Pemilihan 2010:- Kata Zaid Ibrahim....???

on Oct 11, 2010

Pemilihan 2010: Zaid Tegaskan Teguran Terhadap Masalah Berkaitan Parti Adalah Tanggung Jawab Serta Tidak Sepatutnya Di Salah Ertikan Oleh Ahli




RAUB, 11 Okt - Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahimmenyifatkan keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memboikot akhbar arus perdana Utusan Malaysia tidak wajar sama sekali. Malah katanya, beliau sendiri tidak pernah tahu bahawa PKR ada mengeluarkan arahan untuk memboikot akhbar terbabit. 


"Saya tak tau parti boikot Utusan Malaysia, bagi saya sebelum ini Presiden PAS Hj.Hadi dan Naib Presidennya Salahuddin Ayub pernah ditemubual oleh akhbar terbabit. Maka tiada salahnya saya memberikan kenyataan saya kepada media itu. bagi saya wartawan yang datang berjumpa saya harus dilayan kerena mereka bekerja untuk mencari rezeki. 


Malah saya hanya memberi pandangan dan politiking terhadap akhbar terbabit. Malah bagi saya jika utusan berminat untuk memuji parti kita, ia harus diterima biarpun esoknya mereka menghentam. Jika semuanya kita mahu boikot, maka akhirnya kita yang rugi. Ada masanya kita perlu juga bergantung kepada media terbabit", katanya kepada beberapa orang pemimpin PKR Pahang dalam satu pertemuan ringkasnya di Kg.Ulu Gali dekat sini petang semalam.

Contohi Kaedah SPR Uruskan Pusat Pemilihan


Zaid juga menjelaskan bahawa soal kewangan dalam parti tidak wajar disalah ertikan. "Sepatutnya pusat yang perlu sediakan belanja untuk pemilihan. Kalau calon bagi duit dia kata rasuah, kalau bagi sumbangan kata beli undi. Maka akhirnya parti tidak dapat buat perubahan apa-apa, sedangkan setiap pergerakan ahli termasuk untuk mengundi memerlukan belanja. 


Tambahan pula bagi ahli yang jaraknya jauh dari pusat pusat pengundian yang telah ditetapkan. Pada masa ini, hanya ada satu pusat pengundian. Maka, mana mungkin majoriti dapat hadir terutamanya bagi cabang-cabang yang mempunyai kawasan yang luas seperti di Sabah dan Sarawak. 


Akhirnya kehadiran ke MATC amat tidak menggalakkan atas faktor kewangan terbabit. Parti perlu rasional dengan mengikuti apa yang dilakukan oleh SPR dalam hal tempat mengundi. Lebih banyak pusat pengundian perlu diwujudkan bagi memberi keselesaan kepada setiap ahli untuk memilih", kata Zaid lagi.

Perbetulkan Masalah Parti Bukanlah Politiking

Bercakap soal politiking yang hangat diperkatakan oleh media sekarang ini, Zaid menegaskan bahawa beliau tidak mengamalkan politiking. Katanya beliau hanya menjelaskan isu dan masalah parti semata-mata. 


"Jelaskan masalah dan perbetulkan parti adalah tanggungjawab. Kadang-kadang orang ingat saya lawan tokey (Anwar). Orang salah tafsir dengan kenyataan saya. Bagi saya Presiden parti (Wan Azizah) tidak ada kuasa kerana suaminya Ketua Umum (Anwar) yang lebih berkuasa menentukan hala tuju parti. 


Maknanya Presiden hanya mengikut arahan Ketua Umum. Parti kita kecil dan ahli tidak ramai. Kita mahu ke Putrajaya sebab itu saya suka berterus terang dalam sesentengah hal. Mungkin ada yang tidak dapat menerima kenyataan saya dan menganggap saya kurang ajar. Namun hakikatnya saya amat sayangkan parti dan mahu meneruskan agenda perubahan itu sama seperti pemimpin yang lain", tambah Zaid lagi. Beliau turut berkata, yang dia tiada niat untuk memecah belahkan PKR. 


Hasratnya untuk bertanding adalah murni dan demi masa depan parti. "Pernah dengar tak saya kutuk calon yang layak bertanding?. Siapa yang politiking?. Saya bercakap hal parti dan bukan calon. Malah saya tidak sentuh peribadi Azmin Ali, Tan Sri Khalid, Mustafa Kamil dan lain-lain calon. Saya berniat untuk memperbetulkan apa yang tidak betul. Ahli kena bersedia terima kenyataan, jika tidak bagaimana harus kita sampai ke Putrajaya?", katanya mengulas kononnya dikatakan orang baru yang akan memecah belahkan parti PKR atas hasratnya untuk bertanding itu .

[Difahamkan antara pemimpin PKR Pahang yang berada dalam majlis berkenaan ialah Ustaz Kamaruddin (Ketua Cabang Raub), Md.Nor Jaafar (Ketua Cabang Jerantut), Md Nor Hassan (Ketua Cabang Bentong), Wak Rabidin (Ketua Cabang Rompin), Hj.Adnan Md Lazim(Bendahari PKR Pahang), Zaidi Ahmad (Sekretariat PKR Pahang), Razali Alias (Setiausaha Perhubungan PKR Pahang) serta lain-lain pemimpin. Sessi dialog turut diadakan bersama Datuk Zaid Ibrahim. Difahamkan di sebelah paginya Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang telah diadakan, sebelum semua pemimpin meraikan majlis perkahwinan anak bekas Ketua Cabang Raub (Abang Ali dan Kak Zainun) pada hari itu. Kehadiran Zaid telah memberi suntikan semangat kepada semua pihak. Malah ada yang terkilan dengan beberapa tuduhan kononnya mereka yang menyokong Zaid akan dianggap sebagai pengkhianat dan memecah belahkan parti, sedangkan itu adalah demokrasi yang perlu disuburkan sebenarnya. Berbagai tohmahan yang tidak sepatutnya perlulah dielakkan]. PDO

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List