Satu laporan polis telah di buat oleh pemuda Umno Wangsa Maju di atas kehilangan Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju yang di percayai di Colek oleh Mahluk halus (BUNIAN). Kehilangan Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju ini sebenarnya telah lama namun baru pagi ini mereka pemuda UMNO Wangsa Maju mengesyaki yang Ketua Pemuda mereka telah Ghaib tampa berita.
Berita kehilangan KP UMNO Wangsa Maju ini juga telah di sahkan oleh Beberapa kenalan rapat beliau dan dari analisis hasil temuramah tersebut mendapati:
Mengikut Laporan dari salah seorang pemuda di Wangsa Maju ini, KP tersebut di percayai telah Ghaib setelah berputus asa apabila memenangi jawatan Ketua Pemuda Bahagian dengan Majoriti 2 undi sahaja pada pemilihan yang lalu. Dan kerana itu lah beliau KP Wangsa Maju telah merasakan dirinya tidak mendapat sokongan penuh dari seluruh pemuda Umno Wangsa Maju dan telah bertindak mengasingkan diri di kalangan pemuda tampa mengadakan sebarang program program yang berkesan dalam meningkatkan kerja Pemuda Pemuda UMNO Wangsa Maju.
Seorang lagi pemuda menyatakan setelah kekecewaanya yang Menang 2 undi itu, KP tersebut menyerahkan segala Program dan perlaksaan tugas kepada NKP atas alasan beliau akan tamat jawatan selaku KP Pemuda kerana akan Habis tempoh Usia. Malah ianya juga di sahkan oleh seorang Puteri yang menyatakan hanya NKP yang bertindak dalam melaksanakan Program program tertentu.
Seorang Veteran Politik turut memberikan pandangan dalam kes ini dengan menyatakan Beliau KP Wangsa Maju sebenarnya tidak perlu kecewa atas kemenangan 2 undi yang di perolehi. Kerana walaupun menang hanya 1 undi anda adalah pemenang dan wajib melaksanakan tugas dan tanggungjawap yang di amanahkan. Tidak timbul soal 1 undi atau 2 undi kerana Jawatan telah pun anda pegang. Menunaikan Janji janjiu untuk berkhidmat kepada Parti dan menjaga para pemuda itu adalah keutamaan anda.
Dalam pada itu seorang wanita di bahagian tersebut turut bersimpati atas kehilangan itu dan menyatakan kepada pihak Media, " Ini baru tahun 2010, Kalau pemilihan akan datang pun belum tahu lagi bila, mungkin 2012. Masih ada 2 tahun lebih kurang untuk beliau KP Melaksanakan tugas yang di amanhkan. Tak perlu lah hendak menyerahkan tugas yang di amanahkan kepada orang lain kerana matlamat sekarang untuk menang PRU 13. Sepatutnya beliau prihatin terhadap tugas yang di amanahkan dan bukannya menghilangkan diri tampa apa apa makluman kepada para pemuda yang ada."
Laporan Polis yang di buat pagi tadi di Balai Polis Setapak akan di selidiki terlebih dahulu kesahihannya dan ianya akan di siasat mengikut Orang Hilang. Pegawai Penyiasat yang di temubual tadi Inspektor Taufik menyatakan agar pihak media usah membuat spekulasi atas kehilangan KP Wangsa Maju ini kerana faktor Mistik. Siasatan masih berjalan dan ianya akan di umumkan kelak.
Dalam pada itu wartawan kami Papa Diva yang mengunjungi pejabat bahagian UMNO Wangsa Maju tidak di benarkan masuk bagi mendapatkan kesahihan berita ini. Namun Papa Diva memaklumkan pada waktu berkenaan pejabat bahagian sibuk dengan pengedaran Poster Wajah KP Wangsa Maju yang Hilang itu dan di percayai akan di tampal di sekitar Kuala Lumpur.
GEMPAR - Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju Di Culik Bunian....Kah Kah Kah......???
Copy & Posted By mahi on Sep 24, 2010
Labels:
Hilang-Lesap
0 comments:
Post a Comment