Patmanaban guna gelaran Datuk palsu....

on Sep 18, 2010

Mula mula kata negeri kelantan beri gelaran datuk, lepas tu kata pulak pulau pinang yang beri....kenapa tak sebut lagi negeri selangor ke, kedah ke negeri negeri bawah pakatan. Apa pasal ko orang dengki sangat kat negeri bawah pakatan....


Ni lagi satu, si anak naina merican tu suruh pulak guan eng perjelas wang sumbangan pada warga emas..Konon kata wang hasil judi. Sejak bila pulak anak si naina merican tu perihatin pasal wang judi.   OOOOiiiiii tak payah lah nak cari publisiti murahan. Yang kau orang kutip duit dalam bentuk cukai bila ada special draw kat magnum ke toto ke apa ke, ko orang tak kisah.....Cermin  le sikit muka tu......


 Ni ko orang baca posting dibawah..yang kompom kan tu bukan calang calang orang tau, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.





K. PATMANABAN




KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan peguam K. Patmanaban tidak pernah dikurniakan gelaran Datuk.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, daripada semakan, Patmanaban didapati menggunakan gelaran Datuk palsu.
"Dia tidak pernah dianugerahkan gelaran Datuk oleh mana-mana negeri," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Difahamkan, Patmanaban sebelum ini pernah cuba membeli gelaran itu dari sebuah negeri, namun dia menjadi mangsa penipuan walaupun selepas menyerahkan sejumlah wang yang dianggarkan beratus ribu ringgit untuk tujuan mendapatkan anugerah itu.
Malah dia ketika itu dikatakan menerima surat penganugerahan daripada pihak istana, namun pada saat-saat akhir namanya tidak tersenarai.
Dalam pada itu, Bakri berkata, aset Patmanaban yang ditahan untuk membantu siasatan kes pembunuhan Sosilawati telah dibekukan, namun buat masa ini berapa jumlah aset peguam itu yang dibekukan belum dapat diumumkan.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List