LAGI KATA KHAIRY JAMALUDDIN "BUDAK CERDIK TAPI TAK BIJAK"

on Sep 18, 2010




Selepas Ibrahim Ali, Anifah Aman dan lepas tu Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula dan selepas ini siapa pula yang akan mengulangi kata-kata bahawa “ Khairy Jamaluddin nie budak cerdik tapi tak bijak” kita tunggu dan lihat aje lah.

Semuanya gara –gara cadangan pra matang beliau yang meminta kerajaan memanggil Duta Besar Malaysia di Jakarta. Datuk Syed Munshe Afzaruddin Syed Hassan.pulang ke tanahair.

Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Peribumi Kebangsaan (PERKASA), Muhammad Zahid Md. Arif berkata, cadangan itu merupakan tindakan terdesak oleh Ahli Parlimen Rembau itu untuk mendapatkan publisiti murahan.. Sebagai Ahli Parlimen yang juga merupakan graduan dari Universiti Oxford, Khairy harus faham sekiranya Duta kita di Jakarta dipanggil pulang, bermaksud Malaysia bersedia untuk memutuskan hubungan diplomatik yang lama terjalin dengan republik itu,"katanya.

Aku pula akan berkata bahawa KJ NIE BUKAN SAHAJA TAK BIJAK MALAH TAK CERDIK DAN BANGANG PULA.

Dengan PERKASA mahu di jadikan seteru tetapi dengan BENDERA dijadikan Karib. Mamanggil pulang Duta Besar Malaysia bererti kita tunduk dan takut kepada ancaman BENDERA dan sekaligus memperlihatkan kita menyokong tindakkan BENDERA itu. Kalau KJ nie bijak dia sudah pasti merancangkan sesuatu yang menyamai dengan apa yang BENDERA lakukan, paling tidak kalau tidak bakar bendera Indonesia pun buatlah macamana bekas komando serahkan bendera terbalik kepada konsulat Indonesia di Penang tempohari.

5 comments:


Anonymous said...
sebenarnya semo org dah tau maksud tersirat budak bangang sorang ni,bila duta dipanggil balik dengan sendirinya hubungan diplimatik dgn indonesia akan putus dan dengan ini akan menguatkan lagi anasir dalam negara untuk menjahanamkan negara dari dalam...dia ni sebenanya patut disiasat oleh KDN.... tokawe
Anonymous said...
Yg Cerdik Ust Kamal USTAZ KAMAL MIC MASUK MASJID TAK SALAH ??? Jumaat, September 17, 2010 http://jasindaily.blogspot.com/2010/09/ustaz-kamal-mic-masuk-masjid-tak-salah.html Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan Umno tanpa syak lagi "berkura-kura", berpura-pura dan memutarbelitkan fakta berhubung isu bukan Islam dibenarkan memasuki surau dan masjid. Beliau yang juga anggota biro politik PAS juga malah mendakwa pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pula terus menjadi "kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara" Menulis dalam blognya hari ini, Khalid memuatkan kembali beberapa keping gambar, antaranya menunjukkan pemimpin Umno memberikan 'tazkirah'. Terdapat juga gambar Kamalanathan - yang didakwanya digelar 'Ustaz Kamal' oleh perayu undi Umno semasa kempen pilihan raya kecil lalu - menyampaikan sumbangan dalam sebuah masjid. Dimuatkan juga sekeping gambar Kamalanathan dalan sebuah progam gotong royong di Masjid Felda Soeharto, Hulu Selangor yang mana pengerusi MAIS didakwa turut hadir."Lebih hebat, 'Ustaz Kamal' bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta."Ke mana perginya ahli parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya umat Islam telah dihina?" soalnya. Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang daripada DAP memasuki sebuah surau di Kajang mencetuskan perasaan tidak puas hati banyak pihak, terutamanya oleh pemimpin Umno dan BN.MAIS malah memberikan amaran keras kepadanya ekoran tindakan itu.
Anonymous said...
Giler apa nak putuskan hubungan dengan Indon, tekong darat dari Puak Umno tukang bawak masuk Indon nelalui sungai Kota Tinggi tak bolelah pakai merc dan renovate rumah besar giler!!!!
1Malaysia said...
MPG...berhenti le menjadi barua pembangkang, kenapa nak burukan pemimpin sendiri, tumpukan kepada 1Malaysia , uji diri sendiri semangat 1Malaysia sebelum membebel menyalahkan pemimpin sendiri. Tulis le sesuatu yang dapat membantu 1Malaysa..... 1Malaysia...Rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan.
Anonymous said...
Kalau dah tak bijak maknanya tak cerdiklah tu!

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List