Anwar dah usang. Lepas tu tuduh orang yang kritiknya dipergunakan oleh Utusan atau UMNO (sini). Apa kes pemimpin macam ni. Lebih baik berundurlah. Biar tokoh muda yang gantikan beliau. Beliau sudah tak relevan. Bukan kerana marahkan beliau, tapi kerana kemahuan masyarakat. Bab kata Dr Asri, iaitu kegagalan Anwar mengendali rakyat bawahan dan mempengaruhi rakyat tentang idea yang dibawanya, menyebabkan beliau perlu berundur. Nah Anwar. usahkan rakyat bawahan nak ikut anda, ahli PKR sendiri pun lompat sana-sini. Itu belum lagi bab idea yang dibawa oleh Ketua Umum PKR ini, hanya retorik semata-mata.
Apa yang saya kesalkan di sini ialah sikap Anwar dalam isu pemilihan PKR. Anwar telah berkata beliau tidak akan melayan serangan daripada luar parti dan mereka yang tidak dapat menerima kekalahan.
Nah Anwar. Pemimpin jenis apa ya anda ini. Kenapa tak nak layan 'serangan' yang sarat dengan bukti-bukti dan fakta-fakta. Kalau anda seorang yang benar-benar menjunjung prinsip keadilan, anda perlu lantik seorang hakim yang benar-benar bebas untuk siasat semua aduan. Bukannya menafikan dan hina orang lain. Ini ke pemimpin PR. Habuk pun tara. Memang Anwar boleh dikelaskan sebagai dinosaur politik. Saya sebenarnya setuju dengan kata-kata Zaid Ibrahim (jangan kata saya dibeli oleh Dato' Zaid pula)..
"Seperti sekarang, beliau juga gagal memimpin pembangkang ke depan dengan polisi baru; seperti mana dia gagal pada 16 September; seperti mana dia gagal mengekalkan keutuhan (gabungan Pakatan Rakyat) di Perak dengan membiarkan MP PKR berpaling tadah; seperti mana pembangkang dimalukan dan menjadi tidak keruan di Batu Sapi.
"Perlu diiktiraf bahawa Pakatan Rakyat tidak akan berkembang dengan Anwar sebagai terajunya.- Zaid Ibrahim
Tak berkembang maknanya jumud. Kalau telur larvar tak berkembang menjadi rama-rama, manakan jadi rama-rama itu. Macam PR juga. Kalau tak berkembang dan asyik retorik sahaja, sudah pasti harapan rakyat nak tawan Putrajaya, adalah angan-angan mat jenin sahaja. Satu jalan je, singkirkan Anwar, dan lantiklah tokoh yang segar dan mempunyai aura...
Sumber Dari.....
Sumber Dari.....
0 comments:
Post a Comment