BADI KALAH...? P108....P018...suratan atau kebetulan no kod kawasan ini...!

on Apr 20, 2013





Dikhabarkan dua kerusi parlimen yang ditandingi calun BN Zul Noordin untuk P108 dan
Aziz Sheikh Fadzir P018 Kulim Bandar Bharu akan ditimpa "BADI" yang sama iaitu
bakal KALAH.Dua calun yang kini mewakili BN walaupun Zul Nordin pada PRU2008
mewakili PKR dan mengalahkan Aziz digelanggang Kulim Bandar Baharu dengan majoriti
5583 undi.

Bukan bertujuan untuk mempersoalkan apa yang diputuskan @NajibRazak kerana itu adalah
HAK MUTLAK beliau selaku Pengerusi Barisan Nasional untuk memilih siapa juga calun
yang dikira layak(betul kah semua calun pilihan @NajibRazak?) untuk diketengahkan...
cuma KEWARASAN tentang pemilihan sesetengah individu itu yang menjadi polimiknya
sekarang ini.Ibarat rumah siap gergaji mesin masih lagi berbunyi...


Walaupun "gergaji mesin" dah diarahkan dan diminta untuk berhenti berbunyi demi
matlamat memenangkan parti,tapi mana mungkin gergaji berhenti berbunyi bilamana yang mengendalikannya adalah MANUSIA yang punya hati dan perasaan.

Dimana mana saja perkara yang sama diperkatakan.Sipolan yang dicalon tak layak,sipolan
lagi satu lebih dekat dengan masyarakat dan sudah berkhidmat semasa tempuh berkabung Umno,
sipolan yang dicalun tak turun padang aleh aleh terpacul jadi calun dan macam macam lagi cerita
yang boleh kita dengar dari Perlis sehinggalah Sabah sejak nama calun calun diketahui umum.

Dimanakah silapnya?

Apakah ini yang kita semua mahukan setelah penantian panjang pembubaran parlimen
yang selama ini cukup menekan minda dan jiwa kita?

Telah berkali kali aku nyatakan disini tentang betapa perlunya XFACTOR
dalam kita menghadapi pertempuran kali ini.Tapi bukan sahaja XFACTOR nya
tidak ada bahkan "pemilihan calun" kini pula mencetuskan polimik yang jika tidak ditangani
dengan bijak dan pantas bakal mencetuskan sesuatu diluar-jangkaan .

Aku sentuh dua calun diatas sekadar untuk dijadikan contoh "kebijaksanaan" pemikir
pemikir yang kerja mereka menasihati @NajibRazak dalam menggarap peluang BN kali ini.
Harap harap garapan mereka semua tepat dan tidak mencetuskan "keputusan terkejut 
beruk" untuk kita semua nanti.

P/S : Malam ini katanya @NajibRazak akan duduk berbincang dengan Umno 
Kedah.Pastinya adayang tidak kena dengan pemilihan calun disana dan rasanya 
belum terlambat untuk Najib melakukan sesuatu sebelum hari pencalunan.
Tenguklah mana yang patut diangkat keatas letakanlah dimana yang patut..

Dan...jangan lupa renung wajah wajah diatas..

P108....P018...suratan atau kebetulan no kod kawasan ini?



sumber
Photobucket

"WINNABLE CANDIDATE"......Bertahun tahun memikir...bertahun tahun menyiasat latar belakang,akhirnya semuanya POYO!

on




Bertahun tahun terma "WINNABLE CANDIDATE" dilaungkan @NajibRazak kesana
kemari sehingga rakyat dan ahli ahli Umno tertunggu tunggu dari planet mana akan Najib
datangkan "winnable candidates" ini semua sebab rakyat amat maklum "spesis" apa yang
selama ini yang mendominasi Umno dan spesis ini harus dinyahkan segera jika Umno serius
terhadap survival Bangsa Melayu.

Bila senarai calun setiap negeri diumumkan semua rakyat seolah olah mengalami "sindrom 
pancutan kurang matang"."Climax Maksima" yang diharapkan setelah sekian lama
dihuhakan gagal dicapai bahkan menimbulkan polimik perbalahan dikalangan ahli Umno sama
ada secara terbuka mahupun secara senyap.Segala tok nenek "makjun tranformasi" ciptaan
Najib gagal diterjemahkan jika barisan calun calun yang diketahui setakat ini mahu diambil kira.

Disana sini ada saja protes dari ahli ahli akar umbi terhadap calun yang diketengahkan untuk
mewakili mereka.Sehingga dikhabarkan banyak PDM dan Bilik Gerakan dimerata tempat yang mengambil tindakan "tutup kedai" tanda protes mereka.Jika ianya berlaku disatu dua tempat
bolehlah kita menganggap ianya hanya kes yang terpencil yang tidak perlu diperbesarkan.Tapi...

Bila ianya berlaku dalam angka yang menggusarkan ianya bukan perkara yang boleh diambil
ringan oleh semua pihak yang terlibat dalam memastikan pertempuran PRU13 ini berpihak
kepada kita.Tidak mahu dan tidak boleh bercakap tentang ISU ini secara terbuka bukanlah
suatu tindakan yang bijak dan pastinya orang orang yang bercakap tentang hal ini (saperti blog
ini) akan dikecam sebagai "tidak membantu" dalam mencapai matlamat untuk kemenangan
Barisan Nasional.Tapi...

Apakah tidak bercakap atau mengelak dari menyentuh ISU ini boleh menjamin kemenangan
Barisan Nasional?

Kalau inilah "cara terbaik" yang difikirkan oleh PARA PEMIKIR NAJIB sapertimana
mereka membuat keputusan memilih calun calun sebelum ini,maka bersedialah untuk
menghadapi "kejutan" yang mungkin lebih mengejutkan dari Tsunami 2008...Nauzubillah
Min Zalik.

Kerana perlu dingat,bahwa Tsunami 2008 tercetus hasil kemarahan rakyat(ahli Umno) terhadap
Pak Lah dan kroni kroninya.Tapi kemarahan kali ini tertumpu kepada setiap calun yang tidak
disukai dan direstui oleh pengundi tempatan yang bakal menentukan kalah atau menang calun
BN yang diketengahkah oleh PARA PEMIKIR NAJIB mewakili Barisan Nasional.Itu
sebenarnya halangan besar yang mendepani matlamat kita semua.

Ketika aku menulis artikel ini dikhabarkan ada "kejadian aneh" berlaku di Dun Johol
bilamana calun (seorang uztaz)yang telah "diwatikahkan" beberapa hari lalu terpaksa
mendapatkan pelindungan pihak polis lari dari para penyokong sendiri(penyokong BN) kerana
tidak tahan diasak.Dikhabarkan juga calun yang sama telah "menyerahkan kembali" watikah
yang diterimanya beberapa hari lalu.(berita belum dapat aku sahkan lagi)

INI KALAU BUKAN BANGANG KITA NAK PANGGIL APA HAH?

Bertahun tahun memikir...bertahun tahun menyiasat latar belakang,akhirnya semuanya POYO!






sumber

Photobucket

KISAH SEKS DAN LIWAT DI TV BERMULA ZAMAN MAHATHIR

on







Seingat aku zaman pemerintahan Dr. Mahahirlah yang bermulanya ‘cerita mencarut’ secara berleluasa di Malaysia yang disiarkan melalui media massa. Aku tak gunakan perkataan ‘ seks’ sebab aku tak pernah sebut pun perkataan sedemikian sewaktu aku masih bersekolah rendah. Jikalau didengar oleh emak atau Opah pasti mulut akan dicubit. Malah menyebut kemaluan lelaki atau perempuan pun hampir-hampir tak berani menyebutnya, walaupun bersama kawan-kawan. Dengan demikian sehingga sekarang, masih ‘patuh’ dengan nasihat opah dan emak aku. Kalau terpaksa juga menyebut ‘nya’, maka aku akan ‘bertabik dan minta maaf ‘ banyak-banyak kepada si pendengar kerana menyebut perkataan yang dilarang.

Aku bersyukur kerana ‘ajaran’ Opah dan emak aku itu aku turunkan kepada anak-anak aku. Belum pernah aku dengar anak-anak aku mencarut dihadapan aku. Mungkin anak-anak orang lain pun begitu juga. Tetapi malangnya TV , Radio dan akhbar perdana di Malaysia telah mengajar anak-anak mencarut. Apa tidaknya. “Kursus’ mencarut yang disiarkan melalui radio dan tv kerajaan bermula pada tahun 1998, penghujung zaman pemerintahan Dr. Mahathir Muhammad.

Semenjak zaman pentadbiran Tunku Abdul Rahman dan kemudiannya disambung oleh Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn tidak pernah selumrah seperti zaman pemerintahan Dr.Mahathir dilihat dari segi kegiatan ‘mencarut’ di TV, Radio dan akhbar arus perdana. Aku tidaklah pula mengatakan yang Dr.Mahathir sebagai guru mencarut. Aku tak bermaksud begitu. Cuma aku nak membezakan zaman-zaman pemerintahan bila mana ‘pesta mencarut’ begitu berleluasa.

‘Pesta mencarut’ bermula apabila bermulanya perbicaraan ke atas DS Anwar Ibrahim yang dituduh melakukan perkara sumbang. Jikalau ikut kata orang zaman moden ialah beliau telah melakukan liwat. Tentunya tuduhan itu palsu. Namun begitu merengkok jugalah DS Anwar Ibrahim dalam penjara untuk beberapa tahun. Yang pentingnya perkataan ‘liwat’ telah menjadi buah mulut bukan sahaja dikalangan orang dewasa tetapi juga pelajar-pelajar sekolah. Bukan sahaja pelajar sekolah menengah, kanak-kanak Darjah tiga yang berumur 8 tahun sudah pandai menyebut perkataan liwat. Mereka tidak tahu maknanya. Dengan demikian ibu babap dirumah telah menjadi pakar rujuk. Itu merupakan ‘sumbangan’ besar TV, Radio dan Akhbar arus perdana dalam memperkenalkan perbendaharaan kata ‘liwat’.

Untuk ‘menjelaskan’ lagi makna liwat itu TV arus perdana telah menunjukkan gambar-gambar orang memikul tilam yang dibawa ke mahkamah untuk dijadikan sebagai bahan bukti. Tujuannya adalah untuk ‘memalukan’ DS Anwar Ibrahim. Tetapi yang lebih jelasnya ialah peristiwa pengusungan tilam itu telah menimbulkan berabgai persoalan kepada anak-anak yang melihat ‘pengusungan tilam’ itu melalui Berita Perdana RTM dan TV3.

Lagi sekali ibu bapa menjadi pakar rujuk. Anak-anak bertanya ‘ mengapa polis mengusung tilam?’ Terlalu sukar ibu bapak untuk menjelaskan kerana kebanyakan ibu bapa sudah dinasihatkan oleh  Opah dan emak masing-masing supaya jangan mencarut. Tetapi naluri ingin tahu anak-anak jangan dibendung. Kata Cikgu disekolah pulak. Ibubapa serba salah. Sentiasa dalam dilemma dan ‘malu muka’ apabila gambar-gambar sedmikian rupa muncul di TV dan muka hadapan akhbar-akhbar.

Aku ingat ‘pesta mencarut’ selesai apabila tamat pemerintahan Dr.Mahathir. Rupa-rupanya tidak. Lebih hebat lagi pada zaman pemerintahan DS Najib Tun Abdul Razak, walaupun zaman pemerintahan Pak Lah ‘tayangan’ sedemikian diberhentikan buat sementara. Lepas satu-satu video lucah ditayangkan pada umum. ( Selepas ini aku tak mahu berselindung lagi apabila menyebut perkataan yang dilarang oleh Opah dan emak aku dulu. Aku pakai perkataan yang digunakan oleh para pemimpin UMNO. Video lucah dan seks). Setelah ‘mempelajari’nya buat beberapa tahun kini aku faham benar maknanya.

DS Anwar Ibrahim dituduh meliwat lagi walaupun akhirnya dibebaskan. Dalam masa perbicaraan dijalankan, anak-anak disekolah telah diberikan juga ‘pelajaran intensif’ oleh media massa. Banyak perkataan baru diperkenalkan oleh TV, Radio dan akhbar yang berkaitan dengan liwat-meliwat. Sekali lagi ibu bapa menjadi pakar rujuk.

Setelah mahkamah membebaskan DS Anwar Ibrahim daripada tuduhan melakukan perbuatan sumbang itu, pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dan yang menaruh dendam kesumat terhadap DS Anwar Ibrahim mengeluarkan video lucah pulak. Dikatakan dan dhebohkan ke selruh antero dunia bahawa ‘pelakun’ dalam video berkenaan adalah DS Anwar Ibrahim.

Hari ini muncul lagi satu video baru yang memaparkan kononnya pelakun berkenaan adalah Dato Mustafa Ali. Akukenal Cikgu Mustafa Ali ketika aku  bertugas di Trengganu pada satu masa dulu. Orang baik.  Bekas Pengetua sekolah Menengah Marang Terengganu, pemimpin PAS yang sudah lama berkecimpung dalam parti yang berasaskan Islam, seorang rakan karib Ustaz Hadi Awang dan  tokoh yang dihormati bukan sahaja di Marang Terengganu tetapi dihormati oleh orang Terengganu dan Malaysia keseluruhannya. ‘Kerat empat’ pun aku tak percaya Cikgu Pa sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.

Manusia yang berhati haiwan  ini sanggup memfitnahkan manusia seperti DS Anwar Ibrahim dan kini Dato Mustafa Ali dengan tidak langsung memikirkan perasaan dan hati manusia lain.Tidakkah manusia yang berhati binatang ini terfikir tentang terguris dan sedihnya hati anak-anak dan cucu-cucu tokoh-tokoh yang kena tuduh itu.

Aku pasti ramai rakyat Malaysia yang menggelengkan kepala menerima berita sedmikian. Dan aku yakin juga ada ‘haiwan-haiwan’ yang percayakan apa yang dipaparkan video berkenaan.

Yang menyedihkan aku ialah TV arus perdana dengan megahnya menyiarkan berita demikian. Insaflah…..


Abuhassanadam


Photobucket

Seorang Calon, Dua Watikah

on



Satu Calon Dua Watikah


Menjelang hari penamaan calon untuk Pilihanraya Umum ke-13 esok, calon-calon DAP akan membawa dua watikah ke pusat penamaan calon.

Strategi tersebut berikutan kenyataan mulut pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Suruhanya Pilihanraya (SPR) kononnya tidak ada masalah bagi calon-calon DAP menggunakan logo roket kerana parti DAP tidak diharamkan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang media di Wisma DAP Pulau Pinang petang tadi berkata bahawa jaminan mulut ROS dan SPR itu tidak boleh dipercayai dan diterima. Oleh itu calon-calon DAP akan bawa dua surat watikah ke pusat penamaan calon.

“Kita akan beri hak kepada calon-calon DAP untuk lawan dan tuntut hak untuk guna logo roket. Tetapi jika tidak dibenarkan, kita guna logo PAS,” ujar Guan Eng mengulang keputusan untuk bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung dan logo PKR di Sabah dan Sarawak.


“Cakap, kita mahu roket dulu, sebab ini simbol hati kita,” ujar Guan Eng dengan nada sayu lantaran taktik keji pihak-pihak tertentu yang mencuba untuk membunuh DAP kerana takut kalah dalam PRU 13.

Mengulas tentang kenyataan SPR dan ROS yang kononnya membenarkan logo roket digunakan, Guan Eng berkata, “Ini bukan janji ditepati,” dan menambah bahawa sekiranya dihalang, calon-calon DAP di Semenanjung akan menggunakan simbol bulan.

“Kita dipaksa, kita dianiaya, kita dinafikan hak menggunakan roket. Ini menimbulkan kemarahan rakyat, kerana BN main tipu, busuk hati Barisan Nasional, jahat BN!” katanya tegas lantaran suara-suara ahli dan penyokong DAP yang amat marah dengan taktik jahat BN di saat akhir ini.

Ditanya jika dibenarkan menggunakan logo roket, Guan Eng bersama-sama Pengerusi DAP Karpal Singh menjawab bahawa seandainya itu berlaku, maka semua pusat penamaan calon mesti membenarkan semua calon DAP menggunakan logo roket. Dan sebaliknya jika dihalang, semua sekali akan menggunakan logo bulan PAS di Semenanjung dan mata PKR di Sabah dan Sarawak.

Guan Eng turut timbulkan kerisauan sekiranya ada pihak-pihak yang akan cuba meletakkan ramai calon bebas bagi mengelirukan pengundi daripada memilih calon Pakatan Rakyat.

Setakat ini, keputusannya ialah 51 calon parlimen dan 103 calon DUN DAP akan mengemukakan surat watikah lantikan membenarkan penggunaan logo DAP terlebih dahulu kepada pegawai SPR, dan sekiranya mereka tidak membenarkan, maka calon-calon akan mengemukakan watikah kedua yang telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS atau Setiausaha Agung PKR.

ROS, di bawah kawal selia Kementerian Dalam Negeri telah pada 17 April mengemukakan notis tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang menyebabkan watikah rasmi kemungkinan tidak diterima sewaktu penamaan calon lantas menyebabkan logo roket tidak boleh digunakan.

PAS dan PKR telah semalam bersetuju untuk membenarkan DAP bertanding menggunakan logo keduanya yang menjadi rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat. 



Photobucket

Ini tindakan Madey nak selamatkan Berahim Ali..?

on





Tak payah guna otak, guna Madey jaa... kahkahkah...

Terbaru! 

Ada maklumat dalam Umno Kuala Lumpur memberi tahu kemungkinan calon UBN untuk kerusi parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa tidak akan hadir ke pusat penamaan calon di Pajabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas jam 9:00 pagi esok. 

Sumber dalam memberi tahu saya Umno pusat membuat persefahaman dengan bekas ahli Parlimen bebas Pasir Mas Inchek Ibrahim Ali akan mewakili UBN untuk berdepan satu lawan satu dengan calon PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. "Umno akhirnya akur untuk memberi laluan keada Ibrahim Ali sebagai menghormati Tun Dr Mahathir yang telah memohon agar Ibrahim diberi laluan bertanding atas lambang dacing," kata sumber berkenaan. 

Mahathir tambah sumber itu telah menghubung Najib akan mempertimbangkan desakan Ibrahim. Sekiranya ini berlaku ia bermakna PAS harus ibersiap sedia untuk mendepan Ibrahim secara satu lawan satu. Dinasihatkan PAS perlu membuat hubungi intim dari jalinan jentera pilihan raya dengan pihak PKR khasnhya dari Cabang Pasir Mas. 

Sebentar tadi ketua PKR Cabang Pasir Mas, Dr Wan Suhaimi memaklumkan dia akan bertungkus lumus untuk kemenangan calon Pakatan Rakyat, Nik Abduh. "Kita perlu lupa perasaan-perasaan sedih dan kesal sebaliknya dengan memupukkan satu perasaan iaitu bagi memastikan kerusi Pasir Mas menjadi milik Pakatan. Tambah beliau insyaAllah selepas ini senario dan budaya politik di Pasir Mas akan berubah apabila pelopornya sudah tidak lagi dalam gelanggang politik. 

Wan Suhaimi yang pernah bergelumang dalam Umno Pasir Mas, tahu benar akan kebejatan dan keburukkan parti berkenaan.. ~  MSO





Photobucket

MENGAPA RAKYAT MENOLAK BN

on






Sebagai orang Melayu, aku rasa tak banyak cacat celanya parti Barisan Nasional khususnya UMNO. Tentulah ada yang tak kenanya. Tapi tak banyak. Jika ditinjau dari segi dasar yang diperjuangkan oleh UMNO semenjak dari dulu lagi memang sesuai untuk orang Melayu. UMNO memperjuangkan orang Melayu. UMNO tu cakap prang putih.  Cakap Melayunya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( bagi anak muda yang tak begitu faham apa dia UMNO itu). Jadi matlamatnya memperjuangkan orang Melayu lah.

Semenjak ditubuh oleh Dato’ Onn, UMNO sememangnya untuk memajukan Melayu. Tidak hairanlah kalau sampai ke hari ini matlamatnya untuk kebahagian dan kesejahteraan orang Melayu. MCA untuk memajukan orang Cina. MIC pulak untuk kesejahteraan orang India. Jadi kalau ada yang mengatakan UMNO itu ditubuhkan untuk memajukan orang Cina, itu berbohong namanya. Untuk memajukan ketiga-tiga bangsa ( Melayu, Cina dan India ) maka ditubuhkan PERIKATAN yang kemudiannya Barisan Nasional yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC.

Kalau betul dasar UMNO itu untuk memperjuangkan orang Melayu, mengapa ramai orang Melayu kini menentang UMNO? Persoalan inilah yang nak aku jelaskan berdasarkan pandangan dan pemerhatian aku. Akan aku tulis secara ikhlas dan tepat. Tidak takut-takut. Untuk kepentingan pemimpin UMNO, kalau-kalau masih dapat diperbaiki oleh mereka segala kepincangan dan masalah yang ada dalam UMNO kini menjelangnya PRU 13..

Kaum Cina secara umumnya sememangnya menentang kerajaan Barisan Nasional kini. Kaum India yang tinggal di bandar-bandar ( yang terpelajar ) semamngnya bersama-sama dengan kaum Cina dan Melayu ( bandar ) menentang kerajaan BN. Mengapa? Adakah mereka ini anti nasional yang sepatutnya dibuang negara atau ada sebab-sebab lain yang menyebabkan mereka menentang. Adakah mereka ini sudah mula mahu menderhaka kepada Yang Diperuan Agung dan Raja-Raja Melayu?

Sebelum perbincangan ini dilanjutkan, elok juga ditinjau tentang peristiwa-peristiwa lampau untuk kita melihat apakah pernah wujud penentangan yang begitu meluas seperti sekarang ini terhadap kerajaan BN. Seingat aku tak pernah. Mengapa?  Sekiranya kita mahu mengatakan bahawa dasar kerajaan BN sekaranglah yang menyebabkan kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina yang begitu menentang kerajaan BN sekarang, aku rasa tohmahan itu tak begitu tepat.

Semenjak PRU 1 sehingga PRU 11 tidak nampak penentangan yang meluas terhadap kerajaan BN sehinggalah berlaku PRU 12. Sekiranya kaum bukan Melayu tidak menyetujui dasar UMNO memajukan Melayu, maka penentangan secara besar-besaran itu sudah pasti bermula semenjak awal tahun 1970an lagi apabila Dasar Ekonomi Baru mula diperkenalkan di Malaysia. Ataupun boleh juga diandaikan sekiranya orang bukan Melayu tidak setuju dengan dasar kerajaan yang memperuntukan ‘ pemberian hak keistemewaan orang Melayu’ dalam perlembagaan Malaysia, tentulah penentangan secara besar-besaran bermula selepas sahaja negara mencapai kemerdekaan. Tetapi semuanya ini tidak berlaku.

Negara ditadbir dengan aman, kecualilah peristiwa perbalahan kaum yang berlaku pada tahu tahun 1969. Tetapi selepas peristiwa itu tidak pernah lagi berlaku peristiwa sedemikian. Negara aman. Tahap perpaduan antara kaum semakin hari semakin baik. Terdapat harmoni yang luar biasa di negara kita. Zaman pemerintahan Dr. Mahathir memperlihat satu zaman keemasan bagi negara kita. PRU demi PRU diadakan dan kerajaan BN sentiasa menang dengan majoriti 2/3. Tidak ada kekacauan. Maknanya rakyat tidak ada masalah langsung dengan dasar kerajaan sekiranya pentadbiran dijalankan dengan teratur dan adil.

Oleh itu yang menyebabkan rakyat menolak kerajaan BN yang ada sekarang  ialah ketidak puasan hati dengan cara pentadbiran yang dijalankan kini. Pengamalan rasuah yang berleluasa dikalangan pihak yang berkuasa. Keberkesanan pegawai kerajaan menjalankan tugas yang diarahkan dipersoalkan. Amalan kronisme bermaharjalela. Undang-undang dan peraturan kadang-kadang diketepikan.

Inilah diantara perkara-perkara yang menyebabkan rakyat marah. Sekiranya diperincikan pula rakyat marah apabila mereka didedahkan dengan berbagai-bagai berita yang tidak menyenangkan hati mereka. Walaupun mungkin bukan berita yang sahih tetapi ‘persepsi’ rakyat terhadap berita-berita yang sebegini cukup mempengaruhi fikiran mereka untuk ‘membenci’ personaliti yang mentadbir kerajaan kini. Misalnya,

·      Kisah Altantuya. Rakyat mungkin tidak tahu siapa dan hubungannya dengan keadaan negara kita. Tetapi nama Altantuya dipalitkan dengan warna yang hitam-legam yang menyebabkan rakyat benci.

·      Seluruh rakyat  Malaysia tahu mengenai DS Shahrizat Jalil dengan kisah lembu yang bernilai 250 juta ringgit. Rakyat di kampung terutamanya merasa agak meluat mendengar berita sebegini kerana bagi mereka nak membeli seekor lembupun  terlalu sukar bagi mereka untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.

·    Rakyat memerhatikan gelagat para pemimpin BN terutamanya pemimpin UMNO yang menjadi kaya raya dalam ‘sekelip mata’. Jangankan para menteri atau timbalan menteri ataupun wakil rakyat (parlimen dan negeri), AJK Umno peringkat cawangan pun diperhatikan oleh rakyat hidup senang lenang dengan tidak payah bersusah payah bekerja sebagaimana yang mereka lakukan.

·      Di dengar juga oleh rakyat terbanyak bagaimana para menteri terlibat dalam berbagai skandal dan penipuan tetapi akhirnya terlepas begitu sahaja dari tindakan undang-undang. Mereka nampak perkara ini berlaku.

Dengan demikian rakyat cukup meluat dengan gelagat-gelagat pihak yang berkuasa dalam BN (UMNO,MCA ,MIC ) dan rakyat hampir tidak menyentuh langsung mengenai dasar BN. Maknanya dasar yang dijalankan oleh BN itu boleh diterima oleh rakyat terbanyak, walaupun ada dasar berkenaan yang lebih condong memperbaiki taraf hidup orang Melayu. Inipun tidak ditentang oleh kaum bukan Melayu.

Mereka faham.

Abuhassanadam




Photobucket

ROS Akhirnya Jadi Senjata Makan Tuan Kepada BN

on





Hanya dua hari sebelum penamaan calon, ROS atau Pendaftar Pertubuhan tiba-tiba menghantar surat kepada DAP memberitahu bahawa ahli jawatankuasa pusatnya yang dipilih dalam pemilihan lalu tidak diiktiraf dan mahu diadakan pemilihan semula. Tindakan ROS itu jelas berniat politik dan untuk mengelakkan DAP bertanding menggunakan logo roketnya dalam pilihanraya ini.

Walaupun ROS dan SPR kemudiannya ada juga memaklumkan bahawa DAP masih boleh bertanding menggunakan logonya, isu yang timbul ialah kemungkinan pencalonan calon-calon DAP akan ditolak oleh SPR kerana pemegang jawatan DAP yang menandatangani watikah calon tetap juga tidak diiktiraf oleh ROS. Isu teknikal ini, jika DAP tetap juga menggunakan logonya, akan dijadikan senjata untuk membatalkan semua calon-calon DAP dan menjadikan mereka tidak layak bertanding. Akhirnya buta-buta calon BN yang berlawan dengan DAP akan menang tanpa bertanding.

Itulah sebenarnya muslihat ROS menghantar surat kepada DAP di saat-saat akhir sebelum hari penamaan calon ini.

Muslihat lain yang diharapkan oleh Najib dengan menggunakan ROS menghantar surat itu ialah ia akan menyebabkan calon-calon DAP yang bertanding akan menyertai pilihanraya atas tiket Bebas dan masing-masing menggunakan logo yang berbeza-beza. Ini diharapkan akan mengelirukan pengundi serta memudahkan BN memutarbelitkan pelbagai fakta.

Siapa pun yang melihat tindakan ROS tergadap DAP di saat-saat akhir ini dapat merasakan ia bermotifkan politik dan untuk kepentingan Najib dan BN. Isu bantahan terhadap pemilihan DAP ini sebenarnya sudah lama berlalu dan surat penjelasan kepada ROS juga sudah dihantar beberapa bulan lalu, kenapa baru sekarang hendak memaklumkan ROS tidak mengiktirafnya?

Budak-budak sekolah pun dapat memahami maksud politik ROS itu?

Setelah mendapati kedudukan pengundi Cina masih tidak berubah dan tetap mahukan perubahan, Najib seolah-olah hilang punca untuk memikirkan apakah tindakan selanjutnya untuk menjadikan mereka berpecah. Sudah berbagai usaha dilakukannya, dari bantuan BR1M bernilai RM500 hinggalah bantuan berjuta kepada sekolah Cina, menghadiri pelbagai majlis keramaian masyarakat Cina, memakai pakaian kebudayaan Cina dan sebegainya, hakikatnya pengundi Cina tetap menolak BN.

Sementara DAP dan PKR makin menggelembung dengan sokongan pengundi Cina, MCA dan Gerakan pula makin lama makin ditolak dan diketepikan.

Najib sedar jika undi Cina tidak dipecahkan, masa depan BN akan terus kelam. Tindakan terbaru ROS terhadap DAP adalah dipercayai ke arah itu dan bagi memastikan BN terus berkuasa. Sudahlah pendaftaran Pakatan Rakyat yang menaungi PAS, DAP dan PKR untuk menyaingi BN bagi menjadikan sistem pilihanraya negara ini bergerak ke arah sistem dua parti, sehingga sekarang masih tidak ketahuan dan terperap di pejabat ROS, nawaitu ROS sebenarnya makin terserlah dengan tindakannya yang terbaru terhadap DAP ini.

Meskipun semalam DAP memberi tempoh sehingga jam 3 petang ini untuk ROS membatalkan suratnya yang terdahulu yang tidak mengiktiraf pemegang-pemegang jawatan dalam parti itu, sehingga ke malam ini, ROS masih tiada jawapan.

DAP akhirnya memutuskan calon-calonnya akan bertanding menggunakan logo Pas di Semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak pula akan menggunakan logo PKR. Dalam hal mendesak seperti ini, ROS seharusnya bertindak pantas mengikut kepentingan semasa, sebaliknya telah gagal berbuat demikian dan seolah-olah tidak berani bertindak tanpa mendapat kelulusan daripada orang atasannya. 

Tidak syak lagi, dalam beberapa tindakan ROS kebelakangan ini, termasuk melengah-lengahkan kelulusan pendaftaran Pakatan Rakyat dan yang terbaru menghantar surat tidak mengiktiraf pemegang jawatan DAP hanya dua hari sebelum hari penamaan calon, mengesahkan ROS merupakan alat politik Najib dan umpama anggota terbaru komponen BN.

Niat dan gerak kerjanya lebih ke arah memastikan BN menang pilihanraya dan Najib kekal sebagai Perdana Menteri.

Dalam berharapan dengan PR dalam pilihanraya ini, Najib nampaknya tidak sedia untuk berhadapan dengan lawannya di padang yang sama luas dan sama rata. Sampai ke saat akhir, beliau masih cuba menekan parti-parti dalam PR dengan harapan kemenangan akan berpihak kepadanya.

Tetapi dengan tindakan DAP menggunakan logo Pas, banyak rahmat dan kelebihan akhirnya memihak kepada PR. Selain BN dan Najib tiada isu lagi untuk mengadu-domba serta melaga-lagakan antara Pas dan DAP, ia juga akan menjadikan penyatuan hati dan jiwa yang lebih erat antara penyokong kedua-dua parti itu. Jika selama ini mereka mudah dipecahkan, kini sudah tiada isu lagi.

Penyokong Pas dan pengundi atas pagar yang beragama Islam tidak akan ragu-ragu lagi mengundi Pas kerana berpendapat orang bukan Islam pun sudah boleh menerima Pas, manakala pengundi bukan Melayu pula tidak melihat ianya sebagai masalah kerana yang bertanding tetap sebangsa dengan mereka walaupun logo Pas yang digunakan. DAP tidak memilih menggunakan logo PKR kerana antara kedua parti itu tidak ada masalah dan tidak menjadi sasaran adu-domba oleh BN.

Dalam hal ini, harus diakui tindakan DAP menggunakan logo Pas adalah langkah bijak disaat-saat mereka ditekan oleh Najib melalui ROS. Tindakan Najib mahu menggunakan ROS bagi menekan DAP dan menjadikannya senjata untuk meraih keuntungan politik, nampaknya gagal lagi, malah menikam dirinya sendiri.

Dengan hanya logo Pas dan PKR yang menyertai pilihanraya kali ini untuk menentang BN manakala DAP berada di alam halimunan buat sementara tetapi calon-calonnya yang bertanding atas tiket Pas yang akan lebih bersemangat untuk melakukan perubahan, gelombang kebangkitan rakyat pasti lebih menyerlah dan membuak-buak bagi mengakhiri era BN dan Najib pada 5 Mei nanti.
 
  


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List