Ketetapan PKR untuk melarang mana-mana ahlinya menggunakan media milik pemerintah BN menjadi isu hangat dikalangan pimpinan dan juga rakyat biasa seperti saya dan saudara. Saya berpendapat arahan itu bolehlah diterima secara dasarnya tetapi mana mungkin Utusan Malaysia dan Kumpulan Straits Times boleh membelakangkan isu PKR ini kerana PKR adalah musuh yang paling ditakuti oleh UMNO.
Setakat mengelak dari memberikan kenyataan bertulis kepada media-media mungkin boleh dilakukan tetapi untuk menegah Utusan dan Berita Harian untuk melupakan PKR adalah satu perkara yang sangat mustahil.
Bagi saya PKR tidak perlu takut dengan permainan Utusan dan Kumpuilan Straits Times kerana akhbar itu tidak lagi diyakini oleh pembaca. Apa sahaja yang dilakukan oleh akhbar-akhbar perdana ini diterima oleh rakyat dengan penuh kesangsian. Imej akhbar ini sudah jatuh begitu ketara kerana The New Sstraits Times sekarang hanya menerbitkan bawah dari seratus ribu naskah kerana tidak lagi diminati oleh pembaca.
Utusan Malaysia juga menghadapi penurunan pembaca yang sangat ketara yang kini hanya menerbitkan kurang dari 90,000 naskah setiap hari. Keadaan ini menunjukkan betapa kurangnya kredibiliti dua akhbar ini disebabkan secara beransur-ansur akhbar-akhbar ini sudah dianggap sebagai akhbar pemecah belah rakyat dan menumpukan kepada isu-isu yang bersifat rasis.
Jika akhbar-akhbar ini benar-benar berpengaruh masakan penerbitannya sudah jatuh melebihi 40 peratus jika dibandingkan beberapa tahun dahulu. Tidak semua apa yang dikatakan oleh Utusan itu tidak betul. Keputusan cabutan judi 4-ekor masih tepat dan tidak ada salahnya. Malah sebahagian yang membeli akhbar itu katanya ialah untuk melihat keputusan cabutan loteri dan sebagainya. Begitu juga Berita Harian dan Straits Times.
Saya rasa memulaukan akhbar tersebut dibuat secara resmi dan formal adalah keputusan yang sia-sia. Akhbar-akhbar tersebut memang hari demi hari sudah dilupakan oleh pembaca kerana kredibilitinya sudah jatuh menjunam.
Bagi Anwar Ibrahim tidak payahlah melalak sehingga keLondon untuk menolak akhbar yang mendapat permit untuk menerbitkannya. Semata-mata kerana Zaid Ibrahim mendapat liputan akbar-akhbar tersebut maka beliau merasa bimbang dan takut kepada bayang-bayang sendiri.
Anwar tidak wajar takut kerana Utusan Malaysia memang bukan lagi akhbar yang dibaca ramai. Yang Anwar perlu memberikan tumpuan ialah untuk menjadi pemimpin PKR yang tidak berat sebelah jika ada persaingan diantara pemimpin-pemimpin didalam partinya semasa pemilihan yang sedang berlaku sekarang ini.
Jika Utusan dan Berita Harian menyokong parti-parti dalam BN sahaja, Anwar didalam partinya pula hanya menyokong individual tertentu sahaja. Jika sikap ini tidak dapat diubah oleh Anwar, maka kemungkinan partinya tidak diyakini oleh rakyat seperti yang dialami oleh UMNO berkemungkinan akan berlaku.
Didalam partinya sendiri Anwar bersikap, ‘kasihnya bertompok-tompok, bencinya pula merata-rata’; tidak ubah seperti Utusan dan Berita Harian yang dibencinya itu.
0 comments:
Post a Comment