Bekas Pegawai Kanan Polis Dakwa Bukti Laporan DNA Kes Anwar 1998 Dipalsukan

on Jan 6, 2011



Bekas Pegawai Penyiasat Polis tragedi mata lebam, Datuk Mat Zain Ibrahim sekali lagi meletupkan 'bom' melalui surat terbukanya kepada Peguam Cara Negara.

Dalam surat terbuka kepada Datuk Idris Harun bertarikh 5 Januari 2011 itu, Mat Zain mendakwa, ujian DNA yang dilakukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah satu pemalsuan.

Dia juga mendakwa dalam surat itu, pemalsuan juga berlaku dalam insiden mata lebam Anwar itu.

Tidak cukup dengan itu, dia juga mendakwa melalui surat terbuka itu, kenyataan yang dibuat oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein di parlimen adalah satu maklumat palsu atau penyelewengan fakta.

Semuanya berpunca dari Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dakwa Mat Zain dalam surat itu.

Bekas pegawai kanan polis itu mendakwa, satu kes prima facie boleh dibentuk terhadap Gani Patail dan orang-orang yang bersubahat dengannya berdasarkan laporan yang beliau buat pada 15.4.2009 dan 7.5.2009 itu sahaja.

"Datuk (Peguam Cara Negara) bebas memilih untuk terus melindungi perbuatan jenayah ini dan terpaksa bersedia untuk terus berbohong untuk menutup pembohongan terdahulu yang tidak akan berkesudahan, ataupun Datuk memilih untuk menyelamatkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara pada hari ini, supaya membolehkan Datuk dan rakan-rakan yang lain membuka tirai baru dalam membawa AG’s Chambers kezaman kecermelangannya sebelum 1998," tulis Mat Zain dalam surat itu.

Hrkh


Berikut adalah surat penuh Mat Zain

SURAT RAYUAN TERBUKA

Mat Zain bin Ibrahim                                                         5 hb.Januari 2011


Kepada;

Yang Berbahgia Datuk Idrus Harun,

Peguam Cara Negara Malaysia,

(Solicitor General of Malaysia)

Jabatan Peguam Negara,                                              Dengan tangan.

Block C3,Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62152 Putrajaya.
YBhg.Datuk,

Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian Deoxyribonucleic Acid (“DNA”) dalam kes berprofil tinggi 1998.

Assalamualaikum YBhg.Datuk,semoga dalam sihat walfiat.

2.         Sehubungan dengan perkara tajuk,sukacita saya menjemput YBhg.Datuk menyemak semula surat saya bertarikh 27hb.Disember 2010,berkaitan isu diatas yang dialamatkan kepada YDH Tan Sri Ketua Polis Negara, dengan salinannya kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dan YBhg.Datuk sendiri yang diakui telah diterima oleh masing-masing pada tarikh berkenaan juga.

2.1.      Dalam Surat Rayuan Terbuka ini,saya akan tinggalkan dahulu buat sementara waktu, kandungan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk,yang saya huraikan dalam Bahagian II dan Bahagian III dalam muka surat 7 hingga 20 surat tersebut.Saya berasa yakin bahawa YDH Ketua Polis Negara sedang dalam proses menyiasat kesahihan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk dalam Bahagian II , manakala maklumat berkaitan “subsequent conduct” individu tertentu dalam Bahagian III surat tersebut.

2.2.      Dalam surat saya bertarikh 27.12.2010 itu juga,saya telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat diatas,perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata-lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku adalah “bertindih” (overlapping) lebih-lebih lagi “pemain utama” kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata-lebam dan pemalsuan “DNA” adalah sama.

3.         Fokus saya dalam Surat Rayuan Terbuka ini adalah kepada Bahagian I surat tersebut iaitu;

3.1.      Berkaitan dengan “Penjelasan dan Jawapan secara bertulis kepada soalan-soalan yang tidak sempat dijawab semasa sessi penggulungan perbahasan Bajet 2011” yang diberi oleh YB Dato’Seri Hishammuddin Tun Hussein (YB Hishammuddin),Menteri Dalam Negeri,pada 2.12.2010,sebagai menjawab soalan daripada YB Tuan Lim Kit Siang dan;

3.2.      Berkaitan dengan “Ministerial Statement” oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri,YB Dato’Seri Mohamed Nazri Abdul Azizi (YB Nazri)), dibawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) pada 14.12.2010,sebagai penjelasan kepada usul memotong RM10 daripada gaji Peguam Negara yang dibangkitkan oleh YB Tuan Lim Kit Siang juga.Saya percaya YBhg.Datuk sedar bahawa kenyataan berkenaan adalah terbit daripada arahan khusus Jemaah Menteri kepada YB Nazri dan seorang lagi Menteri Kanan iaitu YB Dato’Seri Utama Dr.Rais Yatim (YB Rais Yatim),supaya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (Gani Patail) sendiri, berkaitan isu yang dibangkitkan sekembalinya Gani Patail daripada Mekah setelah menunaikan Haji musim  lalu.

3.3.      Saya percaya YBhg.Datuk akan bersetuju dengan saya, jika saya katakan bahawa, YB Hishammuddin dan YB Nazri mahupun YB Rais Yatim TIDAK mempunyai ekses kepada kertas siasatan Polis ataupun SPRM. Mereka juga TIDAK mempunyai sebarang kuasa penyiasatan sepertimana terdapat dalam Kanun Prosidur Jenayah (CPC), ataupun kuasa berkaitan pendakwaan atau perkara yang incidental mengenainya,sepertimana yang dibekalkan kepada Peguam Negara,mengikut Artikel 145(3) dan 145(3A) Perlembagaan Persekutuan. Oleh hal yang demikian pengumuman yang telah dibuat oleh YB Hishammuddin dan YB Nazri secara berasingan itu, adalah semata-mata berdasarkan kepada fakta-fakta yang dibekalkan dan nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara,kerana perkara-perkara pengumuman berkenaan adalah berkaitan siasatan dan undang-undang.

4.         Saya percaya YBhg.Datuk sendiri turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua YB Menteri berkenaan mengandungi fakta-fakta dan/atau maklumat-maklumat mustahak yang tidak benar dan/atau yang mengelirukan dan/atau yang telah dipesongkan (distorted).Saya juga percaya YBhg.Datuk turut sedar dengan demikian itu, Peguam Negara sama ada secara sengaja atau sebaliknya,  telah menyebabkan YB Hishammuddin dan YB Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam Parlimen atau lebih jelas lagi, jika saya katakan, mereka telah memberi maklumat palsu kepada rakyat.Akibatnya, kedua-dua YB Menteri terlibat, mungkin terdedah kepada risiko dikenakan sesuatu tindakan undang-undang.

4.1.      Tindakan Peguam Negara boleh diibaratkan,sebagai “sebuah roda yang terbenam didalam lumpur yang licin.Lebih ligat roda tersebut diputarkan untuk keluar dari lumpur tersebut,lebih dalam ia akan terbenam”. Begitulah keadaannya dalam isu ini.Lebih ligat Peguam Negara memutar belitkan undang-undang,fakta dan keterangan,untuk keluar daripada masaalah penipuan dan pemalsuan yang beliau telah lakukan sendiri,lebih kuat beliau menjerut leher sendiri.Malangnya orang lain yang tidak berkenaan pula turut menjadi mangsa keadaan.

5.         Bagi meleraikan kekalutan diatas,yang telah berlarutan selama 12 tahun,saya merayu YBhg.Datuk,atas sifat Peguam Cara Negara,yang boleh dalam keadaan tertentu bertindak sebagai Pendakwa Raya,mengeluarkan kenyataan rasmi kepada umum, bagi mengesahkan posisi  YBhg.Datuk sendiri dalam hal ini. Adalah sangat tidak wajar untuk pihak Peguam Negara mencari perlindungan di-belakang Menteri-Menteri dalam membuat kenyataan-kenyataan berkenaan perkara penyiasatan dan pendakwaan,sedangkan YBhg.Datuk sendiri yang telah berhujah menyatakan bahawa Perdana Menteri pun bukan “competent authority” untuk membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Saya jemput YBhg.Datuk merujuk kepada kes yang diperturunkan dibawah;

5.1.      Dalam Rayuan Jenayah No:43-(70)-2008,Keputusan “Decision on Revision” oleh Hakim Mahkamah Tinggi Yang Ariff  Dato’Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah bertarikh 5.3.2009.

“Suffice for me to say I agree with learned SDPP’s submission that “it is well settled that the authority or discretion to institute a prosecution and all other powers incidental to it,is vested with the Attorney-General by virtue of Article 145(3)and 145(3A) of the Federal Constitution.Such being the case,any promise with regard to the prosecution or anything incidental to it can only be made by the Attorney-General and not the Prime Minister.Surely,the Prime Minister could not be seen to be making promise on behalf of a competent authority which is given the exclusive discretion under the Federal Constitution with regard to prosecution or any matter incidental thereto.”

5.2.      Dalam premis diatas, diharap YBhg.Datuk dapat memberikan penjelasan mengenai status kenyataan YB Nazri yang beliau buat pada 14.12.2010 dan sama ada YB Menteri berkenaan merupakan “competent authority” membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Lebih-lebih lagi kenyataan tersebut menyentuh bidang kuasa Pendakwa Raya.YBhg.Datuk juga wajar menjelaskan sama ada Jemaah Menteri merupakan “competent authority” untuk mengistiharkan perlantikkan Ahli Panel Bebas berkenaan sebagai “sah” atau sebaliknya,  dan sama ada YB Menteri boleh mengistiharkan sesuatu siasatan kes jenayah itu ditutup.

6.         Untuk faedah umum dan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan berkaitan perkara dalam persoalan ini,saya merayu YBhg.Datuk menjelaskan persoalan-persoalan yang berikut dibawah dengan telus dan ikhlas.Semoga penjelasan  YBhg.Datuk berikan kelak, akan dapat menyelesaikan kemelut ini “once and for all”.Tidak dapat tiada isu pemalsuan keterangan dalam insiden mata-lebam, akan berbangkit semula apabila siasatan menyeluruh dijalankan berkaitan maklumat sepertimana perkara tajuk.Persoalan utama adalah seperti berikut dibawah;

6.1.      Benar atau tidak terdapat tiga (3) laporan perubatan yang berbeza antara satu sama lain,yang disediakan oleh Dr.Abdul Rahman Yusof.Laporan pertama disediakan pada 26.10.1998 atas arahan Gani Patail.Laporan kedua (yang akan dirujuk sebagai Ekshibit-A9) dan Laporan Ketiga masing-masing tanpa bertarikh disediakan oleh Dr.Rahman diantara 14.12.1998 hingga 21.12.1998 yang diarahkan oleh Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham Mohtar),Peguam Negara ketika itu.

6.2.      Benar atau tidak dua(2) daripada tiga(3) Laporan diatas,iaitu Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 dan Ekshibit-A9 telah dikemukakan dalam prosiding Suruhanjaya Di-Raja Tersebut,dan dirakamkan dalam Laporan Suruhjaya berkenaan.

6.3.      Benar atau tidak Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 yang penyediaannya diarahkan oleh Gani Patail,tidak terdapat dalam Laporan Suruhanjaya yang kemudiannya diperkenankan oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong.

6.4.      Jika Gani Patail dan/atau Tan Sri Musa Hassan (Musa Hassan),dan/atau Dr.Rahman dan/atau ACP Mat Zain Ibrahim (ketika itu Pegawai Penyiasat kes mata-lebam),sama ada secara bersendiri atau berpakat,tidak terlibat dengan apa cara sekalipun dalam pembikinan ketiga-tiga Laporan Perubatan seperti yang tersebut diatas,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan bagaimana laporan-laporan tersebut,kesemuanya berjumlah 65 muka surat, boleh ujud dan siapa yang bertanggungjawab dalam pembikinannya.

(i)         Bolehkah YBhg.Datuk turut jelaskan bagaimana laporan-laporan berkenaan boleh berada dalam kertas siasatan mata-lebam,kertas siasatan SPRM dan Laporan Suruhanjaya Di-Raja tersebut.

6.5.      Berkaitan dengan kuasa Peguam Cara Negara (Solicitor General-SG) sepertimana terkandung dalam Seksyen 376 Kanun Prosidur Jenayah (CPC).

(i).        Benarkah mengikut Seksyen 376 (2)CPC,kuasa SG sama dengan kuasa yang ada pada seorang Timbalan Pendakwa Raya (DPP) sahaja.Apabila SG bertindak sebagai Pendakwa Raya ketika ketiadaan Peguam Negara atau pada waktu ia tidak berupaya bertindak sebagainya,adalah untuk “administrative purposes” sahaja dan tidak melibatkan pengambilan “kuasa penuh” Pendakwa Raya. Kuasa penuh Pendakwa Raya hanya boleh dilaksanakan oleh Peguam Negara seorang sahaja yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong.

(ii)        Semua DPP,dan termasuk SG,boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang ada atau yang boleh dijalankan oleh Pendakwa Raya dengan atau dibawah CPC atau mana-mana undang-undang bertulis kecuali (diulangkan)..kecuali apa-apa hak atau kuasa yang dinyatakan wajar dilakukan oleh Pendakwa Raya sendiri, iaitu;

a)         Melantik DPP dibawah Seksyen 376  subseksyen (3)CPC,dibaca bersama dengan Seksyen 376 subseksyen (4).

b)         Menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A subseksyen (2) CPC iaitu untuk memindahkan perbicaraan dari Mahkamah Rendah kepada Mahkamah Tinggi.

c)         Perintah menjalankan perbicaraan terhadap pengarang,tuan punya, pencetak atau penerbit sebarang buku atau surat khabar yang didaftarkan dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atau dibawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986.

6.5.1.  Sehubungan perkara diatas,izinkan saya merujuk  sekali lagi nota prosiding Rayuan Jenayah 43-(70)-2008 mengenai “Decision on Revision” di-hadapan Hakim YA Dato’Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah.Dalam hujah pihak Pendakwaan,YBhg.Datuk  sendiri telah menekankan dengan membawa contoh-contoh case-laws bahawa hanya Pendakwa Raya sahaja yang mempunyai kuasa untuk menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A tersebut,oleh kerana keperluan tersebut adalah “statutory requirement”,atau dalam bahasa mudah ianya adalah kehendak undang-undang.Jika demikian,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan mengapakah aplikasinya dalam perlantikkan DPP mengikut Seksyen 376 (3) CPC dibaca bersama dengan Seksyen 376(4) berbeza dengan apa yang YBhg.Datuk hujahkan di-Mahkamah,sedangkan undang-undang yang dipakai ialah CPC yang sama.

6.6.      Dengan mengenepikan persoalan kesahihan perlantikkan DPP-DPP berkenaan sebagai Ahli Panel Bebas,diharap YBhg.Datuk jelaskan sama ada sekumpulan DPP yang dilantik sedemikian itu mempunyai hak dan kuasa untuk mengadili (adjudicate) perkara berkaitan kelakuan dan/atau salah-laku jenayah seorang Peguam Negara,sama sepertimana hak dan kuasa sebuah Tribunal yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan.

6.7.      Saya percaya YBhg.Datuk tidak akan menafikan telah menerima ketiga-tiga laporan perubatan disediakan oleh Dr.Rahman dalam persoalan ini,menerusi salinan surat-surat saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009.Saya percaya YBhg.Datuk bukan orangnya yang akan membakul-sampahkan dokumen-dokumen tersebut, sebaliknya YBhg.Datuk telah meneliti kesahihan laporan-laporan berkaitan dengannya.

6.7.1.  Oleh hal yang demikian itu,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan,keterangan yang macam mana lagi  YBhg.Datuk ingin cari.

6.7.2.  Malahan dengan hanya bersandarkan laporan saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009 itu sahaja,saya yakin YBhg.Datuk telah boleh membentuk suatu kes prima facie terhadap Gani Patail dan orang atau orang-orang yang bersubahat dengannya, kerana memalsukan keterangan ketika proses penyiasatan kes mata lebam,tanpa perlu merujuk kepada kertas siasatan kes  itu sendiri ataupun kertas siasatan SPRM berkaitan.

YBhg.Datuk,

7.         Saya telah menunggu sehingga hari ini 5hb.Januari 2011 untuk mengedarkan maklum balas bersangkutan dengan kenyataan yang dibuat oleh YB Menteri-Menteri tersebut itu.Saya percaya YBhg.Datuk dan khasnya Gani Patail,masih ingat bahawa dua belas tahun lalu, pada 5hb.Januari 1999, Peguam Negara,Allahyarham Mohtar telah mengeluarkan Press Statement yang disediakan oleh Gani Patail berkaitan dengan Penyiasatan Polis dalam insiden mata-lebam kepada umum.Saya sendiri tidak akan lupa tarikh bersejarah ini.

7.1.      Press Statement  5.1.199 inilah yang telah memusnahkan kredibiliti PDRM dan khasnya Pasukan Penyiasat insiden mata lebam ketika itu.Press Statement ini juga telah menyebabkan Jemaah Menteri terpedaya untuk mempercayai bahawa PDRM tidak berupaya untuk menangani sesuatu siasatan jika melibatkan pucuk pimpinan tertinggi sendiri,dan dalam hal ini penglibatan Ketua Polis Negara.Akibatnya Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa Suruhanjaya Di-Raja pula dibentuk untuk mengambil alih siasatan daripada Polis.

7.2.      Bagaimanapun PDRM akhirnya telah membuktikan bahawa ia adalah satu Pasukan yang berkecuali dan professional dan mampu menjalankan penyiasatan yang adil “without fear or favour”,sekalipun ianya adalah terhadap orang nombor satunya.Ini telah diakui oleh Ahli Suruhanjaya Di-Raja tersebut sepertimana yang dirakamkan dalam “Part Two,muka surat 69 perenggan 6.6.Laporan Suruhanjaya”,walaupun ramai yang tidak menyedarinya atau mempedulikannya.

8.         Saya percaya YBhg.Datuk serta Pimpinan Tertinggi dalam Jabatan Peguam Negara,turut sedar, bahawa Press Statement 5.1.1999 itu adalah merupakan bukti utama yang boleh digunakan untuk mensabitkan beberapa kesalahan jenayah terhadap Gani Patail dan orang atau orang/orang yang bersubahat dengannya,berkaitan penipuan dan pemalsuan keterangan.

8.1.      Bersempena dengan ulang tahun ke-duabelas Press Statement 5.1.1999 itu pada hari ini,saya mengajak YBhg.Datuk “to come clean” untuk menyelesaikan kemelut ini.

9.         YBhg.Datuk bebas memilih untuk terus melindungi perbuatan jenayah ini dan terpaksa bersedia untuk terus berbohong untuk menutup pembohongan terdahulu yang tidak akan berkesudahan, ataupun YBhg.Datuk memilih untuk menyelamatkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara pada hari ini,supaya membolehkan YBhg.Datuk dan rakan-rakan yang lain membuka tirai baru dalam membawa AG’s Chambers kezaman kecermelangannya sebelum 1998.

9.1.      Apa pun pilihan yang akan dibuat,saya inginkan YBhg.Datuk tahu bahawa penipuan dan pemalsuan yang dilakukan sejak 1998 itu dan terus terpaksa dilakukan sehingga hari ini, adalah berputik daripada perasaan marah, dendam peribadi dan keegoan sesaorang yang mengambil kesempatan situasi tidak menentu ketika itu.

10.       Akhir kata saya menuntut maaf sekiranya surat rayuan terbuka saya kepada YBhg.Datuk ini membebankan,dan saya memohon maaf juga sekiranya terdapat kata-kata saya yang terlanjur atau menyinggung perasaan.Saya pernah membuat rayuan yang serupa kepada Allayarham Tan Sri Peguam Negara ketika itu, menerusi minit saya dalam muka surat 26 hingga 29 perenggan 10,11 dan 12 bertarikh 27.1.1999,dan diharap YBhg.Datuk sudi melihatnya jika ada kelapangan.

Salam sejahtera, selamat maju jaya dan Selamat Tahun Baru.

Terima kasih.

Yang benar,

(Mat Zain bin Ibrahim)

5hb.Januari 2011.

( Nota:Surat Asal telah diakui terima oleh Pejabat Peguam Cara Negara @ 0850 pagi  5.1.2011)

Rais Yatim nafi tuduhan perkosa amah Indonesia

on

rais yatim pc 020709 01
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Beliau berkata "sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik."

"Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan dakwaan salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek,
berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang," katanya.

Rais berkata, perkara berkenaan adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang. 

Tambah ahli parlimen Jelebu itu, laporan polis oleh PAS dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lalu susulan pendedahan blogger itu adalah bukti bahawa dakwaan tersebut bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan.

"Dakwaan pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil Wikileaks." katanya.



Nasib baik ada "Raja Melayu", "Ketuanan Melayu" kalau tidak.......???

on

Ketuanan Melayu - satu slogan yang berdentam-dentum dilaungkan sekarang. Umno dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dalam kepompong BN turut melompat-lompat, menghentak meja kononnya Malaysia sudah tidak selamat lagi apabila parti-parti pembangkang sudah enggan mempertahankan Ketuanan Melayu.

Yang seronoknya, apabila mereka terdesak, slogan Ketuanan Melayu ini dijadikan bahan, kononnya Pakatan Rakyat jika berjaya menawan Putrajaya - yang mahu dipertahankan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak habis-habisan dikaitkan kononnya mereka ini, tidak menghormati istana dan Raja-Raja Melayu

Benarkah? Adakah sejarah tercatat mengatakan PAS, KeADILan dan DAP memang tidak menghormati Ketuanan Melayu dan Raja-Raja Melayu? Atau, sejarah mencatatkan bahawa Umno secara nyata pernah memalukan institusi Raja-raja hingga meminda Perlembagaan negara! 

Benarlah, bekas pemimpin Umno suka menggunakan perkataan Melayu mudah lupa. Tetapi Melayu yang mudah lupa, mereka tidak mudah melupakan bagaimana Umno mengajak rakyat berhimpun di merata tempat dan menggunakan media massa untuk mendedahkan pelbagai cerita buruk dan jijik mengenai Raja-Raja Melayu.

Dua tahun dahulu, apabila berlaku krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu berlaku, bukan orang PAS, atau KeADILan atau DAP yang mengoncang pagar istana tetapi Adun-Adun Umno yang diiringi penyokong yang membawa sepanduk dengan kata-kata hodoh mendesak pihak Istana Terengganu supaya tidak menolak cadangan Umno untuk menamakan Menteri Besar.

Apa perkataan yang digunakan, tidak usahlah diulang-ulang tetapi itu satu contoh di mana perangai Adun-Adun Umno yang mewakili BN dalam pilihan raya, apabila sudah menang, mereka mulakan acara rasmi mereka dengan menyerang dan mengherdik istana.

Inikah Ketuanan Melayu? Inikah yang menyebabkan mereka hari ini, beria-ia sangat mahu mengekalkan Ketuanan Melayu tetapi dalam masa yang sama, mereka mahu rakyat dan orang Melayu lupa bahawa Umno dan BN lah sebenarnya yang tidak pernah mahu menghurmati Ketuanan Melayu yang mereka perkatakan sekarang.

Sejarah memang sudah membuktikan bahawa semua kaum, selain dari orang Melayu menghormati Ketuanan Melayu. Mereka tahu, datuk nenek mereka memang pendatang ke bumi Malaysia ini. 

Tetapi, generasi yang ada hari ini adalah generasi yang dilahirkan dan mendapat pendidikan di sini. Persoalannya, masih ada yang mahu mengatakan bahawa selain dari Melayu, semuanya kaum pendatang.

Tentulah orang Cina dan orang India tidak dapat menerima hakikat tersebut. Itulah sebabnya, bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Tanjung Piai, Johor, Nasir Safar dikenakan tindakan kerana kenyatan mereka yang berbaur perkauman.

Jadi, kalau dari pemimpin Umno dan mereka yang taksub dengan kehebatan BN mahu memperjuangkan Ketuanan Melayu, perkara pertama yang mereka harus buat ialah dengan mengajar orang-orang mereka supaya tahu apa itu Ketuanan Melayu yang sedang mereka laungkan.

Janganlah, hanya kerana terdesak mahu mempertahankan Putrajaya, rakyat dibohongi dengan cerita Ketuanan Melayu - hanya BN sahaja yang faham dan mampu mempertahankannya. 

Ketuanan Melayu perlu diterjemahkan bahawa pemimpin Umno dan BN menjauhi rasuah dan tidak merampas hak rakyat untuk mengisi tembolok mereka.

Ketuanan Melayu cintakan kejujuran dan keikhlasan. Oleh sebab itu, usahlah menjerit dengan Ketuanan Melayu, lalu mengucup keris tumpul dan akhirnya tersedu-sedu menahan kesedihan kerana terpaksa meminta ampun dan maaf daripada MCA yang menentang keris dikucup oleh pemimpin Umno.

Umno dan BN boleh mempertahankan kuasa yang mereka pegang, jika mereka boleh berubah. Memetik kata-kata Perdana Menteri, "berubah atau rebah". 

Jadi, betullah, Umno bukan kalah kerana gagal mempertahankan Ketuanan Melayu sebaliknya, gagal berkhidmat dengan penuh jujur dan menjauhi rasuah.

Tanpa menyentuh pendakwaan yang sedang dihadapi bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik dan bekas MB Selangor Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, para pemimpin Umno kena ingat kata-kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; "seseorang itu bukan sahaja perlu bersih tetapi dilihat bersih".

Apakah masih ada saki-baki pemimpin Umno yang bersih dan dilihat bersih? Janganlah disebabkan tidak ada lagi pemimpin yang bersih dan dilihat bersih, maka mereka mahu jadikan slogan Ketuanan Melayu sebagai 'kambing hitam' bagi tujuan memberi oksijen bagi menyambung hayat Umno dan BN.

Selama ini Umno dan BN sahaja yang menterjemahkan apa ertinya Ketuanan Melayu. Maka terjemahan mereka, ikut kefahaman mereka. 

Kalau ada pihak lain, khususnya dari Pakatan Rakyat yang menterjemahkannya, mereka akan anggap terjemahan itu tidak tepat. Malangnya, kefahaman mereka terhadap Ketuanan Melayu kini sudah semakin sempit.

Umno dan BN sekarang cukup rindu untuk mengucup keris tumpul. Mereka sudah tidak ada peluang untuk berbuat demikian kerana MCA dan Gerakan tidak benarkan. 

MCA dan Gerakan mahukan Umno berubah dalam suasana politik yang lebih bijak, selain dari mengucup keris. Sesekali, bertelingkah MCA dan Gerakan - tetapi, kemudiannya semua senyap seolah-olah isu itu sudah selesai.

Sebenarnya, MCA dan Gerakan berdendam. Ketika Umno mengungkit-ungkit jasa mereka kepada MCA dan Gerakan yang menang bertanding di kawasan majoriti Melayu, hakikatnya Umno sendiri sedar bahawa kawasan yang Umno menang adalah kawasan yang pengundi Cina atau India menjadi penentu kemenangan.

Cuba bertanya kepada Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Hussein, mampukah dia menafikan kemenangannya di Parlimen Sembrong, Johor kerana undi dari pengundi Cina? 

Jika dia menafikannya, kita sama-sama tunggu apakah Hishammuddin masih mahu kekal bertanding di kerusi yang ditandinginya sekarang atau tidak?

Is the merajuk linked to Alcatel bribe case.......???

on Jan 5, 2011



This morning, the nation’s Sunday news is startled by the pre-mature announcement of UMNO Youth Chief Khairy Jamaludddin’s offer not to stand in the General Election for his parachuted Rembau parliamentary seat. Instant reaction of many is, KJ merajuk?.

As expected, speculations within the ICT bandwidth start to splurge with The Star story. Some say that he is standing for a State DUN seat. Hopefuls would want him as the next Negeri Sembilan Menteri Besar (as an MB, one would be made the UMNO Liaison Chief, hence with a lot of political muscle). Some say he is going for a safer seat, which is his father-in-law’s Kepala Batas parliamentary seat. Others, speculate that this is a ‘merajuk‘ bluff for him being given at least a Deputy Minister’s job in the next Cabinet reshuffle. Especially since his UMNO Youth competitor Dato’ Mukhriz Mahathir recently being alleviated as Deputy UMNO Liaison Chief of Kedah.

Then it struck us. What if this ‘merajuk‘ is not about all that. Just because Khairy won and Mukhriz lost, for the last 20 months as the ‘victor’ he had to stommach to see the latter been getting appointments, a very good mainstream media attention and coverage and where else the former who is an UMNO VP-stature is still left with nothing (not even a BOD of a GLC or statutory body), therefore he is reacting to it? He should have reacted to that much earlier. Especially when there is a ‘systematic and structured’ mainstream electronic media ‘blackout’, even as a VP-stature UMNO leader. We think it is bigger than all that .

Why shouldn’t it be?

Recently, the authorities have started to come hard on errant leaders on corrupt practices. Big names are not spared. Immediate previous Selangor MB (who is the current Opposition Leader in DUN Selangor) was charged last month for corrupt cases. The public hopes for more. In fact, the public wants to see more blood of corrupters.

Last week, the media asked the Minister of Information, Communication and Culture Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim Ph.D about the case with Telekom Malaysia:


Minister asks TM to explain kickback allegations


PETALING JAYA: The Government views the allegations of kickbacks of US$700,000 paid to Malaysians by Alcatel Lucent SA for it to win a US$85mil telecoms contract between 2004 and 2006 very seriously and Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim wants the Malaysian Anti- Corruption Commission (MACC) to investigate the matter.
“It does not speak very well in terms of our international image, so the pursuing act we need is to have more details on how and where (all this occurred); otherwise we would appear to be a whole lump of graft givers,” Rais told StarBiz when contacted yesterday.

Documents made public by the US Securities and Exchange Commission (SEC) and the US Department of Justice on Monday alleged that French equipment supplier Alcatel paid bribes to employees of Telekom Malaysia Bhd (TM) in exchange for non-public information.





Datuk Seri Dr Rais Yatim wants TM to explain its position
It said the information included important documents and budget information relating to ongoing bids and competitor pricing information. Because of the bribes, it claimed, Alcatel won a US$85mil contract. The contract is said to be for the deployment of equipment for Celcom’s 3G rollout under phase 2 in 2006. Celcom was then TM’s unit and since the demerger, it is now a unit of Axiata Group Bhd.
Alcatel and two other international vendors were the losers for the first phase of 3G deployment as the contract then went to Nokia Networks Malaysia and China’s Huawei Technologies.

The SEC alleged that Alcatel Malaysia’s management consented to these payments and those who got the kickbacks were two consultants who received payments of US$200,000 and US$500,000 through US bank accounts purportedly for market research.

“It is alarming if it is true and this is the first time it exposes Malaysia as a participating element (to graft). We look at this seriously and I have (instructed) the Malaysian Communications & Multimedia Commission to be on the watchout for telcos in Malaysia so that this is not (standard) practice,” Rais said.

The MACC also issued a statement yesterday saying that it would “verify with parties concerned” before proceeding with any potential probe into the Alcatel international bribery scandal despite the telco’s admission that it had paid off Malaysian officials.

Irregularities were found relating to the contract and this matter was raised during a meeting at TM, but it was purportedly brushed aside. It was reported that TM director Datuk Nur Jazlan Mohamed quit as audit committee chairman after the irregularities were found but not investigated.

Rais said since TM was mentioned directly in the documents, it should explain its position and come out with a due process so that things were more transparent and responsibly laid out as TM was a public listed company.

“We take these allegations seriously and will further conduct thorough internal investigations to safeguard the integrity of our procurement process and ensure adherence to our Code of Business Ethics. Upon any substantive findings, we will inform the relevant authorities and will extend all necessary cooperation, where required,” TM said in response to the SEC allegations.
TM said “it had zero tolerance policy on improper and irregular practices and will take appropriate action in the event that any of our employees were indeed involved. It said it is fully committed to a fair and transparent procurement policy and adheres to current best practices”.

“We have very strict and thorough procurement processes that involve technical assessment of any contract scope, together with stringent requirements on the equipment, support and vendor credentials,” TM said.

Even Axiata has responded by saying that “although there was no specific mention of any contract relating to Axiata or its subsidiaries, there may be a potential indirect link as this matter allegedly occurred between October 2004 and February 2006 prior to the demerger of TM Group.

“We view these potential allegations seriously and will investigate this matter as Axiata and its subsidiaries uphold the highest standards of integrity and ethical standards in all its dealings and do not condone or tolerate any breach of code of conduct by its employees, subsidiaries, partners or vendors,” Axiata said.
Alcatel agreed on Monday to pay more than US$137mil to settle US charges that it paid millions of dollars in bribes to foreign officials to win business in Latin America and Asia.

Alcatel has been accused of making payments to government officials in countries including Costa Rica, Honduras, Taiwan and Malaysia to win or keep contracts worth millions of dollars, the SEC document said. Between December 2001 and June 2006, the company allegedly used consultants who funnelled more than US$8mil in bribes to officials, and Alcatel also improperly hired third-party agents in countries like Nigeria to help win deals.

The SEC, in its three-page section on Malaysia, alleged that the “TM employees who received bribes were “foreign officials” within the meaning of Foreign Corrupt Practices Act of 1977 and were in a significant position to influence the policy decision TM made. Alcatel Standard also made significant lump-sum payments through US bank accounts to two consultants purportedly for market research.”
However, “the work product these consultants prepared could not justify the size of Alcatel Standard’s payments. In fact, Malaysian Consultant A and Malaysian Consultant B did not appear to render any legitimate services to Alcatel Malaysia in connection with these payments,” the filing said.

The document said Alcatel admitted it earned about US$48.1mil in profits as a result of the improper payments.
************************
Is Khairy involved in this case?

One would want to put on record that when the 2004-06 USD 700,000 ‘kickbacks’ were given away by Alcatel to Consultants ‘A’ and ‘B’, it was at the times where the ‘Level Four Boys’ reign of terror. Everything was decided from the ‘Level Four’ of the Prime Minister’s Office. For the record, Dato’ Dr Norraesah Mohamad was appointed the Chairman of  Alcatel Systems Network (M) Sdn. Bhd. on 8 July 2003.  One time an MT UMNO and Wanita UMNO Leader, Norraesah is closely linked and related to PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Would this case be any different?

Khairy’s name often being associated of projects initiated and rolled-out during those ‘reign of terror’ dark period of modern Malaysia. Moonsoon Cup, Halal Development Corporation and Penang Global City Centre all linked to Khairy and where else all the economic corridors are half-baked wet-dreams of the ‘Level Four Boys’. Telekom Malaysia was sliced to the current TM  Bhd.and TM International (now Axiata Bhd) is the work of the ‘Level Four Boys’.
Like anything else, time is the best element to tell the truth. The Malaysian socio-political bloggosphere is a very mysterious and intriguing digital dimension. Lets see what will turn up within these virtual spaces.

So for Khairy to ‘throw in the towel’ pre-maturely’ is said to the sympathetic game that he wants to play for the moment. The ‘dramatist’ as he is, would want a ‘cover story’ for his ‘sabbatical’. If the bribe case goes all to way to him, he would use that as a ‘bargaining chip’ for the book not to be thrown against. Or so it would seem.

on




Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam 5 Januari 2011, mengikut sumber.

Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

Harga minyak tanah juga naik 10 sen kepada RM2.50 seliter.

Sumber: MalaysiaKini


petrol naik lagi? terima kasih kerajaan persekutuan kerana 'sangat prihatin' kebajikan rakyat.. saya nak tolong menteri terangkan kepada rakyat tentang kenaikan kali ni.. hmmm rakyat kena faham, kenaikan ni tepaksa dilakukan kerana harga petrol kan dah diapungkan dan harga pasaran dunia dah naik, jadi kerajaan tak dapat nak elakkan kenaikkan dari berlaku.. tapi jangan risau, harga kita masih lagi terendah di rantau ini...

saya rasa semua rakyat pun dah hafal ayat tu.. kerajaan tinggal nak ulang suara je apa yang dikatakan sebelum2 ni bila kenaikan harga berlaku.. selain kenaikan harga petrol, rakyat mungkin juga akan berhadapan dengan kenaikan harga minyak masak.. kerajaan dah nafikan tapi ironinya minyak masak makin 'pupus' di pasaran.. adakah nanti 'kepupusan' yang dianjurkan pihak pengedar ini yang akan memaksa kerajaan menaikkan harga minyak masak, wallahualam.. yang pastinya rakyat yang tetap jadi mangsa walau apa pun berlaku!

rasanya kenaikan2 harga sebegini hanya akan menurunkan 'saham' Barisan Nasional sahaja di mata rakyat.. jangan nanti rakyat menerima "BN = Barang Naik" sama hebat dengan rakyat menerima 1Malaysia.. pilihanraya umum khabarnya nak dekat, BN sepatutnya jaga saham mereka..

tentang Ron97 ni saya boleh terima sebab memang kerajaan dah apungkan harganya.. tapi tentang barang2 lain.. saya tak sempat nak menulis tentang kenaikan harga gula dan petrol Ron95 bulan lalu, jadi saya suarakan dalam entri kali ni.. tentang penyelerasan subsidi, saya faham kalau kerajaan kata subsidi semakin membebankan mereka dan mahu rakyat bantu kerajaan dalam hal itu dengan sama2 menanggung kos subsidi.. tapi yang saya tak faham mana perginya wang 'penjimatan' daripada penyelarasan subsidi berkenaan..

itu sebenarnya yang buat rakyat marah sebab rakyat tak nampak ke mana wang tersebut pergi.. bukan sedikit.. setiap penjimatan atau kata lain kenaikan harga barang memberikan berbilion 'keuntungan' kepada kerajaan... kerajaan kata wang itu digunakan untuk pembangunan itu dan ini, tapi saya rasa seeloknya wang tersebut dinyatakan dalam laporan yang lebih jelas dan terperinci ke mana ia pergi.. sekurang2nya rakyat tahu! sekarang ni rakyat tak tahu dan sebab itu ramai buat andaian sendiri.. yang hangat diperkatakan konon kenaikan itu dan ini adalah untuk mengumpul dana untuk merealisasikan cita2 PM nak buat menara 100 tingkat.. hmmm tu orang lain kata bukan saya kata! :)

ramai yang melenting bila harga Ron97 naik, tapi rasanya kebanyakan yang melenting tu pakai Ron95 je sebab Ron97 ni kebanyakan orang kaya2 pakai dan orang kaya tak kisah pun harga naik ke apa, duit banyak... tapi kalau makin lama makin tinggi naik, orang kaya pun boleh jatuh miskin...


P/s: Memang kami tak faham pengapungan harga. Memang kami tak faham faham erti penyelarasan subsidi. Memang kami rakyat bodoh itu semua.

Tapi ingat, kami yang beri anda undi. Itu yang perlu anda kerajaan faham.


TAHUN 2011 AKAN ‘DIMERIAHKAN’ DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Jika rakyat tidak memprotes dari awal, kita akan melihat tahun baru ini menyaksikan kenaikan harga barang yang membimbangkan. Kesannya akan dirasai oleh rakyat bawahan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam hal ini. Maka beberapa perkara berikut perlu saya katakan;

1. Pihak kerajaan; jika mereka tidak mengambil langkah yang berkesan dalam mengawal kenaikan harga barang bererti slogan 1Malaysia: ‘rakyat didahulu’ bermaksud rakyat yang didahulukan dalam menanggung beban hidup, sedangkan golongan pembesar negara dan istana terus kemewahan dan pelbagai peruntukan, mereka dikemudiankan.

2. Golongan agama; jangan menyempitkan Islam dalam batasan yang terhad. Jangan hanya ceramah agama di media elektronik dan cetak sekadar menekan orang bawahan semata, tetapi melupai ‘kerakusan’ sesetengah golongan atasan. Ceramah dalam isu yang remeh temeh tetapi membiarkan rakyat hidup dalam ‘social justice’ yang tidak seimbang. Para penceramah jangan sekadar ‘guna agama untuk cari makan’, tetapi hendaklah agama berfungsi dalam menegakkan hak dan keadilan.

3. Golongan peniaga; mereka wajib beretika dalam perniagaan mereka. Kerakusan peniagaan akan merosakkan negara dalam jangka masa panjang dan akhirnya tiada pihak yang dapat hidup senang. Bagi yang muslim, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dalam urusan perniagaan mereka.

4. Media massa; hendak pro-aktif menentang usaha kenaikan harga barang ini. Golongan yang menindas rakyat bawahan ini hendaklah dikecam dan didedahkan bahaya mereka kepada masyarakat.

5. Rakyat; Pastikan anda menjadi pembeli yang bijak dalam memilih kedai atau pasaraya. Di samping itu, anda juga mesti menjadi pengundi yang bijak yang bersedia menghukum pihak yang membiarkan kenaikan harga barang dan ‘mengumpulkan’ kekayaan negeri atau negara dalam kalangan mereka sahaja.

Rogol Amah: SAMM lapor polis, dakwa ada bukti.....???

on

Ekoran isu dakwaan seorang menteri merogol pembantu rumah warga Indonesia, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini akan membuat satu laporan polis dan mendakwa mempunyai dokumen berkaitan.

Pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin dijangka akan membuat laporan polis tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2, jam 10.45 pagi ini.
Laporan polis itu merupakan perkembangan terbaru isu tersebut yang kini mengundang berdebatan hangat di ruang maya khususnya blog-blog politik.


Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam satu kenyataan lewat petang semalam turut menggesa menteri yang didakwa terlibat, segera membersihkan nama beliau.

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, perdebatan dalam blog-blog kini jelas merujuk kepada nama seorang menteri, dan menteri  itu perlu memberi respon segera.

"Sejauhmana kebenarannya, hanya beliau dan Tuhan sahaja yang mengetahuinya.

Selain penafian menteri tersebut, AMK juga turut menggesa Perdana Menteri melakukan penyiasatan menyeluruh demi membersihkan maruah negara yang tercemar.

Menurutnya, jika dakwaan ini benar, ianya bakal memberi kesan yang negatif kepada hubungan serantau Malaysia-Indonesia berikutan sikap 'duduk dan diam' oleh kerajaan Malaysia.

Sejak tiga siri pendedahan berhubung isu itu disiarkan Harakahdaily, rangkaian bloger terus memperdebat dan mencari siapa menteri yang didedah oleh laporan WikiLeaks itu.

Pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan, NGO Tenaganita dan NGO pekerja Indonesia, Migrant Care, antara yang awal tampil dengan perincian berhubung dakwaan ini.

Tersebarnya dokumen salinan bertajuk ‘Laporan Investigasi Robengah (BMI) yang mengalami perkosaan oleh majikannya’ telah menjadi rujukan utama para bloger dalam mencari nama menteri tersebut.

"Dalam waktu terdekat, AMK akan menghantar beberapa orang Exco untuk suatu misi mendapatkan maklumat (fact findings mission) mengenai jenayah terkutuk ini dengan mengunjungi pihak Migrant Care dan juga pihak Kedutaan Indonesia bertujuan untukmendapatkan fakta-fakta yang sebenar berkaitan kejadian rogol ini," tambah Shamsul lagi.

Kes rogol ini didakwa telahpun berlaku sewaktu pemerintahan Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil kononnya untuk 'mengelakkan konflik serantau'.

Kejadian tersebut didakwa berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan telah dipaksa untuk mendiamkan perkara ini berikutan ugutan yang dibuat ke atas mangsa.

"AMK yakin dan percaya, sekiranya dakwaan ini benar, isu ini membawa impak yang sangat buruk kepada kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Sri Najib Tun Razak, dalam keadaan beliau gagal menjamin kredibiliti dan integriti kabinet beliau sehinggakan tergamak mengekalkan seorang penjenayah seksual di dalam kabinet beliau," katanya.

REALISTIK @ FANTASTIK SASARAN 40 KERUSI PKR PADA PR DUN SARAWAK.....???

on Jan 4, 2011

Apakah PKR realistik atau berfantastik dalam mensasarkan kemenangan sebanyak 40 kerusi dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang?

Berdasarkan perkiraan semasa, PKR telah diberikan kerusi yang paling banyak dalam PR DUN Sarawak berbanding rakan pembangkang lain. Dan, atas alasan itu juga Pakatan Pembangkang bersetuju melantik Baru Bian menjadi Ketua Menteri Sarawak sekiranya Pakatan Pembangkang menang dalam PR DUN Sarawak.

Dalam merealisasikan hasrat Baru Bian, PKR Pusat perlu membantu PKR Sarawak dalam merancang strategi dan pendekatan ke arah mencapai kemenangan. Disebabkan itu, Ketua Wanita PKR Kebangsaan, Zuraida Kamaruddin dengan yakin mensasarkan kemenangan 40 kerusi DUN Sarawak. Walaupun sukar dan berat, atas pertimbangan strategi gerak saraf, PKR mahu melihat reaksi Barisan Nasional (BN) Sarawak yang berusaha mempertahankan kemenangan DUN 2006 atau lebih baik.


Sasaran 40 kerusi yang dinyatakan Zuraida Kamaruddin perlu dilihat dari sudut positif. Ini disebabkan situasi dan suasana politik Sarawak dan Semenanjung adalah berbeza. Walaupun angka 40 kerusi itu terlalu besar, namun dalam politik adalah tidak mustahil untuk dicapai memandangkan setiap parti politik dan calon akan bertungkus lumus mencapai kemenangan. Untuk itu, BN Sarawak perlu bekerja lebih kuat dalam mempertahankan kemenangan.

BN perlu bertindak lebih bijak dalam menangani provokasi PKR dan tidak mengikut rentak PKR. Manakala, ADUN BN tidak perlu memikirkan kenyataan PKR sebaliknya fokus ke atas prestasi dan permasalahan rakyat yang menjadi tunjang kepada sokongan rakyat. Berbeza dengan Pakatan Pembangkang yang memainkan sentimen perkauman dan rasis serta fitnah dalam meraih simpati rakyat terhadap mereka.

Dalam pada itu, BN boleh menyatakan apa saja tentang sasaran 40 kerusi yang mampu diraih PKR dan itulah yang dimahukan PKR. Kalau boleh apa saja yang diumumkan PKR, mereka mahukan penjelasan dan kenyataan daripada BN. Dengan harapan, kenyataan itu akan diperbesarkan dan mendapat royalti umum seperti yang sedang dilakukan PKR sekarang.

Cita-cita dan harapan menggunung PKR seperti yang mereka perolehi di Selangor menjadi sandaran utama untuk mendapatkan Sarawak. PKR beranggapan, kalau Selangor boleh ditakluki apatah lagi Sarawak. Setiap kali turun berceramah, PKR mahupun DAP dan PAS akan menjadikan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan sebagai negeri contoh dan terbaik yang diperintah Pakatan Pembangkang berbanding negeri-negeri di bawah pentadbiran BN.

Secara asasnya, kenyataan PKR dalam sebarang isu politik adalah semata-mata mahu mengelirukan rakyat menjelang pilihan raya negeri. Sama ada mahu meraih simpati atau mendapatkan simpati, terpulanglah kepada rakyat.

Walau bagaimanapun, secara realistiknya PKR boleh menyatakan berapa banyak angka, tetapi secara fantastiknya apakah sasaran ini mampu dicapai? 

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List