Copy & Posted By mahi on
Oct 15, 2010
SHAH ALAM 15 Okt - Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Pusat, Badrul Hisham Shaharin aka CheGuBard mendakwa tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional menahan tujuh pegawai Jabatan Imigresin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) merupakan taktik melindungi rangkaian jenayah korupsi dalam jabatan tersebut yang lebih besar dan parah melibatkan 'jerung besar'.
CheGuBard berkata Umno-BN terpaksa bertindak sedemikian setelah amalan rasuah yang bermaharajalela sejak sekian lama di dalam jabatan itu berkaitan kemasukan tenaga kerja asing telah diketahui oleh orang ramai dan menjadi rahsia umum.
"Tindakan ini juga adalah disebabkan kerajaan takut dengan tekanan negara luar khususnya Amerika Syarikat kerana Malaysia sudah tersenarai sebagai penyeludup utama perdagangan manusia.
"Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia berpendapat kegiatan haram yang beroperasi sekian lama sehingga negara tersenarai sebagai 'negara penyeleludup manusia' pasti didalangi oleh orang-orang besar," kata beliau dalam blognya semalam.
Laporan media menyebut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan serami tujuh pegawai Janatan Imigresen termasuk seorang berpangkat Timbalan Penolong Pengarah serta dua individu warga asing telah ditahan di bawah ISA kerana didakwa bersekongkol dengan ketua-ketua sindiket yang sangat berbahaya serta boleh memudaratkan keselamatan negara.
"Ini adalah masalah yang serius kerana itulah ia perlu siasatan terbuka dan pendakwaan di mahkamah. Tindakan meletakkan mereka di bawah ISA dilihat lebih kepada melindungi 'jerung besar' apabila pegawai biasa ditahan. Jika disiasat terbuka dan didakwa sudah pasti banyak lagi akan 'terlambak dan terdedah' di depan rakyat.
CheGuBard memberitahu ketika lawatan ke Sabah beberapa bulan lalu beliau berjumpa dengan seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Sabah yang pernah ditahan di bawah ISA kerana terlibat dalam kegiatan memberi kad pengenalan kepada pendatang Filipina dan Indonesia.
"Mangsa yang ditemui mendedahkan bahawa apa yang dilakukan adalah atas arahan sulit pihak atasan yang terlibat dalam sindiket memberi kad pengenalan yang membolehkan penerima mengundi dengan segera dalam pilihan raya pada ketika itu.
"Namun apabila perkara ini terdedah beberapa pegawai terutama pegawai Jabatan Pendaftaran ditahan di bawah ISA untuk mengelakkan penyiasatan dan pendakwaan yang akan mendedahkan perkara sebenar yang berlaku," jelas beliau lagi.

0 comments:
Post a Comment