Universiti Malaysia Pahang Permainkan Program Anjuran Mahasiswa

on Oct 8, 2010

Dek Kerana Takutkan Kelibat 'Ketua Pemuda PAS' Serta 'Presiden GAMIS', Pihak Universiti Malaysia Pahang Permainkan Program Anjuran Mahasiswa





 Gara-gara takut dengan kelibat Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Mohd Idris Mohd Yusoff maka pihak pentadbiran Universiti Malaysia Pahang telah menggagalkan penganjuran Wacana Ilmu Mahasiswa Politik anjuran sekumpulan pelajar tahun akhir universiti itu. Wacana yang sepatutnya diadakan pada 30 September lalu, telah digagalkan oleh pihak pentadbiran universiti dengan berbagai helah yang tidak sepatutnya berlaku. Kegagalan penganjuran ini menyebabkan para pelajar terbabit kecewa dan bertindak untuk mengadakan satu "Majlis Penerangan" tengahari ini. Menurut maklumat, program yang telah mendapat kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu sepatutnya menampilkan ahli paner yang terdiri daripada Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat), Mohd Idris Mohd Yusoff (Presiden Gamis),Dr.Sarjit Singh (Pensyarah Universiti Putra Malaysia) dan Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi). Manakala tajuk yang telah dipilih ialah "Wacana Ilmu Mahasiswa Politik: Adakah Kita Sudah Bersedia". Difahamkan, susulan adanya nama Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi, maka Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEPA) UMP dikatakan sengaja menolak permohonan pihak terbabit dengan alasan kononnya tajuk wacana itu tidak sesuai. Malah JHEPA meminta pihak berkenaan meminda tajuk dan senarai ahli panel.

Pelajar Kecewa, Anjurkan Satu Majlis Penerangan 

Maka, pada 24 September 2010 satu perjumpaan telah diadakan dengan Naib Canselor UMP iaitu Dato' Dr.Daing Nasir Ibrahim (foto) mengenai program tersebut. "Kami telah mengemukakan tajuk baru berkaitan usaha penyuburan demokrasidikalangan mahasiswa di kampus. Malah kami juga bersetuju mencadangkan nama Naib Canselor terbabit bagi menggantikan Ustaz Nasharuddin (PAS) dan Mohd Idris (Gamis). Bagaimana pun Dr.Daing telah meminta kami menukarkan tajuk kepada yang lebih bersifat global", kata kenyataan pihak berkenaan. Dalam pertemuan itu, tambahnya, Naib Canselor turut memberi beberapa cadangan tajuk yang berkaitan dengan sosial dan integriti. Berikutan masalah untuk kelulusan itu, katanya, mereka mengubah tarikh mengadakan wacana kepada 7 Oktober (hari ini). "Kebetulan pada tarikh tersebut, berlangsung ekspo konvokesyen UMP, dan kami mencadangkan kepada pengerusi ekspo supaya wacana diadakan sewaktu ekspo berlangsung. "Pada mulanya ia dipersetujui oleh pengerusinya tetapi ia dibatalkan kemudiannya kerana masalah tajuk wacana itu," tegasnya.

Gara takut dengan kelibat dua pemimpin ini maka akhirnya
wancana mahasiswa tahun akhir UMP dipermain-mainkan
[ Ustaz Nasharuddin (kiri) dan Mohd Idris (kanan) ]

Berikutan itu pelajar terbabit akan mengadakan satu majlis penerangan esok bagi menyuarakan pandangan dan rasa tidak puas hati mereka berhubung isu pembatalan program berkenaan. Majlis penerangan itu akan diadakan di Kafeteria Kolej Kediaman Pertama UMP pada jam 12 tengahari ini. Sekitar 100 orang pelajar dijangka menghadiri majlis itu.


[Apa yang berlaku ini memang sungguh memalukan dan menjatuhkan imej Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang bakal melahirkan golongan intelektual sebenarnya. Wacana yang memberi peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan input-input politik secara neutral itu telah dipermainkan oleh pihak pentadbiran yang takut tidak bertempat. Bukankan wacan itu turut mengundang seroang Timbalan Menteri UMNO iaitu Saifuddin Abdullah (foto) sebagai Ahli Panelnya. Maka, apa yang harus ditakutkan sangat sebenarnya. Bukankah ada pengerusi panel yang boleh memainkan peranan untuk memastikan skop yang dibincangkan itu tidak terlalu menjurus ke arah provokasi semata-mata. Makanya, tidak perlu pihak UMP mempermain-mainkan pelajar sedemikian rupa. Beri mereka peluang untuk mendengar pandangan daripada semua pihak agar ilmu yang dipelajari itu akan mematangkan mereka apabila keluar kelak. Tindakan UMP ini amatlah memualkan sama sekali, kerana jelas cuba menyekat dan mengongkong para pelajar, bairpun mereka sudah berada di tahun akhir. Amatlah merugikan bila masih ada sikap sedemikian pada golongan cerdik pandai terbabit, sedangkan dari maklumat kami ramai staff UMP menyokong Pakatan Rakyat sebenarnya]. -PDO


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List