Akhirnya teka-teki siapakah calon bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan 2010 ini terjawab apabila "Puteri Reformasi" Nurul Izzah Anwardan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan itu. Keputusan itu memberi peluang terbuka kepada tiga calon lain untuk bersaing iaitu Azmin Ali, Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayub.Dengan keputusan ini juga bermakna, apa yang diwar-warkan selama ini akhirnya menjadi kenyataan. Apa yang pasti, calon pilihan masih berpihak kepada Azmin Ali dan Zaid Ibrahim setakat ini. Biarpun tentangan dijangka datang dari Mustafa Kamil Ayub, namun pertusan untuk beliau menang agak rendah jika dibandingkan dengan Azmin dan Zaid. Sebenarnya kempen kedua-dua pasukan itu lebih menyerlah daripada 'Team Mustafa". Malah Mustafa sendiri sudah hilang sedikit popularitinya, akibat tertewas di gelanggang sendiri dalam perubatan jawatan Ketua Cabang. Semua ini menyebabkan, harapan untuk melihat Mustafa menang agak tipis. Kini, pilihan sebenar ahli adalah antara Azmin dan Zaid. Kekuatan kedua-dua team itu dilihat lebih menyerlah mutakhir ini, biarpun lewat petang semalam Zaid diwar-warkan menarik diri bagi memberi laluan kepada Nurul Izzah bertanding jawatan itu. Namun, mungkin ada perbincangan akhir antara kedua-dua pemimpin terbabit makanya Nurul menarik diri dan memberi laluan kepada Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu. Soalnya sekarang, siapakah yang lebih hebat antara Azmin dan Zaid?. Kedua-duanya dilihat berpotensi untuk menang.Namun, berdasarkan kepada sokongan akar umbi kini ianya berpihak kepada Zaid. Biarpun pemimpin itu dikritik kerana kelantangan beliau membuat teguran terbuka terhadap parti.
Timbalan Presiden Perlu Berani Buat Perubahan
Namun bagi sesetengah pihak sememangnya mereka mahukan pemimpin yang berani. Mereka tidak mahu melihat seorang Timbalan Presiden yang hanya"menangguk" keputusan pucuk pimpinan biarpun ia terkadang tidak selaras dengan kehendak akar umbi itu sendiri. Azmin dilihat tidak mampu untuk melakukannya kerana beliau dilihat begitu rapat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sendiri. Makanya, Azmin dilihat tidak berani untuk menegur apatah lagi mengkritik pemimpin tertinggi parti itu sebenarnya. Inilah kelebihan Zaid yang terkadang tidak dipersetujui oleh sesetengah pemimpin. Kelantangan itu membuatkan beliau dikutuk dan dituduh "kurang ajar". Malah tindakan Zaid mengkritik Timbalan Presiden PKR, Dr.Syed Hussin Ali (foto), juga dilihat tidak wajar dengan status keahliannya yang masih baru dalam perjuangan keadilan. Biar pun Azmin, kini dituduh dengan berbagai dakwaan yang mungkin tidak berasas namun pemimpin itu juga dilihat mempunyai peluang cerah untuk menang. Di tambah lagi dengan statusnya sebagai Pengerusi Keadilan bagi Negeri Selangor yang mempunyai peratus pengundi tertinggi dalam pemilihan ini. Andainya seluruh cabang-cabang PKR Selangor mengundi Azmin maka harapan untuk beliau menang agak cerah berbanding Zaid.Namun, laporan mengenai wujudnya konspirasi antara Azmin denganJawatan Kuasa Pemilihan Pusat (JPP) sedikit mencemarkan dirinya.
[Biarpun ia dinafikan oleh Azmin, namun bagi sesetengah cabang yang berhadapan dengan masalah dalam pemilihan baru-baru ini mereka tetap percaya adanya campurtangan tersebut. Tambahan pula, ia berlaku di kawasan yang menyaksikan "orang Azmin" sepatutnya kecundang terutamanya di Hulu Selangor dan lain-lainnya. Soalnya, apakah isu ini boleh menjejaskan Azmin, sedangkan Zaid juga dilihat mempunyai masalah lain terutamanya politik wang yang tidak digemari oleh majoriti ahli PKR. Bila dilihat kepada masalah-masalah peribadi yang membelenggu kedua-dua pemimpin terbabit maka harapan terbuka pula boleh diberikan kepada Mustafa Kamil Ayub(foto). Beliau dilihat lebih bersih, berdisplin dan tidak banyak mencetuskan kontroversi. Semua ini menyebabkan dia mempunyai kelebihan dan bakal meraih undi "simpati" dari kalangan ahli yang sudah bosan dengan kerenah Azmin dan Zaid itu sendiri. Apapun, segalanya terletak ditangan ahli PKR yang akan menentukannya. Selamat berjuang buat semua pemipin dan pastikan perjalanan kempen lebih berhemah selepas ini hendaknya. Bertandinglah secara sihat dengan berlandaskan etika sebenar yang diharapkan oleh parti. Usahlah menghilangkan kepercayaan rakyat atas sikap taksub untuk merebut kuasa.Musuh sebenar PKR ialah UMNO dan Barisan Nasional, oleh itu jadikanlah pertandingan ini sebagai ruang untuk menyuburkan amalan demokrasi itu sendiri]. -PDO-