Lotus adalah antara jenama paling berharga dalam Formula Satu hari ini. Kami adalah pemilik kepada jenama ini, dan akan mengambil langkah sewajarnya bagi mempertahankan jenama Lotus.

“Tony Fernandes tidak berhak menggunakan jenama Lotus pada musim Formula Satu 2011, dan kami akan menghalang sebarang percubaan oleh beliau untuk menggunakan jenama kami tanpa kebenaran serta menarik balik penajaan kami daripada pasukan Lotus Racing.”

Amaran mengejutkan daripada Nadzmi itu memberi tamparan hebat kepada Tony yang sebelum ini amat bersemangat mengembalikan kegemilangan Team Lotus selepas mendapat “hak” penggunaan jenama berkenaan sebaik membeli sebuah syarikat - Team Lotus Ventures – daripada Hunt.


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List