Samsul Iskandar "U-Turn".....???

on Oct 16, 2010

Pemilihan 2010: Panas, Jika Samsul Iskandar "U-Turn", Maka Ia Bakal Ranapkan Harapan Calon Lain Untuk Tanding Jawatan Ketua AMK Pusat !!





Ramai pemerhati politik yang terkejut dengan keputusan beberapa orang pemimpin PKR yang tidak "tetap pendirian", dalam keputusan untuk menawarkan diri sebagai calon dalam pemilihan PKR 2001 ini. Masing-masing kini seolah-olah sengaja bermain dengan teka teki, sedangkan hari pencalonan sudah pun tiba hari ini. 


Difahamkan, Ketua Angkatan Muda Keadilan Samsul Iskandar Md Akin. yang pada awalnya bercadang untuk menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden PKR dijangka"U-Turn" kembali untuk mempertahankan jawatannya itu. Satu sidang media berhubung dengan pendiriannya itu bakal dibuat tengahari ini sebelum beliau menghantar borang pencalonan. Samsul dikatakan lebih berminat untuk mempertahankan jawatannya daripada melangkah ke jawatan yang lebih tinggi. 


Biarpun dikutuk oleh kumpulan pro Chegubard, namun bagi Samsul keputusan itu dibuat selepas mengambikira beliau turut mendapat sokongan padu dari kalangan anak muda untuk mempertahankan kedudukannya. Malah, keputusnnya sebelum ini hanya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden. 


Tawaran bukan bermakna keputusan, makanya beliau berhak untuk mempertahankan jawatannya selepas melihat sokongan padu daripada anak muda yang masih mahu beliau memimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat untuk penggal berikutnya. Apapun keputusan ini pasti memberi tamparan hebat kepada "team Chegubard" yang dilihat berupaya untuk menang jika Samsul tidak "U-Turn"


Malah, keputusan beliau itu juga akan menyebabkan dua calon lain seolah-olah bakal berputih mata. Selain Chegubard, dua calon lain ialah Rafizi Ramli dan Hashimi. Rafizi dilihat pencabar terdekat Chegubard jika Samsul tidak bertanding. Dengan keputusan Chegubard ini, maka nama Rafizi berada diranking ketiga dan amat sukar bagi anakmuda itu. Apapun, nantikan sahaja keputusan rasmi yang akan dibuat hari ini. Laporan terkini akan dilaporkan kemudian.

[Apapun keputusan Samsul. ramai yang menganggap pemimpin itu"seperti lalang" kerana tidak tetap pendirian. Malah, dalam sidang medianya yang mengumumkan hasrat bertanding jawatan Naib Presidendi Kampung Baru sebelum ini, rata-rata anak muda menganggap Samsul bakal melepaskan jawatan Ketua AMK. 


Alasan mereka, Samsul sudah pun berkompromi dengan Chegubard sebelum membuat keputusan tersebut. Namun, ternyata semua itu mungkin tidak menjadi kenyataan. Malah, Samsul dikatakan bertukar fikiran ketika berada di Jakarta. Apakah mungkin beliau ada bertemu dengan Azmin dan Anwar ketika disana dulu. 


Apakah ada pihak memaksa beliau "masuk semula" selepas melihat calon harapan iaitu Rafizi mungkin tidak berupaya untuk menyaingi kekuatan "Team Chegubard" itu agaknya. Segalanya kini terletak ditangan anak muda untuk menentukannya. Selamat berjuang semua!].

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List