Siapa Dalang Rahimi....???

on Oct 8, 2010

Raja Sesumpah Si Ezam Md Noor Di Percayai Bawa Masuk Mat Rahimi Ke Dalam UMNO Dan Mungkin Mengatur Segala Tindakan Biadap Anak Muda Itu.....???





Kenyataan terbaru yang dibuat oleh Peguam Sivarasa Rasiah bahawa beliau akan mendedahkan nama-nama individu yang mendalangi tindakanRahimi Osman menarik-balik dua akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana MenteriNajib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.Pendedahan itu akan dibuat dalam masa terdekat. Malah dia juga percaya ada individu yang mendalangi tindakan Rahimi meminda semula dua akuan bersumpah itu. Sivarasa menambah motif utama bukan tertumpu kepada kenyataan bersumpah tetapi usaha menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peguam. Kami tidak terkejut dengan kenyataan terbaru Sivarasa ini sebenarnya. Menerusi risikan krew kami yang amat kenal rapat dengan si Rahimi hatta ayahnya sendiri mendapati ternyata pendedahan Sivarasa itu mungkin ada kebenarannya. Tambahan pula kami mendapat maklumat bahawa Rahimi baru sahaja mendaftar sebagai ahli parti UMNO beberapa bulan yang lalu. Maknanya kemungkinan besar ada orang yang rapat dengannya dalam UMNO yang mencadangkan "plan terbaru" ini. Soalnya, siapakah orang yang rapat dengannya dalam UMNO?. Apakah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) si Ezam Md Noor (foto)?. Jika dilihat kepada perjalanan cerita Rahimi, mungkin juga Ezam yang membawa beliau sertai UMNO. Tambahan pula Rahimi yang membawa Saiful Bukhari berjumpa Ezam untuk mengadu bahawa Saiful diliwat oleh Anwar pada tahun 2008 dulu.Maknanya Ezam kemungkinan besar "mastermind" untuk merangka segala tindakan terbaru Rahimi ini. Ezam dilantik sebagai Senator oleh Najib pun untuk tujuan ini sebenarnya. Selagi Anwar masih ada di depan mata, maka selagi itu Najib tidak boleh "lena tidur" dan kini "bagai cacing kepanasan".


Inilah Rahimi dan isterinya Febby, gembira nampaknya.. ada apa-apa ke?
[Lantaran itulah kita tidak hairan jika maklumat ini ada kebenarannya. Maknanya apa yang dikatakan oleh Sivarasa itu, kemungkinan besar juga membabitkan Ezam. Malah, "pengkhianat rakyat" itu jugalah yang dipercayai mengatur segala tindakan Saiful Bukhari Azlan ketika beliau membuat laporan polis diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu. Inilah yang dikatakan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Rahsia-rahsia pertemuan sulit dan perancangan Rahimi tentang tindakannya itu kini sudah pun dihidu oleh beberapa orang kawan dan saudara maranya yang sungguh terkejut dan tidak berpuas hati dengan tindakan beliau itu. Maka itu, banyak lagi maklumat panas akan diketahui dalam masa terdekat ini sebenarnya. Memangdangkan Ezam juga adalah "Raja Sesumpah" maka mungkin dia begitu mudah mengajar Rahimi pasal dua akuan sumpah yang telah dibuatnya itu].

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List