Nampaknya, gelaran "Kuda Trojan" dan "Agen UMNO" yang dilabelkan terhadap bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim selama ini bagai tidak kena pada tempatnya. Ia berikutan kenyataan tegas yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (foto),bahawa parti UMNO tidak akan menerima semula pemimpin itu.
Adnan juga berkata bahawa untuk apa UMNO mahu terima semula Zaid yang kononnya sudah dibuang itu. Beliau berkata demikian ketika diajukan persoalan samada UMNO akan menerima kembali Zaid sekiranya beliau dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Malah, Adnan turut menegaskan bahawa partinya tidak akan menerima pemimpin bermasalah seperti Zaid. "Kita hendak orang yang masuk parti kita, parti komponen BN, orang-orang yang menjiwai perjuangan bukan untuk mencapai sesuatu bagi diri masing-masing," katanya.
Pada 8 November lalu, Zaid telah menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan meletak semua jawatannya dalam parti itu berikutan dakwaan bahawa pemilihan parti itu tidak telus.
Namun, Zaid yang dipecat dari UMNO pada Disember 2008 dan menyertai PKR enam bulan selepas pemecatannya, sehingga kini belum menyatakan untuk kembali ke pangkuan UMNO dan hanya dilaporkan bercadang untuk menubuhkan parti politik keadilan yang baru.
[Inilah yang menjadi persoalan sekarang. Para penyokong Azmin seringkali melabekan Datuk Zaid Ibrahim (foto),dihantar oleh UMNO untuk memecahbelahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ia berikutan tindakan Zaid yang begitu lantang mengkritik kepimpinan parti itu.
[Inilah yang menjadi persoalan sekarang. Para penyokong Azmin seringkali melabekan Datuk Zaid Ibrahim (foto),dihantar oleh UMNO untuk memecahbelahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ia berikutan tindakan Zaid yang begitu lantang mengkritik kepimpinan parti itu.
Malah, ia juga berkaitan dengan kenyataan panas Zaid supaya Anwar dan Azmin undur diri dari PKR jika mahu parti itu terus relevan pada masa yang akan datang.
Apa yang pasti, Zaid memang dilihat begitu tegas dan berkarisma, namun beliau tidak sewajarnya begitu lantang menegur dan membuat kenyataan melulu tentang Anwar. Tambahan pula tindakan mengadakan sidang media di rumahnya juga dilihat sebagai satu tindakan yang tidak wajar sebenarnya.
Beliau harus lebih berhemah dalam mengeluarkan kenyataan jika mahu terus dirinya dihormati. Malah, banyak juga kedengaran penyokong Zaid Ibrahim yang kecewa dengan tindakannya menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu baru-baru ini. Mereka terkejut kerana keputusan itu tidak dibincangkan terlebih dahulu dengan penyokong kuatnya.
Malah tindakan Zaid menarik diri menerusi kenyataan dilaman blognya itu dilihat satu keputusan yang tidak bijak dan akan membuatkan lebih ramai pihak melihat dirinya seorang insan yang kecewa. Soalnya, apakah Anwar boleh mengembalikan semula kepercayaan ahli parti itu?].
11 Komen, Sila Beri Pendapat Terhadap Artikel Di Atas: