KAN AKU DAH KATA....SAIFUDDIN BERAT SEBELAH..........???

on Nov 9, 2010

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata setakat ini hanya enam aduan rasmi diterima berhubung perjalanan pemilihan pimpinan tertinggi PKR.

Sekali gus, beliau menyisihkan dakwaan dua calon timbalan presiden, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub sebelum ini bahawa lebih banyak aduan dibuat terhadap perjalanan pemilihan PKR.

"Di tengah hiruk pikuk ini, jawatankuasa pemilihan pusat hanya terima enam aduan secara rasmi.

"Kenapa masih riuh di luar sedangkan hanya enam aduan diterima," kata Saifuddin dalam sidang media di ibu pejabat parti itu petang ini.

Jelasnya, tiga daripada aduan tersebut masing-masing diterima dari Pulau Pinang, Kelantan dan Negeri Sembilan.

Katanya, pemilihan juga akan diteruskan di sebanyak 133 cabang lagi. -mk


Pemilihan pusat PKR tetap diteruskan, kata SU Agung

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan meneruskan pemilihan langsung yang berlangsung sekarang meskipun menerima kata dua dan dipertikaikan dua calon timbalan presiden ekoran dakwaan wujudnya manipulasi dan kecacatan dalam proses pengundian.

Ketika menyatakan pendirian tegas parti itu petang, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail juga menolak dakwaan Datuk Zaid Ibrahim bahawa proses pengundian pemilihan pusat telah dimanipulasi.

“Adakah ini akan memberi kesan ke atas proses (pemilihan)? Tidak, kami menerima sokongan kuat daripada akar umbi,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Proses pengundian yang bermula dua minggu lalu akan berakhir 21 November ini.

Saifuddin juga menegaskan bahawa daripada 87 bahagian yang telah selesai mengadakan pengundian, Zaid menang di 38 cabang manakala Azmin Ali pula di 37 cabang.

Dalam pada itu seorang lagi calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub, yang memberikan kata dua kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) pagi tadi, menang di 11 cabang.

“Jika ada (unsur) manipulasi, beliau (Zaid) tidak akan menang di satu cabang pun,” kata Saifuddin. -TMI


Ulasan GB

1) Saifuddin berkata, "kami menerima sokongan kuat daripada akar umbi", jika benar dapat sokongan kuat dari akar-umbi, kuat yang macamana? Bukan beliau sendiri mendedahkan 38 cabang menyokong Zaid dan hanya 37 cabang menyokong Azmin? Kuat apanya? Bukankah sokongan akar umbi kuat pada Zaid?

2) Betulkah hanya 6 aduan rasmi? Sedangkan kenyataan media calon Timbalan Presiden mendedahkan hari ini terdapat 162 aduan?


Integriti JPP amat dipersoalkan sehingga terdapat lebih 162 aduan yang diantara lain berkenaan tindakan-tindakan ahli-ahli JPP dan pengawas-pengawas pemilihan yang bertindak memihak, berat sebelah malah terlibat dalam penipuan undi.


Bab itu pun masih nak menipu Saifuddin?

3) Saifuddin berkata lagi: “Jika ada (unsur) manipulasi, beliau (Zaid) tidak akan menang di satu cabang pun,”. Main kasar nampak. Itulah jawapan yang sama Saifuddin beri semasa tewasnya YB Kamarul Baharin bin Abbas di cabang Port Dickson. Kata Saifuddin kalau kita ada manipulasi tentu YB kamarul Bahrain tak kalah.

Jawapan saya, kamu malang kerana kamu tak dapat nak mempengaruhi semua. Penipuan kamu tidak menyeluruh. Kerana Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Berkuasa, menyekat laluan kamu untuk menipudaya. Dan kini Allah akan mendedahkan lagi kepincangan dan konspirasi kamu-kamu di pimpinan tertinggi.

Jawapan Saifuddin itu sama dengan jawapan UMNO satu ketika dulu bila UMNO membela SPR kononnya SPR bertindak adil dan telus. Kata mereka, "jika SPR tidak adil, pembangkang tak boleh menang walau satu kerusi pun di Parlimen, tak boleh rampas satu negeri pun di negara ini."

Kemudian apa jawapan kita masa itu?

Kita kata, jika SPR benar-benar telus dan adil, kita dah jadi pemerintah Malaysia pada hari ini!

So Saifuddin, janganlah nak kelentong berlebih-lebihan. 

Kamu boleh berdegil untuk meneruskan pemilihan. Tetapi Mustaffa dan Zaid juga berhak untuk meneruskan tindakannya. GB berdoa agar Allah memenangkan Zaid dan Mustaffa yang sedang dizalimi oleh sebab sifat kebinatangan pimpinan tertinggi PKR termasuk kamu Saifuddin untuk memenangkan calon pilihan kamu, Azmin namanya. 


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List