Biro Politik telah bincang kes Dr Lee Chong Meng masuk PKR

on Oct 8, 2010

syedPETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil perhatian serius pengumuman Ketua MCA Bukit Bintang, Datuk Dr Lee Chong Meng yang  keluar MCA Khamis lalu.
Timbalan Presiden PKR Senantor Dr Syed Husin Ali berkata, Dr Lee memohon dan diterima sebagai anggota PKR semasa beliau masih menjadi ahli MCA, tanpa memaklum hal ini kepada PKR.
Ini satu kesilapan, katanya dalam satu kenyatan media hari ini.
Lebih serius, kata timbalan presiden PKR itu, Dr Lee telah dipilih tanpa bertanding sebagai Ketua Cabang Bukit Bintang
Sehubungan itu, Biro Politik PKR telah membincang kes Dr Lee  dan akan membuat keputusan tentangnya setelah mendapat perakuan dari Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan Sekretariat.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List