Timbalan PKR: Jangan pandang rendah Nurul Izzah....???

on Oct 15, 2010

azlanKetua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau yakin dengan kebolehan anak sulungnya, Nurul Izzah untuk menentukan sendiri sama ada untuk bertanding kerusi timbalan presiden parti itu ataupun tidak.

Mengulas buat kali pertama, hasrat anaknya yang juga ahli parlimen Lembah Pantai untuk merebut jawatan nombor dua PKR, Anwar berkata adalah tidak bijak bagi tersilap anggap, kerana Nurul Izzah mampu mengenali siapa mereka “penyokong sebenarnya”.

"Saya bangga dengannya dan yakin dengan penilaiannya. Saya percaya dia tahu siapa penyokong sebenar dan siapa yang mahu mempergunakannya untuk tujuan tertentu,” katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.



Nurul Izzah layak bertanding jawatan timbalan presiden PKR setelah biro politik memutuskan menerima pencalonan dari Sempoerna yang lewat dihantar.


Setiausaha Agung Saifuddin Nasution hari ini berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat terbarunya malam tadi.


"Semporna mencalonkan Nurul Izzah. Dengan ini saya sahkan Nurul Izzah telah menerima dua pencalonan minimum untuk jawatan timbalan presiden.


"Jadi beliau layak untuk bertanding," katanya yang juga ahli parlimen Machang.


Nurul Izzah sebelum ini mendapat satu pencalonan daripada Keningau, Sabah.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List