Chegu Bard akui pernah hantar bantahan rasmi.......???

on Nov 9, 2010


PEMILIHAN PKR TERUS PINCANG. CHEGU BARD AKUI PERNAH HANTAR BANTAHAN RASMI






Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin yang juga dikenali sebagai Chegu Bard hari ini mengakui pihaknya ada menghantar bantahan rasmi kepada Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut Chegu Bard, beliau telah mengemukakan dokumen bantahan rasmi kepada Ibu Pejabat PKR yang didedahkan oleh individu misteri kepada FMT sebelum ini, kira-kira dua minggu lalu sebelum bermulanya pemilihan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

"Aduan rasmi itu sebenarnya dah lama dihantar, semasa pemilihan MPP belum mula lagi, tetapi sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan diambil.

"Pihak kami juga tidak menerima sebarang maklum balas dari JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) berhubung status aduan itu".

Demikian beritahu beliau kepada FMT ketika diminta mengulas pendedahan dokumen bantahan rasmi yang didedahkan kepada FMT oleh sumber yang mendakwa dirinya sebagai kakitangan Ibu Pejabat PKR.

Ketika ditanya kemungkinan beliau mengenali individu yang membocorkan dokumen terbabit, beliau memberitahu sehingga kini beliau tidak dapat memikirkan mana-mana individu yang berkemungkinan.

"Saya belum dapat gambaran jelas tentang apa yang anda beritahu ini.

Tadi, saya cuma mengetahui perkara ini apabila diberitahu oleh seorang teman yang menghubungi saya tetapi masih belum sempat baca laporan yang disiarkan itu," kata beliau lagi.

Beliau juga memberitahu sehingga kini pihaknya tidak bercadang untuk mendedahkan kepada media berhubung bantahan-bantahan yang telah dibuat pihaknya.

Sedia dokumen bantahan

Sementara itu, calon ahli AMK Pusat, Zulkifli Ibrahim turut mengakui beliau bertanggungjawab menyediakan dokumen bantahan tersebut untuk dimajukan kepada ibu pejabat parti.

Beliau yang namanya ditulis dalam surat tersebut sebagai Ketua Penyelaras Kempen Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi turut tidak dapat menjangka mana-mana individu dari Ibu Pejabat PKR yang mendedahkan dokumen bantahan tersebut.

"Saya tidak dapat mengesyaki sesiapa di HQ (ibu pejabat). Tak semua kakitangan di sana saya kenal. Tetapi nampak jelas yang dia melihat kepincangan berlaku dalam pemilihan parti.

"Mungkin untuk langkah berjaga-jaga, jadi sebab itulah dia mahu merahsiakan indentitinya," ulas Zulkifli lagi.

Sebelum ini, FMT telah menerima satu dokumen bantahan rasmi yang didakwa tiada tindakan diambil oleh JPP dalam Pemilihan PKR daripada individu yang mendakwa dirinya sebagai kakitangan Ibu Pejabat PKR. -FMT

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List