Seorang Penulis ternama, MSO atau Mohd Sayuti Omar di dalam tulisannya mula terpengaruh dengan cerita yang dibawa oleh Dato Zaid yang bakal bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR. Saya tidak kisah jika Penulis berkenaan menyokong Dato Zaid, tetapi percaya kepada semua dakwaan Dato Zaid yang sedang berkempen itu tentulah tidak bijak buat seorang Penulis Politik terkenal.
Tambahan pula, MSO dikatakan seorang Penulis Politik yang pro PR tetapi di dalam tulisannya beliau seperti menghasut agar Dato Zaid tinggalkan PKR jika tidak yakin dengan PKR lagi. Beliau juga turut menggambarkan betapa PKR kini sama seperti Umno. Di mana yang samanya PKR dengan Umno? Adakah kerana percaya bulat-bulat dakwaan Dato Zaid Ibrahim yang mendakwa kununnya beliau terpinggir, dakwaan ada kumpulan yang membuat fitnah ke atasnya walaupun sehingga kini Dato Zaid tidak melaporkan hal tersebut kepada badan disiplin yang bertanggungjawab di dalam PKR maka MSO percaya dengan Dato Zaid? klik sini...
MENYANGGAH TULISAN MSO YANG NASIHAT DATO ZAID KELUAR PARTI
Copy & Posted By mahi on Sep 18, 2010
Labels:
Politik
0 comments:
Post a Comment