Melayu Singapura 40%, Melayu Malaya Berapa Eek.......??????

on Sep 24, 2010




MATLAMAT memastikan 40% daripada setiap kohort pelajar Melayu/Islam melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi realistik dan mampu dicapai, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Mendaki, Cik Moliah Hashim. Salah satu petanda ia boleh dicapai,  ialah meningkatnya peratusan pelajar Melayu/Islam yang lulus Bahasa Inggeris, Matemaik dan mata pelajaran lain di peringkat Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O'.

Cik Moliah berkata tambahan 5% daripada 35% sekarang itu bukan satu jumlah yang kecil. 'Pertambahan 5% dalam masa 10 tahun bukan kemajuan perlahan. Ia realistik kerana kalau kita fikirkan pada setiap tahap, daripada peringkat PSLE ke peringkat menengah dan posmenengah, jumlahnya berbeza dan trendnya juga berlainan. Jadi saya tidak anggap angka 5% itu sebagai terlalu kecil'.

Matlamat meningkatkan peratusan pelajar Melayu/Islam yang melangkah ke institusi pengajian tinggi, baik politeknik mahupun universiti, daripada 35% sekarang kepada 40% menjelang 2020 disebut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.  

Kejayaan meningkatkan peratusan pelajar Melayu/Islam yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi ialah hasil usaha bersama masyarakat. 'Matlamat 40% itu diletak untuk memberi rangsangan. Apabila matlamat ditetapkan, kita harus realistik tentang matlamat itu dan ia ditetapkan mengikut trend yang ada dan perkembangan yang kita lihat dalam landskap pendidikan'.

***melayu serumpun di negeri seberang tambak johor, telah bangkit dari tidur yang diulit mimpi tun tuah 'takkan melayu hilang di dunia'. kata hikmat beracun ini telah membunuh jati diri melayu sejak beratus tahun yang lalu. Alhamdulillah melayu di temasik telah sedar, tapi melayu di bumi malaya masih enak diulit mimpi syahdu itu. tidur melayu di sini sukar untuk dikejutkan, mereka dimomokkan dengan semua yang indah, hak keistimewaan, perkara 153, hak pribumi, ketuanan melayu, rizab melayu dan segala macam lagi. benar melayu di bumi malaya memang benar tidak akan hilang, tetapi wujudnya mereka menjadi kuli kepada kuli ibu bapa, datuk nenek, moyang  mereka suatu masa dulu.***

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List