AZMIN NAFI PENGARUHI JPP, HORMATI TS KHALID UNTUK BERTANDING

on Oct 16, 2010

KUALA LUMPUR - Calon jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menyangkal dakwaan bahawa beliau bersama pasukannya memanipulasikan proses pemilihan parti itu.

Naib Presiden PKR itu turut menafikan dakwaan pihak tertentu beliau mencampuri urusan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) sempena kempen pemilihan yang kini sedang rancak berlangsung sehingga November ini.

Ahli Parlimen Gombak itu turut meminta semua pihak supaya boleh menerima keputusan yang dibuat oleh ahli parti dan mahu dirinya tidak dipersalahkan dalam isu pemilihan parti kerana beliau tidak terlibat.

“Semua masalah parti, salahkan saya. Saya bukan JPP, macam mana saya boleh manipulasi pemilihan parti? Ini pemilihan secara terus. Ada wakil JPP pada setiap pemilihan cabang yang mengawasi mesyuarat pemilihan,” katanya di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai perkembangan terbaru dalam mesyuarat pemilihan PKR termasuk dakwaan beliau campur tangan dalam pemilihan parti.

Azmin berkata, beliau bukan setiausaha agung yang boleh mengawal parti.

“Saya tidak boleh mengawal parti dan Penasihat PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Saya tidak boleh kawal semua,” katanya.

Ketika ditanya mengenai tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim bertanding jawatan timbalan presiden, Azmin berkata, beliau menghormati keputusan Menteri Besar Selangor itu.-Sinar

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List